kronologi khutbah MASJID LIBI~



Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ALLAH Yang Maha Perkasa…..

Selawat dan salam ke atas Junjungan Yang dikasihi Nabi Muhammad SAW….

Alhamdulillah , hari ini genap kali ke -3 mendengar khutbah jumaat di masjid LIBI hayyu sabie’…

Khutbah ni sangat2 menarik sehingga saya sanggup untuk dating ke Masjid ni…walaupun jauh dari tempat tinggal saya…

Khutbah yang disampaikan merupakan khutbah yang saling bersangkutan…bermakna,sekiranya kita nak tahu penghujung khutbah ini , maka kita kena dating minggu seterusnya….

Kat sini saya nak kongsi sedikit dari apa yang telah saya dengar dari mulut khotib ni selanma 4 minggu secara berturut-turut….

****************************************

MINGGU PERTAMA

Pada jumaat yang pertama ….

Khotib memberitahu siding pendengar

Bahawa beliau akan memperkatakan tentang “kebahagiaan hakiki”…

Jadi beliau pun menjelaskan bahawa kebahagiaan ini adalah ketenangan ataupun kebahagiaan yang diingini oleh setiap orang….

Peliklah kalau ada orang yang taknak kan kebahagiaan…ngan dan kepuasan…

Kerana dengan kebahgiaan ini akan lahirnya ketenangan

(Sedikit tambahan dari saya*sahabat saya selalu berkata-tiap orang ni bahagia die lain2….ada yang bahagia tengok orang bahagia…ade bahagia die kat main game….ade bahagia die kat kutuk orang…ade bahagia die tengok orang lain tak bahagia…..macam2 jenis bahagia……ni kawan saya cakap…..)takde kaitan ngan khutbah khotib ni…

Sambung kembali…pada minggu ni berakhirnya khutbah dengan menyatakan tentang kebahgiaan dan keselesaan dalam kehidupan individu…..

*balik pada khutbah kali pertama dimasjid Libi…saya terfikir….Malaysiaku~saya bahagia hidup di Malaysia…..

*******************************************

MINGGU KE-2

Pada Jumaat minggu yang ke – 2…..

Seperti biasa,khotib akan memuji2 kebesaran ALLAH…selawat dan salam serta rasa kecintaan kepada Junjungan Nabi SAW tercinta….seterusnya berpesan-pesan taqwa kepada siding pendengar….

Selepas dari itu , khotib terus menyambung khutbahnya yang lalu….

Maka beliau pun menyebut….kebahagiaan dari sudut harta….ramai yang meraaskan dengan memiliki harta kita akan mencapai kebahagiaan…….ye…memang tak dinafikan seratus peratus adanya kebahagiaan dalam memiliki harta….tapi adakah dengan banyaknya harta maka kita akan rasa bahagia????

Maka khotib meneruskan dengan menyebut situasi di Mesir…kehidupan rakyatnya yang ramai diantara mereka merupakan golongan “kaya”…..

Ye…memang diakui…kehidupan di Mesir ni cara hidup ber’kasta’…yang kaya…kaya gilo….yang miskin…cari rezeki kat tong sampah…ni realiti….

Yang kaya seolah-olah dunia ni milik mereka….ya…merek ada rumah besar….mereka de kereta besar…..bini besar.(huhu…MAMA2 kat sini besar2…takut saya kalu kena langgar dikala berebut bas…huhu)

Seolah-olah mereka bahagia….tapi adakah ini bahagia????bahagia ke mempunyai HTC touch Pro???mungkin bagi mereka…tapi masyarakat mereka???masih de je jenayah dan macam-macam lagi…….

Pada minggu ni…saya merasakan khotib tersebut Berjaya menyampaikan situasi ‘bahagia harta’….

*Sementara perjalanan ke rumah….ternampak kereta BMW putih…pergh…bestnya kalau de sebijik….mesti bahagia…..

*****************************************************

MINGGU KE-3

Pada minggu ni pulak….selepas mengagungkan ALLAH SWT…memuji Nabi MUHAMMAD SAW….memberi pesanan taqwa…beliau meneruskan sambungan khutbahnya….

Pada minggu ni pula….beliau menyebut tentang bersama keluarga …memiliki isteri dan anak-anak sertaq cucu dan cicit…..memang terasa bahagia memiliki seorang isteri mahupun lebih….huhu…mesti best kehidupan ni kalo de isteriii…..huhu…selingan…..

Juga menceritakan tentang anak-anak…bayangkan kalo anak-anak pula adalah anak-anak yang cemerlang…..dikagumi orang…menjadi sebutan orang….’anak sapo tu????’’’huhu

Pada minggu ni gak khotib tersebut menyebut tentang harta dan pangkat…menerangkan adakah ni yang kita rasakan ianya kebahagiaan hakiki atau kebahagiaan sejati………..

*****************************************************

MINGGU INI…..

Ye…ni la khutbah yang baru didengari oleh telinga ini….terus menyelinap kemedula oblongata……sampai ke otak…..lalu kutulis ke dalam ni….

Pada kali ini ….Khotib memulakan dengan puji-pujian terhadap ALLAH SWT…..seterusnya selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW…..

Menyeru sidang pendengar agar bertaqwa kepada ALLAH dan menzahirkan kecintaan kepada Nabi SAW dengan menzahirkan SUNNAH2 Baginda….ye…kerana kalau kita mencintai sesuatu maka kita akan cuba zahirkan…maka…lebih2 lah patutnya kita menzahirkan cinta kita kepada NABI SAW….

Isi khutbah pada minggu ini dimulakan dengan kritikan beliau terhadap rasa bahagia dengan harta…

Maka ayat ALLAH SWT amatlah sesuai…....

Mafhumnya:

)dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan , anak-anak , harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak .kuda pilihan ,haiwan ternakan dan sawah lading . itulah kesenangan hidup didunia,dan disisi ALLAH lah tempat kembali yang baik))surah AL Imran ayat 14

Memang diciptakan emas perak sebagai perhiasan dalam kehidupan manusia ini…sifat keinginan memang tak dapat kita nafikan…tapi adakah dengan perhiasan2 ini memberikan kebahagiaan yang hakiki…….(Tanya Iman)…..

Kemudian beliau menyebut tentang hadis nabi yang saya naqolkan bermaksud…..

“isteri dan anak-anak adalah musuh kamu”…..

Juga terdapat dalam hadis yang lain menyebut”anak adalah fitnah”

Jika kebahagiaan dengan memili pangkat…maka seperti mana kita tahu….Nabi SAW pernah menyebut “setiap dari kamu adalah pemimpin….setiap dari kamu bertanggungjawab setiap apa yang dipimpin”

Bala yang besar sekiranya kita bersikap “acuh tak acuh” terhadap amanah sebagai pemimpin…..

Tak mustahil lah sepertimana yang tersebut dalam sejarah-sejarah …kebanyakan ahli-ahli ilmu menarik diri dari menjadi pemimpin…..(ini tak menunjukkan kita tak yah jadi pemimpin…)ikut situasi semasa….Di MALAYSIA memang memerlukan kita sebagai pemimpin….

***************************************

Seterusnya….beliau menyebutkan bahawa,kebahagiaan yang hakiki adalah kehidupan yang membuatkan kita bahagia dan selesa didunia dan akhirat….

Maka beliau meneruskan untuk kita mendapat kebahagiaan yang sebenar ini …kita perlu melalui beberapa jalan untuk kita sampai kepada NYA…..

Yang pertama-keimanan terhadap ALLAH SWT…..alangkah bahagianya orang yang beriman dengan ALLAH SWT tanpa rasa ragu dan was-was…malahan bahagia bukan setakat di dunbia…malah bahagia diakhirat…2 dalam 1 tu……tu yang kita tau…yang tak tau….mungkin 1000 dalam 1…..

Keimanan ini perlulah diiringi dengan amalan soleh yang mana akan merapatkan diri kita kepadaNYA…juaga merupakan bukti kecintaan kita kepadaNYA…..

Inilah antara jalan kita mendapat kebahagiaan sejati…..

Kebahagiaan dunia adan akhirat…kebahagiaan yang abadi……..

Khotib meneruskan dengan kata-katanya”dalam hal keduniaan…pandanglah orang dibawah kamu….”sebaliknya dalam hal2 akhirat lihatlah orang yang atasa dari kamu”

Huh…terkesima…sebentar…betapa selama ini hati ini begitu teruk…berlumba2 dalam mengejar benda yang tidak menyampaikan kita kepada ALLAH….

Apa yang kita kejR SELAMA NI…..dah berapa tahun hidup tanpa tujuan dan arah kepada NYA…

Sambil2 tu terfikir….dalam kehidupan yang serba mewah di MALAYSIA…..kita tak dapat lari dari pelbagai masalah yang mengiringi kemewahan tersebut…akibat dari mahukan kemewahan ,maka berlakulah penindasan…..berlaku nya ‘korupsi’,,pecah amanah…..pembuangan anak disana sini….

Terbayang sebentar…..

Cuba bayangkan…..semua di MALAYSIA beriman kepada ALLAH SWT dengan sebenar2 iman….sudah pasti akan disusuli dengan rasa takut kepada Murka dan AzabNYA…..apabila ada nya rasa takut , dah tentu tak melakukan benda –benda yang boleh datangkan kemurkaanNYA…..

Sebab tak takutlah berlakunya masalah-masalah ni…..

YA ALLAH…..

Seterusnya…cuba bayangkan amalan-amalan soleh menjadi kebiasaan setiap orang….pastinya kehidupan lebih harmoni…..tiada rasa terancam….tiada rasa tak cukup…..

Kesimpulannya….kembalilah kepada kehidupan yang menyampaikan kita kepada “KEBAHAGIAAN HAKIKI”kehidupan yang menyelamatkan kita didunia dan akhirat….dan disebut oleh KHOTIB tadi….kebahagiaan di akhirat adalah menginap di syurga ALLAH SWT….dan sebesar-besar nikmat…dapat melihat ALLAH SWT…..

YA ALLAH…………………………………………………………………………………………..

Maka bersempena bula rejab ni…marilah kita meningkatkan amalan-amalan kita….BULAN REJAB adalah antara bulan yang diHARAMkan oleh ALLAH…sudah tentu ada sesuatu yang ALLAH lebihkan pada bulan ini…marilah kita sama-sama mencari dan melebihkan bulan ini dengan ketaqwaan…..

************************************************************************************

Tiada lah lain maksudku pada entry kali ini melainkan rasa ingin berpesan-pesan dengan kebaikan….

Menyampai pesanan kebaikan…..

Kerana kita melebihkan perkara yang kurang penting melebihi perkara yang lebih penting…..

Maka,semetara masa yang berbaki dalam kehidupan kita…marilah kita gunakan dalam mencari redha NYA…….

-p/s-sekadar perkongsian…..sedia dimuhasabah……minta tinggalkan komentar setelah membacanya…


SYUKRAN…TERIMA KASIH…..THANK YOU…..



ROSLIZAN MOHD YUSOF

*ahad ni peksa lagi…da tulisan ku ini harap2 ada lah pandangan ALLAH SWT padaNYA dalam meneruskan kesinambungan dakwah kepada redhaNYA…………………

dari ALLAH kita datang...kepadaNYA kita kembali............







Comments

Unknown said…
wah! info yg menarik... thnkz! :)

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA