| |||
| ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya. Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati. Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit. Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya. Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan. | |||
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Sunday, October 12
Rusa yang Bongkak
Saturday, October 11
Kembali sepi
Alhamdulillah, setelah lama menyepi dek kerana kurangnya line telefon disini....kini kembali...
Wednesday, October 9
LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LABIAN, LAHAD DATU, SABAH

Sk Tanjung Labian,
Destinasi utama ilmu,
Agar menjadi pedoman,
Agar hidup sentiasa maju,
Sk Tanjung Labian,
Namamu indah diingatan,
Sepanjang hayat tersemat,
Jasamu tetap diingat,
Cita-cita bersemadi,
Dari bimbingan guru sejati,
Penggerak semangat juang,
Jasamu tetap dijulang
Sk Tanjung Labian,
Kaulah tunggak kemegahan,
Warisan sepanjang zaman,
Tegak berdiri capai wawasan.
Destinasi utama ilmu,
Agar menjadi pedoman,
Agar hidup sentiasa maju,
Sk Tanjung Labian,
Namamu indah diingatan,
Sepanjang hayat tersemat,
Jasamu tetap diingat,
Cita-cita bersemadi,
Dari bimbingan guru sejati,
Penggerak semangat juang,
Jasamu tetap dijulang
Sk Tanjung Labian,
Kaulah tunggak kemegahan,
Warisan sepanjang zaman,
Tegak berdiri capai wawasan.

BERMULA DUNIA PENDIDIK

Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan sekalian alam, sekian lama ruangan ini ditinggalkan bagi memenuhi tuntutan sebagai pemegang amanah dan agen penyebar ilmu, akhirnya dapat juga menyelinap mencuri masa untuk menulis.
Kini saya berada di suatu kawasan yang menarik bagi diri saya, kawasan persekitaran sekolah yang berhadapan dengan lautan biru yang luas, menyegarkan mata, jauh dari keluarga yang tercinta, jauh dari kesibukan ibu kota.
Jika satu ketika dulu, saya berkhidmat sebagai pendidik di SJK (C) Lai Meng, di tengah-tengah kesibukan bandaraya, berhampiran dengan KLCC,
kini, saya di tempatkan di sekolah yang jauh dari bandar, terletak dipenghujung peta Sabah

Sekolah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke Bandar Lahad Datu, terletak di Tanjung Labian, jika dilihat di dalam peta, ianya terletak di hidung :)
Alhamdulillah, saya disini, mencurah bakti, ingin berkongsi, menyampaikan amanah ilmu, buat anak bangsa sendiri, moga-moga doa diiringi, buat diri yang lemah disisi Tuhan, moga ketabahan diberi.
Saturday, July 20
Budak Paling Bodoh Dalam Dunia
Budak Paling Bodoh Dalam Dunia
Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak: “Tgk budak yang pakai baju Power Ranger itu adalah budak yang paling bodoh didunia”
Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”
Mamak: “Awak tgk ni..”
sambil memanggil Ajoi datang kepadanya. Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wangkertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi.
“Nah awak ambil la duit ni,awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.
Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! Bbudak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.
Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”
Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”
Moral Of the story:
1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.
2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini. Setuju?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
(gambar ni search kat google).. huhu... Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang...
-
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول 1 المادة : اللغة العربية / الصف الاول بودي ...




