Thursday, July 1

akrab persahabatan


Curahan rahmat Ilahi, mahabbah fillah dan ukhwah sejati umpama embun pagi yang mendinginkan jiwa alam.Tanpa semua ini, kehidupan di mayapada menjadi kering dan gersang.Ukhwah (persaudaraan)Islamiah merupakan ikatan kerohanian yang teguh, hasil tertanamnya iman dalam jiwa. Ianya mampu menerbitkan perasaan belas kasihan yang mendalam mengatasi sebarang ikatan lain, hatta ikatan darah dan keturunan. Hakikat ini telah Rasulullah SAW jelaskan dalam sabda baginda yang bermaksud;

"Perupamaan bagi orang-orang yang beriman itu dalam kasih-sayang, belas-kasihan, rahmat-merahmati mereka, umpama jasad. Jika satu anggota mengaduh sakit, akan turut semua anggota merasai sakit dan berjaga malam".
Imam Muslim dalam sahihnya ada meriwayatkan sabda Rasulullah SAW; "Sesungguhnya Allah Taala akan berkata pada hari kiamat: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranKu? Pada hari ini, Aku akan melindungi mereka di bawah lindunganKu. Iaitu hari di mana tiada lindungan lain kecuali lindunganKu".

Lantaran menyedari hasil dan ganjaran dari persaudaraan serta cinta-kasih kerana Allah inilah, masyarakat Islam di sepanjang sejarah kegemilangan bersungguh-sungguh saling bantu-membantu. Mereka saling memelihara hak saudaranya;

* Tidak menganiaya sesama saudara muslim.

* Tidak membuka aibnya.

* Tidak menyerahkannya kepada musuh.

* Mendoakan untuknya walaupun berjauhan.

* Sentiasa berwajah manis ketika bertemu.

* Saling kunjung-mengunjungi/ berziarah.

* Turut bersukacita dalam kegembiraan saudaranya. Begitu juga pada kesedihannya, bersimpati dan membantu meringankan keresahannya.

* Saling memberi hadiah.

* Menziarahinya ketika dia sakit.

* Turut mengiringi jenazahnya.

Keadaan kehidupan di serata pelusuk dan penjuru dunia hari ini memberi cabaran yang besar terhadap ukhwah Islamiah. Dua cabaran utama ukhwah Islamiah ialah sifat materialistik dan individualistik. Kedua-duanya ini merupakan karat-karat jahiliyyah yang banyak meracuni ukhwah. Demi memastikan kesejahteraan hidup insan, sewajarnya kita sama-sama berusaha keras memastikan ukhwah dan mahabbah berada dalam keadaan sihat dan subur.

Bagaimana?
Pertama-tamanya, mestilah dibasmi segala gejala yang merosakkan ukhwah:

1. Berprasangka dan curiga terhadap saudara muslim - apa jua bentuk aduan yang memburuk-burukkan diri saudara muslim,mestilah diselidiki dahulu kebenarannya. Kesilapan dalam bertindak, akan meracuni dan membunuh ukhwah. 2. Memperolok-olokkan dan mencela sesama saudara muslim - mempersedakan dan memanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati saudara muslim, sama juga seperti mencela diri sendiri. Kerana seseorang muslim itu merupakan cermin kepada saudaranya. 3. Mencari-cari kesalahan dan mendedahkan aib saudara muslim - tidak boleh juga mengumpat dan menyebut kelemahan di belakang saudara muslim.

Tutupilah aibnya dan beri dia peluang bertaubat dan memperbaiki diri. Jangan hanya dengan satu kesalahan membunuh banyak lagi kebaikan yang dilakukan oleh saudara muslim.


Keduanya, ukhwah Islamiah mestilah dtaburi dan disirami baja yang berkesan untuk meningkatkan kesuburannya;


1. Taaruf - saling mengenali - mengetahui n
amanya, bangsanya, keluarganya, dan asal kediamannya.

2. Taaluf - rasa keterikatan dan kesatuan antara orang-orang beriman. Berpegang kepada ikatan agama Islam dan menghindarkan pepecahan.

3. Tafahum - saling memahami. Sentiasa peka dengan keadaan saudara muslim dan segera memberikan bantuan sebelum diminta.

4. Ta'awun - saling membantu dalam hal-hal kebaikan. Juga saling mengingatkan dan menghindari sebarang keburukan dan kemungkaran.

Yakinlah setiap diri muslim yang bersungguh-sungguh memelihara ukhwah akan sentiasa beroleh rahmat dan pertolongan Allah. "Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat. Allah selalu menolong seseorang hamba selama dia menolong saudaranya".(HR Muslim)

Sentiasalah berterusan menyuburkan ukhwah dengan kata-kata penyegar yang menyakinkan - beritahu saudara muslim kita bahawa kita sangat mengasihinya kerana Allah. Juga sentiasalah saling mendoakan saudara muslim di luar pengetahuannya. Ini bermakna, sewaktu kita berhadapan dengannya kita nyatakan perasaan kita terhadapnya. Manakala di luar kehadirannya, kita sentiasa mendoakan kebaikan untuknya. Dengan itu ukhwah Islamiah berjalan lancar pada setiap detik hayat kita.

Seperkara yang perlu kita fikirkan...UKHWAH ISLAMIAH adalah sesuatu yang tinggi kedudukannya di sisi Allah.
Maka sudah tentu ianya berlangsung dalam BATASAN SYARAK.
Bagaimana sikap kita, ...bukankah praktik ukhwah MESTI: LELAKI dan LELAKI. PEREMPUAN dan PEREMPUAN. Bagaimana bolehkah; LELAKI dengan PEREMPUAN?
Bersama-sama kita renungi seperti yang Allah kehendaki...


**************************
setiap perkara yang dituntut dalam agama Islam mempunyai aturan-aturannya...patuhi dan ikutilah.....

Ukhwah adalah sesuatu yang mudah disebut..praktikalnya melalui kefahaman dan kepercayaan....

dan ada yang menganggap mudah sehingga melakukan kemurkaan ALLAH dengan alasan ukhwah.....

TAKUTLAH ALLAH DALAM SETIAP PERKARA DAN PERBUATAN


WALLAHUA'LAM....




Tuesday, June 29

kerana masa....

Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap:
“Bang2..saya telah rugi…”

Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan?
-10 sen?
-100 sen?
-1000 sen?

Tapi kalau bapak korang pulak cakap:
“Wahai anakku, bapakmu telah rugi…”

Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan?
-1 ribu?
-10 ribu?
-100 ribu?

Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap:

“Wahai para pekerjaku, boss telah rugi…”
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan?
-1 juta?
-10 juta?
-100 juta?

Apatah lagi kalau Kerajaan kita NAJIB pulak cakap

“Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi…”
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan?
1 bilion?
10 bilon?
100 bilon?

Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala kita,
Bila Raja segala manusia, Allah berfirman (cakap):

“SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!”

boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu?
Rugi di akhirat,: dunia dan seisi-isinya pun tak boleh nak nilai…Nauzubillah!

KENAPA MANUSIA RUGI?
Kerana Harta?
Kerana bisness..?
Kerana membayar cukai kepada LHDN?
Kerana terlepas tengok siaran langsung piala dunia?
Kerana tak update isu2 semasa?

Jawapan:
KERANA …MASA! …MASA!



***************************



1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


*******************************

sekitar bulan Ramadhan tahun lalu , dikurniakan ALLAH untuk menjejakkan kaki ke Bumi Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah...

ketikamana berada di Madinah , saya telah dijemput bersama-sama 3 rakan yang lain(jumlah jemaah hampir 42 orang) untuk menjadi tetamu kepada AL ALLAMAH ALHABIB ZAIN ZAINULABIDIN

العلامه الاعيهة إلى الله الحبيب زينا العابدين باعلوي

merupakan waris berketurunan Nabi SAW , yang juga merupakan pengarang kitab

'' الأجوبة الغالية في عقيدة الفرقة الناجية ''

dalam pertemuan tersebut...Syeikhuna memanggil saya dengan nama 'Rusli"...(dalam kelompok Arab lebih mudah memanggil saya dengan nama tersebut).

kata-kata Syeikhuna selepas membacakan ayat tadi kepada saya :
'Ya Rusli , aku hendak memberi peringatan kepada kamu....saya ketika itu hanya memandang tepat wajahNYA...

ketahuilah olehmu bahawa setiap manusia dibumi ini dalam kerugiaan.....(xkira sape2,janji hidup lagi dan bukan mayat ..tp mayat hidup termasuk..huhu)

semuanya rugi kecuali 4 perkara ada padanya....

1-orang beriman - yang mengakui tiada Tuhan selain ALLAH ,beserta rukun2 iman yang lain....
TAPI.....
mereka juga rugi jika beriman semata-mata......
maka hendaklah diikuti dengan perkara yang kedua iaitu

2 - beramal soleh - ye...setelah beriman , hendaklah kita melakukan amalan2 yang soleh bagi mempertingkatkan ketaqwaan kita....

TAPI.....

orang yang ade iman dan beramal soleh pun masih dalam kelompok yang rugi...kerana iman dan amalnya hanya untuk dirinya semata...maka hendaklah disusuli dengan peringkat seterusnya.....

3- berpesan-pesan Dengan kebenaran -yaitu menyampaikan kepada orang lain tentang keimanan dan amalan-amalan soleh(bukan cerita kehebatan amalan sendiri)
juga termasuk kat sini ialah amar ma'ruf....sepertimana yang kita tahu...agama kita agama nasihat..jadi perlulah kita saling ingat mengingati dan menambah amalan kita .......dan perkara ini memang dilakukan kebanyakan orang...ye la...sape taknak kebaikan.....

disambung oleh Syeikhuna semuala.....TAPI....orang ini masih rugi selagimana tidak melangkapkan dengan ciri yang satu lagi iaitu....


4-berpesan-pesan Dengan sabar -apabila kita menyeru orang melakukan kebaikan...maka kita juga akan melakukan 'nahi munkar'...memang diakui...nahi mungkar ini memang akan menerima tentangan samada kaum bukan beragama seperti kita dan juga tentangan dari orang yang dalam IC nya tertulis ISLAM.....
mencegah kemungkaran memang memerlukan kesabaran.....


begitulah pesanan SYEIHUNA



...dan ditambah sedikit melalui pemahaman saya yang cetek ini.....bila merenung kembali kepada kalam Syeikh tersebut,saya terfikir...kat mana nak realisasikan amal ma'ruf nahi mungkar ini.....


tercetus dicelah2 pemikiran ini...nak taknak...kena ada DAULAH ISLAMIYAH balik.....baru leh jalankan syariat ALLAH secara menyeluruh....

Tapi sekarang ni Wala' dah diberikan kar Amerika dan PBB...cane ek????

tapi ALLAH dah berfirman:


ولن يجعل الله الكافرين على المؤمنين سبيلا


**********************

jadi kena gak tegakkan kembali daulah islam kembali....

dalam masa sekarang ni...kemampuan kita adalah mendapatkan negara-negara islam....memang kebanyakan negara mengaku negara islam...tapi adakah pelaksanaan syariat islam dapat dilaksanakan?????
tepuk dada tanya iman....

jadi fikiran terus berfikir cara melaksanakan dan merealisasi 'amal ma'ruf nahi mungkar'
dalam konsep sebagai pelajar...tempat @ medium terbaik adalah dengan melaksanakannya didalam persatuan...ye...inilah medan untuk melakukan
"AMAL MA"RUF NAHI MUNGKAR'
ye..dalam persatuan inilah kita menyeru kepada setiap ahli agar mengikut perundangan ALLAH dalam setiap hal....juga melatih kita sabar dalam mehnah dan tribulasi dari pihak-pihak yang ingin melihat islam tidak ditempat sepatutnya........

***************************************

p/s-lihatlah kembali...ke mana arah penggunaan masa kita...adkah bermanfaat @........
makin rapat dengan tuhan @..........
makin bertambah amalan @...........



********************************



Ni adalah sebahagian lirik lagu raihan:

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran…
Ah...


sebagai seorang yang dhaif,saya menasihati diri saya sendiri agar mempergunakan masa ke arah mendekatkan diri dengan pencipta dan menyelusuri jalan-jalan pejuang AgamaNya....

'bukan kita yang mulakan...jangan kita jadi pengakhiran"dalam meneruskan perjuangan Baginda SAW.....


Munajatku :

YA ALLAH,AKU WAKAFKAN DIRI INI KEJALANMU....

TERIMALAH AKU MENJADI TENTERA AGAMAMU....




diri yang sangat lemah....


ROSLIZAN BIN MOHD YUSOF...





Kembali bertugas….

Alhamdulillah semalam 28hb…ta’yin yang mendebarkan telah dilepasi….Alhamdulillah , kini dengan rasminya memulakan kembali tugasan-tugasan yang tertunggak sejak 2 bualan yang lepas…huhu…

Ye..bermula selepas selesainya peperiksaan semalam , terus mengumpaul dam membungkus barang-barang untuk pulang ke bilik ku sendiri(ye…sudah 2bulan berkampung@bersuluk dan berjauhan dari bilikku)

Kemudian terus bersama rakan-rakan bergerak ke citystar membeli-belah di pasaraya ‘Spinneys’..

Maka berakhirlah semalam….

Hari ini bermulanya episode baru, memulakan dengan mempersiapkan tugasan-tugasan yang berlum selesai samada tergendala disebabkan peperiksaan atau yang tergendala dengan sendirinya…maka kesemua proses ini mengambil masa lebih kurang sehari untuk disempurnakan …..

Ya…bermulanya kembali tugasan…bermulanya kembali kerja-kerja….bermulanya kembali segala-galanya…….

Monday, June 28

::. Redha Dia Mengiringi redha mereka .::




Segala puji dan syukur hanya untukMu ya Rabbi!, tempat pergantungan seluruh makhluk.




Kepantasan waktu belum berhenti.


Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Berbelas tahun menuju puluhan tahun. Dulu kita kanak-kanak, kini muda remaja...


Dalam kesibukan yang tidak berhenti, mari kita luangkan sedikit waktu, menyemak apa yang telah kita perbuat kepada...


"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutuanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-ibu".(QS An-Nisaa':36)




Rasulullah s.a.w bersabda:


"Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?. Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata; Bahkan tidak ya Rasulullah. Baginda bersabda; Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibu-bapa".




Apakah yang dimaksudkan derhaka kepada ibu-bapa?


Soalan ini sering/sentiasa menyentuh perasaanku. Aku terasa gementar setiap kali soalan ini singgah di benakku. Justru itu kukumpulkan jawapan yang boleh memanduku mengetahui apakah yang di maksudkan dengan menderhakai ibu-bapa...


Derhaka di sudut ini bermaksud tidak melaksanakan hak-hak ibu-bapa;


* anak memandang dengan tajam kepada ibu atau ayah ketika marah.


* anak merasa/menganggap ibu-bapa sama taraf dengan dirinya.


* anak mengkagumi dirinya dan tidak menghormati pandangan ibu-bapa.


* anak malu dikenali dengan nama ibu atau ayahnya, terutama jika dia lebih berilmu dan berkedudukan.


* anak tidak memberikan nafkah kepada kedua ibu-bapa apabila telah berharta.


* anak berkasar ketika berkata-kata hingga terkeluar perkataan "aahh".


* anak merasa jemu terhadap kedua ibu-bapa. Tergamak menyombong, menyakiti hati, melukai perasaan han menghina ibu-bapa.




Hati kecilku sentiasa gementar dan khuatir kerana sangat sukar untuk benar-benar membebaskan diri dari perangkap salah satu kederhakaan tersebut. Sedangkan sewaktu kecil, aku terlalu merindui mereka. Menjadi sebesar-besar impianku untuk hidup gembira dan terkumpul dengan kedua ibu-bapa. Namun, setelah menyedari aku telah ditentukan untuk terus terpisah dari mereka, aku pasrah melakukan yang terbaik dan diizinkan Allah. Gementar hati tidak juga berakhir. Allah jua yang mampu memudahkan segala-galanya.




Hati terus dipujuk dan dipujuk untuk tetap melakukan yang Allah perintahkan:


* mentaati perintah ibu-bapa kecuali dalam perkara maksiat.


* berbicara kepada ibu-bapa dengan penuh kelembutan dan kesopanan.


* berdiri menghormati kedua ibu-bapa sewaktu hampir dengan mereka.


* mencium tangan ibu-bapa waktu bersalaman.


* menunaikan keinginan dan hajat ibu-bapa.


* memelihara nama baik ibu-bapa.


* berbincang dengan ibu-bapa dalam apa jua tindakan/keputusan yang kita ambil.


* meraikan tetamu yang mengunjungi ibu-bapa.


* melakukan perkara-perkara yang disukai ibu-bapa tanpa disuruh.


* jangan melaung dan bersuara keras memanggil kedua ibu-bapa.


* jangan keluar rumah tanpa izin kedua ibu-bapa.


* jangan menyampuk ketika ibu-bapa sedang bercakap.

* jangan mencela jika ibu-bapa melakukan perkara-perkara tidak disenangi.

* jangan menganggu ketika ibu-bapa tidur.

* banyak berdoa dan memohon ampun untuk kedua ibu-bapa;

"Ya Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani dan mendidik aku semasa kecil".


Hal-hal berkaitan tanggungjawab terhadap kedua ibu-bapa tidak akan berakhir. Berkekalan dari dunia hingga ke akhirat. Betapa pun keadaan kita, susah maupun senang, tetap mesti dilaksanakan tanggungjawab tersebut. Semuanya dilakukan demi beroleh keredhaan Allah. Sebagai bukti ketaatan, kepatuhan dan kecintaan terhadap Allah dan Rasul.

Wallahu'alam.







******************************

hargailah mereka selagi kita diberi peluang bersama mereka......

Sunday, June 27

....



Redup diluar tingkap menandakan hujan bakal turun menyirami bumi..Suasana sunyi.. Kedengaran desiran angin dari penghawa dingin serta petikan keyboard.. sejuk.. hanya lagu-lagu lama yang menemani jiwa. Terasa seperti suasana yang terasing, lengang disemua tempat. Tiada suara yang berbicara memecah kesunyian. Keadaan terlalu damai memang selalu melemahkan semangat bekerja.. Keadaan memaksa diri mencari inspirasi di dalam hati. melihat-lihat tumbuhan hijau.. nyaman terasa dengan sentuhan angin yang membelai.. Segala yang terindah adalah ciptaan Allah juga.. Bagaimana pohon-pohon ini boleh bertahan tanpa berteman, bergerak, berkomunikasi dan beremosi? Tetap sabar walau di pukul angin dan di petik manusia.. Tidak! jgn dilupa.. semua yang hidup adalah makhluk Allah.. sekali pun disakiti hendaklah bertahan dan sabar atas dugaan.. Tiada yang terkecuali dengan izin Allah.. Pohon-pohon itu berteman.. berteman dengan unggas-unggas,semut-semut dan burung-burung yang hinggap berteduh.. pohon-pohon itu bergerak..menari-nari mengikut rentak angin yang bertiup.. pohon-pohon itu berkomunikasi.. akar-akarnya saling berjabat di bawah tanah.. pohon-pohon itu juga punya emosi.. jangan disakitinya.. dia juga bernyawa.. seperti kita.. Kita Sama.. Kejadian ini adalah bukti keagungan Allah.. hati ini tidak akan damai tanpa jiwa yang tenang. Tenang dari segala tekanan.. Sekalipun dipaksa atau terpaksa alami segala kekacauan, jajahan dan siksaan. kerosakkan hanya terlahir dari manusia sendiri.. semakin tamak, pentingkan diri sendiri, serta lupa ditanah siapa kaki ini berpijak.. pulanglah lah ke asalnya.. kedamaian itu bukan hanya milik sendiri.. kita sentiasa berkongsi.. siapa diri ini tanpa diri yang lain.. fitrahnya jiwa ini tidak pernah sepi

Saturday, June 26

keindahan hati





Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi..., Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh.
Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati, Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa; "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28)

Hati...,sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu. Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sehatlah jasad dan mulia peribadi.


Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.

Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;

1.Takutkan kemasyhuran.
Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah".


Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?".


Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia". 2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari. 3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti. 4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian. 5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji. 6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan. 7.Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia. 8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata. 9. Sabar di sepanjang jalan hidup. 10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah. 11. Menghindari ujub dan bangga diri. 12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.Wahai hati-hati yang sentiasa hajatkan ketulusan hakiki,

Isi masamu memperkemas dan memantapkan keikhlasan; 1. Ilmu yang mendalam berkaitan pebinaan ikhlas dan praktiknya. 2. Bersahabat dengan orang-orang yang ikhlas. 3. Membaca sejarah orang-orang yang mukhlis. 4. Mujahadah melawan nafsu. 5. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.

Merenungi hakikat ikhlas ini...,membuat diri kerdil ini merasai betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hambaNya. Bagi diriku... sepanjang jalan hidupku terasa seperti tercampak dan terbuang , namun alam yang luas Allah bentangkan sebagai rahmat. Asal saja mengambil Islam sepenuhnya sebagai sebaik-baik cara hidup. Justru hati diserahkan untuk dididik dan dibersihkan di dalam wadah amar maaruf nahi munkar, terasalah kini betapa Maha Suci kasih Allah Rabbul 'Izati.

Semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya... "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada RabbMu dalam redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu".



*********************************

Friday, June 25

kalam tarbiah' seorang pejuang'


" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan".

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'


pagi Jumaat nan indah ini , tetiba teringat akan seorang pejuang agama ALLAH...

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'....... walaupun saya bertemu dengannya hanya seketika,tetapi cukup merasakan almarhum adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam lapangan dakwah ini.....dipertengahan tahun 2008 sekitar bulan jun ,almarhum datang ke Mesir , dan menginap dirumah kami.....gaya,perwatakan,cara bercakap memang menggambarkan almarhum seorang yang hebat dari segi tarbiahNYa....

setiap kata-kata dan lawak almarhum ustaz ,mesti diselitkan dengan perihal umat...terutama umat di negeri sembilan....tempoh kami bersama kira-kira 2 bulan sahaja,sebelum beliau pulang ke Malaysia....


kesempatan yang kedeua ALLAH berikan kepada saya bersama beliau...ketika saya mengendalaikan sebuah program pelajar sekolah menengah di kompleks sukan LENDU Melaka....

Almarhum diamanahkan untuk memberi tazkirah selepas subuh , bilamana berkumandang azan subuh , almarhum masih belum tiba...hal ini mendatangkan kerisauan saya....kalau almarhum tak hadir bagaimana...?????


Maha Suci ALLAH ....selesai je membari salam , terdengar pecutan kereta yang dipandu Almarhum Ustaz......memang menepati janji orangnya....

Saya terus berjumpa almarhum....bertanyakan khabarnya....almarhum menceritakan bahawa baru pulang dari permatang pauh...ye...ketika itu berlaku pilihanraya kawasan permatang pauh.....apabila keputusan diumumkan,almarhum terus berangkat ke Melaka....YA ALLAH...hebat sungguh ....

dalam tazkirahnya pagi itu , beliau menegaskan peranan muda-mudi Islam...ye..tanggungjawab yang sangat berat.....


Dan kali terakhir,ALLAH memberi saya peluang yang sangat bermakna...ketika pulang dari tugasan ceramah dan motivasi di Pusat Pemantapan AKidah Jelebu Negeri Sembilan ,yang mana selesai program saya ketika itu sudah lewat malam....saya bersama-sama Ustaz Hambali(adik ipar almarhum)dan Ustaz Azman.....Saya yang tinggal di Kuala Lumpur memang tak dapat pulang terus kerumah kerana sudah lewat malam....

Jadi, Ustaz Azman meninggalkan saya bermalam dirumah almarhum disekitar Seremban Negeri Sembilan....

berlalulah malam....apabila selesai solat subuh....saya dijamu sarapan pagi oleh almarhum sendiri..kesempatan yang ada memang dapat merapatkan diri saya dengan almarhum...bercerita tentang halangan-halangan dakwah di Negeri Sembilan....memang banyak rintangan dan halangan....sepengetahuan saya 'almarhum tidak bekerja,almarhum mencurahkan tenaga nya ke jalan ALLAH sebagai pekerja Islam'...Maha SUci ALLAH....saya berhadapan dengan orang yang telah ditarbiah dijalan ALLAH......

selesai berinteraksi dengan almarhum...mendengar sedikit kalam azimat dari beliau serta galakan untuk bekerja sebagai pekerja islam , saya meminta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur...inilah kali terakhir saya berhadapan dan bertemu almarhum.....


ketika roh almarhum bertemu RABBUL IZZATI ,saya berada diMesir....berita yang mengejutkan ini sudah pasti menjadi satu kehilangan mutiara besar dalam pejuangan islam terutama di Negeri Sembilan.....antara jawatan-jawatan yang diamanahkan kepada almarhum-


Ketua Penerangan DPPNS

jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Dakwah.




antara kalam almarhum dalam lapangan tarbiyah,,,kalam yang sangat baik untuk orang-orang yang menceburi lapangan ini.. '
''merajuk tu benda biasa,layan orang merajuk tu buang masa'''

************************************


hari jumaat nan murni ni...saya teringat kepada kisah saya bersama almarhum ,selepas saya membaca sebuah blog , sya terjumpa kalam beliau..dan hari ini almarhum sudah tiada,hanya tinggal sejarah perjuangan dan usaha-usaha almarhum sahaja..
dan hari ini saya teringat sejarah-sejarah bersama almarhum,dan kesemuanya memang sejarah yang mengagumkan dan saya mendoakan agar roh Nya tergolong dalam golongan pejuang-pejuang agama ALLAH...moga ALLAH merahmati roh almarhum.....ameen....

saat menaip ni...terasa sayu hati....




" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan".

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'




*****************************


moga ALLAH memperkuatkan langkahku ini seteguh langkah-langkah para Nabi dan perjuang-pejuang agamaNYA......

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...