Friday, May 14

doa rabithah

sempena penghulu bagi segala hari ini...marilah kita sama-sama membacakan doa rabithah,agar kita sentiasa terasa nilai ukhwah dan perjuangan kita dalam perjalanan bertemu ALLAH.....

doa rabithah

اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَ
سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي
سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ

YA ALLAH, ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HATI-HATI INI TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHI-MU, BERTEMU UNTUK MEMATUHI (PERINTAH)-MU, BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAH-MU, HATI-HATI INI TELAH MENGIKAT JANJI SETIA UNTUK MENDAULAT DAN MENYOKONG SYARIAT-MU, MAKA ERATKANLAH YA ALLAH AKAN IKATANNYA. KEKALKAN KEMESRAAN ANTARA HATI-HATI INI. TUNJUKKANLAH KEPADA HATI-HATI INI AKAN JALAN-NYA (YANG SEBENAR). PENUHKAN HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANI-MU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP. LAPANGKANLAH HATI-HATI INI DENGAN LIMPAHAN IMAN / KEYAKINAN DAN KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADA-MU. HIDUP SUBURKAN HATI-HATI INI DENGAN MAKRIFAT (PENGETAHUAN SEBENAR) TENTANG-MU. (JIKA ENGKAU MENTAKDRIKAN MATI) MAKA MATIKANLAH PEMILIK HATI-HATI INI SEBAGAI PARA SYUHADA’ DALAM PERJUANGAN AGAMA-MU. ENGKAULAH SEBAIK-BAIK SANDARAN DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG. YA ALLAH, PERKENANKANLAH PERMINTAAN INI…

Sahabat


renungkanlah......
yg bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama dlm suka & duka, menegur kesilapan, memuji kebaikan,menutup keaiban tatkala teralpa dialah mengingatkan, tatkala bergelap dialah yg menerangi, tatkala terkurang dialah menambahkan, tatkala terlebih dialah jd pengagih..beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing, sentiasa ada waktu diperlukan..krn tawa & tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu & berpisah cuma hanya dgn Redha ILLAHI.. moga makna ini terus kau terjemahkan, buat generasi dhadapan... sebuah persahabatan yg hakiki........................................
Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya. Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti. Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian.
Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi. Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu.
Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci.
Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!

CANTIKNYA SEORANG WANITA


Cantiknya seorang wanita itu, sebagai
gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, sebagai
remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu
terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantik seorang wanita itu, sebagai
isteri
merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai
menantu
menjauhi persekongkolan ipai lamai
Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai
mentua
telus hati mengagih kasih setara pada
semua
Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu-
cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai
warganegara
peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai
warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai
intelektualis
menyala obor mewangi setanggi
profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai
akidah solehah
mengandam rinduh kekasih pasrah di
atas sejadah

Selamat Hari Ibu



biarpun terlambat,tapi tak bermakna lupa....

buat para ibu.....









Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak


Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Selamat Hari Ibu.................

Thursday, May 13

PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH



نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”
(Surah al-Kahfi 18: 13)
Kaum muda merupakan lapisan masyarakat yang paling kritis. Mereka memiliki wawasan ke depan dan tidak pernah puas dengan kondisi yang ada. Sikap pemuda sentiasa idealis, penuh cita-cita dan harapan. Baik terhadap sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

Lantaran itu pula anak-anak remaja, bakal pemuda, menjadi sasaran orang-orang yang ingin merubah kondisi suatu masyarakat menjadi buruk. Mereka dihidangkan dengan kebatilan yang menjadikan mereka jauh dari agama ALLAH. Mereka diberikan racun melalui media massa, berupa televisyen, radio, majalah, filem-filem, komik, novel dan sebagainya. Itulah racun sekularisme, pembaratan serta penurunan moral dengan berbagai bentuknya.
Maka lihatlah anak-anak remaja yang membuat masalah di tengah-tengah masyarakat. Mereka hidup untuk mengganggu orang lain, bermabuk-mabukan, berpesta dan berdisko, berpeleseran di waktu malam tanpa tujuan dan lain-lain. Keadaan ini disedari atau tidak merupakan hasil perusakan terhadap generasi muda melalui media massa yang terancang. Yang lebih berbahaya adalah perusakan pola fikir melalui orang-orang yang mengaku dirinya intelek, yang rata-rata lulusan barat yang canggih dengan ilmu dan pengetahuan serta falsafah yang membingungkan. Dan sasaran mereka ini pun adalah para pemuda, kerana mereka pun ingin diikuti oleh para pemuda. Mereka-mereka itu sebenarnya generasi muda yang berpotensi. Hanya saja situasi lingkungan yang buruk dan menyesatkan, membuatkan mereka hanyut dibawa program syaitan dan iblis.

Dakwah Islam dan Pemuda
Perubahan masyarakat dari buruk menjadi baik, dari jahiliyyah menjadi Islam merupakan sasaran dakwah Islam. Islam merupakan agama yang mengajak umatnya berfikir dinamis, kritis dan kreatif… tapi bukan untuk merusak. Islam tidak menyetujui sikap jumud (statik) dalam segala hal. Kerana sifat dakwah Islam seperti di atas, maka dakwah ini mudah diterima dan dicerna oleh kalangan muda… tidak membingungkan dan meragukan.
Semangat dan cita-cita yang tinggi para pemuda hanya dapat ditampung dan disalurkan oleh Islam. Sebab Islam adalah ajaran ALLAH yang sempurna, tanpa cacat dan cela. Islam adalah agama yang mengajak manusia kepada kebaikan di dunia dan akhirat.
Ajaran Islam mengarahkan dan membimbing pemuda untuk beribadah, mengabdi, dan berbakti kepada Dzat yang Maha Tinggi, Agung dan Mulia… iaitu ALLAH SWT. Islam melatih mereka agar selalu menghubungkan diri kepada Penguasa Tunggal alam semesta. Dengan ini, mereka menjadi orang-orang yang akan menyebarluaskan rahmat dan kasih sayang ALLAH ke tengah-tengah umat manusia. Islam tidak rela para pemuda yang berpotensi itu terjerumus dalam kebejatan moral yang akan membuat mereka menjadi musuh ALLAH dan sampah masyarakat.
Tidak menghairankan, ketika Islam muncul, para pendukungnya kebanyakkan terdiri dari kaum muda yang haus akan kebenaran dan keadilan. Rasulullah SAW selama 13 tahun pertama berdakwah di Makkah tidak banyak menghasilkan jumlah pengikut. Kerana penduduk Makkah kebanyakan orang-orang tua yang sangat kuat memegang tradisi dan adat istiadat jahiliyyah.
Tetapi ketika Islam di bawa ke Madinah, sambutan meriah dan positif pun mengalir bagai ombak yang bergulung. Penduduk Madinah melihat Islam sebagai atauran hidup yang benar. Hati mereka diterangi cahaya petunjuk ALLAH. Maka dengan ikhlas mereka tinggalkan semua adat kebiasaan jahiliyyah dan merubahnya menjadi Islam. Mereka tukar kekufuran dan kedurhakaan dengan iman dan ketaatan. Hal ini disebabkan penduduk Madinah umumnya terdiri dari kaum muda.
Di sisi lain, Rasulullah SAW pun menjadikan pemuda sebagai anasir taghyir (unsur-unsur perubah). Mereka dilatih dan dibimbing untuk menjadi pemimpin dan juru dakwah. Mereka dibentuk menjadi kader-kader Islam yang tangguh dan cekal. Mereka antara lain Ali bin Abi Talib, Mus’ab bin Umair, Sa’ad bin Abi Waqash, Zaid bin Haritsah, Umar bin Khattab, Usamah bin Zaid, juga kebanyakan para sahabat Nabi.
Sebagai contoh, da’ie dan duta Islam pertama yang diutus Rasulullah SAW di kota Yathrib adalah Mus’ab bin Umair. Dahulunya, dia adalah pemuda yang perwatakan kemas dan selalu berpakaian cantik. Setelah menerima Islam dan dikader Rasulullah SAW, Mus’ab berubah menjadi pemuda sederhana, tetapi aktif di jalan dakwahdan jihad Islam. Sehingga wafatnya Mus’ab, Rasulullah menitiskan air matanya melihat Mus’ab yang dahulunya mewah, hanya dikafani kain yang buruk. Beruntunglah Mus’ab sebagai pemuda dakwah yang telah menjalankan amanahnya.
Kendatipun masih muda belia, prestasi Mus’ab dalam dakwah sangat hebat. Dalam tempoh waktu kurang dari setahun, dia berjaya mengIslamkan kurang lebih 70 orang penduduk Yathrib. Mereka itulah yang datang kepada Rasulullah SAW untuk berbai’ah (berjanji setia sehidup semati) di bukit Aqabah.
Sifat Pemuda Dakwah
Dengan pemuda sebagai hujun tombak untuk dakwah, maka Islam pun meluncur bagai anak panah. Potensi tenaga muda mereak diarahkan untuk hal yang positif dan membangun (jiwa Islam), iaitu menegakkan DinuLLAH. Al-Quran mengambarkan pemuda yang aktif dalam dakwah Islam pada kisah Ashhabul Kahfi.
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran". (Surah al-Kahfi 18: 13 – 14)
Dari ayat yang mulia ini dapat kita fahami bahawa para pemuda dakwah memiliki tiga karakter utama yang mendasar, iaitu:
1. Iman kepada RABB mereka (ALLAH)
Mereka merupakan pemuda-pemuda yang meyakini ALLAH, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Akhir dan Qadha dan Qadar. Nilai keimanan pemuda jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Sebab para pemuda beriman di tengah-tengah gejolak nafsu muda yang masih berkobar, sementara orang-orang yang sudah tua melakukan ketaatan tanpa halangan kerana sudah mendekati akhir hayat.
Para pemuda dakwah sentiasa meningkatkan dan mempertahankan iman yang menyala dalam hati mereka. Mereka tidak rela sedikitpun iman itu berubah atau berkurang. Mereka berupaya menghidupkan api iman ini di tengah-tengah masyarakat. Kerana menyedari bahawa manusia tanpa iman tiada nilainya di sisi ALLAH.
2. Selalu mengikuti petunjuk ALLAH
iaitu para pemuda yang tahu arah perjalanan dan sentiasa berjuang menegakkan kebenaran denagn petunjuk bimbingan ALLAH. Mereka selalu berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sebagi hidayah ALLAH yang diyakini akan menyelesaikan segal persoalan dengan adil dan bijaksana. Mereka ingin masyarakat diatur oleh Pencipta alam semesta dan tidak diatur oleh mereka sendiri atau dikendalikan oleh hawa nafsu segolongan manusia tertentu.
3. Bersikap Furqan
Para pemuda dakwah mampu membedakan mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah). Mereka mengerti betul, mana yang membawa keimanan dan Islam dan mana yang membawa kekufuran dan kesesatan. Setelah itu, mereka menolak segala hal yang membawa kepada kekufuran dan menerima keimanan dengan penerimaan yang total. Sikap furqan merupakan pancaran keimanan dan kefahaman terhadap TauhiduLLAH yang diajarkan Islam. Mereka meyakini bahawa ALLAH adalah satu-satunya sumber hidup yang harus ditaati dan sumber ilmu agar diri tidak merasa sombong serta dijadikan tujuan akhir. Beserta itu, mereka menolak hak ALLAH ini diberikan pada selain ALLAH.
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (Surah al-Anfaal 8: 29)
Selain itu, beberapa karakter yang lain juga menjadikan para pemuda mampu untuk mengemban tugas dakwah. Di antaranya:
4. Bersikap kritis menghadapi masyarakat
Para pemuda dakwah mengerti betul kondisi masyarakat yang menjadi medan dakwahnya. Mereka tahu bagaimana menghadapi situasi itu secara benar dan kritis. Kekritisan mereka tidak menjadikan mereka anarkis atau membuat mereka ekstrim. Mereka memahami jalan menuju perubahan umat dan bekerja untuk itu secara hati-hati dan teliti.

