Abu Zar r.a.  meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Aku menasihatkanmu;
* Kamu hendaklah bertakwa kepada Allah kerana Ianya  sumber segala amalan.
* Utamakanlah bacaan al-Qur'an dan zikrullah kerana  dengan itu nama kamu akan disebut dilangit dan sebabkan nur dipermukaan  bumi.
* Perbicarakanlah yang baik-baik atau senyap nescaya  syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong tentang  urusan-urusan agamamu.
* Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu  hatimu akan mati dan cahaya dari wajahmu akan lenyap.
* Utamakan jihad kerana itulah kebanggaan umatku.
* Hendaklah mengasihi orang-orang miskin dan mengauli  mereka.
* Dan perhatikanlah keadaan mereka yang lebih rendah  daripada keadaanmu.
* Janganlah sekali-kali memperhatikan keadaan mereka yang  lebih tinggi daripada keadaanmu kerana dengan ini kamu tidak dapat  mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang Ia kurniakan kepada kamu.
* Hendaklah mengukuhkan silaturahim dengan kaum kerabatmu  walaupun mereka memutuskan perhubungan mereka denganmu.
* Hendaklah berbicara yang benar walaupun dirasai pahit.
* Hendaklah berbicara yang benar walaupun dirasai pahit.
* Jangan sekali-kali menghiraukan para pencela mengenai  urusan-urusan agama Allah.
* Carilah keaiban dirimu sendiri, janganlah sekali-kali  menghebuhkan keaiban orang lain.
* Janganlah sekali-kali memurkai seseorang kerana  keburukannya yang terlibat di dalam dirimu sendiri.
Wahai Abu Zar,
* Tidak ada kebijaksanaan yang lebih bernilai daripada  tindakan yang sewajarnya,
* Sebaik-baik takwa ialah menjauhi segala larangan dan
* Tidak ada kemuliaan yang setimpal dengan akhlak yang  sempurna."
Pengajarannya :
Berdasarkah hadis di atas  yang diriwayatkan oleh Abu Zar r.a, Nabi s.a.w telah menjelaskan  beberapa perkara mengenai ciri-ciri akhlak Islam dan amal soleh yang  perlu ada pada diri seorang Mukmin. Walaupun nasihat ini ditujukan  kepada sahabat baginda (Abu Zar) tetapi sebenarnya ia adalah ditujukan  untuk semua umat Islam untuk mencapai tahap akhlak Islam dan amal soleh  yang sempurna. Sekiranya kita fahami dan melaksanakan apa yang  dinyatakan oleh Nabi s.a.w, insya Allah kita akan menjadi Mukmin yang  sempurna dan memiliki peribadi yang mulia.
 
 
 
 
1 comment:
salam abg rosli.. jazakallah atas perkongsian ilmu. nasihat2 rasulullah ni nampak mudah tapi sering dilalaikan oleh kebanyakan umatnya. sesuatu yang sedih tapi itulah realiti. ramai lebih mengikut nasihat2 syeikh atan dan nafsu...
moga thabit dalam berdakwah sokmo.
Post a Comment