Friday, May 22

Kuih Raya dan PKP

Sejak dari awal perintah kawalan pergerakan, saya dan isteri sudah merancang untuk duduk di rumah sahaja bagi meraikan hari raya pada tahun ini, maksudnya raya di perantauan sahaja bersama anak-anak,

Bila dah diumumkan PKP dilanjutkan dari fasa 1 ke 2, maka keputusan yang kami rancang makin kukuh, untuk beraya di Lahad Datu Sabah tahun ini,

Banyak perkara yang difikir dan dibincangkan sehingga terhasilnya sebuah keputusan, maklumlah, bukan cuti biasa, cuti sambut hari raya kot, tapi alhamdulillah, mungkin Allah ada rancangan kepada hambanya yang lemah ini,

Untuk saya, sambut raya di perantauan ini boleh dikatakan biasa, walaupun kali terakhir beraya di 'oversea' ini, kali terakhir 11 tahun yang lepas, tapi berbeza untuk isteri (Nur Hazirah N Roslizan) dan anak-anak, ini mungkin pengalaman pertama mereka, apa-apa pun, bersyukur kerana masih bersama keluarga kecilku yang tercinta bersama-sama, Alhamdulillah,

Jadi, selaku orang yang berpengalaman raya di kejauhan, kitalah yang jadi penggerak agar ahli dibawah kita tidak terasa sangat akan perubahan bulan, jadi kita mulakan dengan pelbagai pengisian di bulan ramadan, antaranya bacaan kitab selepas solat terawikh, dan juadah moreh, seronok juga rasanya,

Dan semalam, saya lihat isteri sibuk membuat kuih raya, katanya tahun ini mahu buat empat atau lima jenis, sambil buat dan makan ketika berbuka, dapatlah juga anak-anak terutama kaklong Nurun belajar sikit-sikit cara buat kerja, alhamdulillah, isteri memang memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan dan pentarbiahan anak-anak, moga isteri saya di anugerakah makam tertinggi di sisi Allah dan anak-anak menjadi anak yang solehah,

Jadi, inilah hasil kuih raya pertama buatan isteri saya semalam, hari ini, nampak macam sedang menjala, walau apa pun yang dimasak dan dihasilkan olehnya, saya lah yang jadi peminat PERTAMA segala resepi yang dicubanya.

Sekian.

#gengrayaperantauan
#kitajagakita
#kisahusrati

Sabar dalam ujian

Kesabaran yang teruji,

Seawal pagi selepas subuh, kira-kira jam 6 pagi keluar bergerak ke bandar Lahad Datu, dengan tujuan mendapatkan bekalan susu untuk anak-anak, kerana kedai dan pekan yang berhampiran tiada susu dari jenis yang diminum oleh anak-anak,

Perjalanan lebih kurang 150 kilometer sehala, biasanya mengambil masa 2 jam berdasarkan pemanduan ala-ala pemandu F1 Alex Yoong di litar,

Ketika sampai di 10 kilometer sebelum sampai ke destinasi, jam menunjukkan tepat 7:50 pagi, dan ada sekatan jalanraya dari anggota polis, tentera dan ada juga pegawai trafik yang setia dengan kertas samannya,

Bayangkan, dari 10 kilometer itu, keadaan sesak di jalanraya dan bergerak sekali sekala,

Setelah dua jam mengensot, baru menghabiskan satu kilometer, habis segala ayat hafazan di ulang-ulang, tak cukup dengan itu, di tambah dengan sedikit dengkuran apabila bertukar pemandu dengan isteri (Nur Hazirah N Roslizan) yang tidak sanggup melihat suaminya keletihan,

Memang menguji kesabaran, apabila jarak baki yang hanya 7 kilometer ke bandar, terpaksa kami tempuh dalam masa 5 jam,

Jam tepat menunjukkan pukul 1 petang, kami menempuh sekatan jalan raya.

Apabila tiba di sekatan, pegawai berkenaan bertanya kepada kami, 'mahu ke mana?'

Saya jawab, nak pergi ke Ramai-ramai, beli susu anak, dia tanya semula ' ramai ke?'

Saya jawab, tak tahulah, nanti balik saya bagitau ramai ke tidak di sana 😅

Dengan penuh senyuman yang dilindungi pelindung muka, saya ucapkan selamat bertugas kepada pegawai berkenaan,

Dan di sambut dengan senyuman serta lambaian dari anggota yang bertugas, alhamdulillah,

Memang kalau nak diikutkan, kita letih mengharungi 'jem' selama 5 jam, tapi kita masih di dalam kereta yang berhawa dingin, sedangkan 5 jam tadi, mereka berdiri dan setia  bertugas di posisi,

Moga-moga dengan sapaan dan ucapan saya tadi, dapat menghapuskan dosa kami yang mungkin merungut ketika di dalam kereta sebentar tadi,

Dan moga dengan  berbalas senyuman dan lambaian tadi, dapat menghilangkan penat mereka berdiri sejak pagi tadi,

Moga Allah ganjari mereka, yang bertugas dengan ikhlas hati, di bawah terik mentari, sambil berpuasa dengan ganjaran syurga tertinggi,

Sekalung penghargaan dari saya buat petugas barisan hadapan.

Kita penat, mereka penat, moga Allah angkat kepenatan kita di akhirat nanti dan diganti dengan kesenangan, aamiin.

Sekian,

Rajin pula menaip di kala hujan.

#hebatjasamereka #rayaperantauan #

Tuesday, October 10

KISAH ANAK-ANAK KECIL

Kelas darjah satu ,antara dialog yang menarik hati hari ini,

Ketika sedang membuat pra penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menang pertandingan mewarna poster,

Guru : Semalam kamu sudah sertai pertandingan mewarna kan?

Murid : iya!!

Murid : Bila dapat hadiahnya cikgu? (Dengan penuh semangat)

Guru : InsyaAllah hari isnin, saya akan panggil nama pemenang ketika perhimpunan, saya akan panggil begini, " pemenang pertama, jatuh kepada adik Saidah (bukan nama sebenar)."

Tiba-tiba lari ke depan seorang murid perempuan dan terus bertanya dengan penuh semangat.

Murid : Cikgu , saya memang tiada adik, sayalah adik, betul cikgu, saya tiada adik.

Cikgu : gulp!!!

******************************************

Sesungguhnya anak-anak kecil ini sememangnya jujur 😀

*wajah-wajah suci ini yang menjadi pemangkin semangat*

MOORLIFE...apa dia tu?

💞 Assalamualaikum / Salam sejahtera 💞 
Jutaan terima kasih kepada anda semua kerana berminat dengan produk yang menjadi 1 fenomena di malaysia sekarang, iaitu product " MOORLIFE "😚😚 

Nak tau apa itu product Moorlife ?? 

Jom saya terangkan serba sedikit tentang product Moorlife ni. 

👉 APA ITU MOORLIFE? 💐💐💐💐💐💐💐💐💐 

Moorlife adalah sebuah syarikat yang akan menjadi pesaing produk plastik yang bermutu tinggi dan inovasi, 

moorlife baru beberapa bulan membuka pasaran di malaysia(official launching okt) Produk ni berasal dari surabaya indonesia,

 produk moorlife di proses di Indonesia dan pihak syarikat sangat-sangat menekankan kualiti dan mutu pembuatan, 

jadi tidak hairanlah produk moorlife lebih tebal berbanding jenama yang sedia ada sekarang di negara kita.
Setiap produk moorlife juga mempunyai jaminan waranti seumur hidup serta warna dan 'design' yang ditambah baik.

 👉 SEJARAH MOORLIFE 💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝 Moorlife diilhamkan oleh Pak Hermanto. 
Beliau mempunyai syarikat yang membekalkan bahan mentah(warna&resin) kepada syarikat besar yang sedia ada di pasaran. 

Dengan memperolehi kelebihan beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk sendiri yang setanding kualitinya dari produk yang lain. 

Pak Hermanto juga sangat-sangat menitik beratkan pengguna bahan untuk produk nya.. 

Moorlife memangg produk plastik yang selamat digunakan. 



Wednesday, November 12

BERSEDEKAH ADALAH KEBERKATAN YANG BERPANJANGAN

Pengertian Bersedekah
Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

sedekah11
Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah

Kepada Siapa Kita Bersedekah
Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.
Fadilat Bersedekah
1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang  berharta dan kaya.
2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
3.  Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.
4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan.    Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.
Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah
Hadith : 
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)


Konsep Bersedekah
Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal.
Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya.
Allah juga akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Dalam surah al-Lail, Allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah.
Bahkan Seseorang yang tidak suka bersedekah adalah umpama seseorang yang mempunyai benih tanaman, tetapi tidak pula ia menanamnya. Orang yang tidak suka bersedekah ini tidak akan dapat memungut atau menuai hasil rezekinya itu.
Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan : 
” Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi dan tangan yang di bawah adalah penerima”. 
( Riwayat muslim )
Bersedekah Menghapuskan Dosa dan Penyakit
Orang yang diuji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu. Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah.
Rasulullah SAW telah bersabda : 
”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”. 
Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.
Sabda rasulullah SAW: 
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.
Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
Sedekah itu ada  10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .
Lima Di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga
5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan

Bersedekah Dengan Mengadakan KenduriDari sebuah Hadith mengisahkan : Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri) maka Allah menyuruh datang Malaikat empat puluh hari sebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalu menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari…. Inilah rezeki bersamaku dari syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril : Surat apakah ini? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya –tertulis di dalamnya : “ Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka . Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka. Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu.( dari kitab Raudhul Ulama’).

Keikhlasan bersedekah
Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari). Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Bersedekah Di Bulan RamadhanSabda Rasulullah SAW yang bermaksud,’ Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi) Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.
Bersedekah  Secara Senyap
Setiap sedekah atau derma hendaklah dilakukan dalam keadaan senyap atau dalam erti kata lain, tanpa pengetahuan orang ramai. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berhubung sedekah yang bermaksud: “Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”
Begitu rapatnya hubungan tangan kanan dengan tangan kiri tetapi setiap sedekah yang diberi tangan kanan tidak seharusnya diketahui tangan kiri. Demikianlah, sedekah patut dirahsiakan malah kepada orang yang paling rapat dengan kita tidak usah diberitahu. Demikian konsep sebenar sedekah atau derma menurut Islam.
Sumber Rujukan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Yayasan  Dakwah Islam malaysia

Mulakan simpanan emas anda dengan simpanan serendah 1gram,
beli emas, dapat emas 
hubungi saya di :

Sunday, October 19

Antara Tanda-tanda Iman Menjadi Lemah


Assalamualaikum..

Disini saya hendak kongsikan sedikit info iman menjadi lemah untuk diri sendiri dan pengunjung blog sebagai renungan. Semoga mendapat manfaat bersama-sama.
  1. Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah.
  2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh.
  3. Tiada rasa khusyu' di dalam solat.
  4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir.
  5. Tidak bersabar apabila menerima ujian.
  6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja.
  7. Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca.
  8. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya.
  9. Tidak berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  10. Tidak merasakan apa-apa pun bila mendengar bacaan ayat suci Al-Quran.
  11. Menyuruh orang buat baik tetapi diri sendiri tidak mempraktikkannya.
  12. Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain.
  13. Hanya peduli haram dan haram sahaja, makruh dia tidak ambil kisah.
  14. Mentertawakan orang yang melakukan kebaikan kecil misal kata membersihkan masjid.
  15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam.
  16. Tiada berasa tanggungjawap untuk ikut kemajuan agama Islam.
  17. Menyukai berdebat walaupun tiada bukti.
  18. Menjadi lalai dan obses kepada diri sendiri

3 ekor pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...