5. Berbeda dalam prinsip dan sikap hidup, tetapi bergabung di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat
Para pemuda dakwah menyedari kekeliruan yang ada pada masyarakat dan sanggup untuk menghindarkan diri mereka dari kekeliruan tersebut. Sementara mereka tetap hidup dan bercampur di tengah-tengah masyarakat itu dengan prinsip dan akhlaq yang berbeda. Mereka tidak tertipu dengan kondisi masyarakat yang membuat-buat kedustaan terhadap agama ALLAH. Hal ini tampak dalam kenyataan mereka di ayat berikut:
Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah? (Surah al-Kahfi 18: 15)
Akhirul kalam, Imam As-Syahid Hassan al-Banna pernah menyatakan bahawa umat Islam dewasa ini tidak ada lagi mempunyai kekuatan. Sumber alam yang ada di bumi umat Islam semuanya habis terkuras oleh tangan-tangan asing. Kualiti umat Islam bagaikan buih-buih di lautan walaupun mereka ramai. Tapi ingatlah, bahawa ada satu kekuatan tersembunyi dari tubuh umat Islam iaitu para pemuda (as-Syabab). Bangunlah wahai pemuda! Dakwah amat memerlukan jiwa-jiwa yang cekal untuk mengembannnya. Kamu amat diperlukan untuk mengembalikan umat Islam dari kehinaan kepada kemuliaan! Jadilah junduLLAH yang akan memperjuangkan agama ALLAH hingga akhir hayatmu seperti Mus’ab bin Umair atau Zaid bin Khattab.

