Sihir
mafhumnya:
mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
surah baqarah ini adalah ayat quran yang dapat meleraikan sihir ikatan yang menyebabkan sebuah perkahwinan yang tidak sempurna supaya sihir ini tidak dapat mengganggu kehidupan seharian.... I.allah..
sukalah saya berkongsi sedikit berkenaan soalan yang menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat yang pernah mengalami masalah ini kepada pembaca sekalian.. :
- assalamualaikum ustaz ,saya seorang bapak saudara kepada seorang gadis berumur 30 tahun yang masih menunggu jodohnya...tetapi dia mempunyai masalah perut membesar dan saya serta keluarganya sudah menghantarnya untuk dirawati oleh doktor ttp, sia sia sahaja kerana beliau mendapati anak saudaran saya ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan langsung sama sekali...dan sekarang perutnya semakin hari semakin membesar...adakah ini dilakukan oleh sihir juga ustaz...???
jaddi jawapan yang diberikan kepadanya berbentuk begini...:
ustaz sharhan : herrmmm itu kalau dalam perubatan islam ia dinamakan sebagai penyakit busung...memang penyakit ini tidak mampu dikesan melalui perubatan moden sekarang kerana ape??kerana jin ini ada kerajaan dia sendiri yang bahagian kabinet dia kerjanya menyakitkan manusia ...ade yang begitu..jangan ingat manusia jer yang ade kerajaan jer....jin pon ade kementeriaan sendiri...jadi kalau sakit ini kita nak keluarkan angin pon kekadang tak ade angin ...nak keluarkan air pon ..air kat perut tu pon bukan nyer ade...jadi sakit yang sebergini memangla perlukan ubatan islam yang melalui kaedah ayat quran....ape ayatnya...:
surah an-anbiya' : 83...
amalkanlah setiap hari...bukan hanya yang ade sakit jer..kalau boleh yang sihat sekarang ini pon amalkanlah kerana bukan kita tahu allah rancang ape untuk kita di masa hadapan kelak....
sedikit ilmu yang saya kongsikan ini mampu memberikan kita satu pengajaran dan pembelajaran kerana jangan kita bermain main dengan ilmu hitam ini kerana allah tidak suka kepadanya...nauzubillahiminzalik...semoga allah menghindarkan kita dari segala ilmu sihir ini...ameen...
Sembilan jenis sihir
1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.
7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai ilmu sihir. Ilmu sihir ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu. (Jin akan menyerupai wajah perempuan tersebut)
Polong : Bagi menghisap darah mangsa.
Jembalang (hantu raya) : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyangnya atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

HUKUM SIHIR
1. Hukum pengamal sihir adalah kafir.
2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas.
3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:
Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:
i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِيْ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا الله
Mafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)
ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda:
مَنْ أتَى كَاهِنًا أوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ فِيْمَا يَقُوْلُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)
Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.
Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةُ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً
Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)
Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.
4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.
5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.
6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan tujuan untuk kebaikan.
7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan, memasarkan dan mempromosikan amalan-amalan yang berkaitan dengan sihir.
antara sumber rujukan : http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/250-hukum-sihir
Comments