Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.Terlihat pula akan kecantikan wanita, berusahalah mereka untuk mendapatkan,tanpa mengetahui kebenaran tindakan dan perilaku mereka.
Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.
1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah
2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan
3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal
4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.
5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran
6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.
7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.
Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...
88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888 .............................................................................................................................................................................. bukan semua orang yang berjaya menggembirakan orang lain itu mempunyai hati yang tenang....
bukan juga bermaksud mereka yang tegas n seriua ketika melakukan kerja itu tidak mempunyai hati yang tenang.....
renungkanlah......
"betulkanlah yang biasa dan biasakanlah yang betul"
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.
Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :
“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai. Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).
Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).
Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :
“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”
Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).
Manifestasi Cinta kerana Allah
Disunahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya. Abu Dawud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”
Disunahkan mendoakan saudara yang dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (HR. Muslim).
Disunahkan meminta doa dari saudaranya. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda : “Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”
Disunahkan mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.”
Senantiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda : “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.”
Disunahkan menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.”
Disunahkan seorang muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.” (HR. Muslim).
Disunahkan seorang muslim memberikan hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda : “Kamu harus saling memberi hadiah, maka kamu akan saling mencintai.” (HR. Bukhari)
Disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat Bukhari, ia berkata : “Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan membalasnya.” Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.”
Harus berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.”
Disunahkan membela saudaranya untuk mendapatkan kemanfaatan dari suatu kebaikan atau untuk memberikan kemudahan dari suatu kesulitan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika didatangi peminta-minta (pengemis), maka baginda suka berkata : “Belalah dia, maka kamu akan diberikan pahala. Dan Allah akan memutuskan dengan lisan nabiNya tentang perkara yang ia kehendaki.” (HR. Bukhari)
Wajib memberi kemaafan terhadap saudaranya. Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi ia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.”
Wajib menjaga rahsia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah”.
Wajib memberi nasihat. Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah ra., ia berkata; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?” Rasul SAW bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya.”
Khatimah
Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka.” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah yang bermaksud :
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Yunus : 62)
Marilah sama-sama kita hayati do'a dan munajat kepada Allah di akhir Ramadhan ini. Untuk saya dan semua sahabat-sahahabat di blog. Do'a dan munajat ini adalah untuk kita semua. Semoga persahabatan yang terjalin di antara kita sentiasa diredhai Allah s.w.t. walaupun pertemuan, perjumpaan dan perkenalan kita di alam maya tetapi amat bernilai disisi Allah s.w.t
"Ya Allah ya Tuhan kami. Ampunkan semua dosa-dosa kami yang telah kami lakukan secara sengaja atau tidak secara sengaja. Yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Kami adalah hamba-hamba-Mu yang lemah dan dhaif yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa, sentiasa melangar peraturan dan suruhan -Mu, yang selalu leka dan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan terhadap-Mu. Jika kami bersalah ampunkanlah kami , maafkanlah kami sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.
Ya Allah, dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini rahmat dan pengampunan-Mu amat luas sekali kepada hamba-hamab-Mu yang berpuasa. Ya Allah terimalah ibadah puasa kami. Berikanlah kami rahmat-Mu, pengampunan-Mu dan bebaskanlah kami daripada siksaan api Neraka.
Ya Allah pilihlah kami semua untuk memasuki Syurga-Mu melalui pintu Ar-Rayyan khusus untuk orang-orang berpuasa.Pintu Ar-Rayyan hanya Kau peruntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. Sesungguhnya bila Kau telah pilih kami memasuki Syurga sebenarnya kami telah berjaya. Tunaikan hajat dan permohonan kami ini ya Allah.
Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan kami tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia dan berjaya di hari akhirat, maka tetaplah kami di dalam keadaan itu. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan kami di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan-Mu.
Ya Allah ya Tuhan kami, Kau berilah sihat sejahtera kepada kami , jauhkan kami daripada mala petaka bencana dan penyakit. Jauhkan kami daripada siksa kubur, siksa Neraka, fitnah hidup ada mati, pilihlah kami dapat menyebut kalimah syahadah di akhir hayat kami dan mendapat husnul khatimah, jadikanlah lubang-lubang kubur kami adalah daripada taman-taman Syurga.
Ya Allah, Kau redhailah segala ilmu yang bermanfaat yang kami perolehi disini, Kau berilah Taufik dan Hidayah-Mu, Kau berilah kepada kami kefahaman yang mendalam tentang Islam, Kau berikanlah kekuatan pada kami untuk mengamalkannya dan kemampuan pula untuk menyampaikannya pada orang lain.
Ya Allah Kau jadikanlah kami sahabat-sahabat yang mulia di dunia walaupun kami bertemu di alam maya dan jadikanlah kami sahabat-sahabat di hari akhirat, kami mohon ketika itu kami semua dapat berteduh dibawah naungan-Mu. Ketika itu tidak ada naungan yang lain melainkan naungan daripada-Mu.
Ya Allah, Kau satukanlah hati-hati kami dengan ikatan persaudaraan Islam, Kau pertemukanlah kami di dunia dan pertemukanlah kami di hari akhirat bersama hamba-hamba-Mu yang Kau redhai.
Jadikanlah hati –hati kami bertemu dan berpisah semata-mata untuk mencari keredhaan-Mu. Jadikanlah kami batu-bata untuk membina bangunan Islam, pilihlah kami untuk menjadi para dai’e-Mu untuk melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar.
Ya Allah bersihkan aqidah kami daripada syirik kepada-Mu, sucikan hati-hati kami daripada sifat hasad dengki, riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati dan sifat-sifat keji yang Kau benci , dan tanamkan di dalam hati-hati kami sifat iman, taqwa, sabar, syukur, lemah lembut dan jadikan hati-hati kami memiliki sifat mahmudah.
Ya Allah, hati kami merasa pilu dan sedih kerana Ramadhan yang penuh keberkataan akan meninggalkan kami. Sedangkan kami belum puas menikmati ganjaran besar yang Kau sediakan. Kami masih kurang membaca al-Qur'an, kurang bersedekah, kurang qiyamulail, kurang berzikir dan kurang berdo'a kehadrat-Mu. Ya Allah kami mengharapkan di akhir Ramadhan ini terimalah ibadah puasa kami, berilah pengampunan terhadap semua dosa-dosa kami samaada yang kecil atau yang besar. Bebaskanlah kami daripada siksaan api Neraka.
Ya Allah berikanlah kekuatan kami menghadapi cabaran dan dugaan untuk sebelas bulan yang akan datang.Kurniakan kami nilai taqwa dan jadikanlah taqwa itu pakaian kami dan sebagai benting untuk kami hadapi dugaan dan cabaran dalam hidup. Ya Allah berilah kekuatan kami untuk menundukkan nafsu kami supaya ianya tunduk dibawah telunjuk iman dan lindunglah kami dari godaan dan hasutan syaitan yang menyesatkan.
Ya Allah izinkanlah kami bertemu Ramadhan yang akan datang dan jadikanlah hati-hati kami sentiasa mengingati-Mu samaada ketika kami berseorangan atau dengan orang lain. Jadikan kami sentiasa berbaik sangka dengan Qadha' dan Qadar-Mu dan sentiasa redha dengan takdir yang telah Kau tetapkan.
Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada siksaan api Neraka."
Alhamdulillah,syukurku panjatkan kepada Tuhan yang masih memberiku nikmat iman dan islam,selawat dan salam buat Junjungan Nabi SAW ,sahabat serta keluarga Baginda SAW..
Tahun 2010 ini banyak banyak perkara yang telah berlaku.Antara yang menarik pada tahun ini ialah ‘PIALA DUNIA’.Memang tidak dinafikan bahang dan kehangatan pesta piala dunia ini dirasai oleh semua peringkat,tanpa mengenal usia.
Siapa yang tidak mengetahui perkembangan piala dunia akan kelihatan agak pelik,ini menunjukkan sukan bola sepak masih lagi mendapat perhatian seluruh dunia.
Bola sepak tidak perlu diperkenalkan lagi,dalam satu perlawanan bola sepak memerlukan kesebelasan utama yang merupakan pemain-pemain terbaik dari setiap pasukan,juga melibatkan pemain-pemain simpanan,penyokong juga tidak boleh dipisahkan kerana tanpa penyokong dimanakah kemeriahannya.Dalam satu perlawanan memerlukan pengadil untuk mengadili perlawanan secara adil.
Jika kita lihat peranan setiap yang disebutkan sebentar tadi secara terperinci …
Stadium-merupakan medan bagi perlawanan bola sepak,tiada kehangatan sekiranya sekadar bermain diatas jalanraya.Stadium adalah tempat yang dianggap penting dalam perlawanan bola sepak.
Penonton atau penyokong-memeriahkan perlawanan sekiranya jumlahnya memenuhi setiap pelusuk stadium.peranannya hanyalah member sokongan moral kepada pemain-pemain,kelompok ini akan memuji-memuji setiap pemain yang bermain dengan cemerlang dan sanggup membelanjakan wang bagi membeli barangan-barangan pasukan kesukaan mereka,tapi,sekiranya pasukan mereka mengalami kekalahan,maka bertimbun-timbunlah sumpahan keatas pemain mahupun jurulatih..maka timbullah ayat-ayat seperti ‘kalau tak tau main bola janganlah nak tunjuk pandxai main’huh…
Kelompok ini hanya memberisokongan mahupun sorakan,tanpa mampu berbuat apa-apa keatas keputusan perlawanan samada menang atau kalah tanpa mengira jumlah kehadiran mereka,biarpun sedikit atau banyak kuantiti mereka,kemampuan mereka adalah sekadar menjerit diluar kawasan padang. Walaupun kehadiran mereka dianggap penting tapi mereka sekadar penyokong sahaja.
Pengadil-mereka menjalankan peranan sebagai pemerhatidan menjadi rujukan kedua-dua belah pasukan dalam mengadili satu-satu perlawanan.
Seseorang pengadil itu ,walaupun menyebelahi mana-mana pasukan,dia juga tidak mampu menjaringkan gol bagi membolehkan sesebuah pasukan itu menang.
Pemain-pemain-mereka ini adalah kekuatan utama dan merupakanpejuang-pejuang sebenar bagi sesebuah pasukan.kesebelasan utama ini merupakan pilihan terbaik dari jurulatih untuk mereka memasuki medan pertempuran.pada merekalah terletaknya nasib pasukan mereka.Menang atau kalah tergalas pada bahu mereka.Biarpun ‘hadaf’ mereka sekadar mencari ruang serta menjaringkan gol kemenangan,maka setiap apa yang berlaku merupakan tanggungjawab mereka,merekalah yang akan berjuang ,mempamerkan aksi-aksi bola sebenar,merekalah yang merasa kesakitan sekiranya dikasari,merekalah yang akan merasakan kesusahan,bergelut-gelut untuk mendapatkan bola,mereka diasak lawan,bahkan kadangkala mereka dimarahi oleh rakan-rakan.luka,lebam,bengkak sudah menjadi kebiasaan.cedera ringan mahupun berat,kadang-kadang patah-patah anggota,ada juga yang anggotanya terus menghilang.tapi mereka tetap dengan tujuan untuk mencari kemenangan.Mereka akan dipuji sekiranya pasukan mereka menang,dijulang dan diberi penghargaan.Ada juga penyokong beralih arah apabila pasukan tersebut menang.
Tapi,sekiranya mereka kalah,maka pada mereka inilah terletaknya semua kesalahan,caci maki,sumpahan mahupun balingan objek dari penyokong semuanya kepada mereka,walaupun mereka telah bersungguh-sungguh,luka-luka dan kesakitan tidaklah diambil kira,disebabkan kekalahan maka semua ini menjadi makanan.Tapi,kalau menang,maka ramailah penyokong menjulang-julang dan seolah-olah penyokong lah penyebab kemenangan.
Begitulah bolasepak…………….agak kasihan membaca akhbar pemain-pemain korea kena denda kerja lombong disebabkan kekalahan memalukan……kasihan bukan……ke tak kasihan?????huhu
Begitulah….
Terkenang akan kata-kata ‘naqib’ usrahku….pejuang-pejuang agama yang berjuang dalam aliran dakwah ini seperti konsep bola sepak…..
Lalu ku fikir-fikir akan kalam beliau…memang benar……tepat sekali…..
Jika kita lihat pada diri kita sendiri,tergalas amanah dakwah ke atas kita untuk disampaikan.jadi,dimanakah posisi kita sebagai penggerak dakwah….
Adakah kita sebagai penyokong….yang mana peranannya sama seperti penyokong bolasepak…menyokong apabila Nampak bibit kemenangan???
Dan mengatakan kita lah punca kemenangan,setelah menyokong,adakah sokongan kita itu punca sebenar kejayaan itu??
Atau kita akan mencerca dan mencaci orang yang melakukan kerja-kerja islam yang mulia ini setelah kita lihat ianya tidak mendatangkan hasil??sedangkan kita hanya penyokong yang menantikan kemenangan tanpa membuat kerja……fikirkan…..
Ataupun kita sememangnya orang yang memainkan peranan penting dalam kerja-kerja ini,kitalah orang yang turun padang dalam menjayakan misi mendapatkan ‘daulah islamiyah’diatas bahu kita lah tergalas amanah dakwah ini,diatas kita tanggungjawab ini..kita lah pejuang yang bermain dalam medan ini….
Kitalah matarantaian dan kesinambungan dakwah Nabi SAW…kitalah yang akan merasa kesakitan ini,kitalah yang akan dicerca kawan sendiri,kita lah yang akan dipulau,kitalah yang akan kelihatan asing oleh sebahagian orang…..kitalah yang cuba secara serius bergabung dengan jemaah dikala orang islam sendiri tak faham akan jemaah.kitalah yang terluka,kitalah yang akan merasa susah payah,disisih rakan-rakan,ditarik pinjaman,diberi ugutan..
Bila kemenangan itu semakin pasti,kita semakin kuat iltizam dan usaha,bersyukur kerana dapat melakukan kerja-kerja Nabi-Nabi yang Mulia,sedangkan jika kemenangan itu masih tidak Nampak,kita akan diperlekehkan oleh manusia-manusia yang bergelar penyokong…..bersediakah kita…pilihan ditangan kita….seorang pejuang tidak akan beralasan….kata-kata seperti ‘saya sibuk sangat ni’ ‘saya tiada masa’ ‘kita ada banyak cara’ ‘dan macam-macam alasan lain bukan lah keluar dari mulut seorang yang menggalas tugas yang besar ini…cubaan dan dugaan akan terus menerus datang dalam usaha kita membina generasi,kritikan menjadi biasa dalam usaha kita menyampaikan kebaikan….kesempitan wang kerana disempitkan dari segala segi,kekangan-kekangan dakwah juga menjadi makanan tradisi..tapi ingatlah akan janji ALLAH….ALLAH takkan tinggalkan pejuang dalam keadaan terbiar….kerana pejuang takkan mengdapat kegagalan..samada mendapat kemenangan atau mati syahid,dua-dua adalah kemenangan…
Jadi,dimanakah kita….cukup sekadar penyokong …atau bergembira sebagai pendokong…cukup sekadar menjerit-jerit atau benar-benar beraksi mempamerkan skill-skill…fikirkan lah……
8888888888888888888888888
Ya ALLAH bantulah pejuang-pejuang agamaMu.
Ya ALLAH terima lah aku menjadi tentera agamaMU…
Ya ALLAH…rahmatilah sahabat-sahabatku yang bergadai dalam bidang ini..
Ya ALLAH ..kuatkanlah langkah kaki ini….
Ku berbangga ada disahabat yang ditarik zakat kerana menggabungkan diri dengan jemaah,ku berbangga ada dikalangan mereka di ejek,diperli kerana menyampaikan kebaikan…ku berbangga dengan mereka,dikala mereka mencegah kemungkaran mereka ditohmah,sedangkan mereka masih thabat dijalan ini…….
Alhamdulillah kehadrat tuhan sekalian alam yang memberi peluang kepada diri ini untuk terus mengabdikan diri sebagai hambaNya.Seperti kebiasaannya selepas melakukan kewajipan diawal pagi,hati ini terdetik untuk untuk mengajak akal bersama-sama memikirkan berkenaaan perihal muslim diakhir zaman ini.
Rasa sedih serta hiba bila mengenang akan perpaduan umat islam akhir zaman ini,kehidupan yang lebih mementingkan diri sendiri tanpa menyedari perbuatannya telah menzalimi saudaranya yang lain...
'seseungguhnya orang mukmin itu bersaudara'
kumerenung panjang, teringatkan saudara di Palestin.....kenapa isu Gaza masih belum selesai? bukan ke banyak negara yang mengaku negara islam? bukan ke kerajaan fatah tu pun orang islam? kenapa tak bantu Hamas? Bukan ke sama-sama ucap syahadah? kat mana silap nya.......
. . .
lamunanku jatuh tergolek di tanah yang ku pijak sekarang ni..ku hayati kehidupan disini,kusaring hingga situasi itu benar-benar terjadi disekelilingku...kulihat beberapa situasi....
situasi 1-
ketika ini azan berkumandang , dan aku sampai di apartment seusai azan berkumandang,ku lihat ramai sahabat-sahabatku sedang enak menikmati kehidupan masing-masing dengan pelbagai gaya dan cara,ada yang sedang membaca buku (mungkin sebab imtihan), ada yang sedang berbual-bual , ada yang sedang tidur , dan ada yang sedang bermain 'game'...
ku lontarkan persoalan kepada mereka, 'surau dah azan ke belum?'....dengan spontan mereka-mereka yang ku tanya menjawab...."belum...xde orang nak azan kot'.....
.hurm....terkedu seketika....
situasi 2-
selesai azan dan sempurnanya solat , ku langkahkan kaki untuk ke destinasi biasa, kulihat seorang saudara seislamku sedang 'bergayut ngan kekasihnya'...ku lontakan kata kedinding.'da nak maghrib ni bang..'seperti yang ku jangka..tiada respon...huhu...selang beberapa ketika sehingga hampir habis waktu,barulah saudara seislamku tadi menghentikan perbualan..lalu tergesa-gesa mengambil wudu' dan terus solat...
hurm...macam tu ek....tersedu dan terkesima....
beginilah antara situasi-situasi yang ku hadapi , hampir setiap hari dan berulangkali...ada juga yang 'membakar wang sesuka hati'...yang lebih menyeronokkan aktiviti ini dilakukan secara berjemaah...tempat yang strategik iaitu 'tandas'...huhu...bayangkan....dalam tandas,lepak ramai-ramai bersama kepulan-kepulan asap...huiks....xlemas ke.....
tetiba teringat..pernah satu hari...ku pasang 'buhur' (kemenyan berbentuk kayu,mengeluarkan bau wangi apabila dibakar) dalam bilik....masuk seorang saudara seislamku....terus di berkata dalam intonasi yang agak beradab....''woit,tak lemas ke berasap-asap ni..''...aku diam tanpa menjawab...... padahal orang yang 'sound' tu salah seorang ahli mesyuarat tandas.... pernah juga ku ditanya dengan nada sinis..''bukan ke asap ni makanan jin''....huhu....no komen....
ada juga yang mengatakan...aku buat 'benda-benda'ni, tapi aku lebih hebat dalam perkara solat dari kau..huhu...memangku akui memang 'brother' ni hebat...tapi...dakah terlepas ujian ALLAH bagi mereka-mereka yang hebat????
huhu...
'sesungguhnya solat itu mencegah perkara keji dan munkar'
no komen.......abis situasi dan pengamatanku teruskan....kenapa kurangnya sensitiviti kita terhadap agama??? kenapa nak tegakkan benang yang basah??? apa salahnya kalau kita sama-sama berubah????
teringat akan negaraku....pelbagai kejadian aneh akhir zaman....
tak ku salahkan mereka kerana terjadinya perkara ini....tetiba hati ini terasa sayu...lalu ku bermonolog sendirian..
"ini terjadi adalah disebabkan aku...aku yang tidak bersungguh-sungguh menjalankan amanah agama untuk bekalan mereka, mereka tiada panduan,mesej agama tak sampai pada mereka...,ramai yang menyalahkan mereka,tanpa memikirka puncanya...kan lebih mudah cegah hubungan ikhtilat lelaki dan perempuan dari menubuhkan bank bayi???....."
*****************
kembali ku kepada asal...memikirkan strategi dan membentuk perancangan...ku lihat satu persatu....timbul persoalan...kenapa kita kita melakukan dosa? ku cuba jawab sendiri...'sebab tak takut ALLAH'...kenapa jadi begitu....sebab hati.....hati sudah mati.....
lalu ku teruskan dengan penceritaan tentang hati yang sedang sakit....
Hati yang sakit mengakibatkan pandangan dan tanggapan hati terhadap sesuatu tidak betul. Hati yang sakit menyebabkan kebenaran tidak dapat dilihat walaupun ianya merupakan satu kebenaran, hati yang sakit melihat kebatilan sebagai satu kebenaran, atau ia melemahkan pemahamannya terhadap sesuatu kebenaran lalu mematikan hatinya untuk menerima kebenaran.
Hati yang sakit menyebabkan hati membenci kebenaran yang memberi kebaikan kepadanya. Hati yang sakit menyukai kebatilan sedangkan kebatilan itu akan memudaratkannya. Hati yang sakit juga tidak tahu memilih antara kebenaran dan kebatilan, akhir cenderung kepada kebatilan kerana mengikut hati dan perasaan.
Justeru orang yang hatinya sakit sukar untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan. Apabila melihat sesuatu dia akan melihat manusia yang melakukan atau kejadian semulajadi, lupa bahawa Allah s.w.t yang sebenarnya menjadikan tiap sesuatu. Apabila ditimpa bala dan bencana, mereka melihat manusia yang menyebabkan bala bencana tetapi mereka tidak nampak ia merupakan qada' dan qadar dari Ilahi.
Berbeza dengan orang yang hatinya sihat dengan cahaya keimana, mereka melihat semua perkara ada hikmahnya dan ditentukan oleh Allah s.w.t, pasrah dan redha menjadi hiasan hati, kehidupan yang bahagia sentiasi dimiliki.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن
Maksudnya;" Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusannya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman."
Kebiasaannya orang yang hatinya sakit tidak merasa tenang, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi berbagai nikmat dan kemewahan, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, kebiasaannya membuat sesuatu diluar dari kewajaran dan rasional. Hatinya penuh dengan macam-macam penyakit hati menyebabkan sakitnya bertambah parah.
Sebab-sebab hati sakit :
1.Lupakan Allah, lupa dari mengingati Allah, lupa bahawa Allah tidak alpa dari apa yang dilakukan oleh manusia, lupa bahawa Allah lah yang menentukan segalanya, lupakan Allah kerana kurang mengingati Allah, dan hati lebih terikat kepada perkara-perkara yang disukai selain Allah.
2.Lupakan perintah-perintah Allah kerana tidak suka kepadanya, mengutamakan keseronokan dan hatinya sentiasa terikat dengan dorongan nafsu syaitan.
3.Lupakan hari qiamat, tidak mengingati mati, kurang mengingati dosa dan pahala, kurang mengingati hari pembalasan, Syurga dan Neraka
Apabila ketiga-tiga sebab tadi terangkum dalam hati manusia maka beratlah untuk melakukan ibadah, sebaliknya ringan pula untuk melakukan dosa dan maksiat, mengutamakan urusan dunia dan meninggalkan urusan berkaitan akhirat, mendahulukan keinginan nafsu dan mengambil ringan perintah Allah, melampaui batasan-batasan agama, menjadi orang yang zalim dan mendahulukan keinginan diri dari kehendak Allah
Perkara-perkara yang boleh merosakkan hati :
1.Jahil agama.
2.Pergaulan dengan orang-orang yang hatinya sudah rosak, hatinya mati dan menjadikan mereka sebagai teman.
3.Suka berangan-angan dan berkhayal tentang sesuatu yang tak kan dapat dicapai.
4.Bergantung dengan selain daripada Allah s.w.t.
5.Banyak makan dan sentiasa memikirkan tentang makanan, tidak menghiraukan halal haram dalam urusan makanan.
6.Banyak tidur, orang yang banyak tidur mensia-siakan masa, pelupa dan pemalas.
********
sahabat-sabat yang dikasihi...seputar kehidupan kita yang berbaki ini..masih ada peluang untuk kita memperbaiki diri,tak salah kita merendahkan diri,kita ni hidup pun sebagai 'abdi',yang menharap keampunan Rabbul Izzati..bukanlah aku yang menulis ini tiada kesalahan,bahkan kutulis ini adalah untuk peng'islahan' diri sendiri..kerana memikirkan ayat 'berilah peringatan..kerna sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin''.moga kita mendapat rahmat Tuhan... kita tak boleh lari dari pengawasan tuhan...kita diperhatikan...Moga perhatian ini adalah pantaun Allah terhadap pejuang agamaNYA agar tidak terleka......
*************
(satu renungan)
berpunca dari hati...di tampal ngan tompok2 hitam...semakin lama semakin jauh ngan tuhan....maka timbullah sifat yang tak disukai...antaranya pentingkan diri....sampai dah tak kenal saudara sendiri....patutlah Gaza masih dibuli.....
Semua yang dikasihi kerana Allah, Didoakan moga sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan. Juga menjadi sebaik-baik insan yang membawa kebaikan orang lain.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran".(Al-Asr: 1-3) Berpandukan ayat berkenaan, setiap mukmin semestinya mengisi seluruh masa hidup dengan amalan kebaikan. Juga perlu memberi perhatian serius dalam menghargai masa. Tidak membiarkan masa berlalu dengan sia-sia. Mahupun menghabiskan masa dengan amal perbuatan yang dilarang dan dimurkai Allah SWT.
Juga ingatlah! Rasulullah SAW bersabda; "Rebutlah(pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain; Masa hidup sebelum datang kematian, Masa sihat sebelum datang penyakit, Masa lapang sebelum dipenuhi kesibukan, Masa muda yang kuat sebelum tua, dan Masa kaya sebelum fakir".
Perhatikan juga maksud sabda Rasulullah SAW; "Setiap hamba pada hari kiamat, tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-amna selagi belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dulu? Tentang masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian ketika itu? Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana membelanjakannya? Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?" (HR Muaz bin Jabal r.a)
Begitulah soal-siasat yang akan diajukan kepada semua manusia pada hari kiamat kelak. Setiap diri akan ditanya tentang masa dan umur yang telah dihabiskan sewaktu hidup di dunia. Khusus waktu umur sedang meningkat dewasa, kerana umur remaja sangat berpotensi dibandingkan setelah usia lanjut dan keadaan menjadi uzur.
Usia remaja disifatkan peringkat kekuatan dan kemampuan yang teguh, kerana ia di pertengahan hayat manusia. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 54; "Allah, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah, Dia menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian selepas kuat itu lemah kembali dan beruban..."
Jika demikian, usia remaja adalah peringkat kesatriaan yang gigih menanggung sebarang beban dan ujian. Terutama bagi remaja Muslim yang sepenuh masa menuntut ilmu, semestinya berhati-hati mengurus masa.
Masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi dan tidak mungkin dapat dicari ganti. Masa itu disifatkan sebagai kehidupan. Tiada erti hidup manusia, selain daripada masa-masa yang dia beramal sejak lahir hingga ke denyutan nadi terakhir!
Ilmu yang diusahakan dengan bersungguh-sungguh pula mestilah menepati tanggungjawab untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya mukmin yang berilmu lebih mudah memahami perintah Allah. Dengan itu setiap detik masa akan mampu diisi aktiviti ketaatan kepada Allah.
Masa begitu pantas berlalu, seminggu rasa sehari...,setahun bagai sebulan. Benar menurut pepatah Arab; 'Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memotong, ia akan memotong kamu!'
Dari itu, barisan pemuda dari kalangan generasi awwal Islam sentiasa bersegera melakukan sebarang ibadah bagi meningkatkan prestasi iman. Mereka berpegang teguh dengan prinsip, Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini. Hingga ada dari kalangan mereka yang berkata; "Siapa yang hari-hari esoknya masih kurang baik dari hari-hari yang telah lalu, maka dia masih dan rugi!"
Rasulullah SAW pernah menjelaskan mengikut apa yang disebutkan dalam kitab Nabi Ibrahim a.s; "Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, hendaklah dia membahagikan masanya kepada empat waktu: Waktu untuk dia bermunajat dan berzikir. Waktu untuk bermuhasabah dan menghitung dirinya. Waktu untuk dia berfikir tentang segala ciptaan Allah. Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluan dirinya, rezeki/nafkahnya."
Sebenarnya ketidak matangan mengurus masa harian lebih berbahaya daripada tidak matang dalam mengurus harta-benda.
Dalam realiti hidup kini, masa umpama saham permodalan sepanjang hayat. Masa lebih bernilai dari wang ringgit dan intan permata. Jangan bila ajal sudah hampir tiba, baru menyesali masa keemasan yang telah hilang. Awas! Elakkan keadaan buang masa, kerana itu satu penganiayaan kepada diri sendiri!
bayangkan...masa ibarat pedang...pedang lak kat leher.....huhu...kalo lambat bertindak...abislah leher.....
Waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menghiasi telinga si ibu. Merekah tersenyum hatinya gembira, penawar sakit dan lesu pejuangannya dengan maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baharu di dunia ini dengan lambakan risiko pahit dan kejam kehidupan ini, bercucurkan darah dan titisan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan. Air mata seseorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan. Namun setitis air mata yang jatuh kerana takut kepada Allah persis permata indah gemerlap terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah dan Rasul-Nya bukan semata - mata kerana harta dan pangkat dunia.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan, pemuja dunia.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kekecewaan kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalir air mata keinsafan berharap akan kemenangan, serta rindu akan Rasul-Nya.
Penghuni Syurga itulah orang - orang yang menang..
(Al - Hasyr : 20)
Tangisan adalah basahan hidup. Justeru: Hidup dimulakan dengan tangisan, dicela oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.
Sabda Rasulullah S.A.W,
Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi,
Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih seorang wali..
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama sepanjang masa dan ada juga tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada seorang 'abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi S.A.W bersabda,
Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari suatu kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur..
Ketawa..
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama, hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa..
Seorang hukama pernah bersyair,
Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan..
Para salafussoleh menangis walau banyak amalannya, takut-takut tidak diterima ibadahnya, namun bagaimana dengan kita, kita hanya ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita...???
Nabi S.A.W pernah bersabda,
Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam menangis..
Kita sentiasa gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun, Allah S.W.T telah berfirman,
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Al - Baqarah : 216)
Bukankah Nabi kita pernah bersabda,
Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala..
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa'at Rasulullah S.A.W. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana diterima taubatnya.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya seraya berkata,
Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu..
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya,
Kenapa engkau menangis? Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan berjuang ke medan Perang..
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata,"
Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu..
Ibnu Masud r.a.berkata,
Seorang yang mengerti Al-Qur'an dikenali waktu malam ketika orang lain sedang lenak tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang bergembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengerti Al-Qur'an itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah..
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur,
Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janji kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah S.W.T..
Menangislah saudara saudari di sini, sebelum kita menangis di sana..
Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi,Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi...,Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh. Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati,Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa;"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28)
Hati...,sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa.Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu.Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sehatlah jasad dan mulia peribadi.
Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.
Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;
1.Takutkan kemasyhuran. Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah".
Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?".
Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia".2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari.3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian.5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji.6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.7.Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata.9. Sabar di sepanjang jalan hidup.10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.11. Menghindari ujub dan bangga diri.12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.Wahai hati-hati yang sentiasa hajatkan ketulusan hakiki,
Isi masamu memperkemas dan memantapkan keikhlasan;1. Ilmu yang mendalam berkaitan pebinaan ikhlas dan praktiknya.2. Bersahabat dengan orang-orang yang ikhlas.3. Membaca sejarah orang-orang yang mukhlis.4. Mujahadah melawan nafsu.5. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.
Merenungi hakikat ikhlas ini...,membuat diri kerdil ini merasai betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hambaNya. Bagi diriku... sepanjang jalan hidupku terasa seperti tercampak dan terbuang , namun alam yang luas Allah bentangkan sebagai rahmat. Asal saja mengambil Islam sepenuhnya sebagai sebaik-baik cara hidup. Justru hati diserahkan untuk dididik dan dibersihkan di dalam wadah amar maaruf nahi munkar, terasalah kini betapa Maha Suci kasih Allah Rabbul 'Izati.
Semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya..."Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada RabbMu dalam redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu".