wanita PEMBAKAR MATA dan PERESAH HATI..???

Di zaman ini kita dapat lihat ramai wanita khususnya muslimah yang mula tidak menjaga maruah diri dan hilang sifat malu. cth(LINK)Satu mafhum hadis Rasulullah S.A.W menyebut “ bilamana engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu”. Hadis ini bukan galakan untuk kita buat sesuka hati kita je, melakukan ape yang dilarang dan meninggalkan ape yang disuruh Allah dan RasulNya. Bukan itu maksudnya! Ini satu bentuk sindiran yang tersirat makna mencegah. Cuba hayati dialog seorang ibu dengan anaknya yang degil untuk mendengar kate ibunya bilamana ibunya melarang anak kecilnya memanjat pokok kelapa: berkata si anak : “ibu,leh tak man(salman) nak panjat pokok kelapa tu? “ Si ibu yang risau akan keselamatan anaknya berkata dengan lemah lembut, “ jangan panjat man,nanti jatuh man jugak yang susah nanti” Terus anak itu menjawab, “ alah ibu..man pandai panjat la..man kan kuat”..Maka, ibu yang menyangka anaknya degil mendengar nasihatnya terus berkata dengan nada sindiran, “ panjatlah man,panjatlah tinggi manapun yang man nak panjat..tp kalau jatuh jangan cari ibu”. Cuba hayati dialog dan cuba kaitkan cara nasihat ibu tadi kepada anaknya dan cara junjungan besar kita menasihati umatnya. Moga kita tergolong dari pengikut nabi Muhammad yang sentiasa mentaati segala tunjuk ajar dan sunnah baginda.



Islam tidak bezakan taraf wanita dan lelaki. Yang berbeza adalah tahap ketaqwaan masing-masing. Malah wanita yang solehah itu diumpamakan sebagai penyejuk mata dan penenang hati bagi sang lelaki.Tapi yang sedihnya wanita hari ini khususnya kebanyakan wanita muslimah sudah menjadi pembakar mata dan peresah hati bagi lelaki.



Pembakar mata? Ye pembakar mata bagi lelaki di akhirat nanti. Mata yang tak dijaga dari pandangan haram. Mata yang tak terjaga dari melihat bentuk tubuh wanita yang haram bagi lelaki yang bukan suami melihatnya. Semua kategori mata ini akan dicucuh dengan besi api yang tersangat panas dari api neraka( nauzubillah). Kebanyakan wanita hari ini dengan ‘selamber’ je keluar rumah dengan berpakain yang terlalu ketat. Bertudung tapi bentuk badan jelas terpampang di setiap legar mata yang memandang. Ditambah pula keayuaan wajah dihiasi dengan warna ‘mack up’ yang menambahkan lagi daya tarikan orang yang melihat. Akibatnya, bergeloralah hati sang lelaki yang melihat keayuan wanita itu. Tercemarlah kekhusukan hati sang lelaki pada Rabbnya kesan melihat wanita ajnabi yang tak menjaga auratnya kerana pepatah melayu menyebut ‘dari mata jatuh ke hati’. Bila sampai ke hati,maka hati itu akan mulai resah gelisah. Hati mula terhijab dengan khaliqnya,maka akan terus rosaklah hati itu. Akhirnya,berlakulah pergaulan bebas seterusnya terjun ke lembah penzinaan,perogolan,pencabulan dll. Masyarakat terus punah dan ranah dek kerana sikap tak berhati-hati para wanita akhir zaman ini.



Jadi,ayuh kita bersama mendidik diri, keluarga khususnya isteri,anak-anak perempuan,kakak,adik perempuan serta jiran tetangga untuk kembali menghayati akhlak islam yang sebenar. Bukan akhlak barat yang diimport kemudian diadun semula dengan versi baru atas nama islam…Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA