Posts

Showing posts from August, 2020

KHABAR GEMBIRA BUAT KITA PENDOSA

Assalamualaikum, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi ruang untuk menulis catatan disini,  InsyaAllah hari ini kita nak berkongsi tentang rahmat Allah, ada sebuah cerita daripada Nabi s.a.w, Sebelum saya tulis disini, anda boleh memilih, samada untuk meneruskan pembacaan atau menonton video, kerana kisah ini telah saya ceritakan dalam siri bual santai tapi berisi, satu hari satu isi di channel youtube saya,  dan ini linknya : https://www.youtube.com/watch?v=I46L0h0Gt_g   Baik, bagi yang mahu meneruskan pembacaan, kita teruskan,   Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh manusia sebanyak 99 orang. pada suatu hari, dia ingin bertaubat lalu mencari-cari orang yang berilmu di negeri itu yang dapat memberikan bimbingan.  Dia telah dibawa kepada seorang pendeta, lantas dia menceritakan kejahatannya yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanya kepada pendeta tersebut, "Adakah taubatku masih diter

Rukun Iman | Hafal Dengan Nyanyian

Assalamualaikum, bersyukur kita kepada Allah. InsyaAllah, kali ini kita ingin mengulangkaji berkaitan rukun iman, untuk anak-anak mudah menghafal, kita nyanyi bersama-sama. RUKUN IMAN 6 PERKARA : 1. Beriman kepada Allah 2. Beriman kepada Malaikat 3. Beriman kepada Kitab 4. Beriman kepada Rasul 5. Beriman kepada Hari Kiamat 6. Beriman kepada Qada' dan Qadar untuk memudahkan lagi, kita ajak anak-anak menghafal dalam nyanyian Menyanyi Rukun Iman Moga cepat dan pantas anak menghafalnya, ini ada di sediakan linknya : https://youtu.be/IGO6ryV9Gvg Moga bermanfaat.