Posts

Showing posts from December 4, 2010

Alhamdulillah :)

Image
Alhamdulillah...setelah hampir 3 bulan menunggu keputusn peperiksaan yang tak kunjung tiba...akhirnya penantianku berakhhir dengan sedikit lega apabila keputusan peperiksaan yang ku nanti-nantikan telah ditampak kat kuliahh hari ini...Alhamdulillah yang tidak terhingga ku panjatkan kepada ALLAH atas kejayaan ini... Alhamdulillah,kini berkira-kira mengenai tarikh untuk pulang ke tanah air....nantikan :)

sibuk @ penyibuk???

Ketika anda sedang sibuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar beberapa hari lagi, tiba-tiba kawan sebilik mengajak anda keluar minum. Anda pun menjawab ringkas "Maaf, saya sibuk, tak ada masa". Atau mungkin anda sedang membersihkan kereta yang anda sayangi, tiba-tiba anak anda datang dan meminta anda bacakan buku cerita yang isteri anda belikan beberapa hari lepas atau mungkin beberapa bulan lepas. Andapun menjawab sambil lewa "Ayah tengah sibuk ni, tak ada masa". Mungkin juga anda sedang menonton TV lalu adik anda datang memohon bantuan untuk baiki sedikit kerosakan pada basikalnya lalu anda menjawab tanpa memandang wajah adik anda "Abang tak ada masalah sekarang". Katakan dalam semua keadaan itu, tiba-tiba anda menerima panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan bahawa ayah anda kemalangan dan sekarang di wad kecemasan. Adakah anda akan jawab dengan selamba "Maaf encik, saya tengah sibuk ni, tak ada masa". Hari ini kesibuk

hijrah dari sekarang...

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara. Perjalanan kehidupan tidak terhenti di sini walaupun roh kita sudah berpisah daripada jasad kita nanti. Akhirat adalah hentian terakhir sebelum menuju Syurga atau Neraka. Allah swt jadikan dunia ini untuk kita beramal kepadaNya. Bekalan amalan kita di dunia ini akan dihitung dan ditimbang di hari akhirat nanti. Keputusan hari pengadilan itu akan menentukan destinasi terakhir kita – syurga atau neraka! Tak mungkin di peringkat ini, kita dapat mengetahui dan menilai bekalan kita itu mencukupi ataupun tidak untuk melayakkan kita masuk ke syurga ! Kita setakat berusaha ! Hanya Allah swt akan menentukan samada amalan kita ini diterima atau tidak. Kita berserah dan memohon keredhaan dan belas kasihanNya. Semoga juga syafaat Nabi Muhammad s.a.w. akan menyinari kita di hari tersebut. Apapun, sewajarnya kesempatan dan ruang yang masih ada ini digunakan sebaik mungkin untuk merperbanyakkan lagi bekalan amalan kita! Untuk melakukannya, kit