Kisah " Janda 18 Tahun"
Kisah ini sungguh melucukan. Ia mengisahkan orang yang ingin berbini muda. Tetapi kerana kurang teliti dan tergesa-tergesa diri sendiri yang merana. Ibarat kata orang tua-tua, dengar betul-betul dulu baru bertindak. Inilah kisah lucunya.
Ada seorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni namanya Budin. Dia dah 3 tahun menduda setelah kematian isteri.
Pada satu hari , Budin yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya. Budin pun cuba la merisik-risik dengan kawannya, manalah tau ada calon yang sesuai.
TokNabe, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Budin kerana dia ada calon yang sesuai. Budin sungguh gembira bila mengetahui calon yang TokNabe nak rekomenkan adalah "janda 18 tahun." Beria-ia benar TokNabe supaya Budin menerima pilihannya.
“Nak ke dia kat aku yang dah tua ni , TokNabe ?” tanya Budin. “Kau tu pun bukannya tua sangat Din, baru 36 tahun, rupa pun hensem lagi, macam Brad Pit apa!” kata TokNabe membodek Budin.
“Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la..” kata TokNabe lagi."
" Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam” kata Budin tanpa berfikir panjang.
TokNabe pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Budin.” kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap” janji TokNabe pada Budin.
Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu-tunggu oleh Budin, hari di mana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Budin. Hari tu Budin sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan TokNabe di sebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Budin.
Budin segera terbayangkan saat-saat indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Budin disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Budin dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti-nanti oleh Budin, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Budin pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Tapi alangkah terkejutnya Budin bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Budin mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Budin, baru la Budin sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.
“TokNabeeeeeeeeeee! !!!!!” jerit Budin sambil berlari keluar. TokNabe yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Budin “Kau tipu aku TokNabe!!!” jerit Budin sambil mencekik leher TokNabe. “Tipu apa pulak???” tanya TokNabe bingung. “Kau kata 18 tahun.!!!” balas Budin.
“La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun tapi dia dah menjanda 18 tahun!!!” .
“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu,"
Comments