Imtihan Satu Perjuangan?
Salam Imtihan
Salam perjuangan saya tujukan kepada semua ibnu sabil yang sedang meneruskan perjuangan para ulama’ terdahulu sebagai seorang penuntut ilmu di Ardu Kinanah yang mulia ini.Saya juga rasa teruja ketika mana pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Al-Azhar ini,dan terus meletakkan anggapan bahawa semua yang keluar dari universiti tertua di dunia ini mempunyai satu amanah yang cukup besar kepada seluruh masyarakat dunia terutama tanah air kita sendiri iaitu Malaysia tanah airku tercinta umumnya dan kawasan daerah kita khususnya..
Jesteru itu,apabila terkenangkan amanah yang sangat berat berada di depan mata,mahu atau tidak,kita hendaklah berusaha untuk memikulnya,kerana ianya telah pun terletak di bahu kita selepas menjejakkan kaki di Al-Azhar,terpulang kepada kita bagaimana cara ataupun gaya untuk kita memikul amanah yang telah tersedia itu.
Di Al-Azhar kita mengikuti pengajian seperti biasa seperti universiti-universiti yang lain,Cuma bezanya kepadatan pelajar dalam kuliah kita sangat berbeza dengan yang lain,kepdatan pelajar yang melimpah sehingga memaksa kita terjungkit-jungkit dari luar untuk menjalani sesi pengajian,hal ini merupakan salah satu dari cabaran kita sebagai penuntut Al-Azhar,jika kita merasa hal ini menyukarkan kita untuk meneruskan pengajian ,maka ada baiknya kalau kita cuba kenangkan ulama’ yang terdahulu yang mana infrastruktur Al-Azhar pada masa itu tidak sehebat sekarang,jadi mereka lebih susah,dan keadaan mereka yang susah itu menjadikan mereka sehebat sekarang.
Antara ujian lain yang bakal kita temui seperti penuntut-penuntut seluruh dunia yang lain adalah imtihan.Imtihan adalah sesuatu yang amat penting bagi seseorang pelajar,lebih-lebih lagi bagi pelajar Universiti Al-Azhar,ini kerana system pembelajaran di Al-Azhar lebih menekankan kepada imtihan,yang mana imtihan di sinilah menentukan jumlah masa yang kita akan ambil untuk kita melangkah keluar sebagai seorang azhari.Dengan adanya imtihan dapatlah kita menilai kemampuan,nilai pengetahuan dan sejauh mana persediaan kita dalam memikul amanah sebagai seorang penuntut ilmu.Memang benar sijil bukan segala-galanya,dan yang kita perlukan adalah ilmu,tetapi mengikut kepada zuruf setempat seperti Malaysia,maka kita akan memerlukan sijil,kerana sesetengah masyarakat di Malaysia menganggap nilai ilmu itu terletak pada sijil.
Melihat kepada keadaan ini,jadi kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam imtihan yang masih berbaki beberapa madah ini untuk kita meneruskan perjuangan kita di bumi anbiya’ ini.Keadaan imtihan ini janganlah menyebabkan kita futur dari meneruskan perjuangan kita dalam medan yang lain seperti dakwah dan menjadi alasan untuk kita tidak menghadiri kelas-kelas tafaquh yang kita semua sedia maklum terdapat lambakan kelas-kelas pengajian di bumi anbiya’ ini yang mana hanya memerlukan sedikit pengorbanan daripada diri kita sendiri,memang benar bercakap lagi mudah dari melakukannya,dan tak dinafikan orang bercakap ini lebih malas dan kurang semangat untuk melakukan semua ini.Tetapi tujuan penulisan ini adalah untuk menyedarkan diri sendiri tentang kepentingan dan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu di muka bumi ini.
Akhir sekali,sebelum menutup kalam sebagai seorang hamba Allah yang dhaif disisi Pencipta Yang Maha Agung,saya mendoakan kepada semua penuntut ilmu dan pejuang di jalan Allah berada di bawah rahmat Tuhan dan beroleh kejayaan,tetapi ingatlah kita semua digesa melakukan pengorbanan.Dengan pengorbanan akan kelihatan hasil yang membanggakan,kalau kita tidak sempat untuk melihat hasil itu,jadikan usaha kita ini untuk anak cucu kita,biarlah mereka dapat melihat hasil dari usaha kita...
Comments