Posts

Showing posts from August 1, 2010

coretan yang sedikit

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat ALLAH yang masih memberi nikmat terbesar kepada kita,memberikan ruang masa dan peluang untuk mengabdikan diri kepadanya. Selawat dan salam buat junjungan Nabi tercinta,para sahabat,keluarga dan penjunjung perjuangan Baginda yang mulia. Alhamdulillah masih mampu menaip dalam ruang lingkup kesihatan yang agak kurang memberangsangkan,berdepan pula dengan berbagai situasi-situasi yang agak menguji diri,ditambah pula dengan kekangan yang pelbagai. Walau apapun kesyukuran tetap dipanjatkan kerana semua yang berlaku adalah pentarbiyahan dari tuhan buat hambaNya yang agak pelupa memahami akan erti syukur. Sahabat yang dikasihi sekalian, dalam kehidupan kita sehari-harian kita tidak dapat lari dari nikmat-nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada kita,bermula dari celiknya mata dari tidur,kita mula bernafas menggunakan udara ciptanNYA.tidak dinafikan kita mengucapkan syukur atas pemberiaanNYA,tapi memadaikah dengan hanya sekadar ungkapan syukur yang bermain d