Posts

Showing posts from July 19, 2010

mereka terdahulu.....saya????

Image
memartabatkan ekonomi islam.. Alhamdulillah ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat meluangkan masa menulis entry diruangan ini.... Alhamdulillah semalam dapat menghadiri satu program di asrama rumah wilayah persekutuan dibawah kelolaan komuniti HPA kaherah...satu benda yang baru menjadi terjahan kepada diriku ini... dalam kehidupan seharian kita hendaklah mempamerkan keizzahan sebagai individu muslim,dan meneruskan nya kepada keluarga muslim dan seterusnya negara muslim...tidak dilupakan kita juga perlu mempergiatkan usaha kearah ekonomi muslim.... jadi kat bawah ni gambar-gambar ajk program Komuniti HPA.....huhu.... diorang lagi awal mengesan benda baik ini dari saya...jeles betul ngan diorang ni.... DR.Fitry - ~uncle ko~ DR.Raja Imran - blog beliau DR.Safwan - blog beliau DR.Ariff - blog beliau DR.Zikrul - blog beliau kesemua mereka ini adalah ~team Medik~ dibawah Lajnah Kebajikan BKAWM....mereka2 ini sangat banyak membantu dari segi tenaga ,idea dan mcm2 lagi..

masa

Image
Semua yang dikasihi kerana Allah, Didoakan moga sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan. Juga menjadi sebaik-baik insan yang membawa kebaikan orang lain. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran".(Al-Asr: 1-3) Berpandukan ayat berkenaan, setiap mukmin semestinya mengisi seluruh masa hidup dengan amalan kebaikan. Juga perlu memberi perhatian serius dalam menghargai masa. Tidak membiarkan masa berlalu dengan sia-sia. Mahupun menghabiskan masa dengan amal perbuatan yang dilarang dan dimurkai Allah SWT. Juga ingatlah! Rasulullah SAW bersabda; "Rebutlah(pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain; Masa hidup sebelum datang kematian, Masa sihat sebelum datang penyakit, Masa lapang sebelum dipenuhi kesibukan, Masa muda yang kuat sebelum tua, dan Masa kaya sebelum fakir&