Posts

Showing posts from June, 2009

Tiada Alasan Lagi!!!!

Salam pertemuan sekali lagi buat semua pembaca... dikesempatan masa yang ada,saya ingin menyeru kepada semua siswa n siswi yang sedANG MENUNTUT DI bUMI aNBIYA' INI UNTUK SAMA2 KITA MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN KITA SEMENTARA MASA MASIH ADA MASA YANG BERBAKI UNTUK KITA MENUNTUT ilmu disini. Jika satu ketika dulu,kita sering beralasan,susah nak g talaqi(belajar)sbb nak imtihan..sekarang imtihan pun telah berlalu... Dulu kita beralasan ,jauh nak g masjid Azhar,bas xbanyak,kene bersesak2 pulak tu,Ha! sekarang Dr2 sanggup turun sampai ke rumah Kedah,sudah berdekatan dengan kita,adakah kita masih beralasan?MASIH NAK BERALASAN? Jadi saya menyeru kesemua sahabat2 agar kita kembali memenuhkan saf2 dalam majlis ilmu.. Sahabat2,ingatlah bagaimana pengorbanan ulama'2 terdahulu berjalan jauh beribu batu semata2 beberapa cebisan ilmu,berbagai2 dugaan,ada yang di rompak,ada yang mengikat perut,tetapi mereka tidak beralasan,bayangkan jika Imam Bukhari putus asa dalam mengumpul dan meriwayatkan ha...

Majlis Ilmu

DAURAH SOIFIYYAH BERSAMA 'ULAMAK UNIVERSITI AL-AZHAR Tarikh: 27 Jun 2009 - 18 Ogos 2009 Masa: 6 petang - maghrib Hari: Sabtu - Rabu Tempat: Asrama Darul Aman 3, Hayyu 7, Madinah Nasr Tenaga Pengajar: 1- Dr. Toha Hubaisy (Akidah) 2- Dr. Bakr Iwadh (Qodoya Fiqh Mu'asiroh) 3- Dr. Mustofa 'Imaroh (Ulum Hadith) 4- Dr. Jamal Faruq (Mantiq) 5- Dr. 'Abdus Salam 'Atiq (Usul Fiqh) ANJURAN BERSAMA: Pejabat Reaktor Universiti Al-Azhar, Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir & Majlis Kebajikan Keluarga Kedah

Laporan Sukan Hari Keluarga Ns

Image
Kehabatan Anak2 Nogori Terserlah Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya diberi amanah dan kepercayaan dari pihak pengurusan untuk membuat sedikit 'posting'bagi acara sukaneka Hari Keluarga Negeri Sembilan yang telah dijalankan semalam. Secara purata,saya melihat dan berani mengatakan bahawa kehabatan anak-anak negeri sembilan yang berada di Bumi Mesir ini terserlah dengan nyatanya,dan sekaligus menyangkal dakwaan2 serta dakyah2 yang mengatakan golongan2 ustaz dan ustazaqh hanya mampu mengajar agama sahaja. Hal ini terbukti dengan beberapa acara yang dipertandingkan dan telah disertai oleh ustaz2 anak negeri sembilan. Acara dimulakan dengan pertandingan futsal yang melibatkan keempat-empat kumpulan iaitu bukit jalur,bukit rokan,palong dan pasoh.Telah terbukti bahawa golongan ustaz bukanlah golongan 'kaki bangku'seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak,dalam pertandingan ini kelihatan ustaz2 seperti ustaz Naim Azlan,Ustaz Hazran,Ustaz Tamim mempamerkan ak...

Wireless?!!!

Slam perjuangan Buat Sahabat-sahabatku sekalian... Bermula dari hari jumaat yang lalu yang merupakan penghulu bagi segala hari,perkhidmatan 'wireless' terputus...hal ini menyebabkan bagi ana untuk mencari input dan mengeluarkan output... Jadi blog ini tidak dapat di update sehigga masa yang akan diberitahu,,, huhuhu...macam hebat je blog brother ni.... Assalamualaikum 7A RNSK

Hadis Ke-5

Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

Award Dari Teman

Image
Syukran diuacapkan kepada sahabatku semasa berada di SMATKEM suatu mas dulu,hehehe,Rusqiyah namanya kerana telah memberikan award ni kat ana... Untuk menunjukkan bukti penerimaan ini ana pun masukkan la ke dalam blog ni. Rusqiyah adalah salah seorang sahabat ketika ana menuntut ilmu di Smatkem.Time PMR tempat kami bersebelahan,ini kerana angka giliran kami sebelah,hehehe....

