Sempena Hari Keluarga Negeri Sembilan

salam kepada sekian makhluk di bumi ini,
bersempena dengan hari keluarga anak2 negeri sembilan yang bakal berlangsung kurang dari 10 hari dari sekarang,saya ingin membuat ucapan dasar dan harapan saya kepada semua anak-anak negeri sembilan dibumi Mesir ini,ya,memang tak dinafikan sering kali orang mempertikaikan saya sebagai seorang yang ada kaitan dengan negeri sembilan atau tidak,rasa-rasanya tidak perlu saya jawab dalam ruangan kali ini,kerana pada kali ini jari-jemari yang seronok menari-nari untuk menekan papan ini adalah untuk membicarakan tentang harapan sempena hari keluarga yang bakal berlangsung.
Sepertimana yang kita ketahui hari keluarga adalah satu wasilah untuk kita mengumpulkan kesemua anak-anak negeri sembilan di Mesir ini,jadi pelbagai sudut kita kena lihat bagi memastikan mutu dan hasil yang kita perolehi selepas dari program ini,besarlah harapan saya untuk melihat ukhwah yang selama ini hebat dikalangan anak-anak negeri sembilan menjadi lebih erat dan kukuh sehingga tiada makhluk perosak ataupun pijat sekalipun dapat mengganggu keharmonian anak-anak negeri sembilan.
Dari sudut 'thaqafah' pula,dengan adanya penceramah-penceramah dan pengisi program yang bakal memberikan input kepada kita dapatlah kita realisasikan sebagai bekalan kita apabila berhadapan dengan masyarakat negeri sembilan khusus.Juga menjadi sebagai satu harapan agar anak-anak negeri sembilan meningkatkan usaha selain dari ilmu-ilmu di kuliah,kita menambahnya lagi dengan kelas-kelas bimbingan dari guru-guru yang hebat di Mesir ini yang sedia memberikan ilmu secara percuma,ianya cuma terpulang kepada kita untuk mengutip dan bagaimana cara untuk kita mengutipnya,adakah dengan cara .....?atau cara.....?terpulang pada anda untuk mentafsirkan...
sebelum saya mengakhiri watikah hari keluarga ini,saya mendoakan kita semua agar menjadi pejuang agama ALLAH di muka bumi ini,dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat ALLAH...TAKBIR!

by-e-jan
RNSK
8:27am
Bilik Komputer

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA