Posts

Showing posts from December 23, 2012

HATI KAYA CINTA

Image
Wahai setiap hati dan diri yang dikasihi kerana Allah, Ketahuilah sesungguhnya kesejahteraan hidup insan berlangsung secara harmoni dengan adanya limpahan cinta kasih Ilahi. Limpahan dan curahan kasih Ilahi itu pula fitrah semulajadinya yang memenuhi ruang kosong dalam hati. Jika hati yang pada awalnya bersih dan kosong diisi dan dicemari hasad dengki dan dendam kesumat, maka cinta kasih Ilahi akan terhalang dari menyelinap masuk. Maka hati akan rosak dan membusuk...akan musnahlah kebahagiaan hakiki. Hakikat ini sangat penting kita fahami dan hayati. Dengannya akan terpelihara kesejahteraan hidup insan. Atas dasar cinta kasih Ilahi jugalah semua makhluk diberi fitrah masing-masing. Cintalah yang menyebabkan seluruh planet bergerak pada garis edarnya. Dengan cinta, jiwa manusia berasa sangat beruntung kerana wujud pengharapan. Puncak kebahagiaan insan tercapai apabila seluruh kecintaan hati diasaskan kepada mencintai Allah dan Rasulullah. Perhatikan dengan teliti perump

Teknik

Image
DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Teknik-teknik Pengajaran Bahasa Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Tekn

Kotak Berisi Kasih

Image
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung. "Untuk apa?" tanya si ayah. "Nak bungkus hadiah" jawab si kecil. "Jangan dibuang-buang ya." pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah........ ada hadiah untuk Ayah." Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja." Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi." "Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun." Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam. "Hadiah apa ni?" "Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang." Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Tern

terbebankah seorang guru??

Image
Isu beban tugas guru ni telah lama diperkatakan. Cuma media saja yang membezakan tentang apa yang cuba dibangkitkan. Jika dibangkitkan oleh warga pendidik maka ia merupakan suara yang meminta untuk diberi perhatian, iaitu suara hati warga pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di sekolah.  Daripada tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari sukan merupakan tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah ada beberapa perayaan dan hari kebesaran yang perlu diurus. Maka, guru-guru akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih kepada mendidik dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Tetapi jika pandangan itu daripada masyarakat luar, sudah tentu ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pend