Wednesday, June 26

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK LANAI KALI KE-48 (2024)

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK LANAI KALI KE-48

 

Bil

Acara

Teks

1

Umumkan ketibaan VIP

Paluan kompang

Mengumumkan ketibaan

Yang Berusaha, Encik Mohd Hafizullah bin Ahmad, YDP PIBG SK LANAI, diiringi oleh

Puan Hajah Azlinda Binti Azzudin, Guru Besar SK LANAI, bersama ENCIK MOHD HANIF BIN HASHIM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Lanai, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Lanai.

2

Ucapan alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48 bagi tahun 2024.

Yang Berusaha, Encik Mohd Hafizullah bin Ahmad, YDP PIBG SK LANAI,

Yang Berusaha

Puan Hajah Azlinda Binti Azzudin, Guru Besar SK LANAI,

Yang Berusaha

ENCIK MOHD HANIF BIN HASHIM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Lanai,

Yang Berusaha

Pn. Moodiana binti Mohamad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Lanai,

 

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Lanai,

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Lanai yang dirahmati Allah sekalian.

 

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

3

Perbarisan lintas hormat

Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.

4

Menjemput VIP menerima tabik hormat dari peserta perbarisan

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohd Hafizullah bin Ahmad, YDP PIBG SK LANAI untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

 

-       MUZIK PERBARISAN

5

Perbarisan Bendera kejohanan

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera Malaysia yang dianggotai oleh wakil-wakil dari unit beruniform SK Lanai, terdiri daripada Tunas Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah Malaysia, Pengakap Malaysia dan Persatuan Puteri Islam Malaysia..

 

6

Perbarisan Rumah Hijau

Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau terus mara, kekal juara’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad Akif Bin Zamri yang merupakan pemenang pinga temas Lontar Peluru dan dianggotai seramai ……………… orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Nur Qalish Izzahra binti mohd IkbalHafiz pemenang pinga temas acara lompat tinggi bawa 12 tahun. Ketua bagi kontinjen rumah Hijau ialah En. Azmi bin Abdul Wahab. Rumah Hijau adalah Juara Kejohanan sukan sekolah 2 tahun berturut-turut.

 

Mari kita saksikan tagline yang akan dipersembahkan oleh rumah hijau.

7

Perbarisan Rumah Merah

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai seramai ……. orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Merah bara semangat waja’. Kontinjen ini diketuai oleh adik  Muhammad Waldan Danish bin Abdul Rahim. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Sarah Sumayyah binti Abdul Halim pemenang tempat kedu lompat tinggi bawah 10 tahun.. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah En. Mohamad Farid bin Mohd Noor. Rumah merah menduduki tempat kedua kejohanan sukan sekolah tahun lepas.

 

Mari kita saksikan tagline yang akan dipersembahkan oleh rumah merah.

 

8

Perbarisan Rumah Biru

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Biru yang dianggotai seramai …… orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Biru Berani, Semangat Besi, Waja diri’.  Kontinjen ini diketuai oleh adik Abdul Muais bin M.Suhaimi, pememnang emas lontar peluru bawah 12 tahun. Pembawa sepanduk rumah Biru ialah adik Naielah Al-Farafisyah pemenang lontar peluru dan lompat jauh. Ketua kontinjen rumah Biru ialah En. Mohamad Zulkifli . 


Mari kita saksikan tagline yang akan dipersembahkan oleh rumah biru.

 

 

 

9

Perbarisan Rumah Kuning

Kontinjen seterusnya ialah rumah Kuning dengan mottonya ‘Capati Roti Canai, cicah dengan susu’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad Arif Haikal bin Azman dari kelas 6 Zuhal dan disertai seramai ……. orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Kuning ialah adik Intan Nur AMni Suffia binti Mohd Rizan dari kelas 5 Neptune. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn Khairul Bariah binti A. Majid.

 

Mari kita saksikan tagline yang akan dipersembahkan oleh rumah biru.

10

 

Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan lagu sekolah.

 

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

11

Bacaan Doa

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh  Ustaz  Azmi bin Abd Wahab

Dipersilakan. ….

 

 (Bacaan doa)………………..

 

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz  Azmi bin Abd Wahab. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

12

Menjemput pembawa bendera mengiringi pembaca ikrar

 

Lafaz ikrar kejohanan

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Muhammad Munir bin Khairi.

………

 

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

13

Ucapan Aluan

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Hajah Azlinda Binti Azzudin, Guru Besar SK LANAI untuk menyampaikan ucapan alua-aluan bersempena dengan Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai Kali kali ke-48.  Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

……………………

(Ucapan Guru Besar)

 

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Hajah Azlinda Binti Azzudin, Guru Besar SK LANAI di atas ucapan aluan  itu tadi.

14

Ucapan perasmian

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohd Hafizullah bin Ahmad, YDP PIBG SK LANAI untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48.  Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

……………………

(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

 

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Mohd Hafizullah bin Ahmad, YDP PIBG SK LANAI di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48.

 

 

 

 

 

 

15

Perbarisan Keluar padang

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

 

– MUZIK PERBARISAN

 

1.   Perbarisan keluar di mulakan dengan pembawa bendera Malaysia

2.   Kontijen Rumah Hijau

3.   Kontinjen Rumah Merah

4.   Kontinjen Rumah Biru

5.   Kontinjen Rumah Kuning

 

 

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

16

Acara Sukan

Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48. 

 

Acara pertama pada hari ini ialah ……...

 

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

 

Untuk itu majlis menjemput ....................... untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama. Dipersilakan.

 

 

17

Penyampaian hadiah (1)

 

 

Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan ……………………….. mengiringi ………………………untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

 

Bagi acara…………

Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......

Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….

Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...

........................

Majlis merakamkan terima kasih kepada ............................. kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

 

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha ........................................................................ bagi menyampaikan cenderamata kepada ............................................................................ di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

Terima kasih diucapkan kepada ...................................................................................................kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

18

Penyampaian Hadiah(2)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah.

Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara ______________________________

 

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:

Nama:

Jawatan:

Dengan diiringi oleh

Nama:

Jawatan:

Dipersilakan tuan.

 

Bagi acara ...............................

Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...

Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...

Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

 

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

 

Seterusnya dipersilakan  .............................. menyampaikan cenderahati kepada ...................................

Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.

Dipersilakan:

Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh adik....................................................................

Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh adik.....................................................................

 

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:

 rumah.....................................................

Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................

Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48, jatuh pada:   rumah...................................

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

19

Majlis penutupan kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6)

 

 

 

 

Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48 kini tiba ke penghujungnya.

 

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-masing.

 

(marching song)

 

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Lanai kali ke-48 pada tahun ini.

.................................................................

 

 

Akhir kata dari kami

Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t





Monday, June 24

Bangkit dan bermula.



 Semalam, sempat melihat beberapa hantaran di status Whatsapp isteri, melihat dan membaca setiap gambar dan tulisannya, gaya penulis ringkasan dan santai membuatkan aku kusyuk membaca, timbul rasa ingin terus mengikuti dan membuat diriku berfikir, gaya penulisan santai begini harus diketengahkan.

Jadi, bingkas bangun dari tempat duduk untuk terus mendapatkan isteri aku di dapur, tiada kata lain melainkan pujian kepada penulisannya yang bersahaja, lantas terus memberi idea agar beliau mula menulis secara santai dengan menggunakan platform yang ada.

Melihat keadaan hari ini, rasanya masih sesuai menulis atau mencurahkan idea di platform blogspot ini. Walaupun tiada pembaca yang hadir, sekurang-kurangnya masih boleh menulis dan memperbaiki gaya penulisan kita sendiri. Andai ada pula pembaca yang sudi bertandang, dapatlah pula berkongsi cebisan ilmu atau beroleh manfaat, moga-moga ada pula keuntungan di sana nanti.

Alhamdulillah, isteri bersetuju untuk bermula, ini adalah langkahan kecil kami, mungkin hari ini kami mula menulis untuk diri, mana tahu satu masa nanti, ini boleh menjadi kenangan atau rujukan kepada anak-anak suatu hari nanti.


Moga permulaan ini membuatkan terus kuat untuk menulis dan berkongsi.

Thursday, December 2

PENGHAYATAN BERBEZA, MESKIPUN DARI BUKU YANG SAMA.

Seperti biasa, kebiasaannya, walaupun sudah dua tiga minggu terlepas peluang, untuk membaca buku bersama anak-anak. Alhamdulillah, malam tadi, ketika sedang santai-santai di bilik hotel, kaklong Nurun datang mendekati dan mengingatkan. 

 Nurun: Ayah, dah lamakan ayah tak baca buku untuk kita orang. (nada memujuk)

 Aku: Aah kan, jom la kita baca malam ni.

 Nurun: Ayah ada bawa buku?

 Aku : Ada, alhamdulillah, selalu ayah bawa. ( Memang menjadi tabiat, bawa buku ke mana-mana walaupun kadang di bawa sahaja tanpa baca 😅) 

 Nurun: yela, ayah memang bawa buku ayah, tapi ayah ada bawa ke buku yang kita orang boleh baca?

 Aku : ada-ada, pun ada bawa.

 Selesai perbualan tersebut, dengan lafaz bismillah dan pujian buat Allah, di sertakan dengan bacaan selawat Tafrijiyyah dari kaklong Nurun dan kakngah Tasnim, maka aku teruskan pembacaan dan anak-anak kusyuk mendengar sambil di selangi dengan beberapa tingkahlaku pergerakan dan lakonan dari kakngah Tasnim yang menghayati pembacaan tersebut.

 Pada malam itu, kisah yang di baca tentang kisah Saidina Abu Bakar yang dipilih untuk menemani Rasullullah Sollallahu Alaihi Wasallam untuk berhijrah ke Madinah, maka, di setiap 'point' berharga, maka akan aku serapkan beberapa nilai penting dalam penceritaan.

 Habis bercerita, isteri minta anak-anak untuk tidur, tapi raut wajah anak-anak semacam tidak puas dengan cerita. Muka kaklong Nurun menggambarkan sedih macam mahu menangis, wajah kakngah Tasnim gembira, senyum dan ketawa sikit-sikit, seakan-akan menonton upin dan ipin.

 Pelik juga, jadi aku pun tanya untuk dapatkan kepastian dan berharap agar tidak salah faham dengan penceritaan. Aku terus tanyakan kepada kaklong Nurun. 

 Aku: kenapa kaklong sedih, kan dah habis cerita tadi? (Aku cuba mengorek isi hatinya) 

 Nurun : sedih, kaklong nak menangis. 

 Aku: kenapa kaklong? Ayah ada marah kaklong ke masa ayah cerita tadi?

 Nurun : tak, kaklong sedihla sebab kenapa ada orang yang tak nak kawan ( pulaukan) Nabi dan kawan-kawan Nabi, Nabi kan baik. Kenapa diorang kacau kawan-kawan Nabi? Kaklong tak suka orang buat macam tu kat Nabi.( Lagi sedih raut wajahnya) 

 Maka, aku terangkan semula tentang kisah-kisah sebelum berlakunya hijrah secara gambaran kepada kaklong Nurun. 

 Alhamdulillah. Terus aku lanjutkan persoalan kepada kakngah Tasnim, kenapa pula dia senyum-senyum tak sudah-sudah dari tadi.

 Aku : kenapa angah senyum? Angah tak sedih macam kaklong?

 Tasnim: tak, angah tak sedih, aku suka. 

 Aku : kenapa angah suka? Angah suka yang mana? 

 Tasnim: angah suka la, cerita ayah tadi, Saidina Abu Bakar nak sangat teman Nabi, lepastu Allah pilih Saidina Abu Bakar jadi peneman, angah suka lah, kan best kalau dapat teman dan bersama Nabi.

 Allahu Akbar. 

 Tiada lafaz dapat aku sambungkan kepada penghayatan cerita dalam minda kakngah, aku yang baca pun sekadar membaca, tapi anak-anak nampak dan gambarkan dengan jelas dalam pemikiran mereka.


 SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR,

 Terus aku minta anak-anak membaca surah lazim yang ibu ajar beserta doa tidur. 

 Cuma, berfikir sendirian, dari buku dan tajuk yang sama, di baca bersama-sama, pada masa yang sama, tapi pemahaman dan penerimaan anak-anak itu berbeza, sudut pandang mereka berbeza, seorang sedih dan hampir menangis dengar Nabi SAW di sati, seorang lagi gembira tersenyum puas dengar Saidina Abu Bakar dipilih untuk menemani sepanjang perjalanan hijrah Nabi SAW, dan Alhamdulillah, kedua-duanya sama-sama berasaskan cinta kepada Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam. 

 Allah. 

 Moga kaklong Nurun, kakngah Tasnim, kaklang Nuha, kami sekeluarga, dan kita semua, termasuk dalam hadis orang yang dirindui oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam. Aamiin.


 #khutubkannah #kisahusrati #kisahnurun #kisahTasnim #kisahNuha #simpanuntukbacaanakandatang 



Sunday, August 16

KHABAR GEMBIRA BUAT KITA PENDOSA

Assalamualaikum, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi ruang untuk menulis catatan disini,

 InsyaAllah hari ini kita nak berkongsi tentang rahmat Allah, ada sebuah cerita daripada Nabi s.a.w,

Sebelum saya tulis disini, anda boleh memilih, samada untuk meneruskan pembacaan atau menonton video, kerana kisah ini telah saya ceritakan dalam siri bual santai tapi berisi, satu hari satu isi di channel youtube saya, 

dan ini linknya : https://www.youtube.com/watch?v=I46L0h0Gt_g 

 Baik, bagi yang mahu meneruskan pembacaan, kita teruskan, 

 Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh manusia sebanyak 99 orang. pada suatu hari, dia ingin bertaubat lalu mencari-cari orang yang berilmu di negeri itu yang dapat memberikan bimbingan.

 Dia telah dibawa kepada seorang pendeta, lantas dia menceritakan kejahatannya yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanya kepada pendeta tersebut, "Adakah taubatku masih diterima?"

 Kemudian pendeta itu mengatakan, "Tidak, taubatmu tidak akan diterima."

 Lalu orang itu membunuh pendeta tadi. Maka genaplah menjadi 100 orang yang telah dibunuhnya.

 Dia pun mencari-cari lagi orang yang paling alim yang lain di negeri itu untuk meminta nasihat. Maka dia dibawa berjumpa orang Alim (ahli ilmu).

 Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang, maka apakah masih diterima taubatnya? Orang Alim itu menjawab, " Ya, masih boleh.

Dan meneruskan katanya, Siapakah yang berhak menghalangi seseorang untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah itu menyembah Allah s.w.t. 

Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi ke kampung halamanmu kerana perkampunganmu daerah yang melakukan maksiat." 

 Maka, orang itu pergilah ke tempat tersebut. Semasa di perjalanan, dia pun meninggal dunia.

 Kemudian malaikat rahmat dan malaikat azab bertengkar merebutkan orang itu. 

Malaikat rahmat membela, " Dia pergi ke sana kerana benar-benar ingin bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada Allah s.w.t." 

Sedangkan malaikat azab berhujah dengan katanya, "Sesungguhnya dia belum pernah berbuat kebaikan walaupun sedikit."

 Lantas seorang malaikat yang lain diutuskan allah dan kedua-dua malaikat itu bersepakat menjadikannya sebagai hakim. Malaikat yang menjadi hakim itu berkata, "Ukurlah jarak kedua-dua daerah itu, dan nasibnya akan ditentukan berdasarkan yang lebih hampir."

 Apabila diukur, mereka mendapati daerah yang hendak dituju, lebih hampir.

 Dengan demikian, dia diterima oleh malaikat rahmat."

 Kisah ini ada disebutkan di dalam Riwayat Bukhori, 3470; dan riwayat Muslim, 2766. 

 Baik, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah yang diceritakan ini,antaranya ialah : Apabila kita menghadapi masalah, hendaklah kita merujuk Ulamak, dan sentiasa berdamping dengan ilmuwan.

 Orang yang ingin bertaubat hendaklah berusaha mengubah cara hidup dan berusaha bersungguh-sungguh dengn tekadnya untuk bertaubat. 

 Moga bermanfaat, jemput layari dan tonton tazkirah saya setiap hari di 'satu hari, satu isi' 

Tuesday, August 4

Rukun Iman | Hafal Dengan Nyanyian

Assalamualaikum, bersyukur kita kepada Allah. InsyaAllah, kali ini kita ingin mengulangkaji berkaitan rukun iman, untuk anak-anak mudah menghafal, kita nyanyi bersama-sama. RUKUN IMAN 6 PERKARA : 1. Beriman kepada Allah 2. Beriman kepada Malaikat 3. Beriman kepada Kitab 4. Beriman kepada Rasul 5. Beriman kepada Hari Kiamat 6. Beriman kepada Qada' dan Qadar untuk memudahkan lagi, kita ajak anak-anak menghafal dalam nyanyian Menyanyi Rukun Iman Moga cepat dan pantas anak menghafalnya, ini ada di sediakan linknya : https://youtu.be/IGO6ryV9Gvg Moga bermanfaat.

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...