Sentuhan Hati


Seperti mana yang kita lihat pada hari ini,kelihatan manusia-manusia sekeliling kita ini seolah-olah sedang berlumba-lumba untuk mengejar sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan di dunia yang fana ini.Bila difikirkan seolah-olah mereka sedang mengejar sesuatu yang dapat digunakan dan memberi manfaat dalam jangka masa yang sangat panjang,tetapi apabila diteliti dengan secara telus rupanya mereka sedang sibuk mencari kekayaan,ada di antara mereka pula sibuk mengumpul kekuatan,tak kurang juga yang sibuk mengumpul jawatan,yang mahukan nama mereka disanjung-sanjung oleh orang kebanyakan,sedar atau tidak atas perbuatan mereka ini sehingga sanggup menindas dan meninggalkan saudara mereka sendiri yang masih ramai dalam kesusahan,kepayahan,penderitaan akibat daripada perasaan cintakan dunia sehingga sanggup memijak saudara sendiri.
Timbul persoalan dibenak hati ini,adakah mereka tak terfikir nasib saudara-saudara mereka ini?mereka tak tahu ke orang beriman ini bersaudara?mereka tak tahu ke kita tak dibenarkan mempersenda dan memperolok-olokkan sesame orang beriman?mereka tak pernah tahu ke?atau mereka memang tak nak tahu?bukan ke dalam Al-Quran ALLAH SWT ada berfirman di dalam surah yang ke-49 iaitu surah al-hujrat ayat ke-10 & 11,bukan ke disitu ada menyebut yang orang-orang mukmin itu bersaudara,jadi sepatutnya kita meraikan saudara seislam ini seperti kita semua dari diri yang satu,yang mana kita tak sanggup kehilangan atau kecederaan pada mana-mana anggota badan kita,jika ada yang tercedera sudah pasti satu badan kita menanggung kesakitan itu juga.Jadi?dimana apakah yang menjadi punca?siapa punya angkara?terpulang kepada penilaian akal dan keimanan kita untuk menimbang persoalan ini.
Ini baru menyentuh tentang perbuatan kita sesame mukmin yang mana setiap kita masih dalam kebebasan hidup,masih lagi dalm keadaan selamat.Cuba kita renung kembali Kalam ALLAH yang ana sebutkan tadi,adakah yang dimaksudkan dengan bersaudara itu adalah kaum kerabat kita?ataupun orang-orang islam di tanah air kita?Bila kita fahami ayat itu ternyata bahawa orang mukmin itu bersaudara tanpa mengira keturunan,bangsa,atau Negara,tidak mengenal warna kulit samada hitam,putih,atau sawo matang,tanpa mempedulikan bangsa india,cina,kadazan atau sebagainya,asal saja telah melafazkan kalimah syahadah telah menjadikan ikatan yang sangat kuat antara mereka dengan kita.Apabila telah beriman seseorang itu maka terpelihara segala-galanya pada mereka sepertimana kita mahu hak kita terpelihara,sepertimana yang telah disebut dari kalam kenabian dari Junjungan kita Nabi MUHAMMAD SAW yang menunjukkan kepada persaudaraan sesama muslim,hak-hak kita sebagai seorang muslim.
Ternyata pada hari ini kita lihat,bahawa kita telah ditipu oleh orang-orang kafir supaya kita memperjuangkan semangat kebangsaan,hasil dari semangat kebangsaan yang menjadi kebanggaan kita pada hari ini telah menyebabkan kita umat islam akhir zaman ini lebih menghiraukan warna kulit berbanding apa yang di bawa oleh Junjungan kita iaitu persaudaraan melalui akidah.Jika kita lihat suatu masa dahulu,ketika mana zaman yang masih wujudnya sistem khilafah,yang mana pada masa itu umat islam bernaung di bawah satu pemerintahan islam yang sangat menggerunkan puak-puak kafir.Hal ini menyebabkan kesatuan umat islam yang utuh.Tapi,jika kita kaji sejarah kejatuhan khilafah ini kembali,bagaimana ianya boleh luput pada masa sekarang?kenapa kita tidak sempat untuk merasa zaman kegemilangan islam?Jawapannya,melalui hasil pembacaan saya,puak kafir telah meniupkan semangat kebangsaan kepada bangsa Arab,yang telah menyebabkan orang islam sendiri menggulingkan khalifah terakhir dan mengusir khalifah tersebut dari tanah airnya.Siapa tak kenal Mustapa Kamal Attaturk?Yang digelar oleh orang-orang kafir sebagai bapa kemodenan turki kerana telah Berjaya menghapuskan sistem khilafah dan membuang khalifah dari tanah air sendiri.
Kita lihat,orang kafir tidak mampu untuk menjatuhkan islam pada asalnya,tetapi pabila sudah berjaya menghidupkan semangat kebangsaan dan perkauman dalam kehidupan muslim menyebabkan kita terpecah kepada banyak Negara yang asalnya bernaung dibawah kerajaan islam.Kini kita sebagai umat akhir zaman hanya tahu mengenainya yang merupakan sejarah sahaja.
Kini kita dapat lihat,semangat kebangsaan masih lagi hidup dalam reality masyarakat kita pada masa kini,hal ini membuktikan kemenangan bagi kaum kafir.Jika kita perhatikan dengan teliti,orang-orang kafir pada masa dulu tidak menerima khilafah dan berusaha menjatuhkan dan telah Berjaya menjatuhkan khilafah dengan bantuan umat islam sendiri,tetapi pada masa kini umat islam sendir beserta orang-orang keafir seolah-olah telah meletakkan wala’ kepada pemerintahan kafir.Baru kita Nampak,bahawa mereka ingin memerintah dunia,yang mana pada masa sekarang seluruh dunia tunduk kepada Amerika.Kenapa ini terjadi?Kenapa kita meletakkan wala’ kepada Bush dan kini penggantinya Obama untuk menyelesaikan masalah di Gaza???Bukan ke saudara-saudara kita di Gaza itu berjuang untuk islam?Kemana pula Negara-negara arab?saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama mengkaji dan meneliti kembali sejarah kegemilangan islam,kejatuhan khilafah dan pemerintahan sekular,supaya kita semua mempunyai thaqafah bersama.
Akhirnya,tujuan penulisan ini adalah untuk menghidupkan kembali semangat dalam diri kita selain berusaha untuk membantu islam,kita juga harus menambah thaqafah kita.Saya menulis ini tak lain untuk memperingati diri ini yang selalu lalai dalam melakukan gerak kerja islam.Ingat !!!kita adalah mata rantaian perjuangan pejuang agama Allah,bukan kita yang memulakan dan jangan kita yang mengakhirkan,yang penting kita semua kena berusaha ke arah perjuangan islam.Andai kata kehidupan kita dalam masa yang singkat ini tidak Berjaya untuk kita lihat dan bernaung dibawah pemerintahan islam,biarlah usaha kita pada hari ini dapat dirasa oleh generasi-generasi mendatang...mohon maaf andai terdapat sebarang kesalahan...WASSALAM
Roslizan bin Mohd Yusof

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول