Lautan Dakwah


Permandangan Di Ra'su bar...

Salam Sejahtera kapada semua...

Gambar ni ,gambar pantai,tapi sengaja nak cerita tentang laut.....
Laut.....
Tenang...
Damai.....
Sejuk mata memandang.....
Mengingatkan tentang kewujudan dan kehebatan Allah....


Kita tengok lak kegunaan laut.....

Kanak-kanak berlari2 di tepi pantai....
Segolongan lagi bermain pasir...
ada yang membuat binaan dari pasir....
ada yang membayangkan sedang membuat latihan peperangan di tepi pantai....
mereka menggunakan kawasan pantai yang berhampiran dengan laut,dengan cara mereka sendiri.....

Orang Dewasa......
Bermandi-manda dalam laut.....
Bersukan dengan sukan yang tertentu....
Masih mendekati laut...tapi dengan cara mereka.....

Pelukis......
Mengambil ilham pemandangan dari laut....
membayangkan keadaan dalam dan luar lautan untuk lukisannya....

Nelayan....
Mencari rezeki dari lautan...
Mereka menggunakan dasar atau bahagian dalam laut.........


Penyelam...
menyelam ke bahagian yang lebih dasar...
mencari bahan tertentu dengan tujuan tertentu.....

Banyak cara mereka menggunakan laut untuk memenuhi matlamat mereka.....

Jadi,ana terfikir.....
Kewajipan dakwah ada pada setiap individu muslim......
xkira ustaz.....
doktor.....
peguam......
guru.....
semuanya terletak di atas bahu masing2......

kalau lah laut di gunakan oleh setiap peringkat atau tahap manusia dengan cara yang berbeza....bayangkan cara dakwah kita sebagai seorang muslim...mestilah menggunakan pendekatan mengikut kemahiran dan gerak kerja yang kita lakukan.....

Ini bermakna,setiap daripada kita tidak mempunyai alasan untuk tidak terjun ke Medan dakwah,kerana dakwah dalam islam ini tidaklah tertumpu kepada sebahagian pihak dan mad'u tertentu...Tetapi dakwah islam itu bersifat syumul yang mana ianya menyeluruh dari setiap pihak bermula dari akar umbi...
Ini bermakna setiap kita perlu bekerja untuk memberi kesedaran kepada semua...tak kira bangsa...agama...atau faktor kulit...yang penting...dakwah kita sampai.....
Bagaimana dakwah nak samapai???? setiap kita perlu membuat kerahan tenaga untuk terjun sama2 ke medan dakwah...Bagaimana?????
Terpulang kepada pendekatan dan kreativiti masing-masing....
Macam kita guna laut...
Setiap peringkat ada cara tersendiri.....
Yang penting kita benar2 berusaha bersama dan tidak membiarkan tugas ini kepada orang lain.....

Ini adalah peringatan untuk diri ana sendiri....Sudah tiada masa beralasan lagi.....
sekian....

P/S : Ini cuma cetusan idea n sekadar pendapat sendiri....Tiada kaitan dengan mana-mana pihak....


ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN......

Roslizan Bin Mohd Yusof
RNSK
Hayyu Sabie
Kaherah Mesir
7:41 Pagi.....

Comments

TRAVELLER said…
salam
jzkk for the reminder.

teringat kata-kata seorang ustaz pada kami - dakwah adalah fann.

mungkin pemahaman terhadap maksud sebenar dan juga kesedaran tentang dakwah itu yang tidak ditekankan hinggakan kebanyakan murid-murid beragama islam yang apabila habis sekolah, tidak dapat merasa izzah dengan islam dan tidak dapat memahami kepentingan untuk menjadi muslim secara menyeluruh.

teruskan segala usaha...

fastaqim kama umirta...

wallahua'alam
Rusli said…
syukran terhadap respon pembaca
abu muaz said…
salam perkenalan ustaz

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول