Sunday, January 17

Perang bermula....

Huhu...tadi imtihan tafsir...huhuhu....leh tahan penangan soalannye.....
pelbagai senjata yang dikeluarkan....
moga ALLAH memberi balasan...atas nama perjuangan...amee.....

Friday, January 15

Syukran kawan2....

syukran kepada sahabat2 yang mengingatiku....
walaupun diri ni sangat lemah...tapi masih de yang menghargai....huhu

mekasih kat tuan blog....
adam@wan....http://adamhawa-adam.blogspot.com/
syamsul ganu....http://kembaramursyid.blogspot.com/



mekasih sbb ingat kat saya.....huhuhu

Umo yang makin meningkat...huhu

Genap sudah umo ku ..... tahun...hehehe...
makin meningkat...ingatkan leh kurang2.....
14hb januari ......
bemula jam 12 tgh malam...kawan2 terutama ahli bait lepak kat bilik...huhu...
ana pun ape lagi g la tempah pizza....konon2 nak lari dari sakatan besday ni...
Dengan baik hatinya ,,,g ar tempah pizza...suasana hiruk pikuk...penuh ngan gelak tawa....dengan penuh keriangan kawan2 mendoakan kebahgiaan ,kejayaan....

huhu...wajahku yang bersemangat...huhuhu...

ni plak gambar sebilangan ahli baitku yang berpakat untuk membuat 'gimik'...huhuhu....heri da siap ngan telur...huhu...cane la leh xperasan malam tu.....


sedang rancak berborak2...tetiba de satu bunyi kat belakang...huhu...xsempat nak toleh tetiba da meleleh je telur kerambut n muke ku...huhuhu...sampai ati korang....

hahaha...padan muka.....kan da kene .....
huhuhu...kelihatan masa tu mukeku yang sangat pasrah...ala kul lihal...sanah helwa ku sendiri...setahun sekali....Sayang ahli baitku.....



ZAIDI....KAYOL...Dik WAN...e-jan....HARRY...AFIF....
siap turn korang t.....huhuhu....
ni la dak2 202.....huhu...
bersempena lak ngan hari khamis...jadi kami sume berpuasa sunat....
n
ni la juadah berbuka kami....PErggghhh...rendang ayam tuh....

memang best hari ni....huhu...
moga ukhwah ini atas redha Ilahi n kekal sampai negeri abadi....
ameen

Friday, January 8

Gereja hangus terbakar


Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.

Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.

"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.

Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.

"Kita telah meminta semua balai bomba supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kebakaran di tempat ibadat," katanya kepada AFP.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.

Katanya, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara atau denda.

Sementara itu, Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi.

Pegawai gereja itu berkata, bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi tidak meletup.

Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.

sumber :Malaysiakini/-

Sunday, January 3

pergi seorang sahabat





Al Fatihah...

Sahabat kita Hidayatussaufi telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.15 pagi waktu Malaysia (10.15 malam waktu Mesir).

semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....

terima dgn penuh redha diatas pemergian beliau.....

sangat sedih....

Friday, December 25

Semangat Yang Mendatang

HUHU....sesi kuliah sudah sampai ke penghujungnya....semua orang sudah tertanya-tanya tentang ketibaan satu lagi masa bagi mereka yang bergelar sebagai siswa/wi di mesir...

huhuhu...tak lain tak bukan waktu yang ditanya-tanya dan disebut-sebut itu adalah 'IMTIHAN'...sume orang makruf tentang peperiksaan ... begitu gak kami yang berada di bumi Para Anbiya' ini,juga tak terlepas dari situasi peperiksaan....
Huh...keluh kawan-kawanku,peperiksaan memeng menggerunkan,tamabahan pula berhadapan sistem peperiksaan di sini...

Ruang lingkup masa peperiksaan ni la kita dapat melihat perubahan mendadak kebenyakan orang....saling memberi tumpuan...saling bersungguh-sungguh....
membuat cubaan untuk menggunakan masa sepenuhnya....
masa ni la juga sume orang akan berlumba-lumba dalam setiap perkara....

Begitu gak diri manusia yang sedang menaip ni...tak terlepas dengan semangat yang datang secara tiba-tiba....
Sumenya dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh tanpa mempedulikan setiap mata atau kata yang melihat perubahan mendadak ini...

Terlintas difikiran.........

Dalam keadaan negara kita , yang kita sering baca,kita sering dengar....
dengan masalah sosialnya...pelbagai gejala...pelbagai pemikiran yang lebih kepada pemikiran yang ntah ape2....macam2 yang kita tahu tentang negara kita....
kalau mereka mula bercerita....mesti keburukan je yang terserlah ....
masing-masing menyalahkan masyrakat kita yang tidak serius tentang kepentingan beragama....

Hurm....

Kesemuanya tadi adalah berpunca dari kita....golongan mempunyai ilmu...tetapi tidak berjaya menyampaikan kepada masyrakat kita tentang ilmu agama yang kita pelajari...yang kita amalkan... yang sepatutnya kita berkerja untuk agama yang mulia ini dengan menyampaikan sehabis daya tenaga kita...agar kesedaran agama ini sampai kepada masyrakat kita....Kenapalah kita masih main-main...kenapa kita tak serius dalam meneruskan perjuangan ini...
adlah kerana ketidakfahaman kita...kalau tak faham,kenapa kita tak cuba memahami mesej dakwah dan perjuangan Baginda.....sumenye berpunca dari kita...

KIta yang masih bermain2 dan mengambil mudah perjuangan ini...kita lah puncanya...kita la yang patut dipersalahakan....
kerana kita tak cuba memahami,apetah lagi nak menyampaikannya....

Kita yang sedang meneruskan rantai perjuangan Nabi kita...seharusnya kita juga berusaha sehabis daya untuk mempertahankan bahkan menyampaikan sebagaimana Nabi kita menyampaikannya pada suatu masa....
Kita msih main2 dan terleka...jadi bagaimana masyarakat kita nak sedar...???
HUH...
Jadi...bekesempatan dengan semangat dan kesungguhan kita dalam menduduki peperiksaan,seharusnya kita meneruskan bahkan menambah lagi semangat dan usaha kita dalam meneruskan perjuangan yang murni ini....perjuangan dalam meletakkan agama ini ditempat yang tertinggi....Menegakkan Kalimah ALLAH diMuka bumi...menanam kalimah suci ini kedalam setiap hati....hati-hati yang gersang tanpa panduan.....

Sume ini yang kita perlu lakukan......sekarang...jangan menuding jari kepada orang lain...semuanya bermula dari kita...setiap kita mempunyai tanggungjawab dan amanah yang sama.....

SIIRU ALA BARAKATILLAH....
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN...

cc kl
ARWP KAHERAH....

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...