Sunday, December 23

terbebankah seorang guru??




Isu beban tugas guru ni telah lama diperkatakan. Cuma media saja yang membezakan tentang apa yang cuba dibangkitkan. Jika dibangkitkan oleh warga pendidik maka ia merupakan suara yang meminta untuk diberi perhatian, iaitu suara hati warga pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di sekolah. 

Daripada tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari sukan merupakan tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah ada beberapa perayaan dan hari kebesaran yang perlu diurus. Maka, guru-guru akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih kepada mendidik dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Tetapi jika pandangan itu daripada masyarakat luar, sudah tentu ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik.

Okey apa cikgu, kerja separuh hari, cuti pun banyak. Belum campur MC lagi. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti… sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan, menyemak buku latihan pelajar dirumah atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siapa yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.

Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat. Keluar pejabat, lepas tanggungjawab.

Justeru, jika mahu mengkritik profesion keguruan, ia harus direncana secara adil. Terbebankah tugas guru?

p/s : lebih terbeban guru yang pada masa yang sama terpaksa jadi warden asrama!





Tanpa Guru Siapalah Aku

Saturday, December 22

Epal




Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Moral:

Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.


Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.



FALSAFAH HIDUP




Apakah yang menghambat kita mengerjakan kebaikan?. Yang menghambat kita mengerjakan kebaikan ada 2 perkara iaitu pertama halangan dan kedua taqhsir (kelalaian). Halangan tersebut disebabkan oleh sakit, lapar, miskin dan seumpamanya. Walau bagaimanapun taqhsir adalah disebabkan 4 perkara:

1- Lantaran tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, atau antara yang baik dengan yang buruk. Ubatnya mudah sahaja iaituBELAJAR.

2-Sudah tahu tetapi tidak dapat dibiasakan mengerjakan yang baik, sehingga dirasai bahawa mengerjakan yang jahat itu juga baik. Menghilangkan masalah ini tidaklah semudah yang pertama, ianya memerlukan kepada LATIHAN.

3- Telah disangka bahawa yang jahat itu baik, dan yang baik itu jahat kerana telah terdidik daripada kecil dalam perasaan yang demikian. Hal ini lebih sukar untuk diubati daripada yang ke-2. Ianya harus mendapat PENDIDIKAN atau GURU YANG LAPANG DADA dan SABAR.

4-Didalam kejahilannya dan kerosakan didikan itu, hatinya pula buruk. Dia berpendapat bahawa mengerjakan kebaikan itu sia-sia sahaja dan bekerja jahat itulah yang utama. Ini pula LEBIH SUKAR memperbaikinya daripada yang ketiga...

Thursday, December 20

Buku Karya Buya Hamka


Buya Hamka


1. Kenang-Kenangan Hidup, 4 Jilid, Jakarta: Bulan Bintang, 1979.
2. Ayahku (Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangannya), Jakarta: Pustaka Wijaya, 1958.
3. Khatib al-Ummah, 3 Jilid, Padang Panjang, 1925.
4. Islam dan Adat, Padang Panjang: Anwar Rasyid, 1929.
5. Kepentingan Melakukan Tabligh, Padang Panjang: Anwar Rasyid, 1929.
6. Majalah Tentera, 4 nomor, Makassar, 1932.
7. Majalah al-Mahdi, 9 nomor, Makassar, 1932.
8. Bohong di Dunia, cet. 1, Medan: Cerdas, 1939.
9. Agama dan Perempuan, Medan: Cerdas, 1939.
10. Pedoman Mubaligh Islam, cet. 1, Medan: Bukhandel Islamiah, 1941.
11. Majalah Semangat Islam, 1943.
12. Majalah Menara, Padang Panjang, 1946.
13. Hikmat Isra’ Mi’raj, 1946 (tempat dan penerbit tidak diketahui).
14. Negara Islam, 1946 (tempat dan penerbit tidak diketahui),
15. Islam dan Demokrasi, 1946 (tempat dan penerbit tidak diketahui),
16. Revolusi Fikiran, 1946 (tempat dan penerbit tidak diketahui),
17. Dibandingkan Ombak Masyarakat, 1946 (tempat dan penerbit tidak diketahui),
18. Muhammadiyah Melalui Tiga Zaman, Padang Panjang: Anwar Rasyid, 1946.
19. Revolusi Agama, Padang Panjang: Anwar Rasyid, 1946.
20. Sesudah Naskah Renville, 1947 (tempat dan penerbit tidak diketahui).
21. Tinjauan Islam Ir. Soekarno, Tebing Tinggi, 1949.
22. Pribadi, 1950 (tempat dan penerbit tidak diketahui).
23. Falsafah Hidup, cet. 3, Jakarta: Pustaka Panji Masyarakat, 1950.
24. Falsafah Ideologi Islam, Jakarta: Pustaka Wijaya, 1950.
25. Urat Tunggang Pancasila, Jakarta: Keluarga, 1951.
26. Pelajaran Agama Islam, Jakarta: Bulan Bintang, 1952.
27. K.H. A. Dahlan, Jakarta: Sinar Pujangga, 1952.
28. Perkembangan Tashawwuf dari Abad ke Abad, cet. 3, Jakarta: Pustaka Islam, 1957.
29. Pribadi, Jakarta: Bulan Bintang, 1959.
30. Pandangan Hidup Muslim, Jakarta: Bulan Bintang, 1962.
31. Lembaga Hidup, cet. 6, Jakarta: Jayamurni, 1962 (kemudian dicetak ulang di Singapura oleh Pustaka Nasional dalam dua kali cetakan, pada tahun 1995 dan 1999).
32. 1001 Tanya Jawab tentang Islam, Jakarta: CV. Hikmat, 1962.
33. Cemburu, Jakarta: Firma Tekad, 1962.
34. Angkatan Baru, Jakarta: Hikmat, 1962.
35. Ekspansi Ideologi, Jakarta: Bulan Bintang, 1963.
36. Pengaruh Muhammad Abduh di Indonesia, Jakarta: Tintamas, 1965 (awalnya merupakan naskah yang disampakannya pada orasi ilmiah sewaktu menerima gelar Doktor Honoris Causa dari Universitas al-Azhar Mesir, pada 21 Januari 1958).
37. Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Jakarta: Bulan Bintang, 1965.
38. Lembaga Hikmat, cet. 4, Jakarta: Bulan Bintang, 1966.
39. Dari Lembah Cita-Cita, cet. 4, Jakarta: Bulan Bintang, 1967.
40. Hak-Hak Azasi Manusia Dipandang dari Segi Islam, Jakarta: Bulan Bintang, 1968.
41. Gerakan Pembaruan Agama (Islam) di Minangkabau, Padang: Minang Permai, 1969.
42. Hubungan antara Agama dengan Negara menurut Islam, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1970.
43. Islam, Alim Ulama dan Pembangunan, Jakarta: Pusat dakwah Islam Indonesia, 1971.
44. Islam dan Kebatinan, Jakarta: Bulan Bintang, 1972.
45. Mengembalikan Tasawuf ke Pangkalnya, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1973.
46. Beberapa Tantangan terhadap Umat Islam di Masa Kini, Jakarta: Bulan Bintang, 1973.
47. Kedudukan Perempuan dalam Islam, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1973.
48. Muhammadiyah di Minangkabau, Jakarta: Nurul Islam, 1974.
49. Tanya Jawab Islam, Jilid I dan II cet. 2, Jakarta: Bulan Bintang, 1975.
50. Studi Islam, Aqidah, Syari’ah, Ibadah, Jakarta: Yayasan Nurul Iman, 1976.
51. Perkembangan Kebatinan di Indonesia, Jakarta: Yayasan Nurul Islam, 1976.
52. Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya, cet. 8, Jakarta: Yayasan Nurul Islam, 1980.
53. Ghirah dan Tantangan Terhadap Islam, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1982.
54. Kebudayaan Islam di Indonesia, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1982.
55. Lembaga Budi, cet. 7, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1983.
56. Tasawuf Modern, cet. 9, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1983.
57. Doktrin Islam yang Menimbulkan Kemerdekaan dan Keberanian, Jakarta: Yayasan Idayu, 1983.
58. Islam: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1984.
59. Iman dan Amal Shaleh, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1984.
60. Renungan Tasawuf, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1985.
61. Filsafat Ketuhanan, cet. 2, Surabaya: Karunia, 1985.
62. Keadilan Sosial dalam Islam, Jakarta: Pustaka Antara, 1985.
63. Tafsir al-Azhar, Juz I sampai Juz XXX, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1986.
64. Prinsip-prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1990.
65. Tuntunan Puasa, Tarawih, dan Idul Fitri, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1995.
66. Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi, Jakarta: Tekad, 1963.
67. Islam dan Adat Minangkabau, Jakarta: Pustaka Panjimas, 1984.
68. Mengembara di Lembah Nil, Jakarta: NV. Gapura, 1951.
69. Di Tepi Sungai Dajlah, Jakarta: Tintamas, 1953.
70. Mandi Cahaya di Tanah Suci, Jakarta: Tintamas, 1953.
71. Empat Bulan di Amerika, 2 Jilid, Jakarta: Tintamas, 1954.
72. Merantau ke Deli, cet. 7, Jakarta: Bulan Bintang, 1977 (ditulis pada tahun 1939).
73. Si Sabariah (roman dalam bahasa Minangkabau), Padang Panjang: 1926.
74. Laila Majnun, Jakarta: Balai Pustaka, 1932.
75. Salahnya Sendiri, Medan: Cerdas, 1939.
76. Keadilan Ilahi, Medan: Cerdas, 1940.
77. Angkatan Baru, Medan: Cerdas, 1949.
78. Cahaya Baru, Jakarta: Pustaka Nasional, 1950.
79. Menunggu Beduk Berbunyi, Jakarta: Firma Pustaka Antara, 1950.
80. Terusir, Jakarta: Firma Pustaka Antara, 1950.
81. Di Dalam Lembah Kehidupan (kumpulan cerpen), Jakarta: Balai Pustaka, 1958.
82. Di Bawah Lindungan Ka'bah, cet. 7, Jakarta: Balai Pustaka, 1957.
83. Tuan Direktur, Jakarta: Jayamurni, 1961.
84. Dijemput Mamaknya, cet. 3, Jakarta: Mega Bookstrore, 1962.
85. Cermin Kehidupan, Jakarta: Mega Bookstrore, 1962.
86. Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, cet. 13, Jakarta: Bulan Bintang, 1979.

87. Pembela Islam (Tarikh Sayyidina Ab
ubakar Shiddiq), Medan: Pustaka Nasional, 1929.
88. Ringkasan Tarikh Ummat Islam, Medan: Pustaka Nasional,1929.
89. Sejarah Islam di Sumatera, Medan: Pustaka Nasional, 1950.
90. Dari Perbendaharaan Lama, Medan: M. Arbi, 1963.
91. Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao, cet. 1, Jakarta: Bulan Bintang, 1974.
92. Sejarah Umat Islam, 4 Jilid, Jakarta: Bulan Bintang, 1975.
93. Sullam al-Wushul; Pengantar Ushul Fiqih (terjemahan karya Dr. H. Abdul Karim Amrullah), Jakarta: Pustaka Panjimas, 1984.
94. Margaretta Gauthier (terjemahan karya Alexandre Dumas), cet. 7, Jakarta: Bulan Bintang, 1975.

Buya Hamka (1908-1981)



HAMKA , adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Sebutan Buya pula ialah panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang bererti ayah kami, atau seseorang yang dihormati. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Darjah Dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjoparonto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Julai 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 kerana nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 apabila beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang kemaraan kembali penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka dilantik sebagai ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun1966, Hamka telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka dilantik sebagai ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an lagi, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.

AL-FATIHAH~~

Wednesday, December 19

Kopi Masin




Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.

"Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang", kata si gadis dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, "Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya."

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, "Kebiasaanmu sangat aneh?".

"Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini",jawab si laki-laki.

"Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana", lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya...Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian...kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia... Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:

"Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu---tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu... Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.

Suatu hari seseorang telah bertanyanya, "Bagaimana rasa kopi masin?"

Si gadis pasti menjawab, "Rasanya begitu manis."


Moral:

Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi...




Meskipun laut itu masin, berapa ramai yang jatuh cinta kepadanya, berapa hidupan yang menikmati kemasinannya.

Tindakan Semasa Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran


1. Permulaan pengajaran
- menarik perhatian murid terhadap perkara
 yang hendak diajar.
- menimbulkan minat murid
- menggalakkan pernyertaan murid
- mengaitkan dengan PSA
- memberitahu apa yang akan diajar.

2. Perkembangan Pengajaran
- penyampaian isi pelajaran mestilah teratur
- kadar kelajuan sesuai dengan tahap murid
- mempelbagaikan aktiviti mengikut
kebolehan murid
- menepati hasil pembelajaran

3. Pengurusan bilik darjah
- mewujudkan persekiran pembelajaran yang
 kondusif
- kawalan disiplin / arahan-arahan perlu jelas

4. Komunikasi
- lantang
- kuat
- jelas
- nada dan intonasi pelbagai
- suara menarik
- peka dengan bahasa murid
- bahasa standard

5. Kualiti Pembelajaran
- penglibatan murid aktif
- penglibatan menyeluruh
- ada menunjukkan perubahan tingkah laku
- menunjukkan murid faham apa yang diajar
- murid reponsif terhadap pelajaran
6. Penutup
- penutup kognitif( menarik perhatian
murid kepada apa yang telah dipelajari,
membuat peneguhan)
- penutup sosial - membina rasa pencapaian
- rasa menguasai pembelajaran.
7. Pencapaian Hasil Pembelajaran
- pastikan semua hasil pembelajaran tercapai melalui aktiviti pp yang dilaksanakan.

8.  Aplikasi nilai
- diterapkan dengan baik
- berkesan
- mengikut kesesuaian masa

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...