puasa yang indah
Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahailallah, Allahuakhbar! Sungguh Maha Pengasihi dan Maha Penyayang Allah, Sebesar-besar kegembiraan bagi diri ini ketika ini, Dengan izinya dapat kita bersama kembali dalam tautan hati yang sama-sama berhajatkan hidayah dan keredhaan Allah. Suatu petang yang kian pantas bergerak ke hujung Ramadhan... Seorang ibu separuh usia duduk menjahit pakaian bersama lima anak gadis remajanya. Mereka tekun membaca pelbagai judul buku mengikut pilihan masing-masing dan telah dipastikan bermanfaat oleh si ayah. Gadis yang bongsu berumur sekitar 11 tahun bertanya, " Semua yang ibu jahit ini baju raya untuk kami kah ibu?" "Yang warna biru muda ini, tentu untuk Cik kan ibu?" tangan lembut gadis manja berumur 12 tahun sambil menarik sehelai baju bercorak bunga-bunga kecil dari sisi ibunya. "Angah punya tentu yang ungu ni,"gadis manis yang paling pendiam pun dengan pantas menunjukkan sehelai baju tergantung kepada gadis palin...