Posts

Showing posts from May 22, 2020

Kuih Raya dan PKP

Sejak dari awal perintah kawalan pergerakan, saya dan isteri sudah merancang untuk duduk di rumah sahaja bagi meraikan hari raya pada tahun ini, maksudnya raya di perantauan sahaja bersama anak-anak, Bila dah diumumkan PKP dilanjutkan dari fasa 1 ke 2, maka keputusan yang kami rancang makin kukuh, untuk beraya di Lahad Datu Sabah tahun ini, Banyak perkara yang difikir dan dibincangkan sehingga terhasilnya sebuah keputusan, maklumlah, bukan cuti biasa, cuti sambut hari raya kot, tapi alhamdulillah, mungkin Allah ada rancangan kepada hambanya yang lemah ini, Untuk saya, sambut raya di perantauan ini boleh dikatakan biasa, walaupun kali terakhir beraya di 'oversea' ini, kali terakhir 11 tahun yang lepas, tapi berbeza untuk isteri (Nur Hazirah N Roslizan) dan anak-anak, ini mungkin pengalaman pertama mereka, apa-apa pun, bersyukur kerana masih bersama keluarga kecilku yang tercinta bersama-sama, Alhamdulillah, Jadi, selaku orang yang berpengalaman raya di kejauhan, kitalah

Sabar dalam ujian

Image
Kesabaran yang teruji, Seawal pagi selepas subuh, kira-kira jam 6 pagi keluar bergerak ke bandar Lahad Datu, dengan tujuan mendapatkan bekalan susu untuk anak-anak, kerana kedai dan pekan yang berhampiran tiada susu dari jenis yang diminum oleh anak-anak, Perjalanan lebih kurang 150 kilometer sehala, biasanya mengambil masa 2 jam berdasarkan pemanduan ala-ala pemandu F1 Alex Yoong di litar, Ketika sampai di 10 kilometer sebelum sampai ke destinasi, jam menunjukkan tepat 7:50 pagi, dan ada sekatan jalanraya dari anggota polis, tentera dan ada juga pegawai trafik yang setia dengan kertas samannya, Bayangkan, dari 10 kilometer itu, keadaan sesak di jalanraya dan bergerak sekali sekala, Setelah dua jam mengensot, baru menghabiskan satu kilometer, habis segala ayat hafazan di ulang-ulang, tak cukup dengan itu, di tambah dengan sedikit dengkuran apabila bertukar pemandu dengan isteri (Nur Hazirah N Roslizan) yang tidak sanggup melihat suaminya keletihan, Memang menguji kesabaran