Posts

Showing posts from April 16, 2010

Kalam Taujihat

Image
Salam...baru2 ni diminta buat kalam taujihat... jadi,tercipta la kalam2 ni.... kalo tersalah sila2 la tegur.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam perjuangan kepada sidang pembaca sekalian, Segala puji bagi Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana, Tuhan yang memiliki segala kekuasaan dan tiada sekutu bagi-Nya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W, para sahabat,ahli keluarga serta seluruh generasi yang menjadi mata rantaian perjuangan Baginda S.A.W, yang mana antara mutiara kata dari kalam Kenabian Baginda, “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat” Sahabat-sahabat seperjuangan , Keberadaan kita di bumi mesir ini tidak lain adalah untuk mencari mutiara-mutiara ilmu milik Allah S.W.T agar menjadi bekalan kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini sekaligus digunakan samada di Mesir mahupun di Tanah air kita. Oleh itu, hendaklah kita senantiasa memperbaharui niat dari masa ke semasa agar kita tidak terpesong dari tujuan suci ini. Sahabat-