Friday, May 7

Jika Anda Berjuang, Bermakna Anda Tidak Keseorangan


"Akan sentiasa ada sekelompok dari umat ku yg memperjuangkan kebenaran, mereka tidak dapat dimudaharatkan oleh org2 yg menghina dan menyalahkan mereka sampai datang keputusan Allah (hari qiamat)" (H.R. Muslim)


Dari hadis ini, dapatlah kita ketahui bahawa setiapa masa dan zaman, mesti akn ada org2 yg memperjuangkan Islam. Benarkah hadis ini? ya. Memang benar, anda seolah2 merasakan anda keseorangan dalam perjuangan krn anda belum berhijrah ke tempat lain.. Saya bg contoh dari perspektif pergerakan Islam, contohnya seperti di Malaysia, pergerakan Islam yg paling terulung dlm perjuangan Islam nya ialah PAS. Pas tidak keseorangan dlm perjuangan nya.. Di Palestin juga ada pergerakan yg memperjuangkan Islam iaitu Hamas. Begitu juga dgn di Pakistan, gerakan yg memperjuangkan Islam di sana ialah Jamiat Islam. Kalau di Lubnan pula Hizbullah. Kalau di Filipina MILF.... Maknanya, PAS tidak berjuang sendirian, masih byk pergerakan Islam yg sdg berjuang.. Yg membezakan hanyalah tempat dan mungkin cara perjuangan nya. Ada yg sudah sampai tahap Jihad Qital contoh nya seperti di Palestin dan Filipina. Ada yg berjuang dlm Jihad Siasah, dan sebagainya..

Contoh yg lebih hampir dgn kita ialah kita (khusunya pelajar) sedang berdakwah dlm masyarakat sekolah kita, dlm perjuangan dakwah itu banyak manusia2 yg ingin menjatuhkan kita, kita pun terpaksa berdepan dgn pelbagai kutukan dan ancaman org. Kawan2 pula apabila melihat kita dikutuk, mrk tidak berani utk menyebelahi kita, nafsi nafsi... Ketika itu, kita rasa seolah kita ini keseoranagn dlm perjuangan, kita rasa serik utk berjuang.

Contoh yg lain pula bg org yg sedang berjihad dgn nafsu. Misalnya, kita mengaji halal haram, serta hukum hakam, tiba2 terpaksa brgaul dgn sekelompok manusia yg tidak mengambil endah tentang halal haram dan huhum hakam. Sembahyang atau tidak , mereka tiada kisah.. minum arak ka berjudi ka, mereka tiada kisah... Maksiat dilakukan dgn slamber sahaja depan org tanpa rasa bersalah.. Di waktu ini, jika kita melakukan dosa, tiada siapa akn menegur kita...ketika itu kita teruji.. kita teruji dgn suasana.... Kalau kita sayangkan diri kita drpd dijilat api neraka, terpaksa melakukan "mujahadah nafsu" utk mempertahankan iman kita drpd rosak krn suasana. Cuba bayangkan, betapa payah nya berjuang ketika itu, semua org bagaikan musuh kita. Kita rasa tersiksa menjaga diri.

Tp, apabila kita keluar dari tempat kita, seperti kita berkawan dgn pelajar sekolah lain, kita akn dapati masih ramai kawan2 kita di tempat lain juga sedang berjuang dan mrk juga mengalami pelbagai kesukaran dlm perjuangan mrk..

Ada sesetengah da'ie merasa beban dan keseorangan dlm perjuangan.. SEDARlah bhw apabila kamu berjuang, bermakna kamu tidak keseorangan krn masih ramai org 2 yg sedang berjuang, dan kamu pula tergolong drpd org2 yg berjuang. Ingatlah pesan Sayyid Qutb "Kita bukan org yg memulakn perjuangan tp org yg menyambung perjuanagn yg dimulakan oleh para Nabi." Ini bermakna bukan kita seorang sahaja yg sedang merasai kesusahan perjuangan tapi sudah banyak org2 yg tlh merasai kesusahan perjuangan dan mrk tlh pun mendapat sebaik2 balasan diatas kesusahan itu iaitu mati syahid. Jgn lupa, hayati juga ayt quran ini, "Dan berjihadlah kamu pd jalan Allah dgn jihad yg sebenar2 nya, krn Dia tlh memilih kamu (utk berjihad), dan Dia tidak menjadikan kepayahan kpd mu dlm urusan agama" 78 al-hajj

Apabila kita ditimpa kesusahn, kita perlu bersyukur krn itu tandanya Allah sayangkan kita. Ada kata2 "Apabila Allah sayangkan hambanya, Dia akn menguji hambaNya, jika hamba Nya redho dan sabar, Dia memilih hambaNya itu"

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorangabid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku
dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud
dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan
ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang
baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Kawal Nafsu Amarah Anda



" Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-A'raf:20)

Baginda Rasul berpesan kepada para sahabatnya dengan berkata:"Jangan marah,jangan marah,jangan marah."
Terdapat satu kisah iaitu ketika seorang lelaki dalam keadaan marah,disuruh oleh baginda Rasul memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syitan.
"Dan aku berlindung kepada-Mu,wahai tuhanku,supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
(Surah al-mukminun:98)

"Sesungguhnya org2 yang bertakwa,apabila mereka di sentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan,mereka ingat(kpd ajaran Allah)maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
(Surah Al-A'raf:201)
Terdapat hal-hal yang dapat menimbulkan keresahan,kesedihan,emosi dan amarah di dalam hati,yang ubatnya ada pada diri Baginda Rasul:

1)Menahan Marah
"Dan org2 yang menahan marahnya"
(Surah Ali Imran:134)
"Dan apabila mereka marah mereka memberi ampun"
(Surah Asy-Syura:37)

2)Berwudhuk
Marah adalah bara api,dan api hanya boleh dipadamkan dengan air.baginda Rasul bersabda ertinya:"Kebersihan adalah sebahagian dr iman."juga sabdanya "Wudhuk itu senjata org mukmin"

3)Tukar posisi/keadaan ketika anda marah
Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk dan jika sedang duduk maka hendaklah berbaring

4)Diam
Diam itu lebih baik dari terus bercakap ketika berkeadaan marah

5)Ingat ganjaran bagi org yang sabar menahan marah
mengingati pahala yang yang dijanjikan untuk orang yang menahan marah yang memberi maaf kepada sesama manusia dan sikap bertolak ansur.

Wednesday, May 5

nak g mana erk?????




ke mana arah kita erk???/
ni sume memerlukan keimanan yang jitu ni...
cane lak tahap iman kita arini erk???
kene tgk pada ibadah kita plak....
cene lak ibadah kita erk????


ERRRRRRRMMMMMMM..................


cane erk????

wanitaku

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!


Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

Tuesday, May 4

~..Kemanisan cinta-Mu yg ku dambakan..~

Ahh..
Tumpas lagi aku di malam ini..
Keimanan yang sering di pertahankan musnah lagi..
Tatkala nafsu dan iblis yang di jadikan raja dalam diri..
Keimanan yang nipis itu di koyakkan sekali lagi..
Lantaran kebodohan hambaMU yang mengatakan dirinya pejuang di jalanMU..

Dimanakah kedudukanku di sisimu Ya Rabb..?
Dimanakah darjatku di sisimu Ya Rahman?
Apa masih punya tempatkah aku di sisiMU itu Ya Rahim?

Aku cukup takut kepadaMu Ya Allah..
Takut dengan dosa-dosa yang sering ku lakukan..
Takut dengan nikmat-nikmatMu yang sering ku salah gunakan..
Takut dengan amanah-amanahMu yang berani ku pikul ini..

Sekali lagi Ya Rabb..
Aku tewas lagi dalam menjaga keimanan ini..
Tewas dengan nafsu diri dan bisikan makhluk yang dimurkaiMu itu Ya Rabb..
Terkadang aku bertanya pada diriku sendiri..
Apa benarkah aku adalah pejuang di jalanMU ya Rabb?
Apa benarkah aku umat Nabi Muhammad Saw yang dikasihiMU itu?
Apa benarkah aku adalah makhluk yang di muliakan olehMu itu?
Lantaran taubat yang biasa ku lakukan itu di jadikan permainan..
Seolah-olah suatu lakonan di hadapanMu..
Di lakukan hanya kerana takut padaMu buat seketika cuma..
Benarlah aku seorang pelakon yang sungguh hebat di hadapanMu..

Sungguh aku adalah seorang makhlukMu yang hina..
Bodoh lagi daif di sisiMU..
Terkadang aku cukup malu padaMU Ya Rabb..
Kerana mengotori kesucian cintaku kepadaMU dan cintaMU kepadaku..
Ampunilah hambaMu ini Ya Tuhanku..
Kerana sering memungkiri janjinya kepadaMU..
Alpa dalam menunaikan hak-hak yang harus ditunaikan kepadaMU..

Sungguh..
Aku cintakanMu ya Rabb..
Terlalu rindukan saat-saat bersujud di hadapanMU..
Di kala malam aku memujiMU
Di kala malam aku merintih padaMu..
Di kala malam aku bercerita kepadaMu..
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi buatMu Ya Rabb..
Melainkan aku sayang kepadaMU..
Cinta kepadaMu..

Jadi ku mohon dengan setulusnya kepadaMU Ya Rahman..
Tenggelamkanlah aku dalam cinta ini Ya Rahim..
Kerana aku tahu kau maha Pengampun bagi hamba-hambaMU..
Dan aku sangat yakin dengan itu..
Kau pasti mengampuni dosa-dosaku..
Semoga engkau tidak mengambil apa yang telah engkau berikan padaku ini..
yakni..

'HIDAYAH'

Monday, May 3

25 PESANAN LUQMANULHAKIM kepada anaknya


Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...