Posts

Showing posts from July 25, 2010

masa berbaki untuk berbakti| |Hormati dan Kasihilah Ibu Bapa Kamu | |

Image
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi...bersyukur sangat-sangat seawal pagi ini dapat menghubungi ibu saya yang berada di Malaysia...sungguh tak tertahan sebak didada mendengar suara ibu yang ku rindui..memang sudah menjadi kebiasaan,jika di Malaysia saya akan menjadi pendengar setia apabila berbual dengan emak saya,perkara ini masih diteruskan walaupun jarak memisahkan kami beribu batu..saya masih meluangkan masa untuk berbual dan mendengar luahan dan cerita emak saya..huhu... apabila difikirkan kembali , dan saya melemparkan pandangan di zaman ini..ramai muda-mudi yang bergelar anak dan mempunyai ibu serta bapa.apabila membuka halaman-halaman akhbar,ada terbaca berkaitan muda-mudi yang bermasalah..ada yang menderhaka kepada kedua ibu bapa...memang mereka tidak dipersalahkan seratus peratus,memang diakui adanya punca-punca lain yang menjadi sebab.Dan tak dapat dinafikan terjadinya perkara begini disebabkan institusi kekeluargaan itu sendiri.Jadi,dikesempatan ini,marilah kita sam

.::sekadar renungan::.

“YANG HALAL ITU JELAS, YANG HARAM ITU JELAS, DAN ANTARA KEDUA-DUANYA ADALAH DIRAGUI (SYUBHAH), YANG TIDAK RAMAI MANUSIA TAHU TENTANGNYA. SESIAPA YANG MENGELAKKAN DIRI DARIPADA YANG SYUBHAH, MAKA DIA TELAH MEMELIHARA AGAMANYA DAN MARUAHNYA. DAN SESIAPA YANG TERJEBAK DENGAN YANG SYUBHAH, MAKA IA JUGA TERJEBAK DENGAN YANG HARAM.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Darimi) "SESUNGGUHNYA ALLAH ITU BAIK, DIA TIDAK MENERIMA SESUATU PUN MELAINKAN YANG BAIK SAHAJA" RIWAYAT MUSLIM “BAGINDA S.A.W MENYEBUT PERIHAL SEORANG LELAKI YANG BERMUSAFIR JAUH, YANG BERAMBUT KUSUT MASAI DAN BERDEBU, IA MENADAH TANGAN KE LANGIT (IAITU BERDOA): WAHAI TUHANKU! WAHAI TUHANKU! BAGAIMANAKAH DOANYA AKAN DIMAKBULKAN SEDANGKAN MAKANANNYA HARAM, MINUMANNYA HARAM, PAKAIANNYA HARAM DAN DIA DIBERI MAKAN DENGAN MAKANAN YANG HARAM?” RIWAYAT MUSLIM "Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada yang haram. " (Hadis riwayat Ahmad)

Ayah kau pesan..

Image
Semalam aku jumpa ayah kau Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia??? Dia nampak macam risau je… Aku tanya kenapa nampak macam risau je?? Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”.. Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau Dia ada tingalkan pesan.. AYAH KAU PESAN.. Jangan kau lupa pada Tuhan Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau. AYAH KAU PESAN.. Bila berkawan jangan berperang Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang. AYAH KAU PESAN.. Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang Supaya kau boleh nampak jalan pulang. AYAH KAU PESAN.. Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!! AYAH KAU PESAN.. Jangan lupa segala pesan Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal Melainkan doa dari seorang anak...