Tuesday, March 17

Hadis





Terjemahan Hadis Pertama Dari Kitab HADIS 40.
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Wednesday, March 11

Kata-Kata Hikmah Khulafa Ar-Rasyidin


Abu Bakar radhiallahu anhu berkata:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, yaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna


Umar bin Khattab radhiallahu anhu berkata:

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


Utsman bin Affan radhiallahu anhu berkata:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1. Hatinya selalu berniat suci

2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah

5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari dosa)

5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.

Sunday, March 8

Ceritera Cinta Murabbi Terulung

Bersempena dengan sambutan maulidur rasul yang kita sambut setiap tahun,ana tertarik untuk mencoret sesuatu bagi mengisi ruangan ini.
Detik 12 RabiulAwal,semua individu di seluruh pelosok dunia ini yang mengikuti dan mengetahui sejarah peradaban dunia mahupun sejarah islam mengakui bahawa telah lahirnya seorang Insan Yang Menjadi Pilihan Allah dan Insan Yang dinantikan kelahirannya oleh seluruh isi dunia pada masa itu,yang dapat mengembalikan keharmonian dunia dan sahsiah masyarakat dunia pada masa itu,Beliau yang ana maksudkan dan telah pun diketahui oleh pembaca,tak lain insan yang dimaksudkan adalah Insan Yang Ke Atasnya Selawat Dan Salam,Kekasih hati kami dan kekasih ALLAH SWT Nabi MUHAMMAD SAW.
KelahiranNya ke atas dunia ini bagaikan Penyelamat ke atas dunia.Seprti mana yang kita ketahui dari sirah kehidupan Baginda,banyak liku-liku kesusahan dan kepayahan,jika kita perhatikan Baginda juga diuji oleh ALLAH SWT ketika masih bayi lagi sehingga Baginda dewasa,apetah lagi selepas Baginda di angkat menjadi rasul,maka lebih banyaklah ujian besar yang dilalui oleh Junjungan SAW.
Tujuan ana menulis pada kali ini bukanlah untuk menceritakan kembali sirah Nabi MUHAMMAD SAW,yang mana kebanyakan dari kita lebih arif dalam pengetahuan sirah Nabi,tetapi ana nak kaitkan sedikit dari sirah dan peribadi Nabi SAW dengan keadaan dan diri kita pada masa kini.
Cuba kita lihat Nabi MUHAMMAD segi akhlak,bagaimana akhlak Nabi SAW yang kita ketahui,semua yang kita nisbahkan kepada Baginda semuanya adalah terbaik,kerana Baginda memang yang terbaik,sehinggakan semua orang tak tahu bagaimana nak ucapkan akhlak Baginda,cuba kita hayati sedikit dari kisah seorang badui- Setelah Nabi wafat, seketika itu pula kota Madinah bising dengan tangisan ummat Islam; antara percaya - tidak percaya, Rasul Yang Mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian, seorang arab badui menemui Umar dan dia meminta, "Ceritakan padaku akhlak Muhammad!". Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badui tersebut menemui Bilal. Setelah ditemui dan diajukan permintaan yg sama, Bilal pun menangis, ia tak sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut menjumpai Ali bin Abi Thalib.
Orang Badui ini mulai heran. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat senior Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad. Dengan berharap-harap cemas, Badui ini menemui Ali. Ali dengan linangan air mata berkata, "Ceritakan padaku keindahan dunia ini!." Badui ini menjawab, "Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia ini..." Ali menjawab, "Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak Muhammad, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki budi pekerti yang agung! (QS. Al-Qalam[68]: 4)"
Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r.a. Isteri Nabi yang sering disapa "Khumairah" oleh Nabi ini hanya menjawab, khuluquhu al-Qur'an (Akhlaknya Muhammad itu Al-Qur'an). Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi itu bagaikan Al-Qur'an berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat ke seluruh kandungan Qur'an. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak QS Al-Mu'minun[23]: 1-11.
Hurm,jadi memang benarlah kita tidak mampu untu mengambarkan indahnya akhlak Baginda.Cuba sesekali kita bandingkan dengan diri kita,memang jauh bagaikan Sidratul Muntaha ngan bumi,tapi sekurang-kurangnya kita mestilah berusaha untuk mengikuti jejak langkah Nabi.Ana pernah membaca sebuah kitab yang bertajuk-محبة الكائنات وطاعتها للنبي صلى الله عليه وسلم-yang mana di dalamnya terkandung hadis-hadis yang menceritakan rasa cinta terhadap Baginda bukan saja dari insan sekeliling ,malah juga di cintai oleh batu,haiwan sebagai contoh kisah seekor unta,malah dicintai oleh Jabal Uhud.wah..Maha Suci Tuhan Yang mencipta,memelihara dan mendidik nabi MUHAMMAD SAW yang bukan saja dicintai oleh manusia malah dicintai oleh makhluk sekelian alam.Bagaimana agaknya muamalah Baginda dengan semua makhluk sekeliling sehingga semuanya jatuh cinta dan saying kepada Baginda.BTapi tidak kurang juga yang memusuhi Baginda disebabkan tidak mahu kebenaran yang dibawa oleh Baginda dan sifat tidak percayakan ALLAH yang menyebabkan mereka membenci Baginda,memang benar lah kalam Nabi-Ulama pewaris Nabi-Ulama bukan saja bergiat dalam bidang dakwah tetapi turut dibenci oleh sekumpulan manusia yang tidak mahu kepada kebenaran,jika dulu Baginda berjuang dengan cara berperang yang mana setiap seorang dari tentera islam terpaksa berdepan dengan 100@200 orang musuh,tapi mampu juga untuk beroleh kemenangan,kita?di uji dalam perjuangan dengan kawan-kawan,dan juga wang.Sebagai contoh seorang pelajar yang mendapat pinjaman dari sesebuah badan untuk menyambung pelajaran dan dinafikan hak-hak sebagai seorang Daei.Adakah wajar tidak membenarkan menegur sesuatu yang hak?malah yang menjadi duri dalam daging dalam perjuangan kita pada masa ini adlah rakan-rakan sepermainan kita satu masa dulu.ape ni?kita nilailah diri kita dengan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi.Bagaimana Diri kita?Di pihak mana kita?
Jadi ana rasa kita haruslah mengambil iktibar sirah Nabi bukan sahaja ketika menyambut Maulidur Rasul malah ianya akan berterusan menjadi amalan dalam diri kita.InsyaALLAH.
Alhamdulillah,kita masih menyambut Maulidur Rasul pada masa kini,Cuma bagi ana,sambutan tanpa penghayatan juga tidak bagus,jadi marilah kita menyambut Maulidur Rasul dengan perasaan dan penghayatan ke atas Junjungan Besar Kita Nabi MUHAMMAD SAW.
Akhir sekali ana memohon maaf atas segala kesilapan dalam artikel ini.ana akhiri dengan cebisan doa kehadrat Ilahi-YA ALLAH,YA TUHAN KAMI,Dengan berkat Junjungan Besar Kami maqbulkan doa kami,Ya ALLAH ampunilah kami kerana kelalaian kami dalam memahami agamaMu,Kuatkan diri kami dalam mengikut jejak langkah Kekasih-Mu,Jadikanlah kami orang yang kuat mempertahankan agamaMu,JAdikan kami orang yang kuat beramal dengan sunnah Nabi Mu.AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
Oleh-
روسليزان بن محمد يوسف

Sunday, March 1

Di Antara Kata - Kata Nasihat Imam As-Syafie R.A :-

1. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasannya, ditutup kekurangannya dan diampun kehinaannya.
2. Sesiapa menasihati saudaranya dengan sembunyi sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya, dan sesiapa menasihati saudaranya dengan terang-terang, sesungguhnya ia telah memalukan dan mencelanya.
3. Sesiapa mendengar dengan telinga ia adalah seorang pencerita dan sesiapa mendengar dengan hatinya ia adalah seorang sedar dan sesiapa memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang petunjuk.

Sifat Sahabat

01. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
02. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,
dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
03. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,
nescaya ia akan membantumu.
04. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,
nescaya ia akan menerima dengan baik.
05. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan)daripadamu,
nescaya ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
06. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,
nescaya ia akan menutupnya.
07. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,
nescaya ia akan mengusahakannya.
08. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
nescaya ia akan menanyakan kesusahanmu.
09. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,
nescaya ia akan meringankan kesusahanmu.
10. Jika engkau berkata kepadanya,
nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu,
nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham,
nescaya ia akan mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

20 Perkara 'Jangan'.

01. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

02. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

03. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

04. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

05. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

06. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

07. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

08. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
09. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...