Saturday, December 15

Apa itu media pengajaran?


Apa itu media pengajaran? 
Istilah media pengajaran muncul seiring dengan perkembangan audio visual. Media pengajaran adalah salah satu komponen dalam domin teknologi pengajaran.
Percival & Elington (1984)
1.Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan.
- perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.
2.Pelbagai Saluran Komunikasi Massa.
- surat khabar, radio dan televisyen
Reiser & Gagne (1983);
Sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.
- guru atau pengajar, Teacher_Cartoon
- bahan bercetak
tv-cartoontoshiba-portege-laptop
- persembahan slaid bersuara.
media menurut Torkelson:
1) MASEJ – isi kandungan Cth. pengumuman
2) Bentuk Mesej – cth: lisan, gambar
3) SALURAN MASEJ – Peralatan fizikal Cth. TV, Internet
MEDIA
- Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima (contoh: Video, multimedia, gambar foto) (Heinich, 1981)
- Peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau        menghasilkan pembelajaran (Yusup, 1997, 2001)
MEDIA PENGAJARAN
Segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. – Modul OUM
Kemp & Smellie (1994);
Audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Heinich et al. (2002);
Media yang membawa mesej tentang pengajaran.
KELEBIHAN MEDIA PENGAJARAN
1.Memperjelaskan Penyampaian Mesej.
2.Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera.
3.Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi.
4.Pengalaman dan Persepsi yang sama.


FUNGSI MEDIA PENGAJARAN dalam P&Pist2_894425_crocodile_cartoon_reasonably_small
1.Pengajaran Bersama Pengajar.
2.Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar.
3.Folio Bermedia.
4.Pengajaran Tematik.
5.Pendidikan Jarak Jauh.
6.Pendidikan Bagi Pelajar Istimewa.


PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN
images kj
Gagne & Briggs (1974);
1.Perkataan yang diucapkan.
2.Bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan.
3.Perkataan bercetak.
4.Gambar pegun.
5.Gambar bergerak.
6.Sampel sebenar.
- Penyampaian Pengajaran seharusnya bermula dengan;
Pengalaman Enektif - Pengalaman Ikonik -Pengalaman Simbolik
PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN
BilJenis MediaContoh
1Media Tayang KakuTransparensi, slaid, mikrofilem
2Media Tayang BergerakPita video, cakera padat digital, filem
3Bahan GrafikLukisan, poster, kartun, carta, graf
4Gambar KakuGambar foto, kad imbasan, poskad
5Bahan Pameran 3DModel, boneka, diorama, pupet
6Papan PameranPapan kapur, papan putih, papan flanel, papan buletin
7Media AudioPita kaset, cakera padat, komputer
8Media CetakModul, buku teks, surat khabar, majalah, risalah
PEMILIHAN MEDIA
Faktor asas;
- Objektif.
- Hubungan MP dengan objektif.
- Kon Pengalaman Dale.
- Sifat fizikal media.
•Pelajar.
- Ciri-ciri umum.
- Keperluan khusus.
- Stail pembelajaran
•Kaedah. CompFastCartoon
- Pengajaran Beramai-ramai.
- Pengajaran Kendiri.
- Pembelajaran Berkumpulan.
•Praktikal.
- Mudah diperolehi.
- Mudah digunakan.
- Kos dan Masa.
- Kelulusan & kebenaran
PENYEDIAAN MEDIA
Langkah-langkah;
•Cetusan idea.
•Nyatakan objektif.
•Analisis pelajar.
•Kumpul dan susun bahan.
•Tukarkan idea kepada visual.
•Rancangkan penglibatan pelajar.
•Semak perancangan anda.
•Penerbitan.
Contoh-contoh kaedah pengajaran
•Pengurus dan fasilitator
•Tutor, seminar, latihan berkumpulan, projek, permainan dan simulasi, self-help groups
•Pengajaran berkumpulan •Penerbit dan pengurus sumber pembelajaran, tutor dan fasilitator
•PJJ, PBK, mediated self- instruction
•Pengajaran Kendiri
•Penyampaian tradisional, pengawal proses pengajaran.
•Kuliah, ekspositori, siaran TV, radio, kabel TV dan filem
•Pengajaran beramai-ramai
•Peranan Guru

Thursday, December 13

Maka terciptalah, sebuah karya BBM, Kssr Tahun 1


Percubaan pertama dalam membentuk bahan bantu mengajar..



kenapa perlu senyum

Senyuman boleh membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas! senyum juga punyai maksud tersendiri.

Jenis-jenis senyum:
   

  • Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati.
  • Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang.
  • Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.
  • Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum.
  • Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.
Senyuman juga punyai banyak manfaat pada kesihatan, penampilan dan juga sosial. 
Menurut kajian saintis, senyum dan ketawa adalah salah satu senaman berbentuk joging dalaman di mana ianya dapat merangsang seluruh tubuh dan memberi manafaat kepada sistem saraf. Selain itu, kajian juga menunjukkan, seseorangg yang tersenyum dan ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam akan mendapat manafaat kardiovaskular seperti bersenam selama 10 minit. Ini adalah kerana semasa ketawa dan tersenyum, kadar tekanan darah dan dengupan jantung akan meningkat.
 

Jadi, mengapa kita perlu senyum?:


1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.

2. Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.

3. Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. Macam mana pula kalau seseorang itu ada penyakit darah rendah (anemia)?

4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.

5. Wajah berseri
Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindah dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.

6. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

7. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.

8. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.

9. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.

10. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.

11. Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.

12. Sedekah
Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah selalu kerana ia tidak akan pernah merugikan kamu!!! Ia bukan sahaja menceriakandiri kita, bahkan orang yang berada di sekeliling kita.  

13. Tidak Sombong
Percaya atau tidak, kalau kita tersenyum membuatkan orang rasa kita tidak sombong dan mesra alam. Orang pun suka nak berkawan dengan kita. Cuba kalau kita sentiasa masam muka, mesti ada pra-sangka negatif orang terhadap diri kita kan? Nak tegur pun rasa takut

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Kalau saya senyum
Kamu mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Kalau kita senyum
Dunia tiada penyakit…

Itu lah antara bait-bait lirik yang sangat memberi erti kalau dihayati…Jadi apalah salahnya kalau kita menguntum senyum kepada insan-insan disekeliling kita…senang hati kalau melihat orang lain juga sama-sama tersenyum  :)

Wednesday, December 12

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول


نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول
1
المادة
:    اللغة العربية / الصف الاول بودي
2
الموقف / الموضوع
:  أنا والحروف / ب ، ت، د، ك
3
الزمن
:  8,00 – 9,00 صباحا (حصتان)
4
معيار التعلم     
:  1.1، 1.2،3.1، 8.1 ، 8.5
5
الأهداف
في آخر الدرس يتمكن التلاميذ :
‌أ.           ترديد أصوات الحروف "ب ، ت، د، ك"  بعد استماع إلى نطق المعلم.
‌ب.     نطق الكلمات (باب – تاج - دب – كتاب)  نطقا صحيحا.
‌ج.      تعيين الحروف المسموعة من الكلمات المدروسة.

6
الأنشطة
أ. يسمع المعلّم الأصوات القريبة بالحروف المدروسة "ب ، ت، د، ك"والتلاميذ يرددونـها
ب. ينطق المعلم أصوات الحروف المدروسة نطقا نموذجيا ثم يحاكيه التلاميذ عدة مرات
ج. ينطق التلاميذ أصوات الحروف المدروسة فرديا وفئويا وجماعيا.
د. ينطق المعلم الكلمات فيها الحروف المدروسة ( باب / تاج / دب / كتاب ) نطقا نموذجيا ثم يردده التلاميذ عدة مرات .
ه .يطلب المعلم من التلاميذ تعيين الحروف المدروسة من الكلمات المسموعة.
هـ. ينشد التلاميذ نشيد الحروف والكلمات المدروسة بواسطة عرض الفيديو.
7
العناصر عبر المنهج
:  تعدد الذكاء – الذكاء اللغوي
   القيم/ الروح التجاري – الشجاعة والاجتهاد
8
الوسائل المعينة للتعليم
:  البطاقات الومضية ، جهاز تشغيل فيديو مع الشاشة
9
تقييم التعليم والتعلم
:  ترديد الحروف والكلمات المدروسة.
   نطق الحروف والكلمات المدروسة نطقا صحيحا.
10
الملاحظة الذاتية
:  21 من التلاميذ يقدرون على نطق الحروف والكلمات المدروسة  نطقا صحيحا.أما تسع منهم لا ينالون الأهداف المرجوّة ، لحل هذه المشكلة
سأركّز على عملية الترديد والتكرار للدرس قبل الحصة الآتية.

Hati Cemas si Ayah



Dalam kesempatan berziarah sanak-saudara beberapa bulan lalu, bermalam dirumah seorang bapa saudara. Anaknya ramai, seramai sepuluh orang. Lima daripadanya masih bersekolah. Tapi kebetulan dengan cuti minggu pertama semua anaknya pulang kerumah orang tua mereka. Senyum mula terukir lebar di bibir kedua orang tuanya ketika menyambut kepulangan anak-anak yang tersayang.
Maka terciptalah suasana yang lebih riuh dan begitu meriah sekali. Selain lima orang anaknya yang masih bersekolah itu memang setia menjadi periuh dan pemeriah rumah. Tumpang terhibur melihat kehidupan ceria bapa saudara dan isteri serta anak-anak mereka.
Waktu menjelang subuh hari kedua di rumah itu, terdengar suara si ayah mengejutkan anak-anaknya bangun. Bukan mahu disuruh melakukan apa-apa, cuma bangun menunaikan solat subuh. Itu sahaja. Bangun menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah yang telah dikhaskan waktunya sedari terbit fajar sadiq sampai sebelum menjegah sang mentari.
Entah keberapakali, seruan awal tidak berjaya menguak pelupuk-pelupuk mata yang tertutup kemas. Hinggalah terdengar di biasan telinga, antara jelas dengan tidak si ayah bernada sedikit mengeluh. Kiranya bukanlah keluhan penyesalan. Barangkali sekadar membangkitkan keinsafan, agar keinsafan itu pula membangkitkan sedikit pengertian di tabir hati anak-anak apa yang sedang dirasai oleh sang ayah.
“Bangunlah, sembahyang. Esok (maksudnya di akhirat) teruklah ayah. Nak tanggung beban ayah sendiri, kena tanggung beban kamu lagi,” keluh si ayah bersahut lemah. Terhidu nada kesayuan pada pengucapannya itu.
Terbetik rasa kasihan mendengar butiran perkataan itu. Itulah cemasnya naluri seorang ayah. Selain memikirkan nasib keluarga yang harus diberikan rezeki dia juga terpaksa memikirkan nasib dirinya dihadapan Allah kelak.
Siapa sangka disebabkan anak-anak, di sebabkan isteri langkah tersadung takala menyeberangi titian sirat. Nauzubillah.Beruntung sebenarnya anak-anak yang memiliki ayah seperti ini. Cuma keuntungan itu tidak dapat dikongsi oleh si ayah kalau anak-anak tidak mahu mengerti.
Cemas seorang ayah tidak dihargai. Dalam keadaan begini, walaupuan diletakkan kesalahan kepada anak-anak yang tidak mahu mengerti atau ayah yang mungkin kurang bersunggug-sungguh ‘memengertikan’ anak-anak, sudahnya tetap si ayah jugalah yang terpaksa menjawab segala pertanyaan di hadaapan Allah kelak.
Kerana itu cemas seorang ayah memang patut disuburkan di dalam hati. Mudah-mudahan ia menjadi pendorong untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab terhadap kelangsungan hidup tidak sekadar meyangkut persoalan makanan, minuman, dan tempat tinggal sahaja. Sekaligus merangkumi persoalan amal ibadah, pahala dan dosa yang bakal diperhitungkan di akhirat kelak. Itulah beratnya beban tugas seorang ayah.

Monday, December 10

kisah semut dan belalang


Pada suatu hari di akhir musim luruh, sekeluarga semut yang telah bekerja keras sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan, mengeringkan butiran-butiran gandum yang telah mereka kumpulkan selama musim panas. Saat itu seekor belalang yang kelaparan, dengan sebuah biola di tangannya datang dan memohon dengan sangat agar keluarga semut itu memberikan sedikit makan untuk dirinya.
"Apa!" teriak sang Semut dengan terkejut, "tidakkah kamu telah mengumpulkan dan menyiapkan makanan untuk musim dingin yang akan datang ini? Selama ini apa saja yang kamu lakukan sepanjang musim panas?"
"Saya tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan," keluh sang Belalang; "Saya sangat sibuk membuat lagu, dan apabila saya sedar, musim panas pun telah berlalu."
Semut tersebut kemudian mengangkat bahunya kerna merasa gusar.
"Membuat lagu katamu ya?" kata sang Semut, "Baiklah, sekarang setelah lagu tersebut telah kamu selesaikan pada musim panas, sekarang saatnya kamu menari!" Kemudian semut-semut tersebut membalikkan badan dan melanjutkan pekerjaan mereka tanpa memperdulikan sang Belalang lagi.

moral :
Ada saatnya untuk bekerja dan ada saatnya untuk bermain. Ada saatnya perlukan kesungguhan :)

semanis itu tikaman


Seekor burung terbang tinggi merentasi benua kerana ia ingin lari dari kepanasan yang menimpa bumi tempatnya bermain dengan teman-teman. 

Akhirnya ia sampai ke kawasan salji. Makin lama ia terbang semakin tebal salji yang menyaduri sayapnya. Lalu ia tersungkur ke bumi tidak dapat bergerak.

 Lalu burung itu berteriak nyaring meminta tolong. Lama kemudian barulah muncul seekor seladang. Seladang merasa kasihan dengan burung tersebut tapi  ia dapati kehadirannya tidak dialu-alukan. Suara burung tadi semakin galak menghalau Seladang. Namun tanpa menghiraukan jeritan burung, seladang menaburkan najisnya ke atas burung tersebut.

Si burung menahan marah dengan tindakan seladang, tapi setelah itu ia merasai kehangatan najis seladang dan membuatkannya semakin cergas. Ia berusaha membersihkan dirinya. Namun masih ada lagi najis seladang yang tertinggal menyelaputi badannya.

Ketika si burung berteriak kuat melepas amarahnya, seekor kucing telah datang dekat dan kemudian menjilat-jilat tubuh si burung. Burung merasa selesa dengan layanan baik si kucing tapi setelah hilang najis di badannya, tiba-tiba si kucing mengeluarkan taring dan meratah burung tersebut hingga habis.

Tamatlah riwayat sang burung tersebut.


berHati-haTilah :

memang kata-kata nasihat dari orang tersayang dan teman atau siapa sahaja buat kita panas hati. tapi itulah yang membuat kita terselamat. Adakalanya tindakan mereka luar batasan.. tapi ambil hikmah di sebaliknya.

Berbeza dengan rakan-rakan kita yang membuaikan kata-kata yang menyedapkan telinga tapi akhirnya kita sendiri yang binasa...

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...