Hadis Ke-4

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan a...

Belajar dari Kesilapan

Khamis 18 Jun 2009 RNSK 7A 3:11pagi PAGI INI ANA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN KE ATAS PAGE BLOG YANG MENYEBABKAN IANYA TERPAKSA DI KEMASKINI.SEBARANG KESULITAN AMATLAH DIKESALI..HARAP MAAF DAN HARAP MAKLUM..

Mengekalkan Semangat Mahabbah Dan Thaqafah

Image
Selasa, 16 Jun 2009 Tingkat 7A Berbekalkan semangat kesatuan dan persaudaraan yang jitu yang ditonjolkan oleh ukhwah yang padu di antara anak-anak negeri sembilan yang berada di Mesir,saya ingin mempromosikan hari yang bakal melakar sejarah di Mesir pada tahun ini iaitu 'Hari Keluarga Anak2 Negeri Sembilan di Mesir" Perkataan 'hari' tidak akan membawa sebarang maksud sekiranya ia yakni perkataan 'hari' itu berdiri sendirian kerana ianya akan menjadi mujmal dan sukar difahami,mungkin ada yang tertanya2,hari?isnin?selasa?rabu?khamis?jumaat?sabtu?ahad?Jadi kita perlu menyandarkan ia kepada sesuatu perkataan yang lain. Keluarga,ramai yang tahu makna keluarga,Jadi tak perlulah di terangkan apa makna keluarga,cuma,apa yang perlu dalam sesebuah keluarga?Ya,dalam sesebuah institusi kekeluargaan memerlukan ahli,tidak bermakna mempunyai ahli keluarga yang besar atau ramai tetapi kosong dengan kasih sayang,tolong-menolong,rasa ambil berat dan setia kawan,Bagi setiap ahli...

Hadis Ke-3

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan

Study Bersama,Gembira bersama,InsyaALLAH Kecemerlangan Bersama

Image
08-10 JUN 2009 DUMYAT REHLAH STUDYGROUP MENGERAT UKHWAH,MENELADANI SIRAH. Pada 08-10 JUN yang lalu sekumpulan pelajar tahun 3 kuliah syariah islamiyah telah melakukan aktiviti rehlah ke Ra'su Bar,berdekatan dengan bandar Dumyat.Rehlah ini di sertai oleh 12 peserta yang terdiri dari kaum adam sahaja. Tujuan rehlah ini dijalankan adalah untuk merebat ukhwah sesama ahli studygroup setelah berjuang berhabis-habisan sehingga titisan dakwat yang terakhir,dan bertungkus lumus dalam perbincangan dalam kumpulan sebelum berjuang di medan imtihan. Ya,sepanjang 3 hari 2 malam kami disana pelbagai pengalaman dan aktiviti kamu rasai n buat. cukup sekadar ini saja,doakan kami semua berjaya di dunia n akhirat...wassalam

TARBIYAH

Tarbiyah?ape itu tarbiyah?apa kepentingannya? Tarbiyah adalah didikan kepada individu atau masyarakat. Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf. Semua ini adalah peribadi yang lahir ...

Sempena Hari Keluarga Negeri Sembilan

salam kepada sekian makhluk di bumi ini, bersempena dengan hari keluarga anak2 negeri sembilan yang bakal berlangsung kurang dari 10 hari dari sekarang,saya ingin membuat ucapan dasar dan harapan saya kepada semua anak-anak negeri sembilan dibumi Mesir ini,ya,memang tak dinafikan sering kali orang mempertikaikan saya sebagai seorang yang ada kaitan dengan negeri sembilan atau tidak,rasa-rasanya tidak perlu saya jawab dalam ruangan kali ini,kerana pada kali ini jari-jemari yang seronok menari-nari untuk menekan papan ini adalah untuk membicarakan tentang harapan sempena hari keluarga yang bakal berlangsung. Sepertimana yang kita ketahui hari keluarga adalah satu wasilah untuk kita mengumpulkan kesemua anak-anak negeri sembilan di Mesir ini,jadi pelbagai sudut kita kena lihat bagi memastikan mutu dan hasil yang kita perolehi selepas dari program ini,besarlah harapan saya untuk melihat ukhwah yang selama ini hebat dikalangan anak-anak negeri sembilan menjadi lebih erat dan kukuh sehingga ...

Lagu Tema Hari Keluarga Negeri Sembilan

Judul : Setanggi Kasih Album : Qiblat Munsyid : Rabbani Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi Di seluruh semesta pada sepanjang kembara Kita akan temui bunga-bunga kebaikan Hulurkan salam Bersyukur kepada Tuhan Hindari kejahatan dengan satu kebaikan Agar kau kan rasa erti kemanisan iman Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan Suburkan cinta kita sesama insan Tiada selain Tuhan berkuasa mendamaikan Tiada selain Tuhan yang dapat menyatukan Pasti kau temui nanti duri-duri permusuhan (kejahatan) Hadapilah segalanya dengan kesabaran Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar Di sepenuh buana pada seluruh manusia Kita akan sedari titik-titik persamaan Taburkan damai Bersyukur kepada insan Hindari kejahatan dengan satu kebaikan Agar kau kan rasa erti kemanisan iman Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan Suburkan cinta kita sesama insan Hulurkan salam Bersyukur kepada Tuhan Senilagu: Norman/Yusry/Edry Senikata: Pahrol Mohd Juoi OP: KR...

Logo Hari Keluarga Anak2 Negeri Sembilan

Image
Ni logo rasmi yg dicipta oleh abg im n9... Memang die pengalaman dalam bab2 mereka cipta logo nie... Ni pun atas cadangan abg along n9... ;p Jadi, logo dicipta khas sempena HARI KELUARGA RNSK 2009... Tema Hari Keluarga RNSK 2009 : Mahabbah Menyatukan Ummah Maksud Logo: - kalau kita tengok nampak gambar org happy kan... Maknanya, ikatan mahabbah antara anak2 negeri yg kuat dan jitu. - Ada no 2009 plak... Cam bese la, semua org tahu kan... Tahun ni 2009 kan... - Dan warna yg terdapat pada logo iaitu warna hitam, merah dan kuning untuk menunjukkan anak-anak negeri sembilan. Itu saja yg saya dapat huraikan daripada logo yg dicipta oleh abg im n9... Simple, Mudah, Ringkas dan Padat... Semoga Allah memudahkan perjalanan Hari Keluarga RNSK 2009... Ameen... Insya Allah... Pahlawan, Along

Promo Hari Keluarga Anak2 Negeri Sembilan-Mesir

Image
salam sejahtera kepada semua... marilah kita sama2 memeriahkan hari keluarga anak2 negeri sembilan di mesir.

Gempur Kembali

Kehadapan sahabat2 yang setia melayari blog ini,jutaan terima kasih sebab sudi mengunjungi blog yang serba dhaif ini,dan penulis yang baru menjinak2 kan diri dalam bidang penulisan ini.. Sudah lama rasanya tidak menulis ape2 dalam blog ni. Tetibe arini rasa nak menulis, Alhamdulillah pada 6hb Jun yang lalu telah berakhirnya musim imtihan yang amat digeruni bg setiap pelajar.Dan bagi kami amat bersyukur kerana dapat menghadiri kesemua madah bagi fasl 2 ni.Yela,seperti yang jita semua sedia maklum,di bumi Mesir ini sumenye bergantung pada rezeki ALLAH,kalo bukan kehendakNYA,mungkin kita xdapat nak g amek imtihan.Maka kita hendaklah berbanyak2 bersyukur ke hadrat ALLAH YANG MAHA ESA. Bersempena ngan pengakhiran imtihan ini,saya ingin mengingatkan sahabat2 kebih2 lagi diri saya ini,bahawa tugas kita sebagai penuntu ilmu ALLAH dimuka bumi ini tidak berakhir dengan berakhirnya imtihan,tetapi berakhirnya imtihan ini adalah satu permulaan atau satu kesinambungan untuk kita terus-menerus menunt...

Berakhirnya Imtihan

Alhamdulillah telah berakhirnya imtihan fasal 2 2009... kini semangat semakin membara untuk menuntut ilmu di bumi anbiya ini