Hukum Menyambut Krismas, Adakah Dibenarkan Memberikan Ucapan Kepada Orang Kafir?
MUQADDIMAH Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T. Nabi Isa Tidak Disalib Kelahiran Nabi Isa a.s. merupakan satu peristiwa istimewa yang telah tertulis di dalam Al-Quran. Kelahiran amat yang luar biasa apabila ibunya, Maryam terpilih untuk dihidupkan roh seorang insan agung di dalam rahimnya dengan izin Allah S.W.T. walaupun dirinya ketika itu belum pe...