Posts

Showing posts from February, 2011

Memahami dan Menghayati Sirah dan Perjuangan Rasulullah S.A.W. Adalah Sifat Orang Mukmin

Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai saja 12 Rabi'ul awal umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Tidak ada satu pun biografi kehidupan seseorang di dunia ini selengkap biografi Rasulullah SAW. Kita boleh menyemaknya mulai dari masa pernikahan Abdullah dan Aminah -ayah bunda baginda sampai dengan wafatnya. Kita boleh mengenal jelas waktu kelahirannya, masa kecil dan masa mudanya. Apalagi setelah baginda diangkat sebagai Nabi dan Rasul, dengan terperinci. Biografi baginda merupakan sejarah lengkap kehidupan seorang manusia yang dimuliakan dengan risalah Allah, yang tidak terlepas dari sisi-sisi kemanusiaannya· Maka sangatlah relevan bila Allah SWT memerintahkan agar individu Muhammad SAW diteladani dan dijadikan rujukan hidup umat manusia. Firman Allah S.W.T maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang ya...

Mengenang Persaudaraan Yang Manis

Image
Alhamdulillah. Hampir seminggu sudah berada di tanah kelahiran, pulang bercuti menziarah keluarga. Sambil bersantai-santai malam menanti lelap, tiba-tiba ringan kaki mahu melepak di depan televisyen. Rupanya ada siaran langsung bual-bicara Ops Piramid di TV1, dengan pimpinan pelajar Mesir menjadi antara ahli panelnya. Namun dek kelewatan mengikuti rancangan, siaran tamat beberapa minit selepas itu. Bagaimanapun saya sempat tertarik dengan cerita seorang wartawan yang turut menjadi panel, katanya: “ Di Cairo Airport, ketika sedang menguruskan kepulangan para pelajar, saya lihat ada seorang Arab tua menangis. Saya tarik seorang pelajar yang tahu berbahasa arab supaya menanyakan masalah orang tua itu. Lalu si tua menjawab, beliau sedih kerana orang Malaysia yang baik-baik ni sudah pulang beramai-ramai. Beliau sangat kesal dengan kekacauan yang berlaku di Mesir hingga kerajaan Malaysia menarik rakyatnya pulang.” Memang sudah diduga. Saya terimbau ingatan seminggu lepas sewaktu masih bera...