Kuih Raya dan PKP

Sejak dari awal perintah kawalan pergerakan, saya dan isteri sudah merancang untuk duduk di rumah sahaja bagi meraikan hari raya pada tahun ini, maksudnya raya di perantauan sahaja bersama anak-anak,

Bila dah diumumkan PKP dilanjutkan dari fasa 1 ke 2, maka keputusan yang kami rancang makin kukuh, untuk beraya di Lahad Datu Sabah tahun ini,

Banyak perkara yang difikir dan dibincangkan sehingga terhasilnya sebuah keputusan, maklumlah, bukan cuti biasa, cuti sambut hari raya kot, tapi alhamdulillah, mungkin Allah ada rancangan kepada hambanya yang lemah ini,

Untuk saya, sambut raya di perantauan ini boleh dikatakan biasa, walaupun kali terakhir beraya di 'oversea' ini, kali terakhir 11 tahun yang lepas, tapi berbeza untuk isteri (Nur Hazirah N Roslizan) dan anak-anak, ini mungkin pengalaman pertama mereka, apa-apa pun, bersyukur kerana masih bersama keluarga kecilku yang tercinta bersama-sama, Alhamdulillah,

Jadi, selaku orang yang berpengalaman raya di kejauhan, kitalah yang jadi penggerak agar ahli dibawah kita tidak terasa sangat akan perubahan bulan, jadi kita mulakan dengan pelbagai pengisian di bulan ramadan, antaranya bacaan kitab selepas solat terawikh, dan juadah moreh, seronok juga rasanya,

Dan semalam, saya lihat isteri sibuk membuat kuih raya, katanya tahun ini mahu buat empat atau lima jenis, sambil buat dan makan ketika berbuka, dapatlah juga anak-anak terutama kaklong Nurun belajar sikit-sikit cara buat kerja, alhamdulillah, isteri memang memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan dan pentarbiahan anak-anak, moga isteri saya di anugerakah makam tertinggi di sisi Allah dan anak-anak menjadi anak yang solehah,

Jadi, inilah hasil kuih raya pertama buatan isteri saya semalam, hari ini, nampak macam sedang menjala, walau apa pun yang dimasak dan dihasilkan olehnya, saya lah yang jadi peminat PERTAMA segala resepi yang dicubanya.

Sekian.

#gengrayaperantauan
#kitajagakita
#kisahusrati

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول