Posts

Showing posts from October 17, 2010

PULANGNYA SEORANG PERMATA BKAWM

Image
KAHERAH, 16 OKT.- Jasa mu sentiasa akan dikenang. Itulah ungkapan yang terbaik kepada Saudara Khairul Aswad yang merupakan seorang aktivis Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang sentiasa membantu BKAWM dalam apa jua keadaan sekali pun. Kepulangannya sungguh dirasai oleh semua ahli BKAWM. Kepulangannya ke Malaysia bagaikan sebutir mutiara yang tiada gantinya. Saudara Aswad yang memulakan kerjayanya di BKAWM sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKAWM memegang portfolio Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan sesi 2008/2009. Beliau merupakan graduan Maahad Al-Azhar Syoubra telah menamatkan pembelajarannya tahun lepas sebelum menyambung pengajian ke Syria untuk mengambil Kuliah Bahasa Arab di sana. Walaupun beliau sudah menamatkan pengajian tetapi komitmen beliau dengan persatuan tetap berterusan sehingga sebelum beliau pulang ke Malaysia semalam. Turut hadir untuk menghantarnya ialah mantan-mantan AJKT BKAWM, Saudara Roslizan, Saudara Khairul Afandi,S

bersabar kerana Allah

Sabar, adalah kalimat yang mudah diucapkan. Namun berapa ramai antara kita yang bersabar dalam apa jua suasana dan ketika. Adakah sabar itu ada batasnya?, Sabar yang bagaimana sehingga ia diiktiraf sebagai sebahagian dari iman? Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah s.w.t.? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Surah Ali Imran ayat 146) Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan. Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi keh