Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, May 30

___________________________________

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang sempurna sifatnya telah diciptakan oleh Allah SWT dengan diberikan-Nya akal dan nafsu. Akal akan berfikir dan menilai segala kebenaran yang di turunkan oleh Allah SWT melalui ar-RasulMuhammad SAW lalu mengimani dan meyakini di dalam hatinya. Manakala nafsu yang suka mendorong kepada keburukan perlu diawasi dan ditundukkan dibawah telunjuk iman dan akal fikiran yang waras.

Bersabar di dalam konteks amalan hati ialah menahan nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau memberontak, resah gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman kesusahan, ketidak selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini. Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan iaitu :

1. Tabah dan tekun di dalam melakukan taat
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran
3. Memelihara diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang atau teguh hati menghadapi cobaan musibah

Sabar adalah satu tuntutan agama dan satu perisai untuk menahan diri daripada fitnah nafsu yang bergelora. Orang yang gagal bersabar akan gagal di dalam hidup dan akan rugi di dunia dan akhirat. Antara tujuan kita di suruh bersabar itu ialah:

1) Supaya dapat mengerjakan ibadah dengan tenteram dan dapat kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya.

2) Untuk kita berfikir dengan lebih matang. Apabila nafsu telah menguasai akal, akal tidak dapat berfikir secara rasional di dalam menghadapi tindakan yang akan dilakukan. Segala yang dilakukan itu hanya betul mengikut ukuran nafsu. Akibatnya apabila terjadi kerusakan atau kecelakaan disebabkan tindakan itu, diri manusia sudah tidak dapat mengelak, jadilah manusia itu terbelenggu disebabkan perbuatannya sendiri. Kerana itu di dalam menangani nafsu yang bergelora, sabar itu sangat perlu. Di samping kita disuruh untuk bermujahadah (berperang) dengan nafsu yang jahat.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sejahat-jahat musuh kamu iaitu nafsu yang di antara dua lambungmu." (Hadis Riwayat Tarmidzi)

Selain daripada itu, sifat takwa perlu diusahakan dengan menanamkan iman di dalam diri. Untuk mendapatkan sifat takwa, kelemahan diri perlu diperbaiki. Bagi mereka yang berusaha memperbaiki dirinya, hati mereka akan sentiasa tenang dan bahagia. Bukan kerana kaya atau berada, tetapi kerana puas kepada apa yang ada.

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”(Hadis Riwayat Muslim)

Di samping itu apabila orang yang memiliki iman, sembahyangnya akan kusyuk, mereka menyempurnakan puasa dan menunaikan pembayaran zakat dengan segala adab dan tuntutannya, menunaikan Haji dengan memahami segala tujuan dan tuntutannya, menjauhkan diri dari maksiat dan dosa, menjauhi perbuatan zina dan perkara yang menghampirinya, tidak mengumpat, mengadu domba, menfitnah, tidak hasad dengki, tidak sombong, tidak ujub dan sum'ah (mencari nama dan pangkat), tidak pendendam dan lain-lain.

Bila dapat kemanisan iman. penderitaan menjadi kecil dan dunia tiada ruang di dalam hatinya. Hatinya akan asyik dengan Allah. Ini berlaku pada sahabat-sahabat Rasulullah SAW contoh Sayyidina Bilal apabila dijemur di tengah panas serta diazab untuk dipaksa kembali kepada kekufuran, dengan tenang dia menjawab, "Ahad, Ahad." Azab sengsara, tidak terasa dan mampu dihadapinya dengan tenang.

Ini juga berlaku kepada seorang sahabat Nabi SAW yang dicuri untanya ketika sedang bersembahyang, dia tidak menghentikan sembahyangnya itu. Kerana terasa kemanisan sembahyang dan tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Banyak lagi hal-hal yang sedemikian yang boleh kita baca di dalam sejarah kehidupan para sahabat RasulullahSAW.

Kerana itu kita perlu melakukan Mujahadatun Nafs (melawan hawa nafsu) dan membersihkan diri kita daripada sifat-sifat mazmumah ( yang tercela ) seperti iri hati, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri, gila pangkat, gila puji, gila dunia, bakhil, sombong dan sebagainya.

Langkah pertama untuk mendapatkan iman ini, maka seseorang itu perlu mempunyai :

Pertama : Ilmu Islam .

Perlu memiliki ilmu Islam yang sempurna dan tepat agar segala tindakan dapat diselaraskan dengan syariat dan kehendak Allah melalui hukum-hukum yang telah ditetapkannya.

Firman Allah SWT maksudnya : “………Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat……..”. (Surah al-Mujadillah ayat 11).

Kedua : Mempunyai keyakinan.

Keyakinan adalah perlu dan penting. Oleh itu wajiblah kita belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan kita. Jangan biarkan keyakinan dicelahi oleh keraguan walaupun sedikit. Keraguan mesti dilawan dengan ilmu pengetahuan, bukan dengan akal semata-mata.

Syaitan dan nafsu sentiasa menyuruh dan mempengaruhi akal untuk ragu-ragu dan mewas-waskan kita. Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh, kita akan terperangkap di dalam perangkap syaitan. Jikalau kita terperangkap di dalam jerat syaitan bagi soal-soal keyakinan, maka hapuslah segala pahala amal dan hapuslah iman. Jikalau terjadi demikian, maka matilah kita sebagai orang yang tidak beriman dan kekal di dalam neraka.

Ketiga : Beramal dengan ilmu yang telah difahami dan diyakini.

Firman Allah SWT. dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Keempat : Bermujahadah.

Bermujahadah melawan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan menghalang diri dari melakukan maksiat lahir dan batin.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan (fujur) dan jalan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."
(Surah As-Syams ayat 7-10)
Dan Ibnu Abbas berkata “ Takwa itu ialah bermudjahadah pada jalan Allah dengan benar-benar jihad, dan tidak dipengaruhi pada jalan Allah oleh celaan para pencela, dan menegakkan keadilan kerana Allah, walaupun terhadap diri sendiri, ibu dan bapak."

Kelima : Istiqamah beramal.

Istiqamah untuk melakukan amalan ketaatan dan ibadah serta menjauhi kemungkaran secara berterusan.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: "Istiqamahlah kamu semua, dan beruntunglah jika kamu istiqamah." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w. berkata: "Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban."

Keenam : Mempunyai guru yang Mursyid yang dapat memimpin dan mendidik diri agar sentiasa taat kepada Allah.

Ketujuh : Selalu berdoa kepada Allah.

Doa adalah senjata orang mukmin kerana jikalau hanya usaha lahir saja dilakukan tanpa mengharapkan bantuan dari Allah, maka ia amat mustahil untuk membuang nafsu yang jahat di dalam jiwa manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Apabila hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang hal-Ku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan do’a orang yang meminta, bila ia meminta kepada-Ku, tetapi hendaklah ia mengikut perintah-Ku, serta beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.”
(Surah Al-Baqarah ayat 186)


3. Kita disuruh bersabar adalah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Firman Allah :

" Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." - (Surah Ali Imran ayat 146)

" Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas "
(Surah az Zumar ayat 10)


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bersabar dalam menahan gelora nafsu amarah kerana hanya dengan bersabar akan menjadi ubat yang pahit tetapi mujarab di dalam menahan diri daripada nafsu dan godaan dunia. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita, sekaligus menolak kemudaratan kepada kita. Sebagai ubat 'kepahitan' hanya sesaat, akan tetapi 'kemanisannya' akan berpanjangan iaitu mendapat balasan syurga.

Sunday, October 17

bersabar kerana Allah

Sabar, adalah kalimat yang mudah diucapkan. Namun berapa ramai antara kita yang bersabar dalam apa jua suasana dan ketika. Adakah sabar itu ada batasnya?, Sabar yang bagaimana sehingga ia diiktiraf sebagai sebahagian dari iman? Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah s.w.t.?

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar."
(Surah Ali Imran ayat 146)

Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan.
Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dinamik.

Abu Talib al- Makky berkata, "Banyaknya kemaksiatan yang dilakukan oleh sesaorang kerana dua perkara ; Pertama : Kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang disenangi atau disukai. Kedua : Kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang tidak disukai."

Namun demikian, masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami ertikata sabar. Ada yang menyangka, sabar bererti 'mengusap dada' setiap kali menghadapi masaalah hidup. Ada pula mengungkap sabar itu ada batasnya, lalu apabila sampai dibatasnya kesabaran akan hilang ! Adakah ini sudah memadai untuk dinamakan sabar?

Dari ayat 146 surah Ali Imran menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat tiga kriteria orang sabar iaitu :
Pertama : Tidak pengecut atau lemah mental apabila berhadapan dengan kesulitan hidup. Dia dapat mengawal diri dan segera menstabilkan emosi dan mentalnya, sebelum orang lain menasihatkannya.

Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi sebuah kawasan perkuburan. Baginda melihat seorang ibu menangis tersedu-sedu sambil menutup mukanya diatas pusara anaknya yang baru sahaja dimakamkan. Nabi menghampiri seraya bersabda yang bermaksud :"Wahai ibu, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."

"Engkau tak tahu apa yang aku rasakan," katanya.

Nabi pun meninggalkannya. Seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut, berkata kepada wanita tadi, "Adakah engkau tahu, siapa yang berbicara denganmu tadi? Itu adalah Rasulullah s.a.w!

Wanita itu terkejut. Bergegas dia mengejar Nabi Muhammad s.a.w ingin meminta maaf atas kelancangan perilakunya. Ketika bertemu, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya sabar yang sejati hanyalah pada saat seseorang terkena musibah untuk kali pertama!"

Kedua : Dia merasa tidak lesu dari segi penampilannya. Seseorang yang bersifat sabar tidak pernah merasa perlu menampilkan kesedihan atau kesulitan masaalahnya kepada orang lain. Diraut wajahnya tidak menampakkan kelesuan atau kesugulan walaupun berapa sulitnya masaalah yang dihadapinya. Dia sedar betul bahawa tiada manusia didunia ini yang tidak luput dari masaalah. Untuk dia bertenang menghadapi keadaan ini dia sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t. dengan dia berdoa, bermunajat, bersolat tahajjud, berzikir dan membaca Al-Quran.

Ketiga : Tidak menyerah atau tunduk darisegi aktiviti. Seorang yang sabar sentiasa memelihara ketekunan dan ketahanan dirinya. Dia sentiasa gigih dalan usaha mencapai sasarannya. Dia seorang yang tidak kenal perkataan putus asa. Tidak ada dalam kamus hidupnya putus harapan. Dia tidak mudah patah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan. Dia selalu memelihara dan mengembangkan sikap positif dan optimis dalam hidupnya. Jika dia menemui kegagalan hari ini dia akan cuba sekali lagi keesokan harinya. Jika esoknya dia masih gagal, dia cuba kembali pada hari lusanya. Yang pasti dia tidak akan memilih untuk duduk diam tanpa usaha yang berterusan.

Seringkali manusia lupa bahawa hidup didunia berbedza dengan akhirat. Diakhirat segala sesuatu menjadi serba kekal. Seseorang hanya akan merasakan bahagia yang terus menerus didalam Syurga, atau sebaliknya mendapat siksa yang kekal di Neraka Jahannam. Sebaliknya kehidupan didunia bersifat fana, sementara dan penuh pancaroba. Suka-duka, berjaya-gagal,rahmat dan bencana datang silih berganti. Pada suatu ketika seseorang itu berada diatas manakala pada ketika yang lain dia berada dibawah. Dalam suasana yang demikian sifat sabar amat diperlukan.

Oleh itu sifat sabar perlulah menjadi pakaian hidup kita. Kita bersabar dan istiqamah dan kekal didalam keimanan kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain. Kita bersabar untuk sentiasa hidup dan melaksanakan ajaran-ajaran Islam yang sempurna sebagai ad-deen, semuga dengan ini, insya Allah dengan berkat kesabaran kita didunia, kita akan dapat menikmati kebahagian kehidupan yang kekal abadi di hari Akhirat.

Sunday, September 26

bersahabat kerana ALLAH


Alhamdulillah...syukur ku panjatkan ke hadrat ALlah....sekarang ni berada di hadapan perpustakaan di Iskandariah....mencuri wireless yang disediakan secara percuma...menulis disamping ustaz Adly yang baru ditabalkan sebagai YDP BKAWM bagi sesi 2010/2011...melepakkan diri diluar sementara menanti pelajar-pelajar baru yang menikmati buku-buku di dalam perpustakaan,tanpa perlu membuang masa,ku update la blog yang semakin tua usianya....maka...terimalah penulisan di Alex.....

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-samanya semasa susah dan senang.Keperluan kepada sahabat adalah fitrah manusia. Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai sahabat-sahabat yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, bermula di Mekkah dan seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah di Madinah.

Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan mendapat menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang kita hadapi.Sahabat adalah penasihat utama kita, bila penasihat itu baik, maka jadi baiklah kita, begitu juga apabila penasihat itu tidak baik maka akan berlaku sebaliknya.

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas Rasulullah menyatakan bahawa apabila kita ingin mencari sahabat maka hendaklah cari sahabat yang mempunyai asas agama, iaitu sahabat yang mempunyai asas budi pekerti dan akhlak yang baik, tidak fasik, tidak terlalu mementingkan hal-hak keduniaan sahaja. Jika dia seorang ahli agama maka kita juga akan menjadi ahli agama. Jika sebaliknya kita memilih sahabat yang suka kepada maksiat kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia."
(Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani)

Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya. Oleh kerana itu, sangat penting sekali mencari persekitaran yang baik dan mencari sahabat atau teman dekat yang semangat dalam menjalankan agama sehingga kita pun boleh mendapat aroma kebaikannya. Jika persekitaran atau teman kita adalah baik, maka ketika kita lemah, ada yang selalu menasehati dan mengingati kita kepada kebaikan.

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran,"(Surah Al-Kahfi ayat 28)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga pengajaran yang boleh kita ambil :

1.Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengharap keredhan-Nya.

2.Jangan menjauhi diri dari orang-orang ahli ibadat, semata-mata kerana mengejar kesenangan dunia.

3.Jangan bersahabat dengan orang-orang fasik serta mematuhi dan mengikut perbuatannya.

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semuga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam Syurga. Dikatakan juga , apabila Allah s.w.t. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Banyak hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :"Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

"Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Do'a seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah s.w.t."
(Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam blog. Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah persahabatan ini dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Do'a-do'a kalian kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah s.w.t.

Terdapat banyak ciri-ciri lain yang di gariskan oleh ulama'-ulama' muktabar yang boleh kita jadikan peduman untuk kita memilih dan mencari sahabat-sahabat yang baik :

1.Boleh diharapkan untuk menjaga harta kita

2.Bila kita sakit dia ziarah

3.Bila kita sibuk dia beri bantuan

4.Bila kita lupa dia ingatkan kita

5.Bila kita bercakap dia beri perhatian

6.Dia menjaga lidahnya dari berkata yang menyakitkan hati

7.Dia mendo'akan kita bila berdo'a

8.Dia menepati janjinya bila berjanji

9.Bila tersilap dia sentiasa beri maaf

10.Bila kita susah dia membantu

Kita bersahabat dengan sahabat yang baik adalah semata-mata kerana Allah s.w.t kerana sahabat kita bukan setakat di dunia sahaja tetapi dia akan menjadi sahabat kita di hari akhirat.Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. ada menceritakan kisah ahli-ahli Syurga bertemu dan berbincang sesama mereka, mereka adalah sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa taat pada Allah semasa di dunia.

Sahabat,
Al-Qamah berpesan kepada puteranya :"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.

3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Dari itu wahai sahabat-sahabatku, pilihlah sahabat-sahabatmu yang memiliki akhlak yang mulia dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah seperti yang dinyatakan ciri-cirinya seperti diatas. Semoga kalian berbahagia di dunia dan akhirat.

*************************************************************************************
post ini kutujukan khas buat sahabat karib yang ku anggap sebagai adik dalam kepimpinan sesi ini....beliau sekarang diamanahkan tugas yang besar sebagai Yang DiPertua...tidak lain dan tidak bukan,Muhammad Adly Bin Bukhori...moga Allah mebantunya dalam melunaskan amanah ini....

Sunday, September 12

kisah tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.


*****************************************************************************************
di copy dari sebuah blog...

pengajaran yang saya nak kongsi pula adalah....

kita selalu buruk sangka ngan ALLAH...sedangkan ALLAH lebih tahu apa yang kita perlukan....

Monday, September 6

munajat penghujung ramadhan kepada Allah

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Marilah sama-sama kita hayati do'a dan munajat kepada Allah di akhir Ramadhan ini. Untuk saya dan semua sahabat-sahahabat di blog. Do'a dan munajat ini adalah untuk kita semua. Semoga persahabatan yang terjalin di antara kita sentiasa diredhai Allah s.w.t. walaupun pertemuan, perjumpaan dan perkenalan kita di alam maya tetapi amat bernilai disisi Allah s.w.t

"Ya Allah ya Tuhan kami. Ampunkan semua dosa-dosa kami yang telah kami lakukan secara sengaja atau tidak secara sengaja. Yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Kami adalah hamba-hamba-Mu yang lemah dan dhaif yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa, sentiasa melangar peraturan dan suruhan -Mu, yang selalu leka dan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan terhadap-Mu. Jika kami bersalah ampunkanlah kami , maafkanlah kami sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.

Ya Allah, dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini rahmat dan pengampunan-Mu amat luas sekali kepada hamba-hamab-Mu yang berpuasa. Ya Allah terimalah ibadah puasa kami. Berikanlah kami rahmat-Mu, pengampunan-Mu dan bebaskanlah kami daripada siksaan api Neraka.

Ya Allah pilihlah kami semua untuk memasuki Syurga-Mu melalui pintu Ar-Rayyan khusus untuk orang-orang berpuasa.Pintu Ar-Rayyan hanya Kau peruntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. Sesungguhnya bila Kau telah pilih kami memasuki Syurga sebenarnya kami telah berjaya. Tunaikan hajat dan permohonan kami ini ya Allah.

Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan kami tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia dan berjaya di hari akhirat, maka tetaplah kami di dalam keadaan itu. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan kami di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan-Mu.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau berilah sihat sejahtera kepada kami , jauhkan kami daripada mala petaka bencana dan penyakit. Jauhkan kami daripada siksa kubur, siksa Neraka, fitnah hidup ada mati, pilihlah kami dapat menyebut kalimah syahadah di akhir hayat kami dan mendapat husnul khatimah, jadikanlah lubang-lubang kubur kami adalah daripada taman-taman Syurga.

Ya Allah, Kau redhailah segala ilmu yang bermanfaat yang kami perolehi disini, Kau berilah Taufik dan Hidayah-Mu, Kau berilah kepada kami kefahaman yang mendalam tentang Islam, Kau berikanlah kekuatan pada kami untuk mengamalkannya dan kemampuan pula untuk menyampaikannya pada orang lain.

Ya Allah Kau jadikanlah kami sahabat-sahabat yang mulia di dunia walaupun kami bertemu di alam maya dan jadikanlah kami sahabat-sahabat di hari akhirat, kami mohon ketika itu kami semua dapat berteduh dibawah naungan-Mu. Ketika itu tidak ada naungan yang lain melainkan naungan daripada-Mu.

Ya Allah, Kau satukanlah hati-hati kami dengan ikatan persaudaraan Islam, Kau pertemukanlah kami di dunia dan pertemukanlah kami di hari akhirat bersama hamba-hamba-Mu yang Kau redhai.

Jadikanlah hati –hati kami bertemu dan berpisah semata-mata untuk mencari keredhaan-Mu. Jadikanlah kami batu-bata untuk membina bangunan Islam, pilihlah kami untuk menjadi para dai’e-Mu untuk melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar.

Ya Allah bersihkan aqidah kami daripada syirik kepada-Mu, sucikan hati-hati kami daripada sifat hasad dengki, riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati dan sifat-sifat keji yang Kau benci , dan tanamkan di dalam hati-hati kami sifat iman, taqwa, sabar, syukur, lemah lembut dan jadikan hati-hati kami memiliki sifat mahmudah.

Ya Allah, hati kami merasa pilu dan sedih kerana Ramadhan yang penuh keberkataan akan meninggalkan kami. Sedangkan kami belum puas menikmati ganjaran besar yang Kau sediakan. Kami masih kurang membaca al-Qur'an, kurang bersedekah, kurang qiyamulail, kurang berzikir dan kurang berdo'a kehadrat-Mu. Ya Allah kami mengharapkan di akhir Ramadhan ini terimalah ibadah puasa kami, berilah pengampunan terhadap semua dosa-dosa kami samaada yang kecil atau yang besar. Bebaskanlah kami daripada siksaan api Neraka.

Ya Allah berikanlah kekuatan kami menghadapi cabaran dan dugaan untuk sebelas bulan yang akan datang.Kurniakan kami nilai taqwa dan jadikanlah taqwa itu pakaian kami dan sebagai benting untuk kami hadapi dugaan dan cabaran dalam hidup. Ya Allah berilah kekuatan kami untuk menundukkan nafsu kami supaya ianya tunduk dibawah telunjuk iman dan lindunglah kami dari godaan dan hasutan syaitan yang menyesatkan.

Ya Allah izinkanlah kami bertemu Ramadhan yang akan datang dan jadikanlah hati-hati kami sentiasa mengingati-Mu samaada ketika kami berseorangan atau dengan orang lain. Jadikan kami sentiasa berbaik sangka dengan Qadha' dan Qadar-Mu dan sentiasa redha dengan takdir yang telah Kau tetapkan.

Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada siksaan api Neraka."

Saturday, September 4

langkah diteruskan

Alhamdulillah...

jadual tasfiah dah keluar...
menurut mesej yang diterima....


18/9-usul fiqh , tafsir
19/9-qodoya , muqaran
20/9-lughah arabiah
21/9-hadis,fiqh

mula kul 10 pagi...kecuali hari 21/9 waktu petang...amek kertas ta'yin 19/9...peksa syafawi 22hb.harap maklum


begitulah mesej yang kuterima...saat ni sudah 4hb 9.....maka tinggal beberapa hari lagi tuk persiapan....buku2 baru nak dicari di rumah negeri sembilan...harap2 ada lagi...sekarang ni agak sibuk dengan persiapan menghadapi MAT....Ya ALLAH...bantulah hambaMU ini.....lemahnya mengurus masa....harap2 masa yang ku luangkan dalam membantu urusan Ummah ini adalah sedikit pandangan Rahmat Mu kepada ku....


mohon doa sahabat semua....


************************************************************************

*dalam memenuhi impian diri ini,bertembung pula dengan kepentingan UMMAH...harap2 ALLAH membantuku dalam merealisasikan kedua2 nya....

Monday, August 16

semakin tak keruan....ada panduan...

alhamdulillah...sepertiga malam ni,dapat menghubungi mak,berbual dengan abah...rindu sangat rasanya hati ini bila mendengar suara mereka...mak ngan abah pun bertukar-tukar untuk mendengar suaraku...
syukur ku panjatkan kerana masih lagi dapat mendengar suara-suara insan yang ku sayangi....
mendengar nasihat serta luahan mereka...lantas aku menceritakan situasi ku sekarang ni,mereka mendoakan serta memberiku kata-kata perangsang yang membuatkan tekanan itu menghilang.....

selepas menghentikan perbualan dengan mereka, tetiba disapa di arena chating oleh kawan kuliahku....dengan nada yang agak sempoi die memberitahu bahawa natijah tahun 4 syariah da ditampal,tapi natijah yang tasfiah je....sedang aku ingin bertanya lebih lanjut,ahli rumahku mengajak untuk sahur,aduish,lantas ku g la jamah sikit sebab ati ni da nak macam keluar sebab denyutan jantung terlampau kuat...aku cubit sikit ayam goreng,ku kunyah lalu terus g mengadap laptop untuk meneruskan perbualan,tapi malangnya kawanku da signout....aaaaaaaarrrrrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh.......nak tau lebih lanjut maka dengan relanya pagi ini akan ku gagahkan kaki untuk g tengok sendiri......





apa2 pun...tekanan ini sungguh kuat dan dahsyat,hampir2 ku putus harap,tapi ku xpernah lupa nasihat ibu ku....'angah...kalau rasa tekanan atau rasa terbeban atau rasa2 xbaik,ambil wudhuk,terus ngadu kat TUAN pemilik perasaan'....

Jadi,aku panjatkan doa kepada MU YA ALLAH..permudahkan urusan ku....berikanlah yang terbaik untukku......

terima kasih mak......

Saturday, August 7

persediaan Ramadhan


alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengisi kekosongan ini dengan beberapa peringatan,memandangkan kita akan menerima kunjungan Ramadhan tidak lama lagi,jadi apakah persediaan kita untuk menyambut dan menghidupkan bulan yang mulia ini,bulan yang banyak ditawarkan promosi-promosi pahala...

Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini supaya seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba dan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan ini. Firman Allah: “Maka hendaklah berlomba-lomba orang yang berlomba-lomba”. (Al-Mutaffifin: 26)

Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut:

1.Berdoa supaya Allah menyampaikan anda ke bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (Ahmad dan Tabrani)

Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya menyampaikan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

2. Panjatkan pujian dan syukur di atas kesampaiannya kepada Ramadhan. Menurut Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar: “Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepadaNya”.

Di antara nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada hamba ialah taufik dan hidayah untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Justeru suatu nikmat yang besar apabila seorang tiba bulan Ramadhan dalam keadaan kesihatan yang baik. Dengan itu sewajarnya dia bersyukur dan memuji Allah sebagai pemberi nikmat dan kelebihan kepadanya. Berilah pujian sebanyak-banyaknya sepertimana yang patut dilakukan kepada Allah SWT yang memiliki keagungan dan ketinggian kekuasaan.



3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahwa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka”. (Ahmad)

Para Salafussoleh yang terdiri dari para Sahabat dan Tabien sangat memberi perhatian dengan kedatangan bulan Ramadhan serta bergembira dengan ketibaannya kerana mereka gembira menerima berita yang paling besar tentang hampirnya bulan Ramadhan yang merupakan musim ibadat dan turunnya rahmat.

4. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan. Apa yang menyedihkan ramai orang termasuk orang yang beragama merancang dengan teliti tentang urusan dunia, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian dalam urusan akhirat. Ini disebabkan tiada kesedaran tentang tugas dan tanggungjwab mukmin di dalam kehidupan ini, lupa atau leka bahawa seorang muslim memperolehi peluang yang banyak bersama Allah dan temu janji penting untuk mendidik jiwanya sehingga teguh di atas urusan ini. Di antara contoh rancangan kepada akhirat ialah, rancangan untuk memenuhi Ramadhan dengan ketaatan dan ibadah. Justeru seorang muslim hemdaklah menentukan agenda atau program praktikal untuk memenuhi siang dan malam Ramadhan dengan ibadah kepada Allah. Pesanan yang anda tatap ini membantu anda untuk memenuhi Ramdhan dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Insya Allah.

5. Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan soleh. Oleh itu orang yang benar dengan keimanan kepada Allah pastilah Allah akan menolong dan memudahkan untuknya berada di jalan yang baik. Firman Allah: “Padahal jika mereka benar-benar (beriman) kepada Allah, pastilah yang demikian itu lebih baik baginya”. (Muhammad: 21)

6. Berilmu pengetahuan tentang hukum-hakam Ramadhan kerana seorang mukmin yang menyembah Allah wajib mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fadhu yang telah Allah wajibkan ke atas hambaNya. Oleh itu tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan diterima Allah. Firman Allah: “Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”. (Al-Anbiya’: 7)

7. Kita hendaklah menyambut ketibaan Ramdhan dengan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar-benarnya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula. Ramadhan adalah bulan taubat. Justeru jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi mahu bertaubat? Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung”. (An-Nur: 31)

8. Mempersiapkan jiwa dan ruh melalui pembacaan dan ulangkaji ke atas buku, artikel dan mendengar kaset dan cd ceramah agama berkenaan fadilat dan hukum-hakam puasa sehingga jiwa benar-benar bersedia untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Nabi saw ketika mempersiapkan jiwa para sahabatnya untuk merebut kelebihan bulan ini dengan telah berpesan semasa di penghujung Sya’ban: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan..” (Ahmad dan Nasai)

9. Bersedia dengan sebaik-baiknya untuk gerak kerja dakwah:
- Menyampaikan beberapa pesanan dan tazkirah dengan pengisian yang baik di masjid dan surau tempatan.
- Mengedarkan risalah dan buletin ringkas yang berkaitan Ramadhan kepada para jemaah dan penduduk tempatan
- Menyediakan hadiah Ramadhan sekadar kemampuan anda dan yang bersesuaian seperti hadiah cd, buku, majalah dan sebagainya. Tulislah ini adalah hadiah Ramadhan.
- Mengingati orang miskin dan fakir dan sentiasa bersedekah dan berzakat kepada mereka.

10.Kita menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran putih dan bersinar bersama:
- Allah dengan bertaubat
- Rasul saw dengan mentaati apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang dan ditegah
- Ibubapa, jiran tetangga, kaum kerabat, suami isteri, anak-anak dengan berbuat baik dan menghubungkan silaturrahim.
- Masyarakat yang anda hidup bersamanya dengan menjadi hamba yang soleh dan berguna. Sabda nabi saw: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada manusia (masyarakat)”.

Demikian langkah yang diambil oleh seorang muslim semasa menyambut ramadhan seakan-akan seperti bumi yang kemarau menantikan hujan, pesakit yang menantikan kedatangan doktor yang akan merawat dan kekasih yang menanti kedatangan kekasih yang berjauhan.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Tuesday, July 27

piala dunia + dakwah =piala dakwah













Alhamdulillah,syukurku panjatkan kepada Tuhan yang masih memberiku nikmat iman dan islam,selawat dan salam buat Junjungan Nabi SAW ,sahabat serta keluarga Baginda SAW..

Tahun 2010 ini banyak banyak perkara yang telah berlaku.Antara yang menarik pada tahun ini ialah ‘PIALA DUNIA’.Memang tidak dinafikan bahang dan kehangatan pesta piala dunia ini dirasai oleh semua peringkat,tanpa mengenal usia.

Siapa yang tidak mengetahui perkembangan piala dunia akan kelihatan agak pelik,ini menunjukkan sukan bola sepak masih lagi mendapat perhatian seluruh dunia.

Bola sepak tidak perlu diperkenalkan lagi,dalam satu perlawanan bola sepak memerlukan kesebelasan utama yang merupakan pemain-pemain terbaik dari setiap pasukan,juga melibatkan pemain-pemain simpanan,penyokong juga tidak boleh dipisahkan kerana tanpa penyokong dimanakah kemeriahannya.Dalam satu perlawanan memerlukan pengadil untuk mengadili perlawanan secara adil.

Jika kita lihat peranan setiap yang disebutkan sebentar tadi secara terperinci …

Stadium-merupakan medan bagi perlawanan bola sepak,tiada kehangatan sekiranya sekadar bermain diatas jalanraya.Stadium adalah tempat yang dianggap penting dalam perlawanan bola sepak.


Penonton atau penyokong-memeriahkan perlawanan sekiranya jumlahnya memenuhi setiap pelusuk stadium.peranannya hanyalah member sokongan moral kepada pemain-pemain,kelompok ini akan memuji-memuji setiap pemain yang bermain dengan cemerlang dan sanggup membelanjakan wang bagi membeli barangan-barangan pasukan kesukaan mereka,tapi,sekiranya pasukan mereka mengalami kekalahan,maka bertimbun-timbunlah sumpahan keatas pemain mahupun jurulatih..maka timbullah ayat-ayat seperti ‘kalau tak tau main bola janganlah nak tunjuk pandxai main’huh…

Kelompok ini hanya memberi sokongan mahupun sorakan,tanpa mampu berbuat apa-apa keatas keputusan perlawanan samada menang atau kalah tanpa mengira jumlah kehadiran mereka,biarpun sedikit atau banyak kuantiti mereka,kemampuan mereka adalah sekadar menjerit diluar kawasan padang. Walaupun kehadiran mereka dianggap penting tapi mereka sekadar penyokong sahaja.



Pengadil-mereka menjalankan peranan sebagai pemerhati dan menjadi rujukan kedua-dua belah pasukan dalam mengadili satu-satu perlawanan.

Seseorang pengadil itu ,walaupun menyebelahi mana-mana pasukan,dia juga tidak mampu menjaringkan gol bagi membolehkan sesebuah pasukan itu menang.



Pemain-pemain-mereka ini adalah kekuatan utama dan merupakan pejuang-pejuang sebenar bagi sesebuah pasukan.kesebelasan utama ini merupakan pilihan terbaik dari jurulatih untuk mereka memasuki medan pertempuran.pada merekalah terletaknya nasib pasukan mereka.Menang atau kalah tergalas pada bahu mereka.Biarpun ‘hadaf’ mereka sekadar mencari ruang serta menjaringkan gol kemenangan,maka setiap apa yang berlaku merupakan tanggungjawab mereka,merekalah yang akan berjuang ,mempamerkan aksi-aksi bola sebenar,merekalah yang merasa kesakitan sekiranya dikasari,merekalah yang akan merasakan kesusahan,bergelut-gelut untuk mendapatkan bola,mereka diasak lawan,bahkan kadangkala mereka dimarahi oleh rakan-rakan.luka,lebam,bengkak sudah menjadi kebiasaan.cedera ringan mahupun berat,kadang-kadang patah-patah anggota,ada juga yang anggotanya terus menghilang.tapi mereka tetap dengan tujuan untuk mencari kemenangan.Mereka akan dipuji sekiranya pasukan mereka menang,dijulang dan diberi penghargaan.Ada juga penyokong beralih arah apabila pasukan tersebut menang.


Tapi,sekiranya mereka kalah,maka pada mereka inilah terletaknya semua kesalahan,caci maki,sumpahan mahupun balingan objek dari penyokong semuanya kepada mereka,walaupun mereka telah bersungguh-sungguh,luka-luka dan kesakitan tidaklah diambil kira,disebabkan kekalahan maka semua ini menjadi makanan.Tapi,kalau menang,maka ramailah penyokong menjulang-julang dan seolah-olah penyokong lah penyebab kemenangan.


Begitulah bolasepak…………….agak kasihan membaca akhbar pemain-pemain korea kena denda kerja lombong disebabkan kekalahan memalukan……kasihan bukan……ke tak kasihan?????huhu

Begitulah….



Terkenang akan kata-kata ‘naqib’ usrahku….pejuang-pejuang agama yang berjuang dalam aliran dakwah ini seperti konsep bola sepak…..

Lalu ku fikir-fikir akan kalam beliau…memang benar……tepat sekali…..

Jika kita lihat pada diri kita sendiri,tergalas amanah dakwah ke atas kita untuk disampaikan.jadi,dimanakah posisi kita sebagai penggerak dakwah….

Adakah kita sebagai penyokong….yang mana peranannya sama seperti penyokong bolasepak…menyokong apabila Nampak bibit kemenangan???

Dan mengatakan kita lah punca kemenangan,setelah menyokong,adakah sokongan kita itu punca sebenar kejayaan itu??

Atau kita akan mencerca dan mencaci orang yang melakukan kerja-kerja islam yang mulia ini setelah kita lihat ianya tidak mendatangkan hasil??sedangkan kita hanya penyokong yang menantikan kemenangan tanpa membuat kerja……fikirkan…..

Ataupun kita sememangnya orang yang memainkan peranan penting dalam kerja-kerja ini,kitalah orang yang turun padang dalam menjayakan misi mendapatkan ‘daulah islamiyah’diatas bahu kita lah tergalas amanah dakwah ini,diatas kita tanggungjawab ini..kita lah pejuang yang bermain dalam medan ini….

Kitalah matarantaian dan kesinambungan dakwah Nabi SAW…kitalah yang akan merasa kesakitan ini,kitalah yang akan dicerca kawan sendiri,kita lah yang akan dipulau,kitalah yang akan kelihatan asing oleh sebahagian orang…..kitalah yang cuba secara serius bergabung dengan jemaah dikala orang islam sendiri tak faham akan jemaah.kitalah yang terluka,kitalah yang akan merasa susah payah,disisih rakan-rakan,ditarik pinjaman,diberi ugutan..

Bila kemenangan itu semakin pasti,kita semakin kuat iltizam dan usaha,bersyukur kerana dapat melakukan kerja-kerja Nabi-Nabi yang Mulia,sedangkan jika kemenangan itu masih tidak Nampak,kita akan diperlekehkan oleh manusia-manusia yang bergelar penyokong…..bersediakah kita…pilihan ditangan kita….seorang pejuang tidak akan beralasan….kata-kata seperti ‘saya sibuk sangat ni’ ‘saya tiada masa’ ‘kita ada banyak cara’ ‘dan macam-macam alasan lain bukan lah keluar dari mulut seorang yang menggalas tugas yang besar ini…cubaan dan dugaan akan terus menerus datang dalam usaha kita membina generasi,kritikan menjadi biasa dalam usaha kita menyampaikan kebaikan….kesempitan wang kerana disempitkan dari segala segi,kekangan-kekangan dakwah juga menjadi makanan tradisi..tapi ingatlah akan janji ALLAH….ALLAH takkan tinggalkan pejuang dalam keadaan terbiar….kerana pejuang takkan mengdapat kegagalan..samada mendapat kemenangan atau mati syahid,dua-dua adalah kemenangan…

Jadi,dimanakah kita….cukup sekadar penyokong …atau bergembira sebagai pendokong…cukup sekadar menjerit-jerit atau benar-benar beraksi mempamerkan skill-skill…fikirkan lah……




8888888888888888888888888



Ya ALLAH bantulah pejuang-pejuang agamaMu.

Ya ALLAH terima lah aku menjadi tentera agamaMU…

Ya ALLAH…rahmatilah sahabat-sahabatku yang bergadai dalam bidang ini..

Ya ALLAH ..kuatkanlah langkah kaki ini….



Ku berbangga ada disahabat yang ditarik zakat kerana menggabungkan diri dengan jemaah,ku berbangga ada dikalangan mereka di ejek,diperli kerana menyampaikan kebaikan…ku berbangga dengan mereka,dikala mereka mencegah kemungkaran mereka ditohmah,sedangkan mereka masih thabat dijalan ini…….



dari hati untuk diri................

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...