Pantai Dalam KU~~

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ALLAH yang telah memanjangkan nafasku sehingga bertemu hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari....
jadi sebelum bergerak ke masjid lebih awal,sempatlah membelek2 akhbar2 Malaysia , seperti biasa akhbar2 ni memang banyak menceritakan kejadian2 kat malaysia....
tertarik dengan akhbar metro bertajuk 'tangan setan'....
Baru2 ini saya memasukkan entry rindu pantai dalam....ye,memang tak dinafikan pantai dalam adalah kawasan yang cukup dari segi kehendak dan keperluan.....
Memang tersangatlah rindu hendak pulang....huhuhu....


Jadi,disebalik keindahan tu,ada gak insan2 yang tak menghargai keindahan dan kemudahan yang ada....
lihatlah gambar2 dibawah ni
(stesen ni terletak berhampiran dengan tempat tinggalku , ini stesen Angkasapuri ,ianya berhampiran dengan angkasapuri " TV1 ,TV2,senang kata RTM la)


*kalau pun marah ngan RTM ,xkan la stesen jadi mangsa.....huhuhu
ni pula kawasan yang jadi tempat lintasan awam....(buatan sendiri)huhu

sayangilah nyawa anda...kalau xsayang pun...hargailah.....huhuhu...




********************************************
  • rindu Pantai Dalam
  • hargailah nikmat yang ALLAH berikan...
  • hargailah setiap kemudahan , sbb sume tu milik bersama.....



*************************************************************************************
saya selitkan keratan akhbar semalam...








Tangan setan

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

2010/06/11

KUALA LUMPUR: Tiada kesedaran sivik dan kurangnya nilai murni di kalangan segelintir masyarakat menjadi faktor kes kecurian dan vandalisme membabitkan harta benda awam terus berlaku.


ROSAK...pagar KTMB yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

VANDALISME...papan tanda Stesen Komuter Angkasapuri yang dirosakkan.
Saban hari, aktiviti tidak bermoral ini terus berlaku dengan kegiatan tidak berfaedah ini turut dihadapi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggarkan membelanjakan RM1.8 hingga RM2 juta setahun untuk memperbaiki dan mengganti kerosakan serta kecurian yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan di beberapa stesen KTMB mendapati beberapa pagar dirosakkan walaupun tanda peringatan diletakkan di kawasan berkenaan dipercayai digunakan sebagai laluan pintas selain ada yang menjual pagar itu.

Peniaga, Amran Bidin, 45, berkata tindakan mereka yang melakukan kecurian dan vandalisme seperti memotong pagar untuk laluan pintas adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa sendiri.

Menurutnya, tindakan itu turut mendedahkan orang lain kepada risiko terutama kanak-kanak yang mungkin menjadikan laluan itu sebagai tempat mereka bermain selain merugikan KTMB yang terpaksa mengeluarkan belanja membaik pulih dan menggantikan segala kerosakan.

“Selain merosakkan harta benda KTMB, ada antara mereka seolah-olah mempertaruhkan nyawa dengan melintas landasan kereta api,” katanya yang menetap di Pantai Dalam.

Bagi Nurbaini Munir, 43, perbuatan vandalisme tidak sewajarnya berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.


“Pemantauan pihak berkaitan perlu dilakukan lebih kerap bagi memastikan kejadian merosakkan harta benda membabitkan milik KTMB dapat diatasi,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Pengurus Kanan, Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail, berkata KTMB menanggung kerugian hampir jutaan ringgit akibat kes kecurian dan vandalisme seperti mencuri kabel, besi, paku landasan serta komponen elektrik dan elektronik yang sering berlaku terutama di kawasan terpencil.


Menurutnya, tindakan merosakkan dan melekatkan gula-gula getah pada bangku di dalam tren selain kewujudan tangan nakal yang membaling batu kepada tren yang bergerak antara masalah dialami KTMB.


Beliau berkata, tindakan itu bukan hanya merugikan KTMB, tetapi mendatangkan kecederaan kepada penumpang yang terkena serpihan kaca dengan kebanyakan yang membaling batu itu remaja sekolah terutama di laluan perkampungan.


“Mungkin mereka tidak sedar tindakan mereka menyusahkan orang lain. Mencuri peralatan seperti paku landasan, kabel dan besi bukan saja menimbulkan masalah kelewatan tren, tetapi menyebabkan tren tergelincir daripada landasan.

“Menyentuh mengenai pencerobohan kawasan KTMB, individu didapati bersalah boleh didenda maksimum RM1,000 mengikut Akta Keretapi 1991 dan berharap pengguna menggunakan jejantas untuk keselamatan mereka.

“Dalam hal ini, KTMB memohon kerjasama semua pihak untuk melaporkan sebarang kegiatan vandalisme dan kecurian dalam usaha mengekang perbuatan itu daripada terus berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sepanjang tahun lalu, 272 kes kecurian dan vandalisme dilaporkan dengan 137 tangkapan dilakukan polis bantuan KTMB. Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini pula, 148 kes dilaporkan dengan 71 tangkapan oleh polis bantuan KTMB.










Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول