Thursday, June 17

mari solawat...nyanyi pun berselawat gak...



Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah ku jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

*********************************************

moga2 kita baca lirik ni pun dapat pahala salawat.....


setelah bersusah2 cari video ni...akhir jumpe gak...terus masukkan....


sebarang pendapat bolehlah dikongsikan bersama.....

Akhirnya..................................selamat berpuasa............




alhamdulillah....setelah berhempas pulas mengarang bahs bagi peperiksaan disiang hari yang sangat2 panas harini menyebabkan sakit kepala disebelah malam....lalu mengjadikan layout blog ni sebagai mangsa....Alhamdulillah ,da selesai pun .....jadi kepenatan seperti gambar di atas....huhuhu...............





gambar dibawah ini pula menunjukkan reaksi pada masa ni...memang ngantuk...nak tido kejap...sementara tunggu azan subuh....

jadi, bersempena ngan hari khamis...jadi marilah kita bersahur dan berpuasa pada hari ini.....
SELAMAT BERPUASA..........................



Moga amalan kita dipandang oleh ALLAH dan diterima sebagai malan yang soleh.....

ade ke azab kubur????

Satu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera besok pagi….
pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan…
majikan itu membenarkan pekerja itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari…

Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat selama-lamanya,…tapi korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari bagi membuat persiapan…
Nota: malaikat maut tak layan ‘
surat menyurat’….

Kerana itu ada mayat yg ditemui dalam berbagai2 keadaan.

Ada Mayat yg nasi penuh nasi kat mulut..

Ada Mayat tg tengah mandi

Ada Mayat yg baru nak berserapan

Ada Mayat yg sedang bersetubuh

Ada Mayat yg sedang memasak

Ada Mayat yg sedang baca blog..

Macam2mayat ada - (sila rujuk bilik mayat)…

Untuk pengetahuan korang semua:
-Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, buat kuih, tempah baju dll.

-Korang akan rasa best giler menjadi ‘raja sehari’ bila korang buat persedian berbulan2 dengan tempah baju, hias rumah, itu ini bla bla bla..

-Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan gembira seperti ‘injin yg baru di servis’ apabila korang dah buat persedian sejak hari pertama pembelajaran…

-Korang akan rasa best giler menjadi mayat bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yg soleh….

Adakah korang bersedia menjadi mayat besok pagi?

Dah buat persiapan?

(Alhamdulillah….)

Hari ini, aku nak bercerita mengenai persedian…

Biasa kita tengok org buat persediaan yg hebat2 just nak sambut hari raya, kahwin, bertunag, bla bla bla…tapi ada korang tengok org buat persedian besar-besaran untuk menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde? Sebab semua org fikir lambat lagi jadi mayat…
cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview mayat, apa yg mayat akan jawab?

Oh..saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru kahwin, tak sempat buat ‘itu’ lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi mayat…

Oh..loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh lagi dah jadi mayat...
Oh..oh….(macam tru calling)

Baru? (dah lama dahhhhh..)

Tempat pertama yg korang dan aku akan pergi lepas jadi mayat adalah KUBUR., selamat kat sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!

Cerita benar:
Mamat Tanya: Hamka, ada tak azab kubur?

Aku kata: Takde, kalau kau org yg beriman dan beramal soleh serta berpesan2 dgn kebaikan dan kesabaran.

Mamat: tapi, ada pendapat mengatakan, bukankan org yg jahat akan di azab kat akhirat, mengapa perlu di azab dlm kubur…

Aku kata: Engkau tak pernah tengok rangcangan bersamu tv3 tak? Bukankah ad org kapir yg susah kat dunia ni, sedangkan mereka mati masuk neraka? Kenapa? Kerana langsung tak susah bagi Allah untuk buat apa2pun! Langsung!

Mamat: tapi…

Aku kata: dah2 cukup mamat, senang macam ginilah, kau tutup lubang hidung dan mulut kau selama beberapa minit sehingga kau jadi mayat…dah jadi mayat nanti kau pergilah tanya malaikat Mungkar dan Nakir: ada tak azab kubur?

Sekian sebuah cerita kisah benar, sambung balik..

Aku nak bagi korang 3 perkara,:

Soalan, jawapan, dan cara nak menjawab..

kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah..nauzubillah..

apa2 pun aku tuju nasihat ni kat diri aku sendiri sebanyak 99 peratus dan 1 peratus kat korang semua yg aku kasihi…

Nota: aku bukan ustaz dan tidak bertauliah, segala maklumat yg tidak betul boleh di kesampingkan dan yg baik harap dapat di guna pakai. Sesiapa yg tak suka baca blog yg berunsur ‘mengajar’ boleh pergi blog lain…cth:blog cerita lucu ha ha .

SOALAN SATU:

SIAPA TUHAN KAMU?

Semua org islam boleh jawab: Allah.
Tapi bolehkan menjawab yg benar bila di tanya oleh malaikat Mungkar nanti?

Aku nak soal korang,
Apabila berlaku ‘kejutan’ apakah perkataan yg keluar dari mulut korang?

Mencarut?

Mencela?

Memaki?

Aku hairan sungguh, bila lelaki melatah disebutnya: ‘alat kelamin wanita’, sedangkan dia lelaki…wanita pulak bila melatah disebutnya : ‘alat kelamin wanita’juga… (ni byk terjadi kat terengganu, negeri lain aku tak tahu-dan aku tak nak buat kajian kerana menyahut kempen budi bahasa ha ha ha)

Satu lagi aku nak soal korang, sebelum ‘jatuh’ tidur…apakah perkara yg terakhir sekali korang fikir/ingat? : Allah?awek? kereta? Rumah?, makhluk lain?..

Sekiranya korang fikir makhluk lain…maka itulah hakikat sebenar hati korang…apa yg ada dlm hati korang isk…

Tanya lagi: apakah perkara pertama yg korang ingat bila bangkit dari tidur? Allah, awek? Final exam? Isk..itulah apa yg bertakhta di hati korang..

Dan bimbang2 bila malaikat maut datang ambil nyawa korang…bukan perkataan Allah yg terpancul dari mulut korang..isk..org yg menyebut selain Allah ketika nak mati, maka tiada jaminan shurga untuknya…(ya Allah peliharakanlah kami..isk..)

Satu cerita: seorang tok guru ada bela(pelihara) seekor burung cakmalakuba (gembala kerbau)..guru ni ajar burung lafaz: Allah! Allah!

Maka pandailah burung ni sebut : Allah! Allah!

Satu hari burung ni mampus di makan kucing, tok guru menangis…anak murud nasihat tok guru tak payah menangis, kita orang boleh cari burung lain yg lebih ‘best’…

Tok guru kata: aku menangis bukan kerana meratapi kematiannya…tadi ketika si kucing menerkam/membahamnya, aku dapati dia menjerit, “kuakkkk!, Kuakkk!” suara burung…lafaz yg datang dari hatinya..bukan lafaz: Allah! Allah…aku takut, kalimah Allah yg aku lafazkan hari2 ini hanya meniti dibibir sahaja…dan bila malaikat maut datang kelak..aku takut lafaz lain yg terpancul di mulutku..oh…uhuk!..uhuk…(hingus berleluasa di hidungnya..)

Moral: korang dan aku kena banyak sebut nama Allah, puji Allah, fikir kehebatan Allah, lihat kebesaran Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam setiap gerak darah….urat saraf…mudah2an di akhir kalam dapat ucap:

LA ILA HAIL L-ALLAH..atau…ALLAH! (amin)

SOALAN KEDUA

SIAPA NABI KAMU?

Apa2 pun korang semua dah tahu jawapanya adalah: NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nanti dlm kubur, malaikat akan gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya :“siapakah lelaki ini yg di utuskan kepadamu?”.. (Aku dengar sajak ‘sakaratul maut’ cakap macam ni)

Kata ustaz: org yg tak amal sunnah Nabi ,tak dapat kenal Nabi dan Nabipun tak kenal ummat dia yg tak amal sunnah Nabi…

Jadi aku soal balik: berapa banyakkah antara kita yg dah amal sunnah Nabi?

Satu peristiwa di padang masyar, Nabi akan bagi minum air yg mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat selama2nya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kausar, tiba2 satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya2 kesan wudhu yg sempurna, bila nabi tanya malaikat kenapa tahan,? mereka kan umat aku?, malaikat jawab mereka menolak sunnahmu…maka Nabi pun halau mereka sebanyak 3 kali dan sekali Nabi halau mereka malaikat heret *sajauh mata memandang dan kalau nabi dah tak ngaku umat syaitan lah pulak akan mengaku mereka tu umat dia (na’uzubillah)…

*sejauh mata memandang= bintang yg 4 thn cahaya pun nampak..oh betapa jauhnya..

SunnaT: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
SunnaH: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat…

Satu lagi cerita:

Zaman Nabi Musa as. Ada satu org pelawak ‘yoyo’ namanya, kerjanya buat lawak, bila firaun sedih dengan kehebatan nabi Musa a.s maka pelawak ni telah buat lawak dengan mamakai pakaian macam nabi musa, bertongkat macam nabi musa, dan pakai janggut palsu tiru nabi Musa a.s. Kemudian ajuk percakapan nabi Musa (nabi Musa bercakap agak gagap kerana waktu kecil makan bara api), satu istana gelak dengan ‘lawak mayat’ mamat nih, sampai firaun pun ketawa sama…..pendek cerita bila firaun dan tenteranya musnah dalam laut, Allah telah selamat kan pelawak ‘yoyo’ ni?, tanya nabi Musa pada Allah, kenapa selamatkan dia, dia bukan pengikutku? Allah berfirman (lebih kurang)”Aku tak akan menghancurkan org yg mengikut sunnah mu”, akhirnya pelawak ‘yoyo’ dapt hidayat…
Tengok org yang amal sunnah nabi walaupun dengan niat mempersendakan Allah bagi hidayat…macaman kalau korang buat betul2

Biar betul, biar betul2
Nanti tak payah nak di perbetul…
Dah memang betul
Baru betul…!

Cerita bab sunnaH:

Sunnah terbahagi kepada 3:
1- surah(penampilan)cth: janggut, serban, celak, minyak wangi dll.

2- Sirrah (perjanan@cara hidup)cth: solat jemaah, kahwin, masuk tandas, makan, tidur dll.

3- Sarirrah (pemikiran) cth: nabi menangis kenangkan umat...rungsing, risau, bimbang umat...

apa fikir nabi?
Nabi fikir macammana semua org dapat masuk syurga dan selamat dr azab api neraka, kita kena belajar benda2 nih, kita kena fikir macamana semua org lelaki dpt solat jemaah 5 waktu, semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak2 taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu,
wujud suasana ugama yg mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak2 jumpa kanak2 cakap kebesaran Allah
Fikir macamana bayi yg paling akhir zamanpun dapat ucap kalimah Tauhid.
boleh insyaAllah?

Sekarang cuba kita fikir2kan… Berapa ramai dari kita yang merasa jijik dengan ciri-ciri wajah nabi di wajah kita? Berapa ramai yang dipagi hari mencukur janggut dengan anggapan dengan tidak berjanggut adalah lebih hensem dari berjanggut? Berapa ramai yang memperleceh solat berjemaah sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar? Bolehkah jawab soalan malaikat Mungkar nanti?siapa nabi kamu? Oh…

Oh..oh…
(lagu latar)

“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami
cuba mengingatimu
Dan kami
cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”

SOALAN KETIGA

DIMANA KIBLAT KAMU?

Selamba korang jawab, kaabah kiblatku…
Aku nak tanya, bila org Azan mana dada korang menghadap?

Kaabah?

TV?

Awek?

Ha! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!

Bila time azan korang pun pergi kedai makan…itulah ‘kiblat’ korang (walaupun kedai itu menghadap kiblat!)

Ingat! salah jawab, kena azab kat malaikat Nakir, satu jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta ..argh..aduh, sakitnyerr..isk…
Lepas tu tumbuh balik anggota korang yg rosak tu..sakit…

Cuba korang tengok org yg jatuh motor dan patah kaki kanannya..(prak!!!) sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim betulkan balik, (prakkkkk!!!!) sakit jugakkan?

Begitulah kat dalam kubur..

Kena pukul : sakit,
Sembuh balik: pun sakit!

(lagu latar)

“Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi”

(ya Allah selamatkanlah aku dari azab kubur…)

SOALAN KE EMPAT

APAKAH PETUNJUK KAMU?

Korang nak tahu apa jawapannya; Nabi tinggalkan dua petunjuk, iaitu al quran dan ‘mayat’(maut)

Selamba je korang jawab: AL Quran petunjukku…!

Bagus!, aku nak soal: seharí berapa kali baca Al-Quran?

Oh..aku cakap kat aku sendiri nie..oh….isk…

Sangat bagus kita org islam nih (macam mak nenek aku ni, nasihat korang panjang berjela ha ha ha) baca Yassin di pagi hari dan surah sejadah, Al-Mulk di malam hari sekurang2nya!

(ya Allah pilihlah aku baca Al-quran setiap hari)

Dan korang tahu tak apakah hak Al-Quran?

Korang dan aku kena habiskan baca Al-Quran 2 kali setahun sekurang2nya!

Baca blog, akhbar, novel,komik hari2 boleh, Al-quran?…(oh..aku dah dua kali khatam komik drogonball..oh!...isk..umat menderita membuang masa)

(ya Allah pilihlah aku dan korang baca Al-quran habis! 2 kali setahun sekurang2nya-amin)

SOALAN KELIMA

SIAPAKAH SAUDARA KAMU?

Argh..dah panjang sangat nie….

Senang cakap: jiran 40 kiri, kanan, 40 atas, bawah(jika rumah flat) korang kena ziarah dan ajak mereka yg tak ke masjid dengan hikmahnya..
Semua org islam adalah saudaraku…semua kena jumpa!

Soalan cepu emas: siapakah nama jiran anda?

Kalau tak dpt jawab soalan ni…tak tahulah apa aku nak kata, (mengeluh)
Antara tanda akhir zaman, jiran saling tidak kenal mengenal….

Atau paling kurang: BAGILAH SALAM BILA BERJUMPA DENGAN ORG ISLAM WALAUPUN KORANG TAK KENAL…

CTH: ASSALLAMUALAIKUM….(aku tak kenal korangpun, tapi selalu bagi salam, amacam?beriman tak aku? Ha ha , Bukankah korang semua saudaraku?)

Mamat kata: tapi Hamka, betulke ada azab kubur? Cuba bagi dalil dan nas sikit!

Aku kata: Oii mamat! Aku bukan ustaz, pergilah rujuk ustaz

Sebenarnya aku nak kata:
kau ni manusia ke badak?
Kalau kau manusia, kau tak dpt dengar azab kubur sebab Allah hanya benarkan binatang sahaja yg dengar azab kubur!, tapi jika kau badak, kau memang tak dapat dengar sebab kau adalah PEKAK BADAK!(tapi aku cakap dlm hati je nie..)

Ps: sesungguhnya berdebat akan menggelapkan hati….hanya mayat yg mengerti tentang kehidupan kubur….




*********************************************************
ini di copy dari -sumber

cetusanku...da baca...fahami...ape yang baik ambil.....

Wednesday, June 16

B.TECH - dibuka sekarang....

anda seorang yang mahu belajar?
samada dari sudut latihan...multimedia....dan pelbagai lagi...untuk maklumat lanjut...dapatkan di http://bkawm2u.blogspot.com

Tuesday, June 15

Pemimpin menggunakan harta rakyat dalam islam



Baru-baru ini kita mendengar kerajaan telah membina Istana baru yang berharga 811 juta. Itu adalah salah satu projek yang menelan banyak duit rakyat walaupun kemiskinan masih lagi membelenggu ramai rakyat malaysia. Dalam masa yang sama biasiswa pelajar luar negara dibekukan. Kita cuba lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar dan Umar menggunakan duit rakyat.


ANCAMAN RASUL TERHADAP PENYALAH GUNAAN HARTA

من استعمل منكم على عمل فكتمنا مخيطا فما فوقه كان غلولا يأتي به يوم القيامة

“ Sesiapa yang dilantik dikalangan kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan harta senilai jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw bersabda:

إن رجالا يتخوضون في مال الله بغير حق فلهم النار يوم القيامة

"Sesungguhnya manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

PENGGUNAAN HARTA RAKYAT OLEH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Abu bakar as-Siddiq pada mulanya tidak menerima gaji dan tidak mahu menggunakan harta rakyat . beliau tetap pergi berniaga ketika dia dilantik sebagai khalifah. Ibnu Saad menceritakan dalam kitabnya:

Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah , belaiu keluar pada waktu pagi dengan membawa pakaian-pakaian untuk dijual . Dipertengahan jalan beliau bertemu dengan saidina Umar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah . Mereka berdua bertanya kepada Abu Bakar ra “Kamu hendak kemana wahai khalifah?” Lalu Abu Bakar menjawab “ Hendak ke pasar.” Mereka berdua pun membalas “ Apa yang kamu hendak buat dipasar sedangkan engkau sudah dilantik sebagai khalifah untuk menjaga orang-orang Islam? ! Abu Bakar ra menjawab “ Dari sumber mana aku hendak memberi makan keluarga ku?


Gaji Abu Bakar


Dalam kitab Tabaqat al-Kubra , Ibnu Saad menyebut :


Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai Khalifah , orang-orang Islam telah menetap gajinya sebanyak dua ribu dirham (setahun). Abu Bakar ra berkata :

زيدوني فإن لي عيالا وقد شغلتموني عن التجارة

“ Tambah lagi kerana sesungguhnya aku anak-anak yang ku tanggung. Sesungguhnya jawatan khalifah ini menyebabkan aku tidak sempat untuk berniaga.”

Lalu mereka menambah 500 dirham.

Ibnu Hajar menyatakan hadis ini sahih

Memulangkan kembali harta setelah jawatan dilepaskan

Hasan bin Ali ra berkata:

Apabila Abu Bakr as-Siddiq hampir meninggal dunia , beliau berpesan:

يا عائشة انظري اللقحة التي كنا نشرب من لبنها والجفنة التي كنا كنا نصطحب فيها والقطيفة التي كنا نلبسها فإن كنا ننتفع بذلك حين كنا نلي أمر المسلمين. فإذا مت فاردديه إلى عمر

“ Wahai Aisyah, lihatlah ‘unta yang hampir melainkan anak’ yang kita minum daripadanya, bekas yang digunakan untuk memasak dan pakaian baldu yang kita pakai. Semuanya kita gunakan semasa aku menjadi khalifah. Apabila aku mati hendaklah kembalikan kepada Umar.”

Apabila beliau wafat Aisyah menghantar barang-barang tadi kepada Umar ra. Umar pun berkata:

رضي الله عنك يا أبا بكر

“ Semoga Allah meredaimu wahai Abu Bakr.”

Hadis riwayat at- Thabrani . al-Haithami berkata para perawi-perawinya thiqah.

CARA UMAR MENGGUNAKAN HARTA RAKYAT

Umar ra berkata:

إني أنزلت نفسى من مال الله منزلة مال اليتيم إن استغنيت استعففت وان افتقرت أكلت بالمعروف

“ Sesungguhnya aku menggunakan harta rakyat seperti penggunaan harta anak yatim, sekiranya aku tidak memerlukan aku tidak mengambilnya dan sekiranya aku benar-benar memerlukan baru aku akan mengambilnya dengan cara yang baik (tidak berlebihan).”

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih

Kita lihat bagaimana sejauh mana Umar menggunakan harta rakyatnya. Umar sangat bersederhana dalam berpakaian dan hanya memiliki satu pakaian sahaja. Abdul Aziz bin Abi Jamilah al-Ansari ra:

Suatu hari Umar terlambat keluar untuk solat Jumaat , apabila beliau naik ke atas mimbar beliau meminta maaf kepada para jemaah dan berkata:

إنما حبسني قميصي هذا لم يكن لي قميص غيره

“ Baju aku yang menyebabkan lambat (basuh baju). Aku hanya ada satu baju ini sahaja.”

Walaupun dia ada sebab untuk menggunakan duit orang Islam untuk membeli pakaiannya tetapi beliau tidak melakukannya. Umar mengambil harta kerajaan ketika benar-benar perlu dan beliau hanya mengambil harta kerajaan setelah mendapat keizinan rakyatnya. Barra bin Makmur menceritakan:

Sesungguhnya suatu hari Umar keluar ke mimbar dan mengadu sakit. Orang menyatakan bahawa dia perlu makan madu untuk merawat penyakitnya. Dalam baitul mal (tempat simpanan kerajaan) terdapat madu. Lalu Umar berkata:

إن أذنتم لي فيها أخذتها وإلا فإنها علي حرام

“Sekiranya kamu semua izinkan aku mengambilnya aku akan ambil. Jika tidak, haram aku mengambilnya.”

Umar tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.

KESIMPULAN

1. Setiap sen yang dibelanjakan oleh pemimpin akan dipertanggungjawab oleh tuhan. Kemana ia dibelanjakan? adakah ia suatu pembaziran? adakah mengikut syariat?

2. Pihak kerajaaan hendaklah mendedahkan kepada rakyat gaji-gaji pemimpin utama. Kita lihat baru-baru ini david cameroon (pm england) mendedahkan gajinya sebanyak 150,000 pound sterling.

3. Setiap penyelewangan dan penyalah gunaan harta akan ditanggung oleh penjenayah tersebut pada hari kiamat dan dibawanya pada hari kiamat kepada tuhannya. Tanah-tanah yang diambil bukan dengan cara yang betul akan dikalungkan tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi dilehernya pada hari kiamat (hadis sahih).

4. Setiap harta kerajaan hendaklah digunakan harta tersebut mengikut apa yang dibenarkan sahaja. Tidak boleh barang yang dibenarkan di pejabat di bawa balik. Dalam hal ini kita kena berhati-hati menggunakan harta awam. Ulama mengharamkan membasuh tangan dengan air minum sabil kerana ia hanya untuk diminum. Pada masa kini banyak harta kerajaan digunakan oleh parti politik untuk berkempen, tabur janji dan sebagainya.

5. Bagi memastikan semua penggunaan itu menepati syariat hendaklah ada panel penasihat syariah bagi memastikan ia bertepatan dengan syariat.

6. Hendaklah pemimpin menggunakan duit rakyat seperti mana Umar menggunakan duit. Menggunakan bila benar-benar perlu dan meminta keizinan rakyat.

7. Pemimpin yang menyalah gunakan harta sehingga dibenci rakyat akan menyebabkan tidak diterima solatnya. Nabi saw bersabda:

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق رؤوسهم شبرا (أحدها) رجل أم قوما وهم له كارهون

" Tiga golongan yang solatnya tidak akan diterima (salah satunya) seorang lelaki yang mengimami kaumnya sedangkan kaumnya membencinya."

Hadis sahih riwayat Ibnu Majah

Dr Yusuf Qardawi berkata:

" Kalaulah pemimpin kecil (imam) pun ditolak solatnya kerana tidak disukai oleh jemaahnya (kerana sebab yang syarie) apakan lagi pemimpin besar iaitu ketua negara."

Oleh itu -hati dan berwaspadalah wahai pemimpin kecil atau pemimpin besar dari melakukan kesalahan sehingga dibenci oleh kebanyakan rakyatnya.


Rujukan: Al-Malul Am oleh Muhammad said al-Baghdadi dan Al-Muntaqa At-Targhib watrghib oleh Dr Yusuf Qardawi.


sumber

Piala Dunia




dalam kehangatan musim peperiksaan ni , berlaku sedikit pertembungan ngan bahang Piala Dunia...sebagai seorang yang meminati sukan jenis ni , xdapat digambarkan rasenye keadaan membaca buku sambil menonton perlawanan bola sepak....nasib baik la beza masa disini ngan afrika tu sejam je...xde la menonton sampai larut malam....huhu

jangkaan awal meramalkan bahawa Brazil mampu untuk merampas Piala berprestij ini dari penyandangnya iaitu Itali....ape2 pun kita nantikan penyudah Piala Dunia ni.....

p/s-tengok bola jangan sampai lupe diri , Malaikat sentiasa je tunggu nak bawa roh ke alam lain...
solat jangan tangguh2 kan......
k.....dari hati untuk diri ni.....

Monday, June 14

Tiada Erti Kesenangan Jika Tidak Mengalami Kesusahan

01

Kehidupan manusia di dunia ini umpama roda yang sedang berpusing, dan terus berpusing sehinggalah ia terhenti, iaitu ketika kematian seseorang. Ketika roda hidup manusia sedang berputar, sudah pasti bahagian bawah roda akan naik ke atas, dan bahagian atas akan turun ke bawah. Tidak mungkin sebuah roda yang bulat, yang berputar, tetapi bahagian atasnya tetap berada di atas.

Hakikat kehidupan manusia hari ini, selepas kesusahan, pasti datangnya kesenangan. Mana mungkin selepas kesusahan, datang kesusahan. Begitu juga kesenangan. Kesenangan dan kesusahan adalah perkara yang berbeza. Kita tidak akan mengenal erti sebuah kesenangan sekiranya kita tidak merasai kesusahan. Begitu juga kita tidak akan merasa susah sekiranya kita tidak pernah menikmati kesenangan.

Begitu juga siang dan malam, tidak akan wujud erti “malam” sekiranya tiada waktu siang. Begitulah sebaliknya. Maka kedua-dua perkara yang berlawanan ini sering berputar, sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Oleh itu, setiap kesedihan pasti ada kegembiraan. Mana mungkin seseorang akan berterusan sedih di dalam hidupnya, kerana roda itu terus berputar.

Ramai yang beranggapan bahawa dirinya adalah insan yang paling teruk diuji. Setiap hari, kesusahan demi kesusahan dialaminya. Tetapi hakikatnya, dia terlupa bahawa terdapat jutaan manusia lain yang lebih menderita daripada dirinya. Sekiranya dia bersedih kerana kehilangan orang yang disayangi, sudah berjuta-juta manusia yang sudah merasainya.

Begitu juga kesusahan, sekiranya dia merasakan dirinya adalah orang yang paling susah, tetapi sebenarnya dia lupa, masih terdapat berjuta-juta orang yang jauh lebih susah daripada dia. Hatinya sering berkata, akulah orang yang paling perit diuji, sedangkan dia tidak pernah dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Nabi Muhammad SAW, ketika berdakwah di Thaif, Baginda SAW, telah dilempar dengan batu dan najis oleh penduduk-penduduk di situ, kerana menyebarkan Islam. Pernahkah kita diperlakukan begitu? Nabi SAW pernah diuji dengan ancaman dibunuh oleh ramai orang, sehinggakan Baginda SAW bergelar WANTED oleh masyarakat Mekah. Sedangkan kita tidak pernah diuji sedemikian.

Adakah dengan kesusahan yang sedikit ini kita sudah merasa lemah? Sekiranya kita kalah dengan ujian, kita tidak akan merasa kesenangan hidup. Kesenangan akan dapat dinikmati setelah kesusahan itu dialami. Kegembiraan akan dapat dirasai setelah kesedihan itu didepani. Anda tidak akan merasa senang sekiranya anda tidak mahu menerima kesusahan. Oleh itu, hadapilah kesusahan dan kesedihan untuk mendapat kesenangan dan kegembiraan.

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...