Monday, June 28

::. Redha Dia Mengiringi redha mereka .::




Segala puji dan syukur hanya untukMu ya Rabbi!, tempat pergantungan seluruh makhluk.




Kepantasan waktu belum berhenti.


Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Berbelas tahun menuju puluhan tahun. Dulu kita kanak-kanak, kini muda remaja...


Dalam kesibukan yang tidak berhenti, mari kita luangkan sedikit waktu, menyemak apa yang telah kita perbuat kepada...


"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutuanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-ibu".(QS An-Nisaa':36)




Rasulullah s.a.w bersabda:


"Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?. Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata; Bahkan tidak ya Rasulullah. Baginda bersabda; Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibu-bapa".




Apakah yang dimaksudkan derhaka kepada ibu-bapa?


Soalan ini sering/sentiasa menyentuh perasaanku. Aku terasa gementar setiap kali soalan ini singgah di benakku. Justru itu kukumpulkan jawapan yang boleh memanduku mengetahui apakah yang di maksudkan dengan menderhakai ibu-bapa...


Derhaka di sudut ini bermaksud tidak melaksanakan hak-hak ibu-bapa;


* anak memandang dengan tajam kepada ibu atau ayah ketika marah.


* anak merasa/menganggap ibu-bapa sama taraf dengan dirinya.


* anak mengkagumi dirinya dan tidak menghormati pandangan ibu-bapa.


* anak malu dikenali dengan nama ibu atau ayahnya, terutama jika dia lebih berilmu dan berkedudukan.


* anak tidak memberikan nafkah kepada kedua ibu-bapa apabila telah berharta.


* anak berkasar ketika berkata-kata hingga terkeluar perkataan "aahh".


* anak merasa jemu terhadap kedua ibu-bapa. Tergamak menyombong, menyakiti hati, melukai perasaan han menghina ibu-bapa.




Hati kecilku sentiasa gementar dan khuatir kerana sangat sukar untuk benar-benar membebaskan diri dari perangkap salah satu kederhakaan tersebut. Sedangkan sewaktu kecil, aku terlalu merindui mereka. Menjadi sebesar-besar impianku untuk hidup gembira dan terkumpul dengan kedua ibu-bapa. Namun, setelah menyedari aku telah ditentukan untuk terus terpisah dari mereka, aku pasrah melakukan yang terbaik dan diizinkan Allah. Gementar hati tidak juga berakhir. Allah jua yang mampu memudahkan segala-galanya.




Hati terus dipujuk dan dipujuk untuk tetap melakukan yang Allah perintahkan:


* mentaati perintah ibu-bapa kecuali dalam perkara maksiat.


* berbicara kepada ibu-bapa dengan penuh kelembutan dan kesopanan.


* berdiri menghormati kedua ibu-bapa sewaktu hampir dengan mereka.


* mencium tangan ibu-bapa waktu bersalaman.


* menunaikan keinginan dan hajat ibu-bapa.


* memelihara nama baik ibu-bapa.


* berbincang dengan ibu-bapa dalam apa jua tindakan/keputusan yang kita ambil.


* meraikan tetamu yang mengunjungi ibu-bapa.


* melakukan perkara-perkara yang disukai ibu-bapa tanpa disuruh.


* jangan melaung dan bersuara keras memanggil kedua ibu-bapa.


* jangan keluar rumah tanpa izin kedua ibu-bapa.


* jangan menyampuk ketika ibu-bapa sedang bercakap.

* jangan mencela jika ibu-bapa melakukan perkara-perkara tidak disenangi.

* jangan menganggu ketika ibu-bapa tidur.

* banyak berdoa dan memohon ampun untuk kedua ibu-bapa;

"Ya Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani dan mendidik aku semasa kecil".


Hal-hal berkaitan tanggungjawab terhadap kedua ibu-bapa tidak akan berakhir. Berkekalan dari dunia hingga ke akhirat. Betapa pun keadaan kita, susah maupun senang, tetap mesti dilaksanakan tanggungjawab tersebut. Semuanya dilakukan demi beroleh keredhaan Allah. Sebagai bukti ketaatan, kepatuhan dan kecintaan terhadap Allah dan Rasul.

Wallahu'alam.







******************************

hargailah mereka selagi kita diberi peluang bersama mereka......

Sunday, June 27

....



Redup diluar tingkap menandakan hujan bakal turun menyirami bumi..Suasana sunyi.. Kedengaran desiran angin dari penghawa dingin serta petikan keyboard.. sejuk.. hanya lagu-lagu lama yang menemani jiwa. Terasa seperti suasana yang terasing, lengang disemua tempat. Tiada suara yang berbicara memecah kesunyian. Keadaan terlalu damai memang selalu melemahkan semangat bekerja.. Keadaan memaksa diri mencari inspirasi di dalam hati. melihat-lihat tumbuhan hijau.. nyaman terasa dengan sentuhan angin yang membelai.. Segala yang terindah adalah ciptaan Allah juga.. Bagaimana pohon-pohon ini boleh bertahan tanpa berteman, bergerak, berkomunikasi dan beremosi? Tetap sabar walau di pukul angin dan di petik manusia.. Tidak! jgn dilupa.. semua yang hidup adalah makhluk Allah.. sekali pun disakiti hendaklah bertahan dan sabar atas dugaan.. Tiada yang terkecuali dengan izin Allah.. Pohon-pohon itu berteman.. berteman dengan unggas-unggas,semut-semut dan burung-burung yang hinggap berteduh.. pohon-pohon itu bergerak..menari-nari mengikut rentak angin yang bertiup.. pohon-pohon itu berkomunikasi.. akar-akarnya saling berjabat di bawah tanah.. pohon-pohon itu juga punya emosi.. jangan disakitinya.. dia juga bernyawa.. seperti kita.. Kita Sama.. Kejadian ini adalah bukti keagungan Allah.. hati ini tidak akan damai tanpa jiwa yang tenang. Tenang dari segala tekanan.. Sekalipun dipaksa atau terpaksa alami segala kekacauan, jajahan dan siksaan. kerosakkan hanya terlahir dari manusia sendiri.. semakin tamak, pentingkan diri sendiri, serta lupa ditanah siapa kaki ini berpijak.. pulanglah lah ke asalnya.. kedamaian itu bukan hanya milik sendiri.. kita sentiasa berkongsi.. siapa diri ini tanpa diri yang lain.. fitrahnya jiwa ini tidak pernah sepi

Saturday, June 26

keindahan hati





Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi..., Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh.
Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati, Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa; "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28)

Hati...,sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu. Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sehatlah jasad dan mulia peribadi.


Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.

Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;

1.Takutkan kemasyhuran.
Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah".


Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?".


Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia". 2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari. 3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti. 4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian. 5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji. 6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan. 7.Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia. 8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata. 9. Sabar di sepanjang jalan hidup. 10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah. 11. Menghindari ujub dan bangga diri. 12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.Wahai hati-hati yang sentiasa hajatkan ketulusan hakiki,

Isi masamu memperkemas dan memantapkan keikhlasan; 1. Ilmu yang mendalam berkaitan pebinaan ikhlas dan praktiknya. 2. Bersahabat dengan orang-orang yang ikhlas. 3. Membaca sejarah orang-orang yang mukhlis. 4. Mujahadah melawan nafsu. 5. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.

Merenungi hakikat ikhlas ini...,membuat diri kerdil ini merasai betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hambaNya. Bagi diriku... sepanjang jalan hidupku terasa seperti tercampak dan terbuang , namun alam yang luas Allah bentangkan sebagai rahmat. Asal saja mengambil Islam sepenuhnya sebagai sebaik-baik cara hidup. Justru hati diserahkan untuk dididik dan dibersihkan di dalam wadah amar maaruf nahi munkar, terasalah kini betapa Maha Suci kasih Allah Rabbul 'Izati.

Semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya... "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada RabbMu dalam redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu".



*********************************

Friday, June 25

kalam tarbiah' seorang pejuang'


" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan".

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'


pagi Jumaat nan indah ini , tetiba teringat akan seorang pejuang agama ALLAH...

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'....... walaupun saya bertemu dengannya hanya seketika,tetapi cukup merasakan almarhum adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam lapangan dakwah ini.....dipertengahan tahun 2008 sekitar bulan jun ,almarhum datang ke Mesir , dan menginap dirumah kami.....gaya,perwatakan,cara bercakap memang menggambarkan almarhum seorang yang hebat dari segi tarbiahNYa....

setiap kata-kata dan lawak almarhum ustaz ,mesti diselitkan dengan perihal umat...terutama umat di negeri sembilan....tempoh kami bersama kira-kira 2 bulan sahaja,sebelum beliau pulang ke Malaysia....


kesempatan yang kedeua ALLAH berikan kepada saya bersama beliau...ketika saya mengendalaikan sebuah program pelajar sekolah menengah di kompleks sukan LENDU Melaka....

Almarhum diamanahkan untuk memberi tazkirah selepas subuh , bilamana berkumandang azan subuh , almarhum masih belum tiba...hal ini mendatangkan kerisauan saya....kalau almarhum tak hadir bagaimana...?????


Maha Suci ALLAH ....selesai je membari salam , terdengar pecutan kereta yang dipandu Almarhum Ustaz......memang menepati janji orangnya....

Saya terus berjumpa almarhum....bertanyakan khabarnya....almarhum menceritakan bahawa baru pulang dari permatang pauh...ye...ketika itu berlaku pilihanraya kawasan permatang pauh.....apabila keputusan diumumkan,almarhum terus berangkat ke Melaka....YA ALLAH...hebat sungguh ....

dalam tazkirahnya pagi itu , beliau menegaskan peranan muda-mudi Islam...ye..tanggungjawab yang sangat berat.....


Dan kali terakhir,ALLAH memberi saya peluang yang sangat bermakna...ketika pulang dari tugasan ceramah dan motivasi di Pusat Pemantapan AKidah Jelebu Negeri Sembilan ,yang mana selesai program saya ketika itu sudah lewat malam....saya bersama-sama Ustaz Hambali(adik ipar almarhum)dan Ustaz Azman.....Saya yang tinggal di Kuala Lumpur memang tak dapat pulang terus kerumah kerana sudah lewat malam....

Jadi, Ustaz Azman meninggalkan saya bermalam dirumah almarhum disekitar Seremban Negeri Sembilan....

berlalulah malam....apabila selesai solat subuh....saya dijamu sarapan pagi oleh almarhum sendiri..kesempatan yang ada memang dapat merapatkan diri saya dengan almarhum...bercerita tentang halangan-halangan dakwah di Negeri Sembilan....memang banyak rintangan dan halangan....sepengetahuan saya 'almarhum tidak bekerja,almarhum mencurahkan tenaga nya ke jalan ALLAH sebagai pekerja Islam'...Maha SUci ALLAH....saya berhadapan dengan orang yang telah ditarbiah dijalan ALLAH......

selesai berinteraksi dengan almarhum...mendengar sedikit kalam azimat dari beliau serta galakan untuk bekerja sebagai pekerja islam , saya meminta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur...inilah kali terakhir saya berhadapan dan bertemu almarhum.....


ketika roh almarhum bertemu RABBUL IZZATI ,saya berada diMesir....berita yang mengejutkan ini sudah pasti menjadi satu kehilangan mutiara besar dalam pejuangan islam terutama di Negeri Sembilan.....antara jawatan-jawatan yang diamanahkan kepada almarhum-


Ketua Penerangan DPPNS

jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Dakwah.




antara kalam almarhum dalam lapangan tarbiyah,,,kalam yang sangat baik untuk orang-orang yang menceburi lapangan ini.. '
''merajuk tu benda biasa,layan orang merajuk tu buang masa'''

************************************


hari jumaat nan murni ni...saya teringat kepada kisah saya bersama almarhum ,selepas saya membaca sebuah blog , sya terjumpa kalam beliau..dan hari ini almarhum sudah tiada,hanya tinggal sejarah perjuangan dan usaha-usaha almarhum sahaja..
dan hari ini saya teringat sejarah-sejarah bersama almarhum,dan kesemuanya memang sejarah yang mengagumkan dan saya mendoakan agar roh Nya tergolong dalam golongan pejuang-pejuang agama ALLAH...moga ALLAH merahmati roh almarhum.....ameen....

saat menaip ni...terasa sayu hati....




" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan".

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'




*****************************


moga ALLAH memperkuatkan langkahku ini seteguh langkah-langkah para Nabi dan perjuang-pejuang agamaNYA......

Sampai Bila Mahasiswa Hendak Diperbodohkan

Penulis berniat untuk menjawab beberapa isu berkenaan dengan tulisan yang bertajuk “Sudah Sampai Masanya MB Kelantan Berundur”. Tetapi setelah difikirkan balik, baik isu ini tidak diperpanjangkan. Sejak dari awal penulis menyebut bahawa tulisan tersebut bukan bermakna krealiti Tok Guru dipertikaikan.

Selepas Perhimpunan Mansuh ISA selesai dalam jam 6.30 petang pada 1 Ogos baru-baru ini. malamnya, Penulis sempat menonton buletin TV3 bagi melihat apa yang bakal diulas oleh pemberita tentang perhimpunan yang berlaku. Begitu banyak menteri yang mengulas, penulis paling tertarik dengan amaran yang dikeluarkan Menteri Pengajian Tinggi bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan telah membenarkan diri mereka dieksploitasi oleh pembangkang.

Kenyataan yang agak agresif tetapi agak mundur ke belakang. Penulis selalu terfikir kenapa pemikiran mahasiswa pasca 70’an begitu hebat dikekang.? Kenapa pihak kerajaan terlampau takut dengan gelombang mahasiswa.?. Indonesia pernah mencatat sejarah bagaimana Suharto digulingkan dengan suara mahasiswa.!

Adakah mahasiswa menentang sebuah keadilan.? Adakah Mahasiswa berdemontrasi kerana inginkan kebebasan mutlak.? Tidak....

Mahasiswa bangkit kerana ingin menuntut sebuah keadilan.? Mahasiswa Bangkit kerana ingin menuntut hak mereka?. Itu sahaja. Takkan itu pun kerajaan menjadi gerun.

Membaca sejarah gerakan mahasiswa tahun 70’an merupakan satu catatan yang cukup indah. Zaman itu, masyarakat cukup memandang tinggi terhadap mahasiswa sebagai pemimpin masa depan yang cukup dinamik. Mahasiswa menjadi tempat rujuk masyarakat apabila berlaku kezaliman terhadap hak mereka.

Kemuncak kebangkitan mahasiswa ketika itu ialah demontrasi Baling yang diadakan bertujuan untuk membela nasib penduduk baling yang kelaparan dan kebuluran. Dengan sebab kebangkitan tersebut, kerajaan terpaksa meminda beberapa perkara untuk memperbaiki nasib penduduk Baling.

Selepas itu jugalah, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di bentuk untuk mengekang pergerakan mahasiswa.

Pihak kerajaan berhujjahkan bahawa tujuan AUKU digubal supaya mahasiwa lebih menumpukan kepada pelajaran bukannya suasana politik luaran. Pelajaran lebih penting dari segala-galanya.

Dalam masa yang sama, kerajaan selalu mewar-warkan bahawa mahasiswa hari ini ialah pemimpin masa depan. Jadi adakah roda kehidupan seorang manusia hanya berkait dengan pelajaran semata-mata?. Bukankah belajar dengan suasana kehidupan diluar merupakan satu pembelajaran.!

Penulis teringat kata-kata seorang penyarah di UKM ketika berada dalam bilik kuliah “keluarkan kotak pemikiran kamu dari berada dalam alam kampus, cuba fikir perkara yang berlaku di luar. Kehidupan kamu adalah di luar, bukannya alam kampus, ”

Pensyarah ini cukup marah jika pelajar dan pensyarah hanya terlibat membina teori berdasarkan apa yang dibaca dan bukannya apa yang dilihat. hasilnya, kajian tersebut tidak boleh digunapakai dalam membina masyarakat yang berada diluar samada dari sudut modal insan mahupun sektor pengindustrian dan sebagainya.

Pasca 70’an memperlihatkan suara mahasiswa semakin dikendurkan, hasilnya golongan ini mula tidak dipandang oleh masyarakat. Bahkan dianggap seperti budak sekolah biasa sahaja.

Alhamdulillah, kini suara kebangkitan mahasiswa semakin bergema semula. Gerakan mahasiswa mula kelihatan walaupun tidak dengan kebangkitan besar-besaran.

Semoga kebangkitan ini berterusan bagi memastikan keadilan ISLAM dapat ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta.

Orang selalu menyebut mahasiswa ini hanya seorang idealisma semata-mata. Bagi penulis idealismalah yang menghasilkan satu pandangan baru untuk membina masyarakat. Idea-idea tersebut kita cuba bangunkan menjadi sebuah realiti yang boleh diguna pakai untuk membangunkan negara.

Kalau kerajaan terus-menerus membeku keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.. maka bagaimana untuk membina seorang pemimpin yang berintegriti dalam mentadbir negara pada masa akan datang.

Ingat Pemuda hari ini, pemimpin masa depan. Jangan kekang gelombang pemikiran mahasiswa. Biarkan mereka lepaskan segala pandangan secara berani dan terbuka.. kalau mereka silap, perbetulkan mereka, berikan penjelasan kepada mereka.

Kalau dakwaan mahasiswa itu betul dan tepat. Terimalah dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk berubah...

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

Thursday, June 24

.::menjadi tetamu Syeikh Asyraf::.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH Yang Maha Esa...semalam selesai peperiksaan bagi kuliah syariah tahun 4...seperti yang diberitahu keesokan harinya...iaitu hari ini kami semua diarahkan untuk datang ke syuun untuk mengambil bahan kajian untuk peperiksaan syafawi(ta'yin)....

Dengan penuh semangat melangkahkan kaki seawal pagi untuk mengambil bahan tersebut....
suasana memang seperti biasa,riuh2 orang arab berebut kertas....kejar2 nak g potostat....dan sebagainya.....Alhamdulillah sumenye selesai.....



Selesai mengerkan solat zohor,kami bersama-sama Syeikhuna Asyraf bergerak ke rumah beliau....
Tiba dirumah beliau,kami dihidangkan dengan air suam bagi penyejuk badan dikala suhu bumi mencecah tahap kepanasan matahari....

(ni lah lebih kurang rupa air suam-bg yang xtau)


untuk pengetahuan semua,air suam @ kosong memang baik untuk sistem badan manusia.....lihat gambar dibawah ini...jadi kami meminum air tersebut bagi peringkat permulaan....Alhamdulillah...


(sistem badan bergerak lancar selepas minum air kosong)yeke?????



Tujuan kami menziarahi beliau adalah tidak lain adalah untuk merapatkan talian antara murid dan gurunya....Beliau mengajar kami beberapa buah kitab ,pengajian beliau dihentikan seketika bagi mendahulukan musim peperiksaan....Jadi wajarlah bagi seorang yang cintakan gurunya pergi menziarahi Beliau......Alhamdulillah...pelbagai soalan kami ajukan kepada beliau.....dan kelihatan guru kami juga seorang yang permah dan kami merasakan sangat akrab dengan beliau....


Sedang rancak kami melakukan perbincangan ilmiah,beliau menjemput kami untuk menkmati sedikit juadah yang disediakan(sedikit bagi tetamu bangsa ARAB....:)



bermulanya dengan bacaan doa...kami disajikan dengan nasi ARAB ala2 nasi goreng ,NAh....sekali nasi macam gunung dihidangkan...apa2 pun ALhamdulillah.....berbekalkan nasi kami juga dihidangkan dengan aneka juadah makanan arab,termasuk ikan talapia goreng sebesar'screen laptopku' huhu...memang menyelerakan.... tapi mampu ke habiskan...huhu



(nilah contoh ikan tersebut)



kami menikmati juadah tersebut dengan penuh kesyukuran...dapat makan disisi Syeikh memang suatu yang menjadi saat2 berharga....dan ketika makan ikan,beliau juga menunjukkan cara-cara orang ARAB mengupas ikan untuk mendapatkan isinya sahaja...satu penemuan baru dalam hidupku...huhu....


Syeikhuna juga memberikan beberapa nasihat kepada kami selaku penuntut ilmu dan juga pelajar yang hampir menamatkan pengajian dibumi Mesir ini....

penggunaan masa memang dititikberatkan...Beliau menyeru agar kami memenuhi pengajian-pengajian yang melimpah-limpah dibumi Mesir ini....


Alhamdulillah...masa yang diluangkan memang diambil manfaat sebaik-baiknya oleh kami untuk bertanya dan mengambil tahu tentang permasalahan ummah ketika ini....
Syeikhuna menasihatkan agar sentiasa meningkatkan dan merapatkan diri dengan ALLAH kerana ianya adalah wasilah kejayaan.....
Alhamdulillah,selesai sesi menjamah makanan minda dan makanan perut...2 dalam 1......







Selepas makan...kami dihidangkan dengan koktail...pergh....yang tadi pun tak dihadamkan lagi.....tapi.....

inilah wajah koktail....sungguh menyelerakan



sambil-sambil menjamah..kami menggunakan peluang yang ada untuk terus mengajukan soalan dari pelbagai sudut...Alhamdulillah....selesai kesemuanya...kami meminta izin untuk pulang....sebelum kami mengankat langkah....Syeikhuna menjemput kami untuk menikmati ('syai na'na')-(tea 'o' ngan pudina) dijadikan sebagai penutup kepada majlis ziarah kami....Alhamdulillah....

(penyejuk dikala panas)


selepas itu...Syeikhuna membacakan doa sebelum kami berangkat pulang kerumah...Tak sangka..tujuan kami hanya untuk menziarahi beliau...tapi beliau menyambut dan menjamu kami sebegitu rupa...seorang Syeikh yang hebat,juga seperti sahabat yang akrab...sungguh mengagumkan diri ini....,...
MOGA ALLAH MEMELIHARA BELIAU.....

*******************************************
  • jika terdapat sebarang permasalahan ,terus rujuk orang yang mendalami bidang tersebut,tak yah tunjuk pandai....
  • kita sebagai pelajar,ada adabnya , baru dapat ilmu secubit dah menyalahkan guru,seolah-olah kita lebih hebat dari guru...
  • dalam menuntut ilmu,tidak boleh tidak kena berguru.......
  • Moga ALLAH merahmati kita semua,dan meneguhkan langkah kita dalam mencari ilmu.....



p/s-dari hatiku untuk diriku......


Roslizan Mohd Yusof...



*************************************
sebarang komentar sangat dialu-alukan.....

MENERAPKAN NILAI DALAM PENULISAN


Salam sejahtera denagn limpah rahmat dan kasih Ilahi!

Pembaca budiman, yang dimuliakan;

Saban hari sepanjang kita melalui kehidupan yang masih berjalan,kita semestinya melihat berbagai fenomena yang berlaku. Samaada fenomena alam semulajadi, maupun rentetan peristiwa yang diangkat sebagai isu besar untuk dihebahkan.Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah peranan kita dalam setiap fenomena yang kita lihat? Adakah kita menyedari, sebenarnya kita adalah sebahagian dari fenomena yang berlaku itu? Dengan lain perkataan kita turut bertanggungjawab terhadap apa jua perkara berlaku dalam kehidupan harian insan.


MARI KITA MULAKAN PENELITIAN DARI DIRI KITA SEBAGAI PENULIS.

Apakah sebenarnya peranan kita dalam kehidupan insan yang seterusnya dikaitkan ke dalam semua fenomena yang berlaku? Rumitkah penelitian ini? Bagi diri saya, secara peribadi, tidak rumit! Malah saya merasa bahagia jika saya berupaya menyumbang peranan untuk bertanggungjawab dalam apa jua sudut kehidupan insan. Justru saya sendiri juga tergolong insan. Bukankah begitu juga hakikatnya kepada diri anda semua?
Ya, tepat sekali, selaku insan penulis kita sangat wajar menyedari kita punya peranan besar dalam mencorakkan kehidupan insan sejagat.



Sering benar kita mendengar orang menyebut; kita adalah apa yang kita fikir, kita adalah apa yang kita baca, kita adalah apa yang kita makan....,dan banyak lagi kita menjadi apa yang kita terapkan kepada diri kita. sebutan sedemikian seolah-olahnya menjelaskan bahawa kita akan terbentuk mengikut nilai yang kita terapkan ke dalam
diri. Ini bermakna jika nilai yang baik diterap, kesan yang akan diperolehi juga semestinya baik. Begitu juga jika sebaliknya yang diterapkan, akan berlakulah begitu juga.


Berdasarkan hakikat hal yang baik menerbitkan perkara yang baik, semestinya kita menerapkan nilai baik dalam penulisan kita. Bermakna kita hanya menulis hal-hal yang baik sahaja kerana kita mahu orang yang membacanya menjadi baik. Atau sekurang-kurangnya membina fikiran yang baik kepada semua orang. Begitulah sepatutnya dasar kerja tulis dan sikap kita sebagai penulis. Kita mesti sentiasa menerapan nilai-nilai murni dalam semua bahan dan bentuk penulisan kita. Fikirkanlah dengan teliti, apa kesan dan akibatnya jika kita memasukkan unsur tidak sihat ke dalam penulisan kita?


Seperkara lagi, di samping menerapkan nilai murni dalam masa yang sama kita mesti membenteras/membasmi nilai buruk dan negatif. Kita ambil contoh begini; kita ingin menyubang peranan dalam mengurangkan kadar merokok di kalangan remaja, sebagai contoh. Ini bermakna selain kita mengemukakan teguran supaya tidak merokok, dalam masa yang sama kita tidak sepatutnya mencipta watak merokok dalam penulisan kita. Dengan lain perkataan kita mencadangkan sikap juga aktiviti gantian kepada rokok seiring dengan tidak menyebut langsung tabiat buruk itu. Kaedah demikian bersamaan dengan kita cegah sesuatu penyakit sebelum penyakit itu muncul. Kita telah sedia setuju dengan ungkapan; 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Bertitik tolak dari situ, sangat wajar kita membina satu sikap yang lebih jelas; 'menghindari lebih baik dari melarang'. Bagaimana pandangan anda semua kepada saranan saya ini...,setuju? Saya sangat menunggu-nunggu maklum balas anda semua! Diharapkan hal ini akan memberi kesan positif kepada kita semua.


Sebelum mengakhiri bicara saya ini, saya ingin mengajak anda meneliti satu gejala lumrah dan berleluasa berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini, khasnya golongan remaja; gejala sosial dan pergaulan bebas. Kita semua maklum gejala ini membawa kesan sangat besar dan sensitif dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita, malah sangat pula menyedihkan dan membimbangkan. Dalam ruang serba terbatas ini saya hanya ingin menyentuh peranan kita sebagai penulis. Di sinilah sepatutnya kita bawa penerapan nilai murni dengan memaparkan bahan tulis berakhlak mulia. Sedapatnya kita elakkan dari membesarkan malah tidak perlu sama sekali mendedahkan tingkah laku buruk yang berkaitan. Hal ini hanya akan meransang remaja yang semulajadinya angresif untuk melakukan hal yang kita sebut. Hakikat larangan yang ingin kita kemukakan tidak meresap ke hati remaja, tetapi mereka hanya mencedok yang keroh dan kotor saja. Kerana itulah kita perlu masuk terus kepada pokok nilai yang wajar; kita mahu remaja berakhlak mulia, jadi kita hanya perbesarkan dan sebut hal-hal yang baik. Dengan itu secara tabii akan membina sikap positif yang mulia dalam fikiran dan tingkah laku golongan remaja. Ketahuilah hal ini perlu kita halusi dengan lebih mendalam lagi, dari masa ke semasa.


Akhirnya ingin saya tegaskan, sepanjang kita menulis kita mesti peka apa saja yang kita tulis memberi kesan kepada orang yang membacanya. Tanya kepada hati kita, sukakah kita melihat orang yang membaca tulisan kita mengalami/melakukan keburukan?
Tentu kita tidak mahu begitu yang terjadi. Hati kita yang sedia baik ini sangat ingin orang lain beroleh kebaikan dari hasil tulisan kita. Kita akan rasa bahagia jika orang lain menjadi baik setelah membaca bahan penulisan kita. Begitulah sepatutnya yang kita harapkan dan semestinya yang kita lakukan.

SELAMAT MENULISKAN SEGALA KEBAIKAN

sumber

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...