Mengekalkan Semangat Mahabbah Dan Thaqafah




Selasa,
16 Jun 2009
Tingkat 7A


Berbekalkan semangat kesatuan dan persaudaraan yang jitu yang ditonjolkan oleh ukhwah yang padu di antara anak-anak negeri sembilan yang berada di Mesir,saya ingin mempromosikan hari yang bakal melakar sejarah di Mesir pada tahun ini iaitu 'Hari Keluarga Anak2 Negeri Sembilan di Mesir"
Perkataan 'hari' tidak akan membawa sebarang maksud sekiranya ia yakni perkataan 'hari' itu berdiri sendirian kerana ianya akan menjadi mujmal dan sukar difahami,mungkin ada yang tertanya2,hari?isnin?selasa?rabu?khamis?jumaat?sabtu?ahad?Jadi kita perlu menyandarkan ia kepada sesuatu perkataan yang lain.
Keluarga,ramai yang tahu makna keluarga,Jadi tak perlulah di terangkan apa makna keluarga,cuma,apa yang perlu dalam sesebuah keluarga?Ya,dalam sesebuah institusi kekeluargaan memerlukan ahli,tidak bermakna mempunyai ahli keluarga yang besar atau ramai tetapi kosong dengan kasih sayang,tolong-menolong,rasa ambil berat dan setia kawan,Bagi setiap ahli keluarga hendaklah saling hormat-menghormati,nasihat-menasihati,dan ingat menginagati.
Jadi Hari Keluarga adalah hari untuk kita mengumpulkan kesemua ahli-ahli keluarga kita untuk kita mengeratkan dan mengetatkan lagi ukhwah yang sememangnya padu di antara dan sesama kita.Tapi perlu di ingatkan bahawa bukan pada Hari Keluarga sahaja kita mengeratkan silaturrahim di antara kita,kita seharusnya sentiasa merapatkan ukhwah sesama kita sementara kita hidup di dunia yang fana ini.
Kepentingan Hari keluarga
-merapatkan ukhwah
-saling menambah ilmu dan thaqafah diri setiap ahli keluarga
-saling bantu-membantu
dan pelbagai lagi tujuan untuk diadakan hari keluarga ini

Oleh itu saya sebagai salah seorang yang sayang kepada sahabat-sahabat khususnya dari negeri sembilan berharap agar Hari Keluarga ini dapat di jalankan dengan lancar dan dapat menguatkan semangat kita sesama ahli anak-anak negeri sembilan,dan diharap juga dapat menyemarakkan semangat kita untuk terus menuntut ilmu di bumi anbiya' ini sekaligus menjadikan anak-anak negeri sembilan adalah golongan yang terkehadapan yang akan memenuhkan ruang-ruang kelas tafaquh yang sememangnya melimpah di BUMI ANBIYA' ini,seterusnya menjadikan anak-anak negeri sembilan ini adalah golongan yang yang benar-benar bersedia untuk menjadi tempat rujukan seluruh rakyat Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khususnya,Jadi akhir kata dari saya Eratkan Mahabbah,Teguhkan Thaqafah...Wassalam



oleh Roslizan Bin Mohd Yusof
RNSK

Comments

kembara™ said…
selamat berukhuwawah dan selamat bercuti panjang..hehe..:D
Rusli said…
syukran kepada semua yang sudi membaca dan memberi pandangan
Anonymous said…
Kenapa perlu ada kumpulan dan asrama-asrama anak-anak setiap negeri. Bukankah itu sikap kenegerianism. Kenapa tak anak-anak malaysia saja? Kalau masih nasionalisma, nak buat negara islam di mana? nama negara? tak boleh guna negara-negara yang ada sekarang kerana dikuasai oleh kaum sesuatu negara.

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA