Wednesday, February 25

(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´): stori di sebalik story...layann..!!

Ulama' Berkecuali ?

artikel ni di copy dari lobai kampung,rasa2 macam de manfaat untuk sumer,xkira ngah blaja agama @ sains @juruterbang...

Lobai Kampung

Motaz ( Motivasi dan Tazkirah )


Perlukah seorang orang berilmu mengambil pendirian berkecuali ? Mengambil pendirian berkecuali adalah salah satu cara yang paling selamat untuk keluar di dalam sesuatu kemelut. Tetapi ianya bukan kepada seorang berilmu yang menjadi ikutan dan panduan orang awam. Orang awam akan menilai sesuatu perkara berdasarkan pandangan terhadap sesuatu isu dinilai oleh seorang ilmuan. Contohnya mudah seorang pakar tanah ditanya mengenai keadaan tanah. Lalu dia menjawab merbahaya. Lalu ditanya pendiriannya apakah selamat diduduki ataupun tidak. Dia pun menjawab dalam hal ini saya tak boleh beri jawapan. Apa akan jadi kalau ada yang mengambil pendirian sendiri. Seseorang yang berilmu wajib mendidik mereka yang jahil menentukan mana yang baik dan mana yang tidak serta sedia menanggung risiko di atas pendirian berpaksi kebenaran. Nabi pernah meletakkan gelaran Syaitan Bisu bagi orang alim yang mendiamkan diri apabila berhadapan di antara kebenaran dan kebatilan.

Pendirian berkecuali ini adalah kesinambungan dari usaha penjajah dan dipelopori oleh Mustafa Kamal pemusnah empayar daulah Othmaniah. Mereka mengasingkan urusan keduniaan dengan Islam. Hal ini menyebabkan para ilmuan di larang menyentuh isu-isu kemungkaran yang melibatkan pentadbiran. Ulama hanya dibenarkan mengajar ilmu-ilmu yang bersifat ritual semata-mata tanpa memperdulikan urusan siasah yang menjadi sebahagian dari keperluan masyarakat muslim. Maka akhirnya timbullah pelbagai pendekatan dan pandangan sehingga ada di kalangan para ilmuan mengambil langkah untuk berkecuali di dalam hal-hal siasah. Siapa yang rugi? Ummat Islam terus diperbodohkan. Apabila ada di kalangan ulama bersuara lantang, mereka akan meletakkan pelbagai tanggapan bahkan sehingga ada yang menerima hukuman.

Tetapi Nabi SAW bersabda : Akan berterusan ada di kalangan ummatku sekelompok manusia yang menzahirkan kebenaran sehingga tiba janji Allah SWT.

Terdapat beberapa ayat Al-quran yang menggambarkan tentang ciri ilmuan. Ilmuan tidak sempurna mereka tetap ada kekurangan, tetapi mereka akan selamat selagi sandarannya masih kepada Allah dan Rasul dan bukan pada dunia serta kepentingannya.


1. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. Surah Fatir ; 28

2. Nabi Hud berkata: "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang kedatangan azab itu) hanya ada di sisi Allah, dan (tugasku hanya) menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan membawanya, tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil (akan tugas Rasul)!" Surah Ahqaf : 23

Jangan sesekali kita meletakkan hukum kepada orang berilmu yang menjalankan amanah yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Sebaliknya kita menjadi pendokong dan penyokong kepada kebenaran yang diperjuangkan.

Nabi SAW bersabda : Seberat-berat manusia yang menerima azab pada hari kiamat ialah orang berilmu yang tidak dimanfaatkan untuk Allah dengan ilmunya.

Perintah terhadap orang berilmu sangat berat kerana mereka memikul amanah dan warisan para anbiya' . Sekiranya mereka gagal meletakkan kebenaran pada tempat yang sebenarnya bermakna mereka telah mengkhianati ilmu yang dikurniakan Allah. Kehidupan manusia ini hanya mencari satu makna antara yang haq dan yang batil.
Sunday, February 22, 2009

Tuesday, February 24

2 pelancong antara 4 maut serangan bom di Kaherah

KAHERAH: Empat, termasuk dua pelancong asing maut apabila sebutir bom diletupkan di tengah dataran awam yang sesak di tengah ibu negara Mesir, malam tadi.

Pelancong luar yang maut itu ialah seorang wanita warga Perancis dan seorang lagi yang belum dikenal pasti.

Letupan yang berlaku pada waktu senja itu bertempat di pasar lama kurun ke-14, Khan el-Khalili di tengah kota raya Kaherah, dengan kebanyakan pelancong asing minum dan menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi di deretan tepi jalan.



"Kami dengar dentuman yang amat kuat tetapi tidak tahu apa sebenarnya," kata seorang saksi kepada stesen tv Mesir.

"Mereka adalah pelancong yang tidak berdosa, yang tidak terbabit dalam politik dan cuma datang ke Mesir untuk melancong," katanya.

Menteri Kesihatan Mesir, Hatem el-Gabali, berkata wanita Perancis adalah antara yang terbunuh manakala 17 lagi cedera termasuk 10 pelancong Perancis, seorang Jerman dan tiga dari Arab Saudi.

Enam daripada mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Saksi memberitahu, sebutir bom meletup sebaik dilemparkan seorang penunggang motosikal, manakala satu lagi berjaya dimatikan pakar pemusnah bom.

Agensi berita MENA pula memetik seorang saksi ternampak bom berkenaan dibaling dari bumbung rumah yang berdekatan. - Reuters -berita harian

2 pelancong antara 4 maut serangan bom di Kaherah



KAHERAH: Empat, termasuk dua pelancong asing maut apabila sebutir bom diletupkan di tengah dataran awam yang sesak di tengah ibu negara Mesir, malam tadi.

Pelancong luar yang maut itu ialah seorang wanita warga Perancis dan seorang lagi yang belum dikenal pasti.

Letupan yang berlaku pada waktu senja itu bertempat di pasar lama kurun ke-14, Khan el-Khalili di tengah kota raya Kaherah, dengan kebanyakan pelancong asing minum dan menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi di deretan tepi jalan.



"Kami dengar dentuman yang amat kuat tetapi tidak tahu apa sebenarnya," kata seorang saksi kepada stesen tv Mesir.

"Mereka adalah pelancong yang tidak berdosa, yang tidak terbabit dalam politik dan cuma datang ke Mesir untuk melancong," katanya.

Menteri Kesihatan Mesir, Hatem el-Gabali, berkata wanita Perancis adalah antara yang terbunuh manakala 17 lagi cedera termasuk 10 pelancong Perancis, seorang Jerman dan tiga dari Arab Saudi.

Enam daripada mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Saksi memberitahu, sebutir bom meletup sebaik dilemparkan seorang penunggang motosikal, manakala satu lagi berjaya dimatikan pakar pemusnah bom.

Agensi berita MENA pula memetik seorang saksi ternampak bom berkenaan dibaling dari bumbung rumah yang berdekatan. - Reuters -berita harian

Thursday, February 19

Mujahadah teruji

Salam Sejahtera kepada semua pembaca...
Musim pembelajaran sudah bermula kembali,maka semua kita akan bermujahadah dalam meneruskan usaha menggapai cita-cita...
Teringat saya kalam Syeikh kami iaitu Syeikh Ahmad Taha Rayyan,di saat kami menghadiri kelas tafaqquh beliau ketika beliau membentangkan kitab tafsir Hasyiah sofi lil jalalin,beliau ada berkata-KITA SERING MENISBAHKAN NAMA KITA KEPADA SESUATU YANG HEBAT,YANG GAH,TAPI HAKIKATNYA SUDAH SAMPAIKAH ATAU LAYAKKAH KITA DENGANNYA??huh...terkesima gak saya ngan ucapan beliau itu...terfikir tentang persiapan diri,ilmu,ibadah,akhir zaman,macam-macam lagi...
alang-alang kuliah pun dah bermula,jadi marilah kita rebut kesempatan yang ada dan ruang yang banyak untuk kita mengkaji dan mempelajari ilmu di mana pun kita berada.
Jadi di kesempatan yang masih ada ni,saya menyeru diri yang lemah ini untuk terus memperbanyakkan ilmu dan tafaqquh...doakan saya

Thursday, February 5

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS MENGENAI ISU PERAK

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS MENGENAI ISU PERAK

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”


3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.


4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.


5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.


6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).


Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mursyidul Am PAS


Bertarikh : 9 Safar 1430

Tuesday, February 3

Bekerja untuk jawatan @ amanah?

Jawatan itu hanya satu nama sahaja , tetapi dlm hati kita bebas untuk meletakkan apa sahaja pangkat atau jawatan kita , yg penting matlamat dlm perjuangan kita tercapai , tanpa perlu utk kita memecah belah kan perpaduan sesama kita,walaupun tanpa jawatan dan sebagai tentera biasa terus membantu tentera islam mencapai kemenangan kerana perjuagan bukan lah untuk jawatan tetapi untuk menegakkan islam .

Perngorbanan

PERJUANGAN MUSLIM ADALAH PENGORBANAN

Allah juga memberikan penjelasan bahawa umat yang benar-benar berjuang demi untuk mencapai cita-cita
dan diperlukan sekali persediaan diri mengorbankan jiwa dan hartanya. Dan untuk terlaksananya dakwah,
maka perjuangan tersebut adalah merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh.
Allah berfirman di dalam KitabNya:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka …”.
Selain pergorbanan tersebut, umat Islam yang benar-benar menyampaikan risalah dakwah, harus bersedia
pula mengorbankan kepentingan dunia demi pahala yang akan diterima di akhirat. Oleh kerana itu sesiapa
sahaja yang terjun di bidang ini haruslah memiliki sifat-sifat sebagai seorang da'ie.
Penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh umat Islam pada zaman yang silam telah mencatatkan satu
peristiwa sejarah yang merupakan kesinambungan kepada kewujudan peradaban, kemajuan, pendidikan
dan pengajaran Islam. Tetapi apa yang pernah dilakukan oleh masyarakat Barat sekarang ini?

Terjemahan dari-Kemana kita menyeru-karangan Dr Yusuf alqaradhawi

Syair

حسان بن ثابت بمدح الرسول ويهدد قريشا بالفتح

ألا أبلغ أبى سفيان عني # فأنت مجوف نخب هوأ
بأن سيوفنا تركتك كعبدا # وعبد الدار ساداتها الإماء
هجوت محمد فأجبت عنه # وعند الله ذاك الجزاء
أتهجوه ولست له بكفء # فشركما لخيركما الفداء
هجوت مبارك برا حنيفا # أمين الله شيمته الوفاء
فمن يهجو رسول الله منكم # ويمدحه وينصره سواء
فإن أبي ووالده وعرضي # لعرض محمد منكم وقاء
فإن تثقفن بنو لؤي # جذيمة إن قتلهم شقاء
أولئك معشر نصروا علينا # ففي أظفارنا منهم دماء
وحلف الحارث بن أبي ضرار # وحلف قريظة منا براء
لساني صارم لا عيب فيه # وبحري لا تكدره الدلاء

Monday, February 2

Sentuhan Hati


Seperti mana yang kita lihat pada hari ini,kelihatan manusia-manusia sekeliling kita ini seolah-olah sedang berlumba-lumba untuk mengejar sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan di dunia yang fana ini.Bila difikirkan seolah-olah mereka sedang mengejar sesuatu yang dapat digunakan dan memberi manfaat dalam jangka masa yang sangat panjang,tetapi apabila diteliti dengan secara telus rupanya mereka sedang sibuk mencari kekayaan,ada di antara mereka pula sibuk mengumpul kekuatan,tak kurang juga yang sibuk mengumpul jawatan,yang mahukan nama mereka disanjung-sanjung oleh orang kebanyakan,sedar atau tidak atas perbuatan mereka ini sehingga sanggup menindas dan meninggalkan saudara mereka sendiri yang masih ramai dalam kesusahan,kepayahan,penderitaan akibat daripada perasaan cintakan dunia sehingga sanggup memijak saudara sendiri.
Timbul persoalan dibenak hati ini,adakah mereka tak terfikir nasib saudara-saudara mereka ini?mereka tak tahu ke orang beriman ini bersaudara?mereka tak tahu ke kita tak dibenarkan mempersenda dan memperolok-olokkan sesame orang beriman?mereka tak pernah tahu ke?atau mereka memang tak nak tahu?bukan ke dalam Al-Quran ALLAH SWT ada berfirman di dalam surah yang ke-49 iaitu surah al-hujrat ayat ke-10 & 11,bukan ke disitu ada menyebut yang orang-orang mukmin itu bersaudara,jadi sepatutnya kita meraikan saudara seislam ini seperti kita semua dari diri yang satu,yang mana kita tak sanggup kehilangan atau kecederaan pada mana-mana anggota badan kita,jika ada yang tercedera sudah pasti satu badan kita menanggung kesakitan itu juga.Jadi?dimana apakah yang menjadi punca?siapa punya angkara?terpulang kepada penilaian akal dan keimanan kita untuk menimbang persoalan ini.
Ini baru menyentuh tentang perbuatan kita sesame mukmin yang mana setiap kita masih dalam kebebasan hidup,masih lagi dalm keadaan selamat.Cuba kita renung kembali Kalam ALLAH yang ana sebutkan tadi,adakah yang dimaksudkan dengan bersaudara itu adalah kaum kerabat kita?ataupun orang-orang islam di tanah air kita?Bila kita fahami ayat itu ternyata bahawa orang mukmin itu bersaudara tanpa mengira keturunan,bangsa,atau Negara,tidak mengenal warna kulit samada hitam,putih,atau sawo matang,tanpa mempedulikan bangsa india,cina,kadazan atau sebagainya,asal saja telah melafazkan kalimah syahadah telah menjadikan ikatan yang sangat kuat antara mereka dengan kita.Apabila telah beriman seseorang itu maka terpelihara segala-galanya pada mereka sepertimana kita mahu hak kita terpelihara,sepertimana yang telah disebut dari kalam kenabian dari Junjungan kita Nabi MUHAMMAD SAW yang menunjukkan kepada persaudaraan sesama muslim,hak-hak kita sebagai seorang muslim.
Ternyata pada hari ini kita lihat,bahawa kita telah ditipu oleh orang-orang kafir supaya kita memperjuangkan semangat kebangsaan,hasil dari semangat kebangsaan yang menjadi kebanggaan kita pada hari ini telah menyebabkan kita umat islam akhir zaman ini lebih menghiraukan warna kulit berbanding apa yang di bawa oleh Junjungan kita iaitu persaudaraan melalui akidah.Jika kita lihat suatu masa dahulu,ketika mana zaman yang masih wujudnya sistem khilafah,yang mana pada masa itu umat islam bernaung di bawah satu pemerintahan islam yang sangat menggerunkan puak-puak kafir.Hal ini menyebabkan kesatuan umat islam yang utuh.Tapi,jika kita kaji sejarah kejatuhan khilafah ini kembali,bagaimana ianya boleh luput pada masa sekarang?kenapa kita tidak sempat untuk merasa zaman kegemilangan islam?Jawapannya,melalui hasil pembacaan saya,puak kafir telah meniupkan semangat kebangsaan kepada bangsa Arab,yang telah menyebabkan orang islam sendiri menggulingkan khalifah terakhir dan mengusir khalifah tersebut dari tanah airnya.Siapa tak kenal Mustapa Kamal Attaturk?Yang digelar oleh orang-orang kafir sebagai bapa kemodenan turki kerana telah Berjaya menghapuskan sistem khilafah dan membuang khalifah dari tanah air sendiri.
Kita lihat,orang kafir tidak mampu untuk menjatuhkan islam pada asalnya,tetapi pabila sudah berjaya menghidupkan semangat kebangsaan dan perkauman dalam kehidupan muslim menyebabkan kita terpecah kepada banyak Negara yang asalnya bernaung dibawah kerajaan islam.Kini kita sebagai umat akhir zaman hanya tahu mengenainya yang merupakan sejarah sahaja.
Kini kita dapat lihat,semangat kebangsaan masih lagi hidup dalam reality masyarakat kita pada masa kini,hal ini membuktikan kemenangan bagi kaum kafir.Jika kita perhatikan dengan teliti,orang-orang kafir pada masa dulu tidak menerima khilafah dan berusaha menjatuhkan dan telah Berjaya menjatuhkan khilafah dengan bantuan umat islam sendiri,tetapi pada masa kini umat islam sendir beserta orang-orang keafir seolah-olah telah meletakkan wala’ kepada pemerintahan kafir.Baru kita Nampak,bahawa mereka ingin memerintah dunia,yang mana pada masa sekarang seluruh dunia tunduk kepada Amerika.Kenapa ini terjadi?Kenapa kita meletakkan wala’ kepada Bush dan kini penggantinya Obama untuk menyelesaikan masalah di Gaza???Bukan ke saudara-saudara kita di Gaza itu berjuang untuk islam?Kemana pula Negara-negara arab?saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama mengkaji dan meneliti kembali sejarah kegemilangan islam,kejatuhan khilafah dan pemerintahan sekular,supaya kita semua mempunyai thaqafah bersama.
Akhirnya,tujuan penulisan ini adalah untuk menghidupkan kembali semangat dalam diri kita selain berusaha untuk membantu islam,kita juga harus menambah thaqafah kita.Saya menulis ini tak lain untuk memperingati diri ini yang selalu lalai dalam melakukan gerak kerja islam.Ingat !!!kita adalah mata rantaian perjuangan pejuang agama Allah,bukan kita yang memulakan dan jangan kita yang mengakhirkan,yang penting kita semua kena berusaha ke arah perjuangan islam.Andai kata kehidupan kita dalam masa yang singkat ini tidak Berjaya untuk kita lihat dan bernaung dibawah pemerintahan islam,biarlah usaha kita pada hari ini dapat dirasa oleh generasi-generasi mendatang...mohon maaf andai terdapat sebarang kesalahan...WASSALAM
Roslizan bin Mohd Yusof

Qari


Qari Tujuh Yang Masyhur
Para Qari yang hafal Al-Qur'an dan terkenal dengan hafalan serta ketelitiannya, dan menyampaikan qira'at kepada kita sesuai dengan yang mereka terima dari sahabat Rasulullah SAW.
Qira'at yang mutawatir semuanya kita kutip dari para qari yang hafal Al-Qur'an dan terkenal dengan hafalan serta ketelitiannya. Mereka ialah imam-imam qira'at yang masyhur yang meyampaikan qira'at kepada kita sesuai dengan yang mereka terima dari sahabat Rasulullah SAW. Mereka memiliki keutamaan ilmu dan pengajaran tentang kitabullah Al-Qur'an sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Sebaik-baiknya orang diantara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya".
Syaikh Abul Yusri 'Abidin telah menyebutkan nama-nama qari dalam dua bait sya'ir:
Nafi', Ibnu Katsir, 'Ashim dan Hamzah, Abu 'Amer, Ibnu 'Amir dan Kisaiy.
Itulah tujuh Imam yang tak diragukan lagi.
1. Ibnu 'Amir
Nama lengkapnya adalah Abdullah al-Yahshshuby seorang qadhi di Damaskus pada masa pemerintahan Walid ibnu Abdul Malik. Pannggilannya adalah Abu Imran. Dia adalah seorang tabi'in, belajar qira'at dari Al-Mughirah ibnu Abi Syihab al-Mahzumy dari Utsman bin Affan dari Rasulullah SAW. Beliau Wafat di Damaskus pada tahun 118 H. Orang yang menjadi murid, dalam qira'atnya adalah Hisyam dan Ibnu Dzakwan.
Dalam hal ini pengarang Asy-Syathiby mengatakan: "Damaskus tempat tinggal Ibnu 'Amir, di sanalah tempat yang megah buat Abdullah. Hisyam adalah sebagai penerus Abdullah. Dzakwan juga mengambil dari sanadnya.
2. Ibnu Katsir
Nama lengkapnya adalah Abu Muhammad Abdullah Ibnu Katsir ad-Dary al-Makky, ia adalah imam dalam hal qira'at di Makkah, ia adalah seorang tabi'in yang pernah hidup bersama shahabat Abdullah ibnu Jubair. Abu Ayyub al-Anshari dan Anas ibnu Malik, dia wafat di Makkah pada tahun 120 H. Perawinya dan penerusnya adalah al-Bazy wafat pada tahun 250 H. dan Qunbul wafat pada tahun 291 H.
Asy-Syathiby mengemukakan: "Makkah tempat tinggal Abdullah. Ibnu Katsir panggilan kaumnya. Ahmad al-Bazy sebagai penerusnya. Juga..... Muhammad yang disebut Qumbul namanya.
3. 'Ashim al-Kufy
Nama lengkapnya adalah 'Ashim ibnu Abi an-Nujud al-Asady. Disebut juga dengan Ibnu Bahdalah. Panggilannya adalah Abu Bakar, ia adalah seorang tabi'in yang wafat pada sekitar tahun 127-128 H di Kufah. Kedua Perawinya adalah; Syu'bah wafat pada tahun 193 H dan Hafsah wafat pada tahun 180 H.
Kitab Syathiby dalam sya'irnya mengatakan: "Di Kufah yang gemilang ada tiga orang. Keharuman mereka melebihi wangi-wangian dari cengkeh Abu Bakar atau Ashim ibnu Iyasy panggilannya. Syu'ba perawi utamanya lagi terkenal pula si Hafs yang terkenal dengan ketelitiannya, itulah murid Ibnu Iyasy atau Abu Bakar yang diridhai.
4. Abu Amr
Nama lengkapnya adalah Abu 'Amr Zabban ibnul 'Ala' ibnu Ammar al-Bashry, sorang guru besar pada rawi. Disebut juga sebagai namanya dengan Yahya, menurut sebagian orang nama Abu Amr itu nama panggilannya. Beliau wafat di Kufah pada tahun 154 H. Kedua perawinya adalah ad-Dury wafat pada tahun 246 H. dan as-Susy wafat pada tahun 261 H.
Asy-Syathiby mengatakan: "Imam Maziny dipanggil orang-orang dengan nama Abu 'Amr al-Bashry, ayahnya bernama 'Ala, Menurunkan ilmunya pada Yahya al-Yazidy. Namanya terkenal bagaikan sungai Evfrat. Orang yang paling shaleh diantara mereka, Abu Syua'ib atau as-Susy berguru padanya.
5. Hamzah al-Kufy
Nama lengkapnya adalah Hamzah Ibnu Habib Ibnu 'Imarah az-Zayyat al-Fardhi ath-Thaimy seorang bekas hamba 'Ikrimah ibnu Rabi' at-Taimy, dipanggil dengan Ibnu 'Imarh, wafat di Hawan pada masa Khalifah Abu Ja'far al-Manshur tahun 156 H. Kedua perawinya adalah Khalaf wafat tahun 229 H. Dan Khallad wafat tahun 220 H. dengan perantara Salim.
Syatiby mengemukakan: "Hamzah sungguh Imam yang takwa, sabar dan tekun dengan Al-Qur'an, Khalaf dan Khallad perawinya, perantaraan Salim meriwayatkannya.
6. Imam Nafi.
Nama lengkapnya adalah Abu Ruwaim Nafi' ibnu Abdurrahman ibnu Abi Na'im al-Laitsy, asalnya dari Isfahan. Dengan kemangkatan Nafi' berakhirlah kepemimpinan para qari di Madinah al-Munawwarah. Beliau wafat pada tahun 169 H. Perawinya adalah Qalun wafat pada tahun 12 H, dan Warasy wafat pada tahun 197 H.
Syaikh Syathiby mengemukakan: "Nafi' seorang yang mulia lagi harum namanya, memilih Madinah sebagai tempat tinggalnya. Qolun atau Isa dan Utsman alias Warasy, sahabat mulia yang mengembangkannya.
7. Al-Kisaiy
Nama lengkapnya adalah Ali Ibnu Hamzah, seorang imam nahwu golongan Kufah. Dipanggil dengan nama Abul Hasan, menurut sebagiam orang disebut dengan nama Kisaiy karena memakai kisa pada waktu ihram. Beliau wafat di Ranbawiyyah yaitu sebuah desa di Negeri Roy ketika ia dalam perjalanan ke Khurasan bersama ar-Rasyid pada tahun 189 H. Perawinya adalah Abul Harits wafat pada tahun 424 H, dan ad-Dury wafat tahun 246 H.
Syathiby mengatakan: "Adapun Ali panggilannya Kisaiy, karena kisa pakaian ihramnya, Laits Abul Haris perawinya, Hafsah ad-Dury hilang tuturnya.

Warkah Peringatan


Warkah dari malaikat Izrael
Oleh: Kalijaga
Edit by: Gunung Jati

Assalamualaikum w.b.t
Kehadapan mahkluk yang bergelar manusia. Semoga kau berada dalam keadaan yang bersedia.dan tergolong dalam orang yang akyas. Dalam sepotong hadis baginda s.a.w pernah di tanya mengenai golongan akyas.
عن بن عمر أنه قال كنت مع رسول الله  فجاءه رجل من الأنصار فسلم على النبي  ثم قال يا رسول الله أي المؤمنين أفضل قال أحسنهم خلقا قال فأي المؤمنين أكيس قال أكثرهم للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس
Daripada Abdullah bin Umar telah berkata: Ketika aku bersama Rasulullah r maka telah datang seorang lelaki daripada golongan Ansar lalu memberi salam kepada Nabi r, kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Rasulullah r siapakah yang paling mulia dikalangan mukmin? Lalu Baginda Rasulullah r menjawab: Orang yang paling baik budi pekertinya. Dia bertanya lagi: Siapakah pula yang paling cerdik dikalangan mukmin? Rasulullah r menjawab: Orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu memperingati mati dan orang yang terbaik dikalangan mereka adalah yang membuat persiapan untuk menghadapi hari selepas mati itu. Mereka itu adalah orang yang cerdik.

Tujuan aku menulis surat ini adalah ingin memperingatkan kau tentang hari kematian. Adakah kau sedar bahawa kau akan mati?
Ya kau pasti akan mati!

Bila kau mati?
Minggu depan? Lusa? Esok? Hari ini? Sebentar lagi atau sekarang ini?
Tak tahu.. Kalau aku bagi tahu kau akan mati sebentar sahaja lagi.. Macam mana? Ianya tidak mustahil..

Di mana kau mati?
Atas katil? Dalam rumah? Tengah jalan? Dalam hutan? Tengah laut?
Tidak tahu.. Kalau aku bagi tahu kau akan mati dalam hutan setelah tersesat.. Macam mana? Ianya memang tidak mustahil..

Bagaimana kau mati?
Sakit tua? Terjatuh bangunan tinggi? Dilanggar lori besar? Rentung terbakar? Lemas dalam laut? Dibaham binatang buas?
Tidak tahu.. Kalau aku bagi tahu kau akan mati dibaham buaya.. Macam mana? Ianya juga tidak mustahil..

Semua ini mungkin berlaku kerana ia tidak pasti, Tidak ada seorang pun yang dapat menafikan bentuk kematian di atas berlaku ke atas diri manusia.Tapi apa yang pasti manusia akan mati, kau tetap akan matiiiiii..

Kau tetap akan meninggalkan isteri, anak-anak, saudara-mara, sahabat handai, harta benda, kekayaan, pangkat, bahkan segala yang kau suka di dunia ini. Roh akan dikeluarkan dari jasad kau, bermula dari hujung jari kaki ditarik hingga ke umbun-umbun kepala, sakitnya bergantung pada amalan kau di dunia. Pedihnya lebih sakit dari kambing yang disiat kulitnya hidup-hidup, lebih sakit dari tubuh yang disebat dengan pedang sebanyak 300 kali, lebih ngeri daripada seseorang itu memasukkan dawai-dawai berduri kedalam perut melalui mulutnya lalu disentap keluar semula kerana sakit mati itu sakit yang paling dahsyat di dunia ini yang pasti ia akan menemui kau. Kau pasti akan merasai kesakitan matiii.Mungkin besok atau mungkin sebentar sahaja lagi.
Maka terputuslah hubungan kau dengan dunia ini. Jasad kau yang sebelum ini aktif bergerak-gerak kini terbujur kaku, mata kau perlahan-lahan ditutup, penglihatan kau mula kelam cuma terdengar esakan dan tangisan yang meratapi pemergian kau, " انا لله و انا اليه راجعون"Lalu tubuh kau yang terbujur kaku itu ditutup dengan sehelai kain batik panjang menutupi dari hujung kaki hingga ke pangkal kepala, kemudian jasad kau dimandikan dengan air mutlak yang bercampur dengan kapur barus, jasad kau disucikan dan diwudukkan, kemudian dipakaikan dengan pakaian putih berlapis-lapis, lalu diikat disetiap sendi jasad dengan kemas dan rapi, diletaknya wangi-wangian, kemudian kau dibujurkan didalam keranda dan ditutup keranda itu dengan kain bewarna hijau bercorakkan tulisan-tulisan Al-Quran, kemudian jasad kau diusung oleh keluarga terdekat ke masjid untuk disembahyangkan, sampai di masjid jasad kau diletakkan di hadapan lalu kau disembahyangkan, sembahyang yang tiada ruku' dan tiada sujud, mereka memohon keampunan untuk diri kau walaupun dosa yang kau lakukan terlalu banyak terpikul di bahu kau, namum sejuta pengharapan dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Selesai upacara sembahyang jasad kau sekali lagi diusung dibawa ke tanah perkuburan berhampiran pula, jasad kau dikeluarkan dari keranda secara perlahan-lahan sebagai penghormatan terakhir sebelum kau meninggalkan alam dunia yang fana ini, lalu diletakkan di dalam liang lahad yang kecil dan sempit yang hanya boleh memuatkan jasad kau yang bujur kaku itu, kau dibaringkan dalam keadaan menghadap kiblat yang menjadi kebanggaan dan penyatuan umat islam seluruhnya tanpa mengira sepadan negara, bangsa, pangkat dan darjat, kemudian semua ikatan yang ada di batang tubuh kau dibuka lalu ditutup liang lahad itu dengan sekeping papan. Kemudian dikambus. Maka tinggallah jasad kau berkeseorangan di dalam perut bumi dalam keadaan gelap, sempit, dengan hanya ditemani serangga-serangga kecil yang hidup di dalam tannah. Bermulah satu kehidupan baru iaitu kehidupan di alam barzah. Tiada apa yang boleh menolong kau ketika ini melainkan amalan soleh ketika kau di dunia dahulu, kalau ada, doa dari anak soleh yang kau tinggalkan dan sedekah jariah yang kau lakukan dahulu. Tiada guna penyasalan ketika ini. Semuanya telah berakhir.
Adakah kau sudah mempersiapkan diri untuk semua ini.Sampai bila kau ingin tunggu. Setahun... Dua tahun... Besok pun belum tentu kau akan hidup lagi diatas muka bumi ini. Jangan sampai kau terkejut dengan kehadiran ku nanti dalam masa yang sama kau tidak bersedia untuk menghadapi mati. Kau mesti sentiasa bersedia kerana aku hadir tanpa sebarang alamat.

INGAT AKU ; INGATLAH MATI....



Yang menjalankan tugas,

Teka-teki

TEKA-TEKI DARIPADA IMAM GHAZALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu
Imam Al Ghozali bertanya.
Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam
Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling
jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina,
bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang
paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan
matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke
neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada
yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam
Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu
ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada
yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar
kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini ?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam
Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian. Wassalam.

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...