Penyakit Hati dan Rawatannya

Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia ialah seperti berikut:

1. Mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba yang Muslim.
4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
5. Meninggalkan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.
Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedu likan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.
6. Tidak merujuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu penge­tahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.
7. Tidak bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Inilah yang sedang nyata berlaku.
8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan peringatan-peringatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.
UBAT YANG MUJARAB

Tidak ada ubat yang dapat mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda Sallallahu’alaihiwasallam.
Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.
1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diber ikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab terse­but.
4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.
5. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam semua hal kehidupan.
Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. iaitu meru juk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.
6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.

KERIANGAN MEREKA YANG MENTAUHIDKAN ALLAH
Keseluruhan cara pengubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam terhadap penyakit-penyakit jiwa.
Penyakit mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan, dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpu ra-pura. Keriangan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka diancam dan dikecam.
Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhid kan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mereka sentiasa bertindak di atas landasan sya ra'. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syara' tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka.

TAUBAT
Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri dari pada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.
Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripa da makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

DOSA MELEMAH DAN MEMATIKAN JIWA
Thabit bin Qurrah berkata:
Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Abdullah bin Mubarak berkata:
Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Men inggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa

REALITI KINI
Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendur hakai syara'. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara' lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.
Penyakit mencerca Allah Subhanahu Wa Ta'ala berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersurat atau tersirat. Contohnya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menurunkan hujan. Kedapatan manu sia mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan `malam amal' atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj. Allah SWT terus membiarkan mereka menunjukkan kemegahan.
Mencerca Allah Subhanahu Wa Ta'ala juga berlaku dengan cara memandang sepi hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala, memandang Islam sebagai cara hidup ketinggalan zaman, mengambil sebahagian daripada Islam dan menolak sebahagian daripadanya.
Realiti ini lebih payah dan sukar bagi para doktor (para penda'wah) untuk mengubatinya. Manusia yang berpenyakit itu pula akan terus memberi musibah dan kemalangan yang besar kepada umat keseluruhannya.

KEINDAHAN HIDUP BERSAMA ALLAH


SENTIASA MERASAI NIKMATNYA
SETIAP KESUSAHAN DIIRINGI KETENANGAN
SUKA DUKA DIAJUKAN KEPADANYA
TIADA MERASA SEDIH
HATI TERASA TENANG DAN BAHAGIA
RASA BENCI DENGAN KEMUNGKARAN
TERASA KASIH PADA YANG KEKURANGAN
SETIAP KESULITAN DIHADIAHKAN PERTOLONGAN
TIDAK SABAR UNTUK BERTEMUNYA…

ANDAI DAPAT KITA MENGHAYATI NIKMAT MENCINTAI ALLAH, SUDAH PASTI KITA AKAN MERASA TERLALU BERDOSA KERANA TIDAK AMBIL PEDULI BAHAWA ALLAH SANGAT KASIH AKAN KITA.
RUGINYA KITA KERANA TIDAK MEMBALAS KASIH ALLAH TERHADAP KITA. DI DUNIA KITA DITATANG, DI AKHIRAT JUGA ALLAH TELAH JANJIKAN KEBAHAGIAAN. TIADA KESUSAHAN YANG ALLAH TIMPAKAN KE ATAS KITA MELAINKAN ALLAH AKAN MEMBERI PERTOLONGAN DAN PETUNJUK.
BEZANYA, BAGAIMANA KITA MENGHADAPI RANJAU DI MUKA BUMI INI? ANDAI BENAR KITA HAMBANYA YANG SOLEH, UJIAN YANG ALLAH TIMPAKAN DIRASAKAN MEMBERI KETENANGAN DAN KEMATANGAN KERANA HATI SEMAKIN DEKAT DENGANNYA.
TERASA SEMAKIN MENYENDIRI, TAPI TETAP TERHIBUR WALAU DALAM LINANGAN AIR MATA YANG PENUH PENYESALAN...


SEDARLAH BAHAWA HIDUP DI DUNIA INI TIDAK LAMA..SEGALA PERBUATAN DAN PERLAKUAN DARI SEBESAR2 PERKARA SEHINGGA SEKECIL2 ZARAH AKAN DIPERHITUNGKAN OLEH ALLAH DI AKHIRAT KELAK..

APAKAH SUMBANGAN YANG TELAH KITA TABURKAN UNTUK ISLAM? ATAU KITA SENDIRI YANG TIDAR SEDAR MENCEMARKAN NAMA ISLAM ITU SENDIRI..

AYUH SAHABAT BANGKIT DARI TIDUR YANG LENA..SUMBANGKAN TENAGA DAN PEMIKIRAN KE ARAH MENDAULATKAN ISLAM..
INGATLAH SESUNGGUHNYA BUKAN ISLAN YANG MEMERLUKAN KITA
TETAPI KITA YANG MEMERLUKAN ISLAM..

WE UNITE FOR ISLAM..

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...