Posts

Showing posts from July, 2013

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia

Image
Budak Paling Bodoh Dalam Dunia Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata. Mamak: “Tgk budak yang pakai baju Power Ranger itu adalah budak yang paling bodoh didunia” Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?” Mamak: “Awak tgk ni..” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya. Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wangkertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi. “Nah awak ambil la duit ni,awak pilih yang mana?” Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari. Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! Bbudak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!” Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi. Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?” Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau...

Fahami Surah Al-Fatihah

Image

Nasihat Ramadhan

Image

Anda mampu mendidiknya

Image
Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?" Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package." Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya." Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!" Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik light yang ketiga setelah ba lai polis tu." Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!" Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni." Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho." Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya. Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran kel...

Twit...tweet..

Image
Assalamualaikum, https://twitter.com/ejanns

RAMADAN

Image
umat islam dianjur membanyakkan membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan. Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini? Bulan dan detik-detik yang sarat dengan kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan menambahkan keimanan dalam ...

hikmah dan usaha

Image
Kisah seorang Pakcik yang buta huruf bekerja sebagai penjaga sekolah. Sudah ± 20 tahun dia bekerja disana. Suatu hari, Guru Besar sekolah itu diganti dan membuat peraturan baru. Semua pekerja mesti boleh membaca dan menulis; maka penjaga yang buta huruf itu, terpaksa tidak dibenarkan bekerja lagi, dia pun diberhentikan dari pekerjaannya. Awalnya, dia sangat sedih! Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahukan isteri dan anak2nya. Dia berjalan pelan2 menelusuri jalanan yg biasa dilaluinya setiap hari. Tiba² muncullah ideanya untuk membuka sebuah kedai runcit di jalanan itu. Tidak disangka, usahanya berjaya, dan kedainya pula makin bertambah besar. Kini, Pakcik tadi menjadi seorang Peniaga yang sukses dan berkembang maju. Suatu hari, dia pergi ke Bank untuk membuka Akaun Simpanan Saham, namun kerana buta huruf, dia tidak tahu mengisi borang sehingga terpaksa dibantu oleh pegawai Bank yg bertugas. Pegawai Bank itu pula sempat berkata, : "Wah, wlu pun Pakcik buta...

Pulanglah Natrah..

Image
Pulanglah Natrah by al-Wadi Aaaaaa.. Di Sebuah Desa Yang Permai, Kisah Ini Terjadi, Gadis Yang Berbudi Pekertinya Tinggi, Oh.. Natrah Nama Diberi.. Di Sebuah Desa Nan Indah, Ditemani Suami tercinta, Kasih Ibu Tua Penuh Nostalgia, Namun Hanya Sementara.. Tiba-tiba..Lembayung Senja, Meragut Sutera Iman Di Hatinya, Tiba-tiba..Samudera hampar Merempuh Tembok Hidayah Di dadanya.. Dan Natrah... Dan Natrah.... Menangis Tersendu, Merenung Suratan, Yang Tak Pernah Diduga.. Natrah Kini Dibawa Pergi, Entah Bila Kan Kembali, Tak Upaya Ia Mengulangi, Kisah Masyitah Yang Tinggi, Hanya Doa Petunjuk Ilahi, Cinta Kan Bersemi Lagi.. Di Sebuah Desa Nan Indah, Ditemani Suami Tercinta, Kasih ibu Tua Penuh Nostalgia, Namun Hanya Sementara.. Demi Cinta dan Air Mata, Kau Harungi Lautan Ombak Bergelora, Demi Cinta Yang Terlerai, Kau Dijejaki Lembah Derita.. Oh Natrah Andai Kau Mendengari (..aaaaaa), Suara Hati Kecilku Ini (..aaaaaa), Ku Pujuk...