Sabar dalam ujian

Kesabaran yang teruji,

Seawal pagi selepas subuh, kira-kira jam 6 pagi keluar bergerak ke bandar Lahad Datu, dengan tujuan mendapatkan bekalan susu untuk anak-anak, kerana kedai dan pekan yang berhampiran tiada susu dari jenis yang diminum oleh anak-anak,

Perjalanan lebih kurang 150 kilometer sehala, biasanya mengambil masa 2 jam berdasarkan pemanduan ala-ala pemandu F1 Alex Yoong di litar,

Ketika sampai di 10 kilometer sebelum sampai ke destinasi, jam menunjukkan tepat 7:50 pagi, dan ada sekatan jalanraya dari anggota polis, tentera dan ada juga pegawai trafik yang setia dengan kertas samannya,

Bayangkan, dari 10 kilometer itu, keadaan sesak di jalanraya dan bergerak sekali sekala,

Setelah dua jam mengensot, baru menghabiskan satu kilometer, habis segala ayat hafazan di ulang-ulang, tak cukup dengan itu, di tambah dengan sedikit dengkuran apabila bertukar pemandu dengan isteri (Nur Hazirah N Roslizan) yang tidak sanggup melihat suaminya keletihan,

Memang menguji kesabaran, apabila jarak baki yang hanya 7 kilometer ke bandar, terpaksa kami tempuh dalam masa 5 jam,

Jam tepat menunjukkan pukul 1 petang, kami menempuh sekatan jalan raya.

Apabila tiba di sekatan, pegawai berkenaan bertanya kepada kami, 'mahu ke mana?'

Saya jawab, nak pergi ke Ramai-ramai, beli susu anak, dia tanya semula ' ramai ke?'

Saya jawab, tak tahulah, nanti balik saya bagitau ramai ke tidak di sana 😅

Dengan penuh senyuman yang dilindungi pelindung muka, saya ucapkan selamat bertugas kepada pegawai berkenaan,

Dan di sambut dengan senyuman serta lambaian dari anggota yang bertugas, alhamdulillah,

Memang kalau nak diikutkan, kita letih mengharungi 'jem' selama 5 jam, tapi kita masih di dalam kereta yang berhawa dingin, sedangkan 5 jam tadi, mereka berdiri dan setia  bertugas di posisi,

Moga-moga dengan sapaan dan ucapan saya tadi, dapat menghapuskan dosa kami yang mungkin merungut ketika di dalam kereta sebentar tadi,

Dan moga dengan  berbalas senyuman dan lambaian tadi, dapat menghilangkan penat mereka berdiri sejak pagi tadi,

Moga Allah ganjari mereka, yang bertugas dengan ikhlas hati, di bawah terik mentari, sambil berpuasa dengan ganjaran syurga tertinggi,

Sekalung penghargaan dari saya buat petugas barisan hadapan.

Kita penat, mereka penat, moga Allah angkat kepenatan kita di akhirat nanti dan diganti dengan kesenangan, aamiin.

Sekian,

Rajin pula menaip di kala hujan.

#hebatjasamereka #rayaperantauan #

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول