Posts

Showing posts from December 30, 2012

Jika hari ini, andai hari esok

Image
Hari ini kita sakit hati dengan leteran ibu.. Hari ini kita sakit hati dengan permintaan ibu yang bermacam-macam.. Hari ini kita sakit hati dengan ibu yang selalu mengongkong kebebasan kita.. Tetapi..hari esok bila ibu sudah tiada,kita bukan lagi sakit hati..kita akan HANCUR HATI kerana tidak sempat berbakti kepadanya.. Tahukah anda..orang yang ketiadaan ibu sanggup membayar seberapa harga pun dan sanggup buat apa saja jika diberi peluang untuk bertemu kembali ibu mereka walaupun sesaat.. Jadi anda yang masih mempunyai ibubapa ,hargailah dan berbaktilah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada..♥ ~Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu ~ ****** Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak berma

Kisah pekerja buruh dan duit syiling

Image
Sentiasalah kita mendongak ke langit tanda syukur atas pemberian-NYA. Ting..... Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Ting.... Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu di