Posts

Showing posts from January 25, 2009

Islam Dakwah Yang Syumul

KESYUMULAN ‘IBADAT Di DALAM ISLAM Seperti dalam ‘aqidah, maka di dalam ibadat pun tergambar dengan jelas kesejagatan itu. Ibadat Islam merangkumi seluruh kejadian manusia. Seorang muslim beribadat kepada Allah bukan dengan lisannya saja, atau badannya saja, atau hatinya tanpa lainnya, atau fikirannya semata-mata, atau pancainderanya sendirian, tetapi ia beribadat kepada Allah dengan keseluruhannya, iaitu dengan lisan yang berzikir, berdoa’ dan membaca, dengan badan yang sembahyang, puasa dan berjihad, dengan hati yang takut, mengharap, cinta dan tawakkal, dengan seluruh pancaindera yang digunakan menta’ati Allah Subhana wa Ta’ala.Di dalam ibadat sembahyang jelas tergambar ibadat lisan dengan membaca, takbir, tasbih dan do’a. Ibadat badan dengan berdiri, duduk, ruku’ dan sujud. Ibadat akal dengan berfikir dan merenungkan makna-makna Al-Quran dan rahsia-rahsia sembahyang. Ibadat hati dengan khusyu’ mencintai Allah dan merasakan bahwa Allah sentiasa memperhatikan dan mengamati hamba-Nya.

pe agaknye ek...xde isu ni....

Image
ni gambar bila banyak sangat mengadap pc...huhuhuhuhu