Sunday, November 1

Ketibaan Pelajar kl



senior2 xsabar2 nak g ke airport



ketibaan group yang pertama.....


ketibaan group yang kedua......

Saturday, October 24

Sesi Jihad bermula kembali

Assalamualaikum....
saje2 nak bgtau bahawa sesungguhnya sesi pengkuliahan sudah pun bermula...
Ye...dengan keazaman yang baru..hati ini begitu teruja untuk memasuki kelas yang baru...huhuhu...

Wednesday, September 30

Indahnya ukhwah



Assalamualaikum...
rasa2 xde benda nak sampaikan,
cume nak tunjuk salah satu gambar kami ketika jaulah Haramain...
erm....kepala pun masih xberapa selesa ngan perubahan cuaca ni...
jadi...ni je yang larat nak di masukkan...
Wassalam

Tuesday, September 8

Talbiah (rinduku semakin membara)

assalamualaikum kepada pembaca sekalian....
salam ramadhan di ucapkan....
ana memohon doa dari semua..
insyaAllah pada 11hb 9 ni ana akan berangkat ke makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.Tak tertahan rasa hati ini untuk mengunjungi dan menjadi tetamu Allah sekaligus untuk menziarahi Rasullullah.
Ya allah ...permudahkan segala urusanku,
Ya Allah.... tak tertahan rasanya hatiku ini untuk bertemuMu,
ya Allah....terimalah daku menjadi tetamu rumahMu...
ameen.....





Roslizan Bin Mohd Yusof

Thursday, August 27

Sambutan Siswa/wi Baru Perak



Assalamualaikum...
26hb 8 2009....
Rabu....
ana dan rakan2 dari Negeri Perak telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput siswa/wi baru yang datang dari Negeri Perak..


ni la keadaan sahabat2 yang xsabar2 menanti kedatangan sahabat2 baru dari Malaysia...
sambil membawa sepanduk..

>

perak
dengan menaiki bas yang bertanggungjawab mengambil kami pergi dan pulang dari lapangan terbang...

ni lah wajah2 siswa2 baru bagi negeri Perak





kelihatan sahabat2 sedang bekerja bagi melancarkan perjalanan pulang ke tempat penginapan pelajar...
tanpa menghiraukan lapar dan dahaga di bulan puasa....
semakin gagah mereka di bulan puasa




BP ANGKAT PERAK





tempat tujuan

maka selamat sampai siswa siswi baru ke tempat penginapan mereka di Mesir iaitu Rumah Negeri Perak di Mesir.....
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat...dah la dalam bulan puasa...korang tetap semangat,jadikan bulan puasa ni sebagai medan pembangun semangat kita...

gambar kenang-kenangan setelah selesai...





canela ana leh terselit kat gambar ni


ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN,

Sunday, August 23

Tarbiah Ramadhan


Assalamualaikum...
Kehadiran Ramadhan kali ini di sambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat(ye ke?)
ramadhan yang dikatakan sebagai penghulu segala bulan,bulan pengampunan,bulan rahmat...
Yang penting,bulan ramadhan ini memang satu bulan yang istimewa,kerana dianya juga adalah bulan tarbiah dan pengorbanan...
Jika kita imbau sejarah,bagaimana pengorbanan Rasulullah SAW bersama sahabat2 Baginda melakukan pengorbanan dalam meneruskan perjuangan menyebarkan agama Allah sehingga sanggup bergadai nyawa walaupun di dalam bulan Ramadhan,hingga terjadilah dalam rentetan sejarah peperangan2 yang hebat seperti Peperangan Badar Al Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan dengan 624 Masihi.
Peperangan lain adalah seperti Peperangan Al qadisiyah,peperangan Andalusia(Spain),Peperangan Hittin,Peperangan Tentera Tartar,semuanya menjadi saksi keramat Ramadhan dan kemenangan islam.
Ada juga segelintir orang beranggapan bahawa kehadiran Ramadhan ini sebagai sebuah Madrasah bagi mentarbiah diri.Ini kerana bulan yang di janjikan dengan awalnyw rahmat,pertengahannya pengampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka.Kesinambungan ketiga-tiga kelebihan dalam bulan ramadhan ini bergantung kepada cara kita memanfaatkan bulan ramadhan ini,jika kita hanya menganggap bulan ramadhan yang tiba ini sebagai satu penyeksaan kepada kita,adakah kita akan mendapat keistimewaan tersebut?Terpulang kepada kita..
Cuma,kita perlu membuat strategi untuk diri kita dalam bulan Ramadhan ini bagi mendapatkan segala kelebihan yang ALLAH janjikan,kita harus bersiap sedia dengan persiapan yang rapi,kerana kita tahu bahawa Syaitan dibelenggu ketika ini,akan tetapi nafsu yang telah di tarbiah oleh syaitan selama 11 bulan sebelumnya bagi menghadapi bulan ramadhan ini sudah tentulah ianya sangat hebat.Bagaimana persediaan dan kesediaan kita dalam mentarbiah diri dalam bulan ramadhan ini dan sekaligus melawan nafsu yang telah di tarbiah oleh syaitan sebelum ini.
Ramadhan hanya datang setahun sekali,Alhamdulillah kita sudah merasa ramadhan tahun ini,jadi manfaatkan ramadhan ini dangan sebaik-baiknya,kerana belum tentu kita sempat bertemu dengannya sekali lagi....
Ramadhan yang sama,natijah berbeza,

Islam Memimpin Perubahan.....

Syukran

Salam Ramadhan...
mekasih kepada pemberi award ni....

http://www.muslimahatiku.blogspot.com/

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...