Warkah Peringatan


Warkah dari malaikat Izrael
Oleh: Kalijaga
Edit by: Gunung Jati

Assalamualaikum w.b.t
Kehadapan mahkluk yang bergelar manusia. Semoga kau berada dalam keadaan yang bersedia.dan tergolong dalam orang yang akyas. Dalam sepotong hadis baginda s.a.w pernah di tanya mengenai golongan akyas.
عن بن عمر أنه قال كنت مع رسول الله  فجاءه رجل من الأنصار فسلم على النبي  ثم قال يا رسول الله أي المؤمنين أفضل قال أحسنهم خلقا قال فأي المؤمنين أكيس قال أكثرهم للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس
Daripada Abdullah bin Umar telah berkata: Ketika aku bersama Rasulullah r maka telah datang seorang lelaki daripada golongan Ansar lalu memberi salam kepada Nabi r, kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Rasulullah r siapakah yang paling mulia dikalangan mukmin? Lalu Baginda Rasulullah r menjawab: Orang yang paling baik budi pekertinya. Dia bertanya lagi: Siapakah pula yang paling cerdik dikalangan mukmin? Rasulullah r menjawab: Orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu memperingati mati dan orang yang terbaik dikalangan mereka adalah yang membuat persiapan untuk menghadapi hari selepas mati itu. Mereka itu adalah orang yang cerdik.

Tujuan aku menulis surat ini adalah ingin memperingatkan kau tentang hari kematian. Adakah kau sedar bahawa kau akan mati?
Ya kau pasti akan mati!

Bila kau mati?
Minggu depan? Lusa? Esok? Hari ini? Sebentar lagi atau sekarang ini?
Tak tahu.. Kalau aku bagi tahu kau akan mati sebentar sahaja lagi.. Macam mana? Ianya tidak mustahil..

Di mana kau mati?
Atas katil? Dalam rumah? Tengah jalan? Dalam hutan? Tengah laut?
Tidak tahu.. Kalau aku bagi tahu kau akan mati dalam hutan setelah tersesat.. Macam mana? Ianya memang tidak mustahil..

Bagaimana kau mati?
Sakit tua? Terjatuh bangunan tinggi? Dilanggar lori besar? Rentung terbakar? Lemas dalam laut? Dibaham binatang buas?
Tidak tahu.. Kalau aku bagi tahu kau akan mati dibaham buaya.. Macam mana? Ianya juga tidak mustahil..

Semua ini mungkin berlaku kerana ia tidak pasti, Tidak ada seorang pun yang dapat menafikan bentuk kematian di atas berlaku ke atas diri manusia.Tapi apa yang pasti manusia akan mati, kau tetap akan matiiiiii..

Kau tetap akan meninggalkan isteri, anak-anak, saudara-mara, sahabat handai, harta benda, kekayaan, pangkat, bahkan segala yang kau suka di dunia ini. Roh akan dikeluarkan dari jasad kau, bermula dari hujung jari kaki ditarik hingga ke umbun-umbun kepala, sakitnya bergantung pada amalan kau di dunia. Pedihnya lebih sakit dari kambing yang disiat kulitnya hidup-hidup, lebih sakit dari tubuh yang disebat dengan pedang sebanyak 300 kali, lebih ngeri daripada seseorang itu memasukkan dawai-dawai berduri kedalam perut melalui mulutnya lalu disentap keluar semula kerana sakit mati itu sakit yang paling dahsyat di dunia ini yang pasti ia akan menemui kau. Kau pasti akan merasai kesakitan matiii.Mungkin besok atau mungkin sebentar sahaja lagi.
Maka terputuslah hubungan kau dengan dunia ini. Jasad kau yang sebelum ini aktif bergerak-gerak kini terbujur kaku, mata kau perlahan-lahan ditutup, penglihatan kau mula kelam cuma terdengar esakan dan tangisan yang meratapi pemergian kau, " انا لله و انا اليه راجعون"Lalu tubuh kau yang terbujur kaku itu ditutup dengan sehelai kain batik panjang menutupi dari hujung kaki hingga ke pangkal kepala, kemudian jasad kau dimandikan dengan air mutlak yang bercampur dengan kapur barus, jasad kau disucikan dan diwudukkan, kemudian dipakaikan dengan pakaian putih berlapis-lapis, lalu diikat disetiap sendi jasad dengan kemas dan rapi, diletaknya wangi-wangian, kemudian kau dibujurkan didalam keranda dan ditutup keranda itu dengan kain bewarna hijau bercorakkan tulisan-tulisan Al-Quran, kemudian jasad kau diusung oleh keluarga terdekat ke masjid untuk disembahyangkan, sampai di masjid jasad kau diletakkan di hadapan lalu kau disembahyangkan, sembahyang yang tiada ruku' dan tiada sujud, mereka memohon keampunan untuk diri kau walaupun dosa yang kau lakukan terlalu banyak terpikul di bahu kau, namum sejuta pengharapan dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Selesai upacara sembahyang jasad kau sekali lagi diusung dibawa ke tanah perkuburan berhampiran pula, jasad kau dikeluarkan dari keranda secara perlahan-lahan sebagai penghormatan terakhir sebelum kau meninggalkan alam dunia yang fana ini, lalu diletakkan di dalam liang lahad yang kecil dan sempit yang hanya boleh memuatkan jasad kau yang bujur kaku itu, kau dibaringkan dalam keadaan menghadap kiblat yang menjadi kebanggaan dan penyatuan umat islam seluruhnya tanpa mengira sepadan negara, bangsa, pangkat dan darjat, kemudian semua ikatan yang ada di batang tubuh kau dibuka lalu ditutup liang lahad itu dengan sekeping papan. Kemudian dikambus. Maka tinggallah jasad kau berkeseorangan di dalam perut bumi dalam keadaan gelap, sempit, dengan hanya ditemani serangga-serangga kecil yang hidup di dalam tannah. Bermulah satu kehidupan baru iaitu kehidupan di alam barzah. Tiada apa yang boleh menolong kau ketika ini melainkan amalan soleh ketika kau di dunia dahulu, kalau ada, doa dari anak soleh yang kau tinggalkan dan sedekah jariah yang kau lakukan dahulu. Tiada guna penyasalan ketika ini. Semuanya telah berakhir.
Adakah kau sudah mempersiapkan diri untuk semua ini.Sampai bila kau ingin tunggu. Setahun... Dua tahun... Besok pun belum tentu kau akan hidup lagi diatas muka bumi ini. Jangan sampai kau terkejut dengan kehadiran ku nanti dalam masa yang sama kau tidak bersedia untuk menghadapi mati. Kau mesti sentiasa bersedia kerana aku hadir tanpa sebarang alamat.

INGAT AKU ; INGATLAH MATI....



Yang menjalankan tugas,

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول