Wednesday, October 9

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LABIAN, LAHAD DATU, SABAH



Sk Tanjung Labian,
Destinasi utama ilmu,
Agar menjadi pedoman,
Agar hidup sentiasa maju,

Sk Tanjung Labian,
Namamu indah diingatan,
Sepanjang hayat tersemat,
Jasamu tetap diingat,

Cita-cita bersemadi,
Dari bimbingan guru sejati,
Penggerak semangat juang,
Jasamu tetap dijulang

Sk Tanjung Labian,
Kaulah tunggak kemegahan,
Warisan sepanjang zaman,
Tegak berdiri capai wawasan.

Photo: Sk Tanjung Labian,
Destinasi utama ilmu,
Agar menjadi pedoman,
Agar hidup sentiasa maju,

Sk Tanjung Labian,
Namamu indah diingatan,
Sepanjang hayat tersemat,
Jasamu tetap diingat,

Cita-cita bersemadi,
Dari bimbingan guru sejati,
Penggerak semangat juang,
Jasamu tetap dijulang

Sk Tanjung Labian,
Kaulah tunggak kemegahan,
Warisan sepanjang zaman,
Tegak berdiri capai wawasan.

BERMULA DUNIA PENDIDIK



Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan sekalian alam, sekian lama ruangan ini ditinggalkan bagi memenuhi tuntutan sebagai pemegang amanah dan agen penyebar ilmu, akhirnya dapat juga menyelinap mencuri masa untuk menulis.

Kini saya berada di suatu kawasan yang menarik bagi diri saya, kawasan persekitaran sekolah yang berhadapan dengan lautan biru yang luas, menyegarkan mata, jauh dari keluarga yang tercinta, jauh dari kesibukan ibu kota.

Jika satu ketika dulu, saya berkhidmat sebagai pendidik di SJK (C) Lai Meng, di tengah-tengah kesibukan bandaraya, berhampiran dengan KLCC,



kini, saya di tempatkan di sekolah yang jauh dari bandar, terletak dipenghujung peta Sabah


Sekolah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke Bandar Lahad Datu, terletak di Tanjung Labian, jika dilihat di dalam peta, ianya terletak di hidung :)


Alhamdulillah, saya disini, mencurah bakti, ingin berkongsi, menyampaikan amanah ilmu, buat anak bangsa sendiri, moga-moga doa diiringi, buat diri yang lemah disisi Tuhan, moga ketabahan diberi.

Saturday, July 20

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia




Budak Paling Bodoh Dalam Dunia


Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak: “Tgk budak yang pakai baju Power Ranger itu adalah budak yang paling bodoh didunia”
Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”
Mamak: “Awak tgk ni..”
sambil memanggil Ajoi datang kepadanya. Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wangkertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi.

“Nah awak ambil la duit ni,awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.
Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! Bbudak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.
Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”
Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:
1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.
2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini. Setuju?

Thursday, July 18

Fahami Surah Al-Fatihah

Photo: Surah wajib dalam solat fardhu, alangkah jauh lebih baik jika kita dapat menghayatinya.. :)

Nasihat Ramadhan

Photo: ^_^

Anda mampu mendidiknya




Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik light yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

Twit...tweet..

Assalamualaikum,









https://twitter.com/ejanns

Wednesday, July 17

RAMADAN

umat islam dianjur membanyakkan membaca al-Quran dalam bulan Ramadan.

RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan.
Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini?
Bulan dan detik-detik yang sarat dengan kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan menambahkan keimanan dalam diri?
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Puasa 'madrasah' membentuk peribadi Muslim sejati
Matlamat puasa tidak lain adalah untuk merawat penyakit dan kecacatan yang menimpa diri seorang muslim. Puasa merupakan madrasah membentuk peribadi muslim yang bersifat ikhlas, sabar, melatih rohani dan jasmani.
Puasa mendidik dan membentuk muslim bersifat sabar dalam apa jua situasi dan keadaan. Sabar yang paling kuat adalah sabar dalam melawan kehendak nafsu ammarah dan sering mengajak tuannya ke lembah kejahatan dengan melakukan perkara-perkara haram dan menjauhkan dirinya daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Seseorang yang berpuasa yang meneladani dan memahami anjuran Rasulullah ketika mendengar kata-kata keji dan kurang enak dilemparkan ke atasnya akan segera berkata, "sesungguhnya aku berpuasa".
Sifat sabar yang dimiliki oleh setiap muslim menjadikan amalannya di atas paksi ikhlas kerana Allah SWT. Allah menjadikan setiap pahala amalan kepada hamba-hambanya melainkan puasa kerana puasa dinisbahkan kepada-Nya dalam erti kata lain Allah SWT yang memberikan ganjaran pahalanya.
Puasa mengajar seorang muslim menjaga lidahnya dari berkata dusta, mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tidak ada ertinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum. (riwayat al-Imam al-Bukhari)
Hadis ini adalah peringatan kepada setiap diri agar meninggalkan perkataan dusta dan ghibah. Sabda baginda tidak ada ertinya di sisi Allah merupakan perumpamaan tertolaknya ibadah puasa yang bercampur dengan perkataan dusta.
Seorang muslim yang berpuasa sewajarnya membetulkan niat ikhlas kerana Allah SWT dalam menjalani ibadah puasa. Selain itu, menjaga diri daripada perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya kecacatan terhadap puasa yang dilakukan dengan mengikut garis panduan yang di ajar oleh baginda SAW.
Memelihara ikhlas adalah dengan cara mengarahkan hati hanya kepada Allah SWT dan hanya mengharapkan pahala dan keredaan dari-Nya. Manakala ittiba' (pengajaran) dalam puasa pula adalah dengan mengetahui hukum-hukum puasa sehingga sah puasa yang dilakukan, mengecapi kenikmatan dan pahala, serta jauh dari dosa.
Bagaimana mungkin seorang muslim dapat merealisasikan ittiba'iaitu meneladani Rasulullah SAW dalam puasa, sementara dia jahil terhadap puasa-puasa yang wajib sehingga membatalkan puasanya.
Puasa bukan hanya semata-semata menahan diri dari makan dan minum. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan palsu dan melakukannya, maka Allah SWT tidak mempedulikannya dalam meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat al-Bukhari)
Daripada hadis ini dapat difahami bahawa berpuasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi berpuasa adalah menjaga daripada berkata-berkata perkara yang sia-sia atau perkara keji.
Menyingkap Ramadan Rasulullah SAW
Ramadan merupakan nikmat kesempatan sangat berharga yang tiada galang gantinya. Setiap malamnya Allah SWT membebaskan 100,000 ribu orang dari mereka yang sudah tercatat sebagai penghuni neraka.
Pada malam terakhirnya Allah membebaskan mereka tanpa batas seperti malam-malam sebelumnya.
Dr. Aid al-Qarni dalam mengajak umat Islam meneladani peribadi Rasulullah dalam menyambut Ramadan berkata, "Renungilah bagaimana Rasulullah SAW seorang Nabi yang maksum menjadi ukuran kebenaran menyambut tamu agung ini".
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21).
Alangkah beruntung siapa yang setia mengikuti petunjuk Nabi Muhammad dan meneladani beliau dalam semua segi dari kehidupan ini. Dan alangkah besar kerugian orang yang selalu melafazkan sabdanya tetapi tidak mengikuti kandungan isinya.
Apabila Rasulullah SAW melihat hilal (anak bulan) petanda bahawa Ramadhan telah tiba, baginda SAW berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jadikanlah bulan ini bulan keamanan dan keimanan, serta kedamaian dan keislaman bagi kami. kerana ia adalah bulan kebaikan dan kebenaran. Tuhanku dan Tuhannya adalah satu, iaitu Engkau, ya Allah".
Tambahan, menurut Aid al-Qarni hadis di atas dapat difahami seolah-olah Nabi berkata kepada hilal , "Wahai hilal, engkau adalah makhluk seperti juga aku, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah SWT. Engkau tidak dapat mendatangkan mudarat dan tidak juga manfaat, tidak dapat menghidupkan dan tidak pula mematikan, dan tidak dapat mendatangkan rezeki dan mengatur segala sesuatu. Sesungguhnya merupakan kesalahan yang amat besar sekiranya ada insan yang menyembahmu".
Rasulullah tatkala menjelang bulan Ramadan lebih tekun melakukan amal kebaikan seperti memperbanyak tilawah al-Quran, bersedekah, mengeratkan silaturrahim sesama muslim dan mempertingkatkan ibadah-ibadah sunat.
Justeru, perlu ditegaskan di sini, apa yang paling penting dan mustahak pada bulan Ramadan ialah kita mencontohi sikap Baginda SAW.
Memperbanyak Tilawah
Puasa dan al-Quran mempunyai kaitan yang sangat dalam. Rasulullah SAW memperbanyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan.
Rasulullah mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan baginda terserlah pada bulan Ramadan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan al-Quran. Rasulullah lebih dermawan dan pemurah berbanding dengan angin yang ditiupkan.
Baginda SAW gemar mendengarkan al-Quran dan sering matanya berlinang ketika mendengarkan bacaan bait-bait ayat al-Quran.
Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa, suatu hari Rasulullah memintaku membaca al-Quran untuk baginda, "Ibnu Mas'ud bacalah sesuatu dari al-Quran untukku", lalu aku membaca surah al-Nisa' hingga ayat 41, yang bermaksud, "Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan seorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami datangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka atas mereka itu sebagai umatmu". Aku melihat kedua mata baginda basah menitiskan air mata. (riwayat al-Bukhari).
Abdullah bin Amr pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Berapa kali aku harus menghatamkan al-Quran?" Rasulullah menjawab, "khatamkanlah al-Quran dalam satu bulan". Abdullah bin Amr berkata, "aku mampu lebih cepat dari itu". Jawab Rasulullah, "jika begitu lakukanlah setiap 20 hari". Tambah Abdullah bin Amr, "Aku masih mampu untuk lebih cepat dari itu". "Kalau begitu dalam 15 hari" lalu "10 hari". Abdullah bin Amr berkata, "aku masih lebih cepat dari itu", Rasulullah menjawab, "kalau begitu lima hari", lalu Rasulullah tidak melanjutkan lagi. (riwayat al-Tirmidzi).
Sebahagian ulama memahami tindakan Rasulullah SAW ini, sehingga mereka meninggalkan segala urusan fatwa dan pengajian-pengajian di bulan Ramadan. Juga menjauhkan diri daripada orang ramai agar dapat mengkhusyukkan diri dalam beribadat kepada Allah dengan memanfaatkan bulan yang penuh berkah ini.
Mudarasah atau tadarus antara Nabi Muhammad SAW dan malaikat Jibril terjadi pada malam hari, kerana malam tidak terganggu oleh pekerjaan seharian.
Di malam hari, hati seseorang juga lebih tenang dan konsisten untuk melakukan ibadah-ibadah sunat.

hikmah dan usaha





Kisah seorang Pakcik yang buta huruf bekerja sebagai penjaga sekolah. Sudah ± 20 tahun dia bekerja disana.

Suatu hari, Guru Besar sekolah itu diganti dan membuat peraturan baru. Semua pekerja mesti boleh membaca dan menulis; maka penjaga yang buta huruf itu, terpaksa tidak dibenarkan bekerja lagi, dia pun diberhentikan dari pekerjaannya.

Awalnya, dia sangat sedih! Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahukan isteri dan anak2nya.

Dia berjalan pelan2 menelusuri jalanan yg biasa dilaluinya setiap hari.

Tiba² muncullah ideanya untuk membuka sebuah kedai runcit di jalanan itu. Tidak disangka, usahanya berjaya, dan kedainya pula makin bertambah besar.

Kini, Pakcik tadi menjadi seorang Peniaga yang sukses dan berkembang maju.

Suatu hari, dia pergi ke Bank untuk membuka Akaun Simpanan Saham, namun kerana buta huruf, dia tidak tahu mengisi borang sehingga terpaksa dibantu oleh pegawai Bank yg bertugas.

Pegawai Bank itu pula sempat berkata, : "Wah, wlu pun Pakcik buta huruf, tp blh punya wang sebanyak ini, apalagi kalau boleh membaca dan menulis, pasti Pakcik lebih kaya lagi"

Dengan tersenyum Pakcik itu berkata, : "Kalau saya boleh membaca dan menulis, saya pasti, saya masih menjadi penjaga sekolah"

Ya benar ...apa yang terlihat seperti musibah, boleh saja adalah BERKAT."

Disebalik masalah, Pasti ada BERKAT...

Jadi HADAPI lah apa saja SITUASI dengan sikap SABAR & BIJAK ...

Lakukan bahagian kita secara optima dan maksima dan biarlah TUHAN melakukan bahagianNYA... Sekalipun seolah² tiada pertolongan dan jalan keluar dalam masalah dan pergolakan hidup kita. Kerana Allah lebih tahu.

Wallahualam

Wednesday, July 10

Pulanglah Natrah..


Pulanglah Natrah by al-Wadi

Aaaaaa..

Di Sebuah Desa Yang Permai,
Kisah Ini Terjadi,
Gadis Yang Berbudi Pekertinya Tinggi,
Oh.. Natrah Nama Diberi..

Di Sebuah Desa Nan Indah,
Ditemani Suami tercinta,
Kasih Ibu Tua Penuh Nostalgia,
Namun Hanya Sementara..

Tiba-tiba..Lembayung Senja,
Meragut Sutera Iman Di Hatinya,
Tiba-tiba..Samudera hampar Merempuh Tembok Hidayah Di dadanya..

Dan Natrah... Dan Natrah....
Menangis Tersendu,
Merenung Suratan,
Yang Tak Pernah Diduga..

Natrah Kini Dibawa Pergi,
Entah Bila Kan Kembali,
Tak Upaya Ia Mengulangi,
Kisah Masyitah Yang Tinggi,
Hanya Doa Petunjuk Ilahi,
Cinta Kan Bersemi Lagi..

Di Sebuah Desa Nan Indah,
Ditemani Suami Tercinta,
Kasih ibu Tua Penuh Nostalgia,
Namun Hanya Sementara..

Demi Cinta dan Air Mata,
Kau Harungi Lautan Ombak Bergelora,
Demi Cinta Yang Terlerai,
Kau Dijejaki Lembah Derita..

Oh Natrah Andai Kau Mendengari (..aaaaaa),
Suara Hati Kecilku Ini (..aaaaaa),
Ku Pujuk Rayu Mu Agar Kau Sedari,
Pintu Hidayah Terbuka Lagi..

Oh Natrah,
Tentu Masih Kau Ingat,
Syahadah Manisnya Di Bibirmu,
Pulanglah...(Pulanglah),
Harumkan (Harumkan),
Setangi Di Pusara Hidupmu,
Aaaaaa....

Sunday, March 24

KISAH GUNTING RAMBUT

Seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulakan sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"

"Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak adakan sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!..."

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.


Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...Tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke kedai saya untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas Manan" "Tepat sekali! Itulah jawapannyanya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."

Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.



Moral dari kisah diatas:

Dari cerita diatas ini, dapat kita simpulkan bahawa kita sebenarnya lupa akan Allah, tetapi Allah tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNya sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat kita lupa akan kewujudanNya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujinya pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita dan diri orang lain setiap hari? Dan apabila kita memuji Allah sesudah solat, adakah kita memujiNya dengan bersungguh-sungguh sepertimana kita memuji diri seseorang tokoh

Thursday, January 24

terpesona dengan keindahan,tersembunyi penipuan ",




source: asiantown.net

Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kandungan pelajaran bagi Asuhan Tilawah al-Quran terbahagi kepada
3 iaitu;

1. Bacaan surah
2. Hafazan surah
3. Kefahaman surah


Kandungan bacaan surah ada 4;

1. Surah al- Baiyyinah


























2. Surah at-Tin
















3. Surah a-Qadr














4. Surah al-'Alaq























Manakala kandungan hafazan surah ada 3 unit;

1. Surah al-Qariah




















2. Surah al-'Adiyat


















3. Surah az-Zalzalah


















Dan kefahaman surah mengandungi 1 unit sahaja iaitu
Kefahaman Surah al-Ma'un.




















Maksud ayat:

1.  Tahukah engkau orang yang mendustakan agama (meliputi
     hari pembalasan)?
2.  Mereka itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada
      anak yatim.
3.  Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak
     diterima oleh orang miskin.
4. (Kalau orang yang demikian dikira daripada bilangan orang yang
     mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang
     ahli sembahyang.
5.  (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
     sembahyangnya.
6.  (Juga bagi) orang yang berkeadaan riak (dalam ibadat dan
      bawaannya).
7.  Dan orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang
     berhak mendapatnya).


Pengertian Surah al-Ma'un

Al-Ma'un bermaksud pertolongan kerana pada akhir surah ini Allah telah menjanjikan seburuk-buruk balasan kepada orang yang tidak memberi pertolongan kepada orang yang berhak mendapat pertolongan.


Kandungan Surah al-Ma'un

1. Sifat-sifat orang yang mendapat kecelakaan besar;

  • orang yang menunaikan solat dalam keadaan lalai.
  • orang yang riak dan takbur dalam beribadat.
  • enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

2. Sifat-sifat orang yang mendustakan agama;
  • berlaku kasar atau menzalimi anak yatim
  • tidak menggalakkan orang lain bersedekah kepada fakir miskin.

Pengajaran Surah al-Ma'un

1. Kita hendaklah mengasihi, menyayangi, dan berbuat baik kepada
    anak yatim.
2. Kita digalakkan supaya bersedekah dan membantu fakir miskin.
3. Kita hendaklah bersegera melakukan solat apabila telah masuk waktu.
4. Kita hendaklah melakukan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk.
5. Kita hendaklah melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas.
6. Kita hendaklah bersedia memberi pertolongan kepada orang yang
    memerlukan. 

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...