Posts

Showing posts from April 28, 2010

Renungkan

Image
(sekadar hiasan) Seorang hamba pergi bersiar2 di tepi hutan.Sedang dia asyik menghirup udara segar,tiba2 terdengar bunyi: AUMMMMM!!!!! rupa rupanya datang dari seekor harimau yang sedang menunggu mangsa. Alangkah terkejutnya hamba Allah itu lalu meninggalkan tempat itu untuk menyelamat kan diri. Oleh kerana harimau itu terlalu lapar maka harimau itu terus mengejar hamba Allah tadi yang sedang berlari sekuat kuat tenaga dalam hutan itu. Hamba Allah itu sempat berdoa Agar terselamat dari cengkaman harimau yang sedang mengejarnya.. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi. lalu hamba Allah itu mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri di dalam perigi itu secara kebetulan terdapat seutas tali yang diikat pada sebuah baldi maka bergayut la hamba Allah itu pada tali tersebut untuk mengelak dari dibaham oleh harimau tadi.. Malangnya tali itu pendek sahaja dan hamba Allah itu tergantung ditengah2 perigi.Dia mendongak keatas dan dilihat harimau tadi sedang menunggu di atas. kalau dia c

BINGKISAN BUAT SAHABAT UKHWAHKU YANG DIKASIHI ALLAH

Image
Bismillahhir Rahmanir Rahim… Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah.. Semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah RasulNya dan dapat mengubati segala penyakit-penyakit hati. Sheikh Said Ramadhan Al Buty (Ulama' Syria) pernah menyebut dalam bukunya bertajuk “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah.. Sahabatku Yang Disayangi.. Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam, dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan hanya segelintir manusia sahajayang mengetahui. Semoga Allah memilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah memilih kita.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam..! Sahabatku Yang Budiman.. Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam,

Lebih bersemangat

Image
hari ini saya memulakan hari seperti biasa, cumenya pada hari ini 'studygroup' dibuat seawal pagi...jadi seperti biasa mempersiapkan diri untuk mengulangaji ilmu Allah bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai negeri. Studygroup pun berlalu macam biasa,cuma pada pagi ini ada juadah mee goreng yang dihidangkan oleh seorang sahabat untuk kami semua..Alhamdulillah.... Selepas dari studygroup,dengan berbekalkan semangat waja dan jitu,aya bergerak ke satu tempat yang agak jauh untuk menghadiri mesyuarat bagi jabatan bendahari,,, Apa yang menariknya,dalam mesyuarat ini ada seorang ustazah bersuara didalam mesyuarat itu..camni la lebih kurang kata-katanya.... ""kita kena selesaikan segera,kalau tak selesaikan,takut sampai generasi anak-anak kita belajar disini dan selesaikan benda ni""" camtula bunyinya,tergelak gak bunyi nya... tapi bila fikir2 kan balik,ustazah ni seorang yang berpandangan jauh...bayangkanlah,sekarang umur kita 24tahun....kalau kahwin s

AmiK SebAgAi PanDuAn..!!

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait - bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang... 1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. 2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. 3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai s

Hudud

Muqaddimah. Menerusi entri kali ini, saya hanya membicarakan mengenai hudud secara umum dan ringkas berserta olahan yang mudah difahami, insya Allah. Dengan erti kata lain, entri ini hanya sekadar pengenalan mengenai hukuman hudud. Definisi. Hudud dari sudut bahasa Arab: Merupakan plural (jama') kepada kalimah had yang bermaksud "penghalang". Dari sudut syara', ia digunapakai untuk hukuman-hukuman yang dikenakan terhadap perbuatan-perbuatan maksiat tertentu. Oleh itu, para ulama' mendefinisikan hudud sebagai: Hukuman yang ditentukan syara' terhadap kesalahan-kesalahan melanggar hak Allah Ta'ala serta disandarkan kepada sebab-sebabnya.[1] Hukuman ini dinamakan hudud kerana ia boleh menghalang manusia daripada berterusan melakukan jenayah tersebut. Perbuatan maksiat yang dikenakan hudud. Perbuatan maksiat yang dikenakan hudud adalah tujuh: 1) Murtad. Apabila seseorang Muslim murtad daripada Islam dengan ucapan atau perbuatan, maka dia akan diberi tempoh tiga

Perwatakan Mengikut hari lahir.

1. Hari Isnin Tidak kedekut, ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan duit, pembela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara. 2. Hari Selasa Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah marah, tidak sabar dan selalu inginkan kemenangan. 3. Hari Rabu Pendiam namun kalau sudah berkata tidak percaya, tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan murah rezeki. 4. Hari Kamis Pendirian tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah terpengaruh oleh rayuan halus dan tidak sabar. 5. Hari Jumat Disukai ramai orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan 6. Hari Sabtu Rajin bekerja, rajin dan pandai mencari rezeki, ditakuti ramai orang, pandai membawa diri dan menyelesaikan apa yang menjadi tanggung jawabnya dengan baik. 7. Hari Minggu Pandai bergaul, disukai e\ramai orang, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapiya dengan baik.