Islam Dakwah Yang Syumul

KESYUMULAN ‘IBADAT Di DALAM ISLAM


Seperti dalam ‘aqidah, maka di dalam ibadat pun tergambar dengan jelas kesejagatan itu. Ibadat Islam merangkumi seluruh kejadian manusia. Seorang muslim beribadat kepada Allah bukan dengan lisannya saja, atau badannya saja, atau hatinya tanpa lainnya, atau fikirannya semata-mata, atau pancainderanya sendirian, tetapi ia
beribadat kepada Allah dengan keseluruhannya, iaitu dengan lisan yang berzikir, berdoa’ dan membaca, dengan badan yang sembahyang, puasa dan berjihad, dengan hati yang takut, mengharap, cinta dan tawakkal, dengan seluruh pancaindera yang digunakan menta’ati Allah Subhana wa Ta’ala.Di dalam ibadat sembahyang jelas tergambar ibadat lisan dengan membaca, takbir, tasbih dan do’a. Ibadat badan dengan berdiri, duduk, ruku’ dan sujud. Ibadat akal dengan berfikir dan merenungkan makna-makna Al-Quran dan rahsia-rahsia sembahyang. Ibadat hati dengan khusyu’ mencintai Allah dan merasakan bahwa Allah
sentiasa memperhatikan dan mengamati hamba-Nya.
Di dalam ibadat Haji tergambar dengan jelas ‘amal badan dengan berjalan, berpindah, Tawaf dan saie.Amal lisan talbiab, tahlil, takbir, zikir dan doa’. ‘Amal hati dengan berniat dan ikhlas, di samping memberi harta kekayaan dan meninggalkan keluarga serta tanah air kerana Taqarrub kepada Allah.Selain itu, ada makna lain bagi kesejagatan di dalam ‘ibadat, iaitu ianya merangkumi seluas kehidupan
manusia. Ia tidak terbatas kepada upacara-upacara ibadat yang tertentu seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji,tetapi merangkumi setiap gerak dan amal yang dapat meningkatkan kehidupan dan memberi kebahagiaan kepada manusia.
Berjihad di jalan Allah kerana mempertahankan kebenaran, membela kehormatan, mencegah fitnah dan
meninggikan Kalimat Allah adalah ibadat yang tidak ada tandingnya.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A. katanya:
“Seorang laki-laki dan sahabat Rasulullah S.A.W. lalu di celah bukit di mana terdapat mata air yang sangat bening, sehingga
ia terpesona, lalu berkata. “Andainya aku memencilkan diri dari orang ramai dan tinggal di tempat ini untuk beribadat. Tetapi aku tidak melakukannya sehingga aku meminta izin kepada Rasulullah S.AW., maka Rasulullah S.A.W. berkata: “Jangan
engkau lakukan yang demikian! Sesungguhnya maqam seseorang kamu di jalan Allah adalah lebih baik daripada sembahyang
di rumahnya selama tujuh puiuh tahun. Adakah kamu tidak suka Allah mengampunkan dosa kamu dan memasukkan kamu ke
syurga? Berjuanglah di jalan Allah! Orang yang berjuang di jalan Allah sebesar punuk unta wajib baginya syurga.” - Hadis
ini diriwayatkan oleh At Tirmizi dan ia mengatakan hadis Hasan, manakala Al Hakim mengatakan sahih
mengikut syarat Muslim dan diakui oleh Al Munziri di dalam kitab At Targhib.
Juga Abi Hurairah meriwayatkan: “Telah ditanya Rasul ullah S.A.W.: “Apakah yang menyamai jihad fi sabilillah
?“ Rasulullah S.A.W. berkata: “Kamu tidak akan sanggup melakukannya.” Lalu orang itu mengulangi pertanyaan dua atau
tiga kali. Setiap ia bertanya, Rasulullah S.A.W. berkata: “Kamu tidak akan sanggup melakukannya.” Kemudian Rasulullah
S.A.W. berkata: “Umpama orang yang berjihad di jalan Allah adalah laksana orang yang puasa dan sembahyang terus
menerus tidak putus-putus melakukannya, sehingga orang yang berjihad itu kembali fi sabilillah.” (H.R. Bukhhari dan
Muslim.)
Setiap amal yang bermanafa’at yang dilakukan oleh seorang muslim dalam rangka berkhidmat kepada
mas’yarakat, atau membantu anggota-anggota masyarakat, teristimewa golongan lemah dan sengsara, adalah
ibadat. Banyak hadis-hadis yang menerangkan perkara tersebut, seperti hadis yang menggalakkan supaya
bersedekah setiap hari yang terbit matahari padanya, sehingga menjadikan ‘amal menghilangkan gangguan dan
tengah jalan sebagai sedekah menunjukkan muka manis kepada teman adalah sedekah, bereakap yang baik adalah
sedekah dan tiap-tiap yang ma’ruf adalah sedekah.
Termasuk ke dalam daerah ‘ibadat ialah mengusahakan keperluan hidup seseorang dengan keluarganya
supaya ia mendapatkan yang halal dan memeliharakannya dan minta-minta sedekah. Rasulullah S.A.W.
menganggap orang yang melakukan yang demikian sebagai “fisabilillah” iaitu jihad sebagai mana jihad di medan
perang menghadapi musuh Allah.
Lebih jauh daripada itu, Rasulullah S.A.W. menjadikan orang yang meletakkan syahwatnya dalam
perkara yang halal akan diberi pahala. Tatkala sahabat-sahabat merasa hairan perkara yang demikian, maka
Rasulullah S.A.W. berkata kepada mereka:
“Adakah sekiranya seseorang itu meletakkannya dalam perkara yang haram ia berdosa ?“ Mereka menjawab: “Ya.” Rasulullah
S.A.W. berkata: “Demikianlah sekiranya ia meletakkannya pada yang halal, maka ia akan diberi pahala.” Adakah kamu hanya
mengira kejahatan saja dan tidak mengira kebaikan ?”

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA