Posts

Showing posts from December 17, 2012

Doa Seorang Sahabat

Image
Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan. Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong. Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keaj

DEFINISI LINGUISTIK

Image
Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2) Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. STRUKTUR BAHASA Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan

Kerak Nasi Untuk Ibu..

Image
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yg di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yg akan datang nanti. Aku yg bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yg patut memerhati kegagahan ibu yg sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,  "tak payah..."  katanya,  "biar ibu yg buat. nanti lain rasanya" . Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan ibu nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yg baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati ibu ada rasa sedih dan sayu kerana ada anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya. tetapi langsung tidak ditunjukkan, malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut ibu kesana ke mari mengambil bahan